“Apa
yang kau cari” ujar Chu Chu
“ehhh”
tegah Bao Zheng supaya Chu Chu diam tapi sudah cukup untuk membuatkan Chu Chu
mengerti akan permintaan Bao Zheng itu. Apabila memikirkan kes,dahi Bao Zheng
yang mempunyai bulan sabit itu pasti berkerut sebagaimana kita memikirkan
sesuatu yang sukar. Kini hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Bao Zheng
menyelesaikan kes tersebut setelah menteri Phang memberikan waktu tambahan
selama sehari untuk menyiasat kes berkenaan.
“Huuukk..hukkk”
ajuk Chu Chu yang meniru suara anjing dan membuat bayang tangannya di dinding
seperti anjing yang sedang menyelak.
“Chu Chu .. jom” tiba-tiba Bao Zeng terfikirkan sesuatu dan
terus menarik tangan Chu Chu ke bilik kejadian bunuh.
“Aikkk..kenapa
ni” soal Chu Chu
“Aku
mencari sesuatu” balas Bao Zheng tanpa menghiraukan pertanyaan lanjut oleh Chu
Chu. Beliau terus mencari sesuatu dibilik kejadian yang boleh membuatkan
wujudnya bayang. Akhirnya Bao ZZheng berjaya menjumpai tanglung yang memuatkan
lampu sehingga mewujudkan bayang di dalam bilik.
“Rupanya
begitu..aku telah berjaya memecahkan huruf sepuluh ( + ) itu” ujar Bao Zheng
dalam keadaan yang serius.
“Bagaimana
dengan pembunuhnya” kata Chu Chu
“Tabir
ini sudah aku jumpa..pembunuhnya ada diantara kita” balas Bao Zheng dalam
keadaan yang tidak bertenaga kerana sudah mengetahui siapa pembunuhnya. Semua
telah dipanggil ke balai sidang untuk mendengar penjelasan Bao Zheng siapa
pembunuh kedua-dua orang Tengku negara Kao Li.
Tengku
Kao Li telah mati dibunuh dengan kesan kelaran yang banyak diseluruh tubuh yang
dipercayai dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kungfu yang hebat. Klu yang
ditanggalkan kedua orang Tengku terbabit hanyalah huruf sepuluh ( + ). Utusan
Kao Li tersebut ke negara Song untuk menghantar puteri Kao Li untuk dinikahkan
dengan Maharaja Song. Namun ketika sampai di daerah Liu Zhao rombongan Kao Li
telah diserang oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam. Kematian Tengku Kao Li
iaitu Li Shih berlaku semasa baginda cuba mrogol Siang Ai dan kematian
Tengku ke 7 Kao Li berlaku selepas baginda dibongkar terlibat dalam serangan
semasa kadatangan rombongan ke Lu Zhao. Siasatan awal menjurus kepada Siang Ai
dan Chu Chu yang dituduh berkomplot membunuh Tengku Kao Li kerana ingin
membalas dendam atas tindakan Tengku Kao Li tersebut yang cuba merogol Siang
Ai. Tuan Cen dan Puteri Kao Li juga
telah dituduh terlibat dalam pembunuhan tersebut namun selepas dibuktikan
mereka tidak bersalah mereka telah dibebaskan. Kini nyawa 30,000 penduduk Liu
Zhao dan negara Song bergantung kepada Bao Zheng yang diamanahkan untuk
menyiasat kes berkenaan. Selepas.Bao Zheng menjumpai alat yang digunakan untuk
mengaburi kes tersebut,semua yang terlibat telah dikumpulkan dibalai sidang
untuk mendengar keputusan penyiasatan Bao Zheng.
“Menteri
Phang..aku ingin bertanya satu soalan.. yang anda betul-betul inginkan kes ini
diselesaikan ataupun kepalaku dipancung?” soal Bao Zheng ingin mengetahui niat
sebenar Menteri Phang memberi masa hanya satu hari kepadanya untuk menyiasat
kes tersebut.
“Bergantung
kepada dirimu..yang jelas aku akan pilih salah satu daripada yang tersebut”
balas Menteri Phang
“Kalau
kepalaku yang kamu harapkan..hari ini kamu akan kecewa” ujar Bao Zheng tenang
“Jangan
cakap banyak..nasibmu,keluargamu dan seluruh rakyat negara ini berada
ditanganmu” pintas Menteri Phang
“Kalau
sedikit salah bicara akan aku terus pnggal kepalamu” tambah Menteri Phang
“Baiklah..pertama
sekali akan aku jelaskan mengenai huruf sepuluh” sahut Bao Zheng.
“Pengawal
Sem tutup lampu” arah Bao Zheng.
Lampu
lantas dipadamkan dan muncul huruf salib ( huruf sepuluh ) diatas palang
dibilik tesebut. Huruf sepuluh itulah huruf yang Chu Chu ternampak semasa
berada didalam bilik Tnegku Kao Li semasa menyelamatkan Siang Ai.
“Apakah
ada orang diatas” tanya Jeneral Kao Li
“Benar...
pada saat itu pembunuh berada diatas palang tersebut” tambah Bao Zheng
Namun
huruf salib yang kelihatan di palang tersebut hanyalah untuk melindungi diri
daripada dilihat. Di dalam tanglung tersebut terdapat ulat kecil dan jika
semakin jauh kesan gelap tersebut akan menjadi semakin besar dan ini telah
dapat melindungi pembunuh yang berada diatas palang daripada dilihat oleh
mangsa. Klu huruf sepuluh yang ditinggalkan oleh kedua orang tengku tersebut
bukanlah huruf sepuluh yang berada diatas palang tersebut tetapi lencana
pegawai yang berbentuk bintang yang dipakaikan dipinggang. Ini bermakna yang
membunuh kedua-dua orang tengku tersebut ialah pegawai kerajaan.
“Huruf
salib yang mereka ketemukan ada disini” kata Bao Zheng sambil menunjukkan
bintang yang berada di pinggang salah seorang petugas.
“Dengan
kata lain,tengku ingin memberitahu yang membunuhnya adalah petugas kerajaan
yang berpakain seragam?” tanya Tuan Cen
“Betul”
balas Bao Zheng
Semasa
peristiwa pembunuhan terbabit,dalam cahaya yang samar,kedua orang tengku telah
melihat bintang yang berada dipinggang petugas yang berpakaian seragam tersebut
yang bersinar. Dan sebelum mati,mereka sempat melukiskan lambing tersebut
diatas lantai dengan menggunakan darah mereka.
“Tetapi
bagaimana dengan teriakan tengku tersebut... bukankan kita berada berdekatan
tempat kejadian tetapi tidak masih tidak dapat melihat siapa pembunuhnya” soal
Tuan Kungsun
Kedua-dua
orang tengku tersebut sebenarnya tidak sempat untuk berteriak. Teriakan yang
kedengaran oleh pengawal yang bertugas merupakan teriakan yang dihasilkan oleh
pembunuh bukannya dihasilkan oleh mangsa. Oleh itu,ramai yang hairan kenapa
mereka tidak nampak pembunuh sedangkan teriakan sepatutnya dihasilkan sebelum
berlakunya pembunuhan. Dan jika teriakan dihasilkan semasa pergelutan berlaku
sudah semestinya pembunuh tersebut berjaya ditangkap. Mangsa telah dilukai
kemudiannya mulut mereka disumbat dengan kain agar mereka tidak dapat untuk
menjerit meminta pertolongan kemudian setelah dibunuh maka pembunuh pun
berteriak. Ini berjaya mengaburi orang ramai yang menyangka bahawa mangsa telah
dibunuh dalam waktu yang amat singkat agar Chu Chu yang menjadi Syaitan Wanita
dituduh sebagai pembunuh.
“Lalu
kenapa pembunuh membuat keadaan kedua orang tengku dalam keadaan yang
menyeramkan?” soal Puteri Kao Li
“Benar,sesuai
dengan yang kamu katakana ketika petugas memasuki kamar,pembunuh tersebut masih
ada..bagaimana pembunuh meloloskan diri?” soal Tuan Cen pula
“Haha..
bahagian inilah yang paling menarik” balas Bao Zheng
Pembunuh
sebenarnya tidak meloloskan diri tetapi telah bersama dengan petugas tanpa
disedari.
“Adakah
kalian menyedari bahawa orang diantara kita telah bertambah seorang?” tanya Bao
Zheng
“Mustahil..kita
mari bersama-sama” ujar Tuan Kungsun
“Tidak
benar..aku orangnya yang baharu masuk semasa teriakan itu” kata Gongsu Cen
“Betulke?..bukankah
tadi kamu bersama kami” soal Tuan Kungsun kehairanan
“Tn
Kungsun..dia adalah anak kamu .. kamu sudah pun tidak menyedari dia ada atau
tidak bersama kamu tadi” jawab Bao Zheng
“Ketika
masuk kemari kita semua ada disini...Orang kita begitu ramai.. dia ada bersama
kita..logiknya begitu” balas Tn Kungsun
“Kamu
benar.. sebetulnya pembunuh telah menggunakan helah ini dalam usaha meloloskan
diri” ujar Bao Zheng
Oleh
kerana pembunuhnya merupakan salah seorang petugas yang memakai pakaian
seragam,maka semasa bilik kejadian dimasuki oleh petugas,pembunuh tersebut
telah bersama petugas.. ketika semua orang sedang panic maka kehadiran pembunuh
tersebut tidak diperasan oleh petugas yang lain. Kemunculan pembunuh dalam
kalangan petugas tersebut sedikitpun tidak dicurigai. Selepas melakukan
pembunuhan,pembunuh telah berteriak disebalik pintu dan pengawal telah bergegas
masuk untuk melihat keadaan dan kedudukan pembunuh disebalik pintu tersebut
tidak disedari oleh petugas lain dan sekaligus memberi peluang kepada pembunuh
untuk mnyelinap disebalik petugas yang turut memakai pakaian seragam.