Pengikut

Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Rabu, Mei 02, 2012

Mujahid Agung: Kisah Seorang Pejuang Kemerdekaan Karya Afifuddin Omar

Kulit Buku
Ni buku kedua Afifuddin Omar keluarkan selepas karyanya yang pertama iaitu Paradok. Buku ini saya telah beli di MPH Book Store di Mid Valley tidak lama dulu. Mungkin kerana minat dengan gaya penulisan beliau yang ringkas tapi berkesan menyebabkan hati ini tergerak untuk membelinya. Tambahan lagi, perasaan ingin tahun mengenai pengalaman beliau dalam kerajaan membuak-buak. Tapi buku ini tidak menceritakan tentang pengalaman beliau dalam kerajaan seperti bukunya yang lepas. Buku Mujahid Agung ini menceritakan pengalaman ayah beliau semasa menjadi exco dalam kerajaan Kedah suatu masa dulu. Buku ini menggambarkan beberapa konflik dalam kerajaan Kedah pada masa itu sehingga berlaku pertembungan antara group Menteri Besar dengan group ayah beliau iaitu Haji Omar. Ayah beliau dan beberapa orang ADUN Kedah yang terdiri daripada Tok Guru-Tok Guru pada masa itu tidak suka dengan pentadbiran Menteri Besar yang banyak melakukan penyelewengan dan maksiat. Antara penyelewengan yang berlaku ialah dalam bidang pembalakan dimana rasuah berleluasa berlaku. Tauke-tauke Cina akan membawa wang rasuah kepada exco yang menjaga bidang perhutanan ini untuk mendapatkan tander. Bahkan semasa Haji Omar memegang exco perhutanan ada Tauke Cina yang cuba merasuah beliau namun ketegasan yang ditunjukkan oleh beliau menyebabkan tiada tauke Cina yang berasa merasuahnya lagi.
Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan group Menteri Besar yang mencari hasil dengan jalan penyelewengan ini. Haji Omar akhirnya ditukar kepada portfolio agama. Disini sekali lagi beliau menjadi mangsa kemarahan Menteri Besar sebab meruntuhkan rumah pelacuran di Lorong Pattani atau Lorong Selak Kain. Rumah pelacuran murah tersebut dibina di hadapan Sultan Abdul Hamid Collage. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa menarik yang diceritakan dalan novel ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Pada saya novel yang dihasilkan oleh Afifuddin Omar ini amat menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur. 

Jumaat, April 06, 2012

Buku : Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya

Kulit Buku

Tajuk Buku : Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya.. 

Disusun oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll : Berasal dari Kuching Sarawak. Ijazah Sarjana Muda (Al Quran dan Al Hadith) dan Sarjana (Tafsir Al Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Tafsir di Universiti Malaya. Bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Ilmu

Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIAM Petaling Jaya.

Testimoni Dari Mufti Dan Ilmuwan Agama Dan Pelajar Di Tanahair :


“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, UstazvMuhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaumvmuslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjahpermasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.”

Sahibus Samahah,
Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi
Bekas Mufti Negeri Sarawak

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanya untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan muta’akhkhirin.”

Dato‘ Haji Hashim Yahya
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah
Jawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia
akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan khilafi yyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di samping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan mengekalkan keharmonian masyarakat.

Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa
Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang
menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering
ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia
Melayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun dengan
baik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkan
Aqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi
117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada para
ulama’ yang muktabar.”

Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidak
terhingga kerana Ia telah mengurniakan taufi q dan hidayat
kepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk
menyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalam
menerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakat
yang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’:
Inilah Jawapannya…”

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik,
Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“…Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya adalah merupakan hadiah al-Fadhil Ustaz Muhadir kepada masyarakat Malaysia sangat mendambakan hujjah bagi menjawab kekeliruan yang dibawa oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Buku setebal 915 halaman yang mencakupi 179 persoalan berkaitan aqidah, ibadah dan tasawwuf yang berkaitan dengan amalan seharian, dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Buku ini sarat dengan dengan hujjah-hujjah atau dalil-dalil bagi setiap persoalan yang dibahaskan dengan merujuk kepada pendapat-pendapat ulama ahlus sunnah wal jama’ah yang mu’tabar, amat sesuai dan seharusnya untuk dimiliki oleh masyarakat kita. Rujukan yang digunakan untuk menghasilkan buku ini berjumlah lebih daripada 200 buah kitab yang berbahasa ‘arab dan melayu. Selain itu, mutu penerbitan buku ini sangat baik, dengan berkulit tebal, kertas yang berkualiti dan susun atur yang menarik. 

Semoga dengan kehadiran buku ini, masyarakat tidak lagi teraba-raba untuk mencari hujjah dalam menangkis kekeliruan yang dibawa oleh fahaman Wahabi.”

(Ustaz Abuzahrah al-Qaddahi (pemilik blog: http://al-fanshuri.blogspot.com/) yang terkenal)



Khamis, Oktober 13, 2011

Memoir A.Samad Ismail Di Singapura

Kulit Depan
Tajuk: Memoir A. Samad Ismail di Singapura
Pengarang: A. Samad Ismail (lahir 1924)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1993 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 275 halaman
Design kulit: Hassan Majid

Memoir A.Samad Ismail memuatkan kisah sejarah kehidupannya semasa berada di Singapura. Selepas menamatkan pengajian di sekolah Inggeris, beliau telah diminta untuk bekerja di Utusan Melayu yang pada masa itu baru ditubuhkan. Antara orang kuat Utusan Melayu ialah Rahim Kajai dan Yusof Ishak. Rahim Kajai telah berhenti daripada menjadi pengarang di Warta Malaya kerana semangatnya untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Antara sebab keluarnya Rahim Kajai daripada Warta Malaya adalah kerana warta Malaya dimiliki oleh orang Arab bukannya orang Melayu. A.Samad Ismail sebenarnya lebih berminat untuk menjadi kerani yang pada masa itu memiliki gaji yang mahal berbanding menjadi seorang wartawan. Tetapi beliau telah bekerja tanpa gaji di utusan kerana permintaan daripada Kesatuan Melayu Singapura yang telah menaja pengajiannya selama ini. Banyak dugaan yang dihadapi olehnya semasa bekerja dibawah Rahim Kajai yang dikenali sebagai seorang yang garang dan suka mencarut. Dalam memoir ini juga banyak memuatkan mengenai masalah sosial orang Melayu yang berada di kawasan bandar. Boleh dikatakan semua pengarang atau pekerja akhbar adalah kaki botol dan kaki perempuan. Dalam memoir ini, kita seolah-olah dibawa untuk menyelami keadaan sosial masyarakat pada zaman sebelum merdeka. Pelacuran dalam kalangan orang Melayu,Cina dan Jawa adalah perkara biasa bahkan antara pelanggan tetap mereka adalah pekerja akhbar itu sendiri. A.Samad Ismail tanpa berselindung menceritakan kisahnya yang diminta oleh kawannya minum arak dan juga menceritakan kisahnya yang dibawa oleh Kadir Yahudi ke rumah pelacuran. Banyak peristiwa yang akan kita fahami dengan membaca buku memoir A.Samad Ismail ini. Ia adalah antara buku yang boleh dijadikan bahan kajian untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu sebelum zaman perang.

Sabtu, September 24, 2011

Kaum-kaum yang pupus - Harun Yahya

Buku kaum-kaum yang pupus ini 8 peristiwa penting yang berlaku sepanjang zaman seperti Kisah banjir besar Nabi Nuh,kehidupan Nabi Ibrahim,Kaum Lut dan bandar yang dilingkupkan,Kaum Ad dan Uber,Kaum Thamud,Firaun yang dilemaskan,Kaum Saba dan banjir Arim,Nabi Sulaiman dan Ratu Saba,Ashabul Kahfi. Buku ini bukan sahaja membawakan dalil-dalil al Quran bahkan turut memuatkan beberapa dalil daripada pelbagai rujukan seperti perjanjian lama,Epik Gilgames,tulisan zaman Mesopotamia,tulisan-tulisan Yunani untuk membenarkan apa yang disebutkan didalam Al Quran. Dan yang paling menarik ialah apabila buku ini mendedahkan lokasi peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah pada hari ini..

Selasa, September 20, 2011

Paradoks - Karya Afifuddin Omar


 Novel ini menceritakan kisah mengenai golongan Aristokrat,korporat,golongan pemerintah dalam negara. Ia menceritakan bagaimana cara para menteri,menteri besar,ahli pernigaan melarikan duit ke luar negara terutamanya di sebuah bank di Singapura yang mana tidak akan dapat diokesan oleh orang lain. Mereka yang "menyeludup" keluar duit negara ini akan singgah terlebih dahulu di Singapura sebelum melanjutkan perjalanan ke negara yang lain. Ia turut memuatkan pelbagai skandal dalam kerajaan seperti rasuah,penggelapan duit rakyat,projek Ali baba,kronisme,nepotisme dan segala macam penyelewengan yang tidak diketahui umum. Ia juga turut memuatkan mengenai peragai para datuk yang suka menghisap "madu" di luar dan juga bagaimana para datin yang digelar "tante girang" ini bersama dengan "anak ikan" mereka di Thailand mahupun di Dubai. 
  Pengarang telah menggunakan watak Arifin sebagai watak utama dalam novel ini. Arifin merupakan seorang ahli politik "kerajaan" yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat di dalam kawasannya. Daripada menjadi ahli korporat yang bergaji rm 15,000 sebulan akhirnya beliau telah berhenti untuk bertanding dalam satu pilihanraya dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut untuk meraih gelaran sebagai Yang Berhormat. Namun begitu, sifat Arifin yang suka menolong rakyat tidak disukai oleh King Maker atau pembuat keputusan partinya di Alor Star bahkan ada usaha untuk membunuh karier politiknya di peringkat pusat. Namun beliau hadapinya dengan tabah sehingga bersara dari menjadi seorang Ahli Yang Berhormat.
   Noraini yang memegang watak isteri Arifin merupakan seorang ahli perwakilan parti "kerajaan" daripada Terengganu berkahwin dengan Arifin setelah beberapa tahun menjalin hubungan. Sifat Noraini yang terlalu suka menggunakan bomoh dalam menentukan jawatan suaminya turut digambarkan. Selepas Arifin berhenti daripada menjadi ahli politik dan menjadi ahli korporat,hubungan mereka ini telah menjadi semakin renggang sehingga Noraini telah masuk kedalam kumpulan "tante girang" yang dikelola oleh Datin Salmah. Disebabkan ghairah bermain dengan "anak ikan" Noraini telah mengalami kekejangan otot dan akhirnya telah dijangkiti penyakit kelamin. Arifin masih mengharapkan Noraini akan kembali kesisinya tetapi Noraini malu untuk kembali kepangkuan Arifin kerana penyakit kelamin yang dialaminya kerana hubungan dengan Adam Silcock.
   Mahmud merupakan salah seorang kawan baik kepada Arifin bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri sehinggalah beliau hanya menang tipis dalam pilihanraya 1990 dengan majoriti kurang daripada seratus undi. Mahmud merupakan seorang kaki betina walaupun telah berkahwin dua. Beliau sering "menghisap madu" Catherina Chin yang beragama Khatolik. Selepas pendedahan skandal mereka berdua,akhirnya Chaterina Chin telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Chaterina Chin.
    Subramaniam merupakan seorang pemegang kepada sebuah koperasi partinya. Subra telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil komisen 6 juta diatas pembelian sebuah bangunan. Wang hasil "komisen haram" itu telah disimpan didalam bank sulit di Singapura. Subra juga telah menjalin hubungan dengan Usha yang merupakan setiausahanya tetapi sudah berkahwin,. 
     Dalam novel ini banyak mendedahkan penyelewangan,kekurangan moral dalam golongan elit dalam negara dan amat sesuai untuk dibawa oleh semua peringkat usia kerana menyedarkan kita apa sebenarnya yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters