Pengikut

Memaparkan catatan dengan label sembang kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembang kosong. Papar semua catatan

Khamis, Mei 03, 2012

Autobiografi Siri 2 ....


Dewan Semekar
( sumber : Alumni Semekar )
Saya sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama  13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat banyak.  Pada tingkatan 3 saya telah naik ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1] Kebetulan GPK HEM[2] pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas kami untuk di”tarbiyah”.[3]  Kedua Cikgu Juraimi[4] walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak. Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih seorang yang kurus.  Semasa kelas beliau juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada tahun ini, Pengetua[5] telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri. Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6] baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2 orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.




[1]  Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003. Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak silap pada tahun 2005.
[2]  GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud tarbiyah tu
[4]  Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]  Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,

Khamis, Oktober 27, 2011

I LOVE U dalam 53 Bahasa

Hari ni kita akan belajar bagaimana untuk mengucapkan I LOVE U dalam 53 bahasa utama di dunia...


1. Ek is lief vir jou ( afrika )
2. Ես սիրում եմ ձեզ ( armenia )
3. Maite dut ( basque )
4. Я кахаю цябе ( belarus )
5. আমি তোমায় ভালোবাসি ( benggali )
6. Обичам те ( bulgaria )
7. T'estimo ( catalan )
8. 爱你 ( chinese simplified )
9. 愛你 ( chinese tradisional )
10. Volim te ( crotia )
11. Jeg elsker dig ( denish )
12. Ik hou van je ( belanda )
13. Ma armastan sind ( estonia )
14. Mahal kita ( filipina )
15. Rakastan sinua ( finnish )
16. Je t'aime ( perancis )
17. Eu te amo ( galician )
18. მიყვარხარ ( goergia )
19. Ich liebe dich ( jerman )
20. σ 'αγαπώ ( greece )
21. હું તમને પ્રેમ ( gujerati )
22. mwen renmen ou ( haiti )
23. אני אוהב אותך ( hebrew )
24. मैं तुमसे प्यार करता हूँ ( hindi )
25. Ég elska þig ( iceland )
26. Is breá liom tú ( irish )
27. Ti amo ( itali )
28. 私はあなたを愛して ( jepun )
29. ನಾನು ಪ್ರೀತಿ ( kannada )
30. 난 널 사랑해 ( korea )
31. amo te ( latin )
32. Es tevi mīlu ( latvia )
33. Aš tave myliu ( lithuania )
34. Те сакам ( mecedonia )
35. Jeg elsker deg ( norway )
36. من شما را دوست دارم ( parsi )
37. Kocham cię ( polish )
38. Eu te amo ( potugis )
39. Te iubesc ( romania )
40. Я люблю тебя ( rusia )
41. Волим те ( serbia )
42. Ljubim te ( slovania )
43. Te amo ( sepanyol )
44. Jag älskar dig ( swedish )
45. நான் உன்னை நேசிக்கிறேன் ( tamil )
46. నేను నిన్ను ప్రేమిస్తున్నాను ( telegu )
47. ผมรักคุณ ( thai )
48. Seni seviyorum ( turki )
49. Я люблю тебе ( ukraine )
50. مجھے تم سے محبت ( urdu )
51. Tôi yêu bạn ( vietnam )
52. Rwyf wrth fy modd i chi ( welsh )
53. איך ליבע איר ( yiddish )

Sabtu, Oktober 15, 2011

Mesyuarat Agung PERMAS 2011

Logo Baru Permas
Persatuan Mahasiswa Sejarah Upsi ( PERMAS ) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 15 Oktober 2011 di Dewan Rahman Talib. Kehadiran bagi Mesyurat Agung kali ini amat mengecewakan berbanding yang berlaku pada tahun lepas. Acara dimulakan dengan bacaan doa,ucapan pengerusi majlis,ucapan pensyarah,gimik pelancaran dan seterusnya agenda mesyuarat. Bebebrapa usul yang lebih kepada cadangan sebenarnya telah dikemukan oleh beberapa orang ahli persatuan. Antara usul/cadangan yang dibawa ialah menaikkan kadar yuran,membaiki penyampaian maklumat, dan beberapa cadangan lagi yang kurang berkepentingan. Namun jawapan yang diberikan oleh sesetengah MT yang seolah-olah menyalahkan ahli persatuan telah menyebabkan beberapa ahli kecewa.
Akhir sekali diadakan pengumuman keputusan pilihanraya MT yang diadakan sehari sebelumnya. Keputusan untuk sem 5 ialah:
a ) Rajlen - 209 undi
b) Haris - 205
c ) Aqwa - 188 undi
d ) Zulkifli - 161 undi
e ) Nor Hisyam - 151
f ) Leyana - 180
g ) Ainon - 157
h ) Syahira - 150
i ) Atiqah - 146
j ) Atieka - 139.

Dalam pengurusan pada AGM pada kali ini dilihat beberapa kelemahan yang ketara telah berlaku antaranya:
a ) Sepatutnya setiap ahli dibekalkan hard copy untuk kewangan dan sebagainya
b ) Keadaan tidak teratur dimana MT tidak disediakan tempat duduk khas
c ) Usul tidak disediakan terlebih dahulu dan usul dikemukakan secara spontan.

Diharapkan AGM yang akan datang akan bertambah baik dengan mengambil beberapa kelemahan yang berlaku.

Selasa, September 20, 2011

Paradoks - Karya Afifuddin Omar


 Novel ini menceritakan kisah mengenai golongan Aristokrat,korporat,golongan pemerintah dalam negara. Ia menceritakan bagaimana cara para menteri,menteri besar,ahli pernigaan melarikan duit ke luar negara terutamanya di sebuah bank di Singapura yang mana tidak akan dapat diokesan oleh orang lain. Mereka yang "menyeludup" keluar duit negara ini akan singgah terlebih dahulu di Singapura sebelum melanjutkan perjalanan ke negara yang lain. Ia turut memuatkan pelbagai skandal dalam kerajaan seperti rasuah,penggelapan duit rakyat,projek Ali baba,kronisme,nepotisme dan segala macam penyelewengan yang tidak diketahui umum. Ia juga turut memuatkan mengenai peragai para datuk yang suka menghisap "madu" di luar dan juga bagaimana para datin yang digelar "tante girang" ini bersama dengan "anak ikan" mereka di Thailand mahupun di Dubai. 
  Pengarang telah menggunakan watak Arifin sebagai watak utama dalam novel ini. Arifin merupakan seorang ahli politik "kerajaan" yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat di dalam kawasannya. Daripada menjadi ahli korporat yang bergaji rm 15,000 sebulan akhirnya beliau telah berhenti untuk bertanding dalam satu pilihanraya dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut untuk meraih gelaran sebagai Yang Berhormat. Namun begitu, sifat Arifin yang suka menolong rakyat tidak disukai oleh King Maker atau pembuat keputusan partinya di Alor Star bahkan ada usaha untuk membunuh karier politiknya di peringkat pusat. Namun beliau hadapinya dengan tabah sehingga bersara dari menjadi seorang Ahli Yang Berhormat.
   Noraini yang memegang watak isteri Arifin merupakan seorang ahli perwakilan parti "kerajaan" daripada Terengganu berkahwin dengan Arifin setelah beberapa tahun menjalin hubungan. Sifat Noraini yang terlalu suka menggunakan bomoh dalam menentukan jawatan suaminya turut digambarkan. Selepas Arifin berhenti daripada menjadi ahli politik dan menjadi ahli korporat,hubungan mereka ini telah menjadi semakin renggang sehingga Noraini telah masuk kedalam kumpulan "tante girang" yang dikelola oleh Datin Salmah. Disebabkan ghairah bermain dengan "anak ikan" Noraini telah mengalami kekejangan otot dan akhirnya telah dijangkiti penyakit kelamin. Arifin masih mengharapkan Noraini akan kembali kesisinya tetapi Noraini malu untuk kembali kepangkuan Arifin kerana penyakit kelamin yang dialaminya kerana hubungan dengan Adam Silcock.
   Mahmud merupakan salah seorang kawan baik kepada Arifin bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri sehinggalah beliau hanya menang tipis dalam pilihanraya 1990 dengan majoriti kurang daripada seratus undi. Mahmud merupakan seorang kaki betina walaupun telah berkahwin dua. Beliau sering "menghisap madu" Catherina Chin yang beragama Khatolik. Selepas pendedahan skandal mereka berdua,akhirnya Chaterina Chin telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Chaterina Chin.
    Subramaniam merupakan seorang pemegang kepada sebuah koperasi partinya. Subra telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil komisen 6 juta diatas pembelian sebuah bangunan. Wang hasil "komisen haram" itu telah disimpan didalam bank sulit di Singapura. Subra juga telah menjalin hubungan dengan Usha yang merupakan setiausahanya tetapi sudah berkahwin,. 
     Dalam novel ini banyak mendedahkan penyelewangan,kekurangan moral dalam golongan elit dalam negara dan amat sesuai untuk dibawa oleh semua peringkat usia kerana menyedarkan kita apa sebenarnya yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.

Jumaat, April 22, 2011

Cara Mengelakkan Stress Exam

Bila musim exam pasti akan banyak berlaku kes histeria sehinggakan bekas pengetua Khar meminta untuk diwujudkan pasukan rawatan histeria. Sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan anda daripada tertekan menghadapi exam. Gunakan petua sahaja...

Tangan Kosong
1.Pergi Exam Dengan Tangan Kosong

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa bahan bacaan semasa pergi exam. Kalau boleh semua barang seperti dompet,ketik kuku,make up dilarang daripada membawanya. Jika anda melihat rakan anda memegang apa-apa bahan bacaan untuk exam pastikan anda menjauhinya kerana ia boleh mendatangkan kesan stress kepada anda. Sebolehnya semasa pergi exam cukuplah anda membawa kad matrik,pen,pensil,pemadam,gorek untuk menajamkan pensil dan juga slip exam. Pastikan semasa menuju ke tempat exam anda tidak membawa apa-apa dan berjalan melenggang....

Pastikan Target Anda
2. Pastikan Terget Anda

Bila menghadapi peperiksaan,pastikan anda meletakkan target untuk lulus bukan utnuk mendapatkan A. Apa ada pada A sehingga orang berebut untuknya. Anda perlu berfikir dengan waras, Jika anda tidak mendapat A adakah ada apa-apa kesan kepada anda?. Tetapi jika anda tidak lulus anda perlu repeat semula subjek tersebut dan jika tersilap haribulan boleh dibuang universiti. Jadi pastikan matlamat anda betul.. Letakkan target serendah mungkin. Dalam meletakkan target ini anda kena pastikan bahawa anda tidak akan kecewa/cemburu jika rakan anda mendapatkan A.....


Jangan Baca Saya
3. Jangan Membaca 

Petua mudah untuk mengelakkan stress ialah jangan membaca atau jika anda takut untuk tidak dapat menjawab soalan pastikan anda membaca dengan kadar jumlah yang sedikit. Rasionalnya, tidak semua soalan yang anda baca itu akan masuk dalam exam. Dan jika soalan  yang anda baca tidak masuk sekurangnya anda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia dengan membaca sesutau yang tidak keluar dalam exam maka secara tidak langsung anda akan senyum dan stress pun hilang.


Keluar Sekarang
4. Fikir untuk Keluar Awal  

Semasa masuk kedalam dewan pastikan perkara pertama dilakukan ialah melihat masa menjawab. Kemudian tengok soalan dan tentukan jangkamasa anda dapat menyiapkan jawapan anda. Pastikan anda menjawab dengan laju dan jangan sesekali melihat kembali jawapan anda melainkan hanya memeriksaan no matrik dan beberpa perkara yang perlu dikertas jawapan. Selepas siap,terus angkat kaki meninggalkan dewan. Pasti anda kagum dengan diri anda ...

Pastikan Anda Dalam kedudukan selamat
5. Jangan berada didepan Orang Yang Anda Cintai  

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berada sekelas dengan orang yang anda anggap bakal isteri anda ialah kemungkinan anda akan berada dekat dengan dia semasa berada didalam dewan. Jika anda tidak pemali x apa tapi bagaimana dengan mereka yang pemalu..... Saya tiada penyelesaian kepada masalah ini cuma pastikan anda siap awal dan pastikan orang yang anda anggap bakal pasangan anda itu tunduk tidak melihat anda terutamanya sekali bila anda keluar dewan .. Yang penting jangan difikir apa yang nak dikata... Hidup dengan diri kita sendiri jangan jadi orang lain.....

Gunalah petua ini bagi mengelakkan anda stress dalam menghadapi peperiksaan tetapi saya tidak berani jamin dengan pointer anda....
~ngee~ slmt mencuba


Rabu, April 20, 2011

Panduan Memilih Suami


Jika anda salah seorang perempuan yang masih kompius untuk memilih calon suami,saya cadangkan anda untuk memilih pelajar sejarah untuk dijadikan suami. Pelajar Sejarah amat berkualiti untuk dijadikan suami terutamanya   Lelaki Ini...
. Saya mempunyai alasan kukuh berkata demikian kerana terbukti,perempuan yang berkahwin dengan pelajar sejarah semua bahagia.. Apakah sebabnya?

1. Anda akan lebih masa tidur.

Orang sejarah bila membebel akan mengeluarkan semua fakta sejarah yang sudah berusia 2000-2500 tahun lampau. Jika anda tidak berminat dengan sejarah saya jamin anda akan cepat terlena. Disebabkan terlena,anda tidak perlu marah akan suami anda bahkan mampu menyelamatkan rumah tangga daripada pertengkaran dan yang lebih penting anda tidak derhaka kepada suami anda.

2. Menyelamatkan masa tidur selama 2 tahun.

Mengikut kajian yang dilakukan, ibu yang melahirkan anak biasanya akan menghabiskan masa tidur untuk 2 tahun untuk membesarkan anak. Dengan berkahwin dengan bersuamikan lelaki sejarah anda sudah dapat menjimatkan masa 2 tahun tersebut. Dengan hanya mengeluarkan sedikit suara,bayi anda yang menjerit akan terus tidur kerana bosan mendengar suara suami anda dan yang paling penting takut suami anda mengeluarkan fakta sejarah.

3. Seorang yang setia

Biasanya suami yang mempunyai latar belakang sejarah adalah seorang yang setia. Suatu malam semestinya dia akan meminta anda berjanji supaya tidak berkahwin lagi jika dia mati kerana tidak mahu anda menduakannya. Dan jika anda meminta suami anda tersebut berbuat perkara yang sama, saya yakin suami anda akan menarik selimut mengabaikan kemahuan anda kerana walaupun sayangkan anda,didalam hatinya tetap mempunyai hasrat untuk mengambil madu....

4. Menjimatkan kewangan keluarga

Pelajar sejarah biasanya tidak suka bergaya ( jika ada yang bergaya,tu mesti pelajar celup punya ) . Biasanya dia akan memakai baju yang tidak bergosok ( menjimatkan elektrik ) , Seluar hanya dibasuh selepas sebulan dihimpun atau lebih tepat sudah habis pakaian ( jimat air ). Kredit tepon biasanya akan diminta dengan kawan tetapi kebiasaannya anda yang menjadi mangsa.

5. Suka Mengkritik

Pelajar sejarah sudah diasuh untuk melakukan kritikan. Biasanya anda akan menjadi mangsa utama tambahan lagi jika hobi anda adalah berkemban.

Ini merupakan sedikit sebanyak petua yang boleh saya berikan untuk anda. selamat mencuba...

Sabtu, April 09, 2011



Apakah Cinta?

Kata Shah Rukh Khan cinta tu sahabat.

Jadi adakah sahabat itu cinta atau
Ia menjdi sahabat apabila ia berCinta

Jika sahabat dan cinta pula berbeza bagaimana?

Dan bagaimana pula jika menCintai sahabat?
Atau sahbat mencintai kita?

Adakah perlu putuskan persahabatan itu untuk cinta Atau
Putuskan Cinta untuk persahabatan?

Bolehkah Cinta dan sahabat ia berjalan serentak?

Atau bercinta dulu baru bersahabat atau
bersahabat dulu baru bercinta?

Payah-payah...

Kalu begitu baik mencintai sahbat.
- jawapan yang mudah.


Sabtu, April 02, 2011

Gembira

Bismillah wal Alhamdulillah.....

Selepas agak lama tidak membuka email tiba-tiba dirumah kawan aku tergerak untuk membuka email. Dan ada satu berita yang begitu menggembirakan... nak tahu?.. xperlu tahu kot....
tapi ia berkenaan salah satu impian aku sejak kecil lagi... mudahan akan tertunai impian itu..
~ngee~

Isnin, Mac 21, 2011

Manusia Kini Sudah Kejam...

    Oleh kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang dilakukan di Vice City. Pembunuhan menjadi perkara yang biasa. Disana penguatkuasaan yang dilakukan oleh polis boleh dikatakan sebagai sia-sia apabila penjahat melakukan kejahatan seperti bergaduh dan membunuh dihadapan polis. Walaupun penguatkuasaan yang dilakukan dibantu oleh Unit Swat dan Unit Udara namun penjahat tersebut sukar untuk ditumpaskan . Disini saya sertakan beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman tersebut. 


Kelihatan penjahat tersebut berbincang sesuatu dengan seorang perempuan dipercayai untuk merancang jenayah.

Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Edi mencuri dompet polis selepas membunuhnya.. Selain polis tersebut, 2 orang pegawai perubatan juga dipercayai dibunuh kejam.
Edy kelihatan menyepak seorang pegawai perubatan selepas pegawaii perubatan tersebut tidak mendngar arahan supaya tidak merawat lelaki yang dipukulnya yang turut dipercayai sebagai musuh ketatnya.
Wanita yang bersekongkol dengan Edy kelihatan takut jenayah yang dilakukannya diketahui. Edy pun kelihatan was-was dengan perbuatannya.
Rakan pakatan Edy memberitahu cara yang perlu dilakukan Edy utnuk membunuh pegawai perubatan tersebut.. Seorang rakan pegawai perubatan tersebut sudah terbunuh.
Selepas menerima nasihat perempuan tersebut. Edy terus membakar semua kereta untuk menutup jenayah yang dilakukannya.
Seorang polis tumpas ditembak oleh senapang patah yang dipercayai dicuri.
Seorang polis hanya membiarkan pergaduhan yang berlaku diantara seorang lelaki dan wanita seksi.. Ini telah menyebabkan Edy marah kepada polis terbut dan terus membunuh polis yang tidak bertanggungjawab itu       ( gambar diatas ).
Disebabkan tidak mampu membayar tambang teksi . Edy telah bertindak membunuh driver teksi tersbut dihadapan beberapa perempuan simpanannya.
seorang polis menangis selepas ditumbuk oleh Edy.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis Vice City kepada pelawat bandar tersebut ialah berhati-hati dengan jenayah yang berlaku kerana sebarang kematian bukan tannggungjawab polis.



Rabu, Mac 16, 2011

Muka Depan Autobiografi


Bismillah wal Alhamdulillah... Dalam kelas seni mengarang kami telah menkaji banyak mengenai autobiografi tokoh-tokoh tanah melayu mahupun indonesia. Maka kami telah diamanahkan oleh pensyarah untuk membuat  autobiografi diri sendiri sebagai tugasan individu. Antara yang perlu ada ialah kulit kepada autobiografi. maka saya hanya mencongteng setelah lama tidak menggunakan adobe photoshop... 
~ngee~
 sajo nok letok utkk kenangan...

Rabu, Februari 09, 2011

Kisah Cerita Si Hantu

    Semasa waktu kecil dulu,emak saya selalu menakutkan saya dengan pelbagai cerita hantu. Walaupun niatnya baik untuk kebaikan saya namun pada saya cara orang tua tersebut agak salah kerana ia menyebabkan kanak-kanak terlalu takut dengan hantu. Bayangkan untuk pergi ketandas yang tidak beberapa depa dengan rumah saya dulu saya memerlukan seekor kucing untuk menemankan saya walaupun pada masa itu emak dan abang saya ada juga tidak beberapa depa dari saya. Maknanya sejak dari kecil saya sudah dilatih untuk menjadi takut. Cerita hantu yang sering diceritakan kepada saya yang saya ingat sehingga sehingga sekarang ialah kisah hantu langsuir @ pontianak ( dalam adat keluarga saya ) dan juga kisah hantu pinang kongsi. Kisah yang diceritakan oleh emak saya pada waktu kecil dulu betul-betul memberi kesan kepada saya untuk belajar duduk dirumah dan tidak bergelandangan kemerata-rata tempat. Namun walaupun kisah yang diceritakan oleh ibu saya seperti kisah yang benar namun apabila besar saya sering berfikir panjang adakah betul kisah yang diceritakan itu?.Maklumlah zaman dahulu semua benda tidak mustahil dan kisah ini diterima mentah-mentah oleh masyarakat pada waktu itu. 
    
      Kisah hantu yang paling saya takuti pada waktu itu ialah mengenai kisah hantu pinang kongsi yang suka makan orang. Terdapat 2 cerita mengenai hantu ini 
1. Sekumpulan pemburu telah masuk masuk ke hutan untuk memburu dan juga mencari rotan dihutan. Apabila waktu malam sudah tiba mereka masing-masing mencari tempat untuk berteduh. Disebabkan oleh kawasan hutan yang tebal,masing-masing takut untuk tidur di kawasan tanah dan mereka semuanya memanjat pokok untuk tidur diatas sana. Semua mereka tidur diatas kecuali seorang sahaja tidur dibawah kerana tidak pandai memanjat pokok. Pada malamnya,bila tiba waktu tengah malam , tiba-tiba darah dan tulang jatuh diatas kawan pemburu yang tidur diatas tanah tadi. Dia berasa hairan ,air apakah yang jatuh diatasnya, dia pun memandang kearah pokok dan mendapati seekor lembaga yang bergelar Hantu Pinang Kongi sedang meratah kawannya diatas pokok. 
2. Ada seorang perempuan tinggal bersama neneknya di sebuah kampung. Pada suatu malam,perempuan itu terdengar bunyi yang aneh dari bilik neneknya,bunyi seakan-akan memamah benda yang keras. Dia mengintai dari celah lubang bilik dan mendapati satu makhluk sedang mamakan neneknya yang berada diatas katil.

----- Cerita yang diceritakan oleh emak saya ini membuatkan saya takut untuk tidur lebih tinggi daripadanya. Ayah saya meninggal semasa saya berumur 4 tahun dan emak saya telah membesarkan saya dan saya tidur bersamanya sehingga emak saya berkahwin seorang lagi semasa saya darjah 3. Sejak itu barulah saya tidak tidur bersama ibu saya.... Sekarang baru saya terfikir bahawa emak saya menceritakan kisah itu supaya saya tidak tidur lebih tinggi daripadanya namun itu sudah terlewat.

Kisah mengenai pontianak atau langsuir dalam versi keluarga saya berlaku kepada keluarga saya sendiri. Menurut emak saya semasa ayah saya masih hidup dan baru tinggal di kampung Bintang Setiu. Di kawasan rumah saya itu sering melintas seekor pontianak dengan terbang disekeliling rumah. Apabila terdengar hilai tawa pontianak itu,menurut emak saya,ayah saya akan bertindak membungkus dirinya dengan 7 lapis kain selimut kerana mengikut kepercayaan orang tua pontianak ini amat bencikan kaum lelaki. Pontinak @ Kuntilanak @ Langsuir dikatakan dan diceritakan oleh emak saya berasal daripada seorang permpuan cantik yang dirogol oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam usaha melarikan diri daripada kumpulan perogol itu,wanita itu telah tersepak akar kayu dan tersadung sehingga menyebabkan kopek ( buah dadanya ) terpusing ke belakang. Menurut emak saya, itulh sebabnya pontianak ini malu kepada kaum perempuan dan tidak akan mengganggu kaum perempuan.----- Berkenaan kisah pontianak ini menyebabkan saya berbelah bahagi samada ingin mempercayainya ataupun tidak kerana ia melibatkan keluarga saya sendiri.
     Kisah hantu yang popular lagi di kampung saya selepas itu iaitu kampung Alor Bujuk ialah mengenai sejenis hantu yang digelar Pok Dogol.  Pok Dogol dikatakan sejenis makhlus jin yang berwarna hitam sebagaimana watak pok Dogol dalam wayang kulit. Ia dikatakan ditinggalkan oleh pembalak India pada masa itu. Pok Dogol ini suka mengganggu penduduk dan juga anak kecil. Semasa ayah saya hidup,emak saya menceritakan semua abang saya semasa kecil semua menangis kerana diusik oleh pok Dogol ini. Ayah saya telah menabur garam diserata rumah namun tidak berkesan sehinggalah ayah saya berputus asa dan berkata " oloh pok dogol, aku duk lamo doh sini mu nok ganggu jugok anok aku". Barulah abang-abang saya pada maso itu berhenti menangis. Dikisahkan lagi oleh ibu saya, bahawa ramai daripada penoreh di kampung saya itu , sering tersesat ketika menoreh walaupun ia adalah kawasan yang sering dilalui dan yang terkena termasuklah emak saya dan saya sendiri sering mendengar kisah ini dari saksi yang sekarang ini masih hidup..
1. Ibu saya pergi menoreh dan belum berapa lama ibu saya tidak kenal pun dikawasan mana dia berada walaupun itu adalah kebun getah tempatnya sering menoreh. Emak saya melilau didalam getah itu sehingga jam sekitar pukul 3 ptg. Akibat letih emak saya pun berkata "oloh pok dogol,tempat aku bermain hari-hari pun nok ganggu". Emak saya terus tersedar selepas itu. Menurutnya ia melihat beberapa orang yang dikenali namun pada waktu tu ia merasa keadaan itu asing baginya.
2. Kisah ini berlaku kepada seorang lelaki tua yang bernama Pok Su Talib ( sekrang Allahyarham ) ,menurut ibu saya dan saya tida pasti samada pernah mendengar dari mulut mangsa sendiri.. Menurut kisah ,suatu hari Pok su Talib yang bukan penduduk kampung saya, telah masuk ke kampung saya yang pada waktu itu masih penuh dengan hutan tebal. Nak dijadikan cerita Poksu Talib telah sesat dan menghabiskan sebanyak satu tangki minyak motor untuk sedar kembali dimana dia berada. Menurut emak saya yang semasa kejadian sedang "neroh" ( satu perbuatan mencuci rumput", ia melihat Pok su Talib tadi keluar masuk kawasan kebun itu dan tidak mengesaki apa-apa berlaku namun semuanya terdedah apabila mangsa sendiri menceritakan keadaan sebenar kepada ibu saya  dan banyak lagi kisah yang hampir sama saya dengar sendiri dari saksi ....... Namun sepanjang saya hidup di Kampung Alor Bujuk@ Jalan Umur @ Alor Pasir peristiwa ini tidak pernah berlaku kepada saya dan pada zaman saya peristiwa sebegini sudah tidak berlaku. Banyak lagi kisah hantu yangg sering diceritakan namun hakikatnya samada ia benar ataupun rekaan ada mesej mendidik yang cuba disampaikan oleh orang-orang tua....
    

Ahad, Disember 05, 2010

Tiba-tiba


     Bismillah wal Alhamdulillah.........

   Saat pena ini ditulis,perasaan rindu dan sunyi kepada kawan semakin nyata. Semua mereka dah balik dan blok semakin sunyi.Aku masih meneruskan tradisi lama iaitu balik lewat dan mari awal.Namun itu dilakukan demi perjuangan menegakkan agama Islam yang tercinta di bumi UPSI ini..Raya haji yang pertama tidak beraya bersama keluarga namun perasaan tidaklah sunyi begini mungkin kerana kawan dari Sabah dan Sarawak masih ramai disini.Sisa sia tahun ini masihi yang masih berbaki tidak lama ini InsyaAllah akan digunakan sebaiknya bagi mengembalikan kegemilangan Islam di sini.Perjuangan yang tidak akan pernah padam ini InsyaAllah akan diteruskan dan mungkin sehingga akhir sem jika masih berkesempatan akan melalui perkara yang sama iaitu balik lewat dan mari awal....

    Tiba-tiba diberi hadiah oleh seorang kawan lama..Walaupun jangkaan awal meleset namun pemberiannya memberi seribu satu makna kerana barang yang diberi olehnya adalah barang yang saya cari kira-kira setahun yang lalu.Pengakhiran yang berlaku dengan pemberian kawan lama itu.Walaupun agak berat untuk menerimanya kerana mungkin terfikir banyak namun saya tetap berterima kasih kepadanya.... InsyaAllah saya akan mempergunakannya sebaiknya..Tidak lupa juga kepada Akhi Nawar yang sudi memberi serban hitam yang memamng saya suka pakai kerana kainnya agak licin dan mudah diikat dan lebih-lebih lagi ia sepadan dengan jubah hitam yang saya suka pakai ke mana-mana majlis ilmu ( mungkin x mudah kotor ).Tidak lupa  juga terima kepada Akhi Ghazali kerana memberi hadiah kopiah keras kepada saya walaupun saya tidak memakainya kerap kali kerana mudah kotor dan malas basuh namun pemberiannya amat saya hargai.

    Mungkin lebih mnyedihkan saya ialah terpaksa berpisah dengan adik- beradik sem 7 yang banyak memberi tunjuk ajar dalam perlbgai bidang dan banyak menolong diri ini.Walaupun ada banyak ragam namun ragam tersebut dapat dimurnikan..Mungkin sem ini merupakan sem paling menyedihkan saya kerana akan banyak teman-teman yang kaan keluar untuk berpraktikum dan semoga hasrat abang-abang dan kakak-kakak dalam menegakkan syiar islam akan berjaya.Mereka ini sudah tentu sukar untuk dicari ganti dalam meneruskan perjuangan yang banyak mehnah dan tribulasi.Maaf saya ucapkan diatas segala salah kata dan tutur sepanjang perkenalan singkat kita ini...Semoga Allah akan melimpahi rahmat keatas kita semua.Dan saya berjanji kepada abang-abang dan kakak-kakak disini bahawa perjuangan yang mereka tinggalkan akan kami teruskan sebaik mungkin bukan kerana kepentingan duniawi tapi demi kepntingan ukhrawi bersama.

     Pemergian abang2 dan kakak2 sem 7 ini mungkin akan menyebabkan kegembiraan ni akan berkurang pada sem depan..Bila bercakap dengan mereka ni tentu perihal masalah hati atau dengan lebih dalam iailah perihal zaujah@kahwin@baitul muslim... Sering saya berseloroh dengan mereka ni " ana beri masa kat enta 2 tahun untuk ana bapat anak saudara".Mungkin gurauan ini sudah basi pada sem depan..Namun terima kasih kepada abang2 dan kakak2 sekalian yang banyak membimbing diri ini dan mengajak diri ini supaya mengeanali apa itu perjuangan Islam yang ingin kita tegakkan......Barakallahufikum......

      Tentang masalah hati "ana dah selesai" itulah jawapan yang sering diputarkan dihadapan abang2 sekalian.."berat demo mendahului abe2,demo keno lok ko abe2 dulu" itulah jawapan yang sering diberikan oleh abang2 sekalian jika saya mengatakan masalah hati telah selesai... Tapi selesaikah masalah hati ini?....jawapannya masih misteri....... Mudahan Allah akan mempermudahkan urusan saya dalam urusan ini InsyaAllah....saya sering menasihatkan abang2 dan kakak2 yang nak sambung belajar tu untuk mnyelesaikan masalah hati ini dan hanya 2,3, orang sahaja yang menyahut seruan ini dan ada yang dah nak kahwin tahun depan dan saya doakan semoga ia akan mendapat isteri yang solehah.... " enta ni ada masalah hati" ayat ini betul2 akan membuatkan saya tersenyum dengan sendiri....Pada saya masalah ini dah selesai InsyaAllah dengan pengetahuan keluarga kedua pihak dan tidak perlu dikhuatirkan lagi dan InsyaAllah hanya tunggu masa sahaja itupun dengan Izin Allah Taala dan mudahan Allah akan izinkan perkara yang baik ini.....Sem 3 saya telah berakhir dengan berakhirnya peperiksaan Wacana Akademik Bahasa Melayu pada 4..12.2010 di PC 11 JAM 2.30 petang....Ini adalah peperiksaan sejam yang saya keluar awal kerana ada beberapa sebab yang tidak perlu diterangkan............. Peperiksaan dan markah @ pointer tidak pernah ada dalam benak kerana yang penting jangan repeat..Hidup pun x tertekan....Sem 3 adalah sem yang banyak memerikan kenangan manis bersama semua sahabat dan ia mungkin sem yang paling tidak disukai kerana terpaksa berpisah dengan sahabat/iah MAHASISWA PENDIDIK yang banyak memandu diri ini....Terima Kasih Semua...

Jumaat, Disember 03, 2010

Puteriku Sayang patah hati






     Bismillah wal alhamdulillah....... anatara lagu wajib yang akan saya dgr setiap hari ialah puteriku sayang dan juga patah hati.Tiba-tiba malam tadi tanpa ada angin dan ribut sedang asyik mendengar lagu puteriku sayang maka berkata roomate yang bernama facebook syafiq barry .Dia kata " lagu ni crita pasal apa pulak" saya pun jawab "x tahu,dgr kes sedak jah"..dia pun kata pelik la hang ni...... selepas lagu puteriku sayang lagu beralih pula kepada patah hati ( mmg set 2 lagu tu je malm tadi ) ....maka sekali lagi  blog syafiq barry bertanya  "yang ni hang degr pasai apa pulak"..sekali lagi ku menjawab " x tahu"


setelah difikir maka ku membuat kesimpulan awal...

1.puteriku sayang
     dalam youtube ada komen bahawa puteriku sayang ini mengagungkan muslimat...tpi bagi saya ia adalah lambang kepada sifat muslimat itu sendiri.. kegagahan muslimat dalam menghadapi ujian..Kelmbutan yang ada pada muslimat tu x bermkna muslimat tu tidak kuat untuk berjuang..Muslimat juga menghadapi pelbagai cobaan dalam hidup dan pada saya lagu ini banyak menyanjuung nilai yang ada pada muslimat..lagu ni diambil dari sahabatku Husaini...

2.Patah hati

    yang patah hati ni x tahu la knp minat ..Mungkin sbb nada lagu tu yang kena gaya...Jika di perhatikan banyak pengajaran/nasihat dalam lagu ni...tentang apa masih " x tahu"


 

Ahad, November 28, 2010

Projek Jahat Pada Sain-Sain

    Tahniah kepada kawan yang terpilih menjadi Power Ranger musim kedua....
    Khas utk siti kerana suka pada itik.
Tahniah kepada azuandi kerana menang dalam pertandingan gusti 3 sebelah

Tahniah juga kepada prof nuqman kerana menjadi hulk yang tidak menakutkan..

Masalah Hati

Bismillah Wal Alhamdulillah.......

    Entah kenapa pada sem ini kerap kali terdengar tentang masalah hati atau mungkin diri ini sendiri mengalami masalah hati..Pergi kuliah masalah hati,mesej masalah hati,berbual masalah hati bahkan sampai satu tahap bila sampai saja mesej terus kata "masalah hati enta dan sampai".Bila bercakap dengan muslimin masalah hati merujuk kepada muslimat dan bila bercakap dengan muslimat masalah hatinya mesti baba akhlak,pendapat dan lain2....bila pergi kuliah ustaz sebut tntg bab-bab kahwin mesti kami akan suka dan ajuk kata ustaz,mungkin ia petanda kami betul-betul mengalami masalah hati...suatu mesej sampai...
a : berat demo,make x ajok kawe,
b : tok leh ajok demo,tkut demo ambik muslimat kawe
a : ah,inikah sahabat?.Lupa pada shbt yg sama2 berjuang
b : demi seorang muslimat
a : sungguh murah hrga pershbtn kita
     Ada seorang sahabat saya berkata jika nak selesai kan masalah hati maka bacalah srah al Hujurat,InsyaAllah saya akan amalkan dalam hidup seharian.......
Bila bercakap dengan muslimat lain pula maksud masalah hati itu,,,muslimat lebih suka merujuk masalah hati itu dgn akhlak peragai penerimaan orang lain terhadap pendapat kita dll....Ayat  muslimat yang disukai ialah : LETAKKAN MASALAH HATI DI TAPAK KAKI"... InsyaAllah ana akan letakkan masalah ini dikaki....
Masalah hati penyebab kerja x jadi...Motivasikan diri,motivasikan hati,motivasikan perasaan,,anda akan berjaya mengatasi masalah ini....Yakin pada takdir Allah untuk kita.....


Sabtu, November 27, 2010

Wira Wirawati Sejarah

    Bilo duk baco kisoh zame koloh mulo di blog sain...mako rindu pado sain makin kuat...jadi ia memberi ilham ko kawe untuk buat kerja jahat skali lagi......maaf kepada sapo yg terlibat...
    Kepada sain-sain sejarah hok duk baloh sokmo,hok temu demo x de nok kecek de kawe dulu,hok duk ngupat sokmo,hok tegur kawe kawe x leh kecek dalam kato lain kaku kes x beso nga demo muslimah etek,hok kawe senyum sajo terutama muslimah,hok kawe sale sajo,hok kawe tegur jare2,hok takut tpi mahu kawe dan sebagainya kawe saye demo lako-lako trutama muslimah.......dan hok maroh gmbr dio duk tido,duk niru prekso masuk blog ni....samo-samo majukan AT032.....
power ranger hijau : abe nik
power ranger kuning : kak nik
power ranger  merah : khairol azuandi
power ranger meroh jambu : nuyu
power ranger biru : aqwa......
kawe saye blako ko sek demo walaupun ado yg x rajin kecek pun dan mitok maaf kawe ado yg x tahu demo sek sejaroh...kawe royak laluh sbb tkut x de...

Kalendar Hari Jadi

Bismillah wal Alhamdulillah..........

    Dalam keadaan gembira duk fikir exam keluar sejam lebih awal dan berkerut memikirkan satu masalah terdesak..Akhirnya anak saya di fb telah tandakan saya dengan kalendar hari jadi untuk bulan 12 ni.....Tiba-tiba perasaan yang gundah gulana menjadi ceria kembali....Senyum Seindah Suria......


tpi hakikatnya saya x suka sambut hari jadi..Dalam kamus hidup ini hanya ada hari jadi Rasulullah.....gapo-gapo pun tq kak nik........

Ahad, Februari 28, 2010

SEKOLAH YANG BERNAMA SEMEKAR

    Sepanjang pencarian saya terdapat kira-kira 5 buah sekolah yang menggunakana nama semekar di Malaysia.Semekar bukan sahaja merujuk kepada sekolah menengah kebangsaan renek sahaja tetapi juga merujuk kepada beberapa buah sekolah antaranya:

smk renek



smk agama ranau ( smk amar )


smk rawang


smk abdul rahim kudat


tak dapat dikesan.tapi ia adalah sebuah sekolah

Ahad, Oktober 18, 2009

bangunan pelik

  Banyak benda pelik dalam dunia ni.Semua mahu buat benda yang pelik sehinggakan bangunan pun dibina dengan bermacam bentuk.Kita lihat seketika...

(kapal terbang raja brunei)
macam-macam manusia ni.



"APA NAK PENING.RELAX JE MACAM AKU"


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters