Bendera Parti Bersatu Sabah ( PBS ) |
Jika
di Malaysia terutamanya di Semananjung Malaysia, PAS menjadi sebuah parti yang
memperjuangkan Islam di Malaysia. Di Sabah ada satu parti politik yang
memperjuangkan survival kristian bahkan gaya perjuangan parti ini lebih keras
dan ekstrim berbanding yang dilakukan oleh PAS dan juga parti yang berunsur
agama yang lainnya. Parti ini telah memaksa penyerapan doktrinnya kepada rakyat
di negeri Sabah sehingga semasa zaman pemerintahan parti ini, penduduk Islam
Sabah mengalami satu tekanan yang amat kuat. Parti ini ialah Parti Bersatu
Sabah ( PBS ). Parti Bersatu Sabah
( PBS ) sekarang ini merupakan salah satu daripada komponen dalam Barisan
Nasional ( BN ).
PBS
telah diasaskan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan selepas beliau telah ditendang
keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah ( Berjaya ) kerana mengkritik
dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pimpinan kerajaan pada masa
itu yang menurut Datuk Joseph sebagai telah lari daripada dasar perjuangan
parti. Parti Berjaya telah ditubuhkan oleh Datuk Haris Salleh atas pemintaan
Tun Razak. Penubuhan parti Berjaya ini dilakukan untuk menandingan kuasa yang
dipegang oleh Datu Mustapha sebagai ketua menteri pada waktu itu. Tun Razak
bertindak demikian juga kerana Datu Mustapha cuba memisahkan Sabah daripada
Malaysia. Disebabkan mendapat sokongan daripada kerajaan pusat, Parti Berjaya
telah berjaya mengambil alih pemerintahan dari Datu Mustafa. Datuk Haris telah
dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru. Namun Datuk Haris telah mengkhianati
amanah daripada rakyat tersebut dengan menggunakan kesempatan ini untuk mengaut
kekayaan luar biasa untuk dirinya.
Kegagalan
terbesar Datuk Haris ialah memecat Datuk Joseph daripada kerajaan tanpa beliau
sedari Datuk Joseph mampu untuk mendapatkan sentiment masyarakat Kadazan Dusun
yang merupakan penduduk majoriti di Sabah. Berbekalkan semangat Kadazan
Kristian, Datuk Joseph telah menubuhkan parti PBS pada 5 Mac 1985. Selepas
keluar daripada parti beliau telah dipaksa untuk mengosongkan kerusi DUN
Tambunan yang dipegangnya selama ini. Pada tahun 1984, beliau telah bertanding
sebagai calon bebas untuk kawasan yang beliau kosongkan ini. Walaupun
menghadapi jentera kerajaan yang lebih kuat, beliau akhirnya telah berjaya
memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3048 undi. Kemenangan yang dikecapi
oleh Datuk Joseph ini telah menyebabkan sokongan kepada beliau di seluruh
negeri Sabah semakin meningkat dengan tujuan untuk menghapuskan koropsi dalam
kerajaan. Masyarakat Tambunan pada masa ini amat marahkan kerajaan Berjaya
kerana menghapuskan taraf daerah bagi kawasan tersebut.
Selain
Berjaya, Parti PBS merupakan salah satu parti yang dikira berjaya mendapat
sokongan daripada massa semasa waktu itu. Hanya 47 hari selepas ditubuhkan, PBS
telah berjaya memenangi 25 kerusi daripada 48 kerusi sekaligus berjaya untuk
memerintah Sabah dengan majoriti mudah dan lebih mengejutkan Datuk Haris Salleh
telah tewas mengejut di kawasan beliau di Tenom. Parti Berjaya mengalami
kekalahan teruk pada waktu itu. Parti PBS telah berjaya menguasai negeri
tersebut dari tahun 1985-1994. Pada
pilihanraya 1994, PBS masih memenangi pilihanraya namun kerajaan ini hanya
bertahan selama 2 minggu selepas kebanyakan ahli parti ini melompat menyertai
BN. Walaupun parti ini dilihat parti yang berbilang kaum dan agama namun
peranannya sebagai benteng Kristian Sabah tidak boleh dinafikan tambahan lagi
Presidennya Datuk Joseph Pairin Kitingan merupakan pemimpin Kristian di Sabah.
Semasa
pemerintahan PBS di Sabah, muallaf semasa pemerintahan parti Berjaya dan USNO digalakkan untuk kembali murtad dan masuk
kedalam agama Kristian. Bantuan diberikan kepada mubaligh-mubaligh yang yang
akan menyebarkan agama Kristian di seluruh Sabah. Datuk Joseph telah meluluskan
peruntukan sebanyak rm 20,000 untuk diberikan kepada mubaligh di Sabah. Setiap
umat Islam di Sabah yang menganut agama Kristian akan diberikan imbuhan
sebanyak rm 3000 seorang dan antara yang menerima imbuhan ini ialah keluarga
Ust Farhan ( bekas paderi yang memeluk Islam ). Tumpuan
pembangunan hanya untuk masyarakat Kristian bahkan kerajaan negeri telah
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan gereja termasuklah
dikawasan orang Islam seperti di Tawau. Walaupun sekarang ini, Datuk Joseph
bukan lagi memegang jawatan sebagai Ketua Menteri namun di Sabah papan label
jalan banyak menunjukkan arah gereja berbanding arah masjid sebagaimana seperti
di semananjung sedangkan arah masjid lebih perlu diutamakan kerana umat islam
solat sebanyak 5 kali sehari. Yang paling menarik semasa pemerintahan beliau
ialah, satu operasi yang dikenali sebagai “
Operasi Potong Bawang”. Operasi Potong Bawang bermaksud operasi menghapuskan
ajaran Islam kerana bawang tersebut adalah simbolik kepada kubah masjid yang
seakan-akan bawang.
Walaupun
Sabah mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan namun dalam politik Sabah hanya
ada dua golongan sahaja iaitu Islam atau Kristian..