Pengikut

Jumaat, April 30, 2010

Intifada palestin

      Antara soalan yang masuk dalam exam sejarah islam di asia barat abad ke 19 hingga 20 adalah mengenai intifada pertama Palestin. Intifada pertama Palestin berlaku akibat daripada tindakan sebuah trak israel melanggar 13 orang rakyat palestin yang menyebabkan kematian 4 orang dan 9 orang lagi parah.Disebabkan peristiwa ini sel-sel usrah ikhwanul muslimin telah diarahkan bertindak.Maka selepas solat subuh 9 disember 1987 berlakunya satu perakakan besaran yang menetang tindakan trak israel tersebut.Tunjuk perasaan tersebut telah merebak bukan sahaja ke wilayah gaza tetapi juga ke bahagian tebing barat.Intifada ini merupakan buat kali pertama rakyat palestin bergabung bagi menentang tindakan israel.
       Intifadah ini telah menyebabkan israel berundur dari menduduki gaza walaupun senjata rakyat palestin adalah batu semata-mata.Intifadah kali ini juga dikenali sebagai Atfal al masajid ( kanak-kanak masjid) dan juga atfal al hijarah iaitu kanak-kanak batu.Pada 14 disember tahun yang sama,ikhwanul muslimin cawangan gazza telah mengumumkan penubuhan harakah al muqawwamah al islamiyyah atau Hamas yang dipelopori oleh syeikh ahmad yassin.Intifadah kali ini dibayar dengan harga yang mahal apabila 700 orang syuhada terkorban dan 1ooo lagi dipenjarakan.
     Perjanjian oslo menandakan penamatan intifadah rakyat palestin buat pertama kalinya.Perjanjian oslo ditandatangani pada september 1993 oleh mahmud abbas dengan wakil yahudi di washington.Perjanjian ini telah memberi kuasa kepada pihak berkuasa palestin untuk membantai rakyat palestin terutamnya hamas yang tidak mengakui israel.PLO telah menjadi pembelot rakyat palestin apabila membekalkan maklumat kepada israel tentang pergerakan perjuangan rakyat palestin.Ramai rakyat palestin telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan pihak berkuasa palestin pada masa itu telah menjadi tali barut israel.Wang datang mencurah dari barat sehingga yasser arafat sendiri telah menjadi jutawan.
     Oslo merupakan taktik israel untuk membersihkan tangan mereka dari pembunuhan rakyat palestin.Ini kerana selepas oslo yang membunuh rakyat palestin adalah kerajaan mereka sendiri.Yasser Arafat menandatangani oslo dengan membelakangi rakan seperjuangannya yang lain dan juga membelakangi perjuangan terhadap baitul maqdis dan juga masjid al aqsa.Selepas perjanjian oslo satu persatu negara islam datang merayu israel untuk menjadi rakan negara walaupun sebelum 1967 mereka merupakan musuh ketat.Sehingga kini antara rakan israel dari negara islam ialah arab saudi,jordan,mesir,kuwait,uae,dan banyak lagi.Mereka ini semua telah mengkhianati perjuangan islam dengan menjalinkan hubungan dengan israel.

   Bagi hamas tindakan fatah menandatangani perjanjian oslo merupakan tidakan memalukan rakyat palestin...
intifadah pertama ini telah melonjakkan nama hamas ke tahap tertinggi apabila mendapat sokongan ramai rakyat palestin dan juga menandakan kekecewaan rakyat palestin terhadap perjuangan golongan sekular..
( bersambung ke intifadah ke 2 )

Selasa, April 27, 2010

Allah Wujud Tanpa Tempat

Mafhum firman Allah ta^ala: "Tiada suatupun yang sama seperti-Nya, dan Dia maha mendengar dan maha melihat" [Surah al-Shura, ayat 11]
Al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^iyy berkata; maksudnya: "Kemuncak mengenali Allah ialah keyakinan dengan kewujudan-Nya tanpa kayfiyyah dan tanpa bertempat".
Maksudnya: "Allah ada (azali) dan suatu tempat tidak ada (bersama keazalian-Nya), dan Dia sekarang ada di atas keazalian-Nya" [Dinaqalkan oleh Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadiyy dalam kitabnya al-Farq Baynal-Firaq]. Kata-kata ini bermaksud bahawa Allah ta^ala telahpun wujud pada azali (kewujudan-Nya tanpa didahului dengan ketiadaan) sebelum tempat diciptakan, dan selepas tempat diciptakan maka sekarang pun Dia ada tanpa bertempat kerana Allah tidak berubah dari satu keadaan kepada suatu keadaan seperti makhluk.
Rasulullah sollaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda; mafhumnya: "Allah ada (azali) tiada suatupun selain-Nya (yang ada azali). Arasy-Nya ada di atas air..." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Al-Imam al-Tahawiyy berkata; maksudnya: "Allah maha suci dari segala batasan, sut, sudut, anggota besar, anggota kecil dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk". Beliau berkata lagi; maksudnya: "...dan barangsiapa yang mensifatkan dengan makna daripada makna-makna (makhluk contohnya) manusia maka sesungguhnya dia telah kafir".
      Sesungguhnya inilah aqidah ahlussunnah wal jamaah yang sahih yang di pelopori oleh imam hasan as syaari dan juga imam abu mansur al maturidiy

Jumaat, April 23, 2010

potrait tentang empayar ottoman

     Empayar Ottoman merupakan empayar sunni terakhir.Ia diasaskan oleh Sultan Utman dan nama ottoman di ambil sempena namanya.Ia mengambil pemerintahan dari ayahnya ortugul yang barasal dari Asia Tengah. Ia membantu sultan seljuk memerangi Byzantium dan dikurniakan tanah oleh sultan seljuk.Selepas kemangkatan sultan ia akhirnya mengistihar membebaskan diri dari seljuk dan mula membina empayar.
      Turki mempunyai ramai sultan dan setiap sultannya hanya memerintah sekejap sahaja kerana ada yang dijatuhkan dan ada yang mati awal.Bangsa Turki merupakan bangsa yang datang dari bahagian perbatasan Monggolia dan mereka telah berhijrah secara besaran untuk mencari padang rumput dan tanah yang subur.Apabila mereka masuk ke sesuatu tempat mereka akan menghalau penduduk tempatan.Dan apabila dirasakan tempat itu tidak sesuai maka mereka akan berpindah pula.Mereka mula masuk Islam sekitar tahun 1000 masihi.
    Jajahan Ottoman masa pemerintah Sultan sulaiman.Sultan Sulaiman magnificent merupakan zaman keagungan epayar ini.Dalam bahasa arab mereka menyebutnya sebagai Sultan Sulaiman al Qanuni.Selepas zaman sultan sulaiman al qanuni ottoman secara beransur menuju kepada kemerosotan.
 
( SULTAN AHMAD 1 )

( SULTAN AHMAD 2 )
( SULTAN AHMAD 3 )
( SULTAN BEYAZID 2 )
( SULTAN MAHMED 4 )
( SULTAN MAHMUD 2 )
( SULTAN MURAD 2 )
( SULTAN MUSTAFA 3 )
( SULTAN OTHMAN AL GHAZI )
( SULTAN OSMAN 2 )
( SULTAN MEHMED AL FATIH )
( SULTAN MAHMUD )
( SULTAN SALIM 3 )
( SULTAN SALIM )
( SULTAN SULAIMAN AL AL QANUNI )
LAMBANG OTTOMAN
BENDERA SULTAN SALIM 1.
Bendera ini munggunakan pedang bermata 2 iaitu pedang Zulfikar,yakni pedang yang pernahdi guna oleh Nabi dan juga Saidina Ali.
 



   Tentera Yenossari ialah tentera terpenting bagi Dinasti Ottoman.Tetapi tentera ini telah dihapuskan oleh Sultan Mahmud 2 kerana melakukan pemberontakan bagi menetang tentera Nizam e Jadid yang kebaratan.Ulama pada masa itu menghukum haram meminta bantuan kafir dan golongan Terekat Bektasiyyah yang menyokong golongan Yenissari memberontak telah diharamkan.Terhapusnya tentera yenisari menandakan kemasukan sekularisme yang lebih mudah kerana tidak mendapat tentangan.Sekularisme mula memasuki turki sejak zaman Sultan Salim 3 dan diteruskan oleh Sultan mahmud 2.Namun sekularisme memuncak pada zaman Sultan Abdul Majid apabila Hatt i Syarif Gulkhene diistiharkan dan pengistiharan Hatt i Syarif Humayun menendakan sekularisme berada pada tahap yang paling tinggi.Pengaruh sekular itu telah berakar umbi di turki hingga sekarang walaupun pada masa Sultan Abdul Hamid 2 telah berlaku pemberontakan terhadap golongan turki muda oleh tentera yang mahukan syariat didaulatkan.
( maktab tentera )

   Kekuasaan sultan turki telah dihapuskan pada 1922 dan khalifah pada 3 mac 1924.Beza sultan dan khalifah ialah sultan berperanan dalan pentadbiran manakala khalifah dalam agama.Ini bermula sejak zaman orkhan iaitu anak kepada Uthman.


Jumaat, April 16, 2010

Freemason Logo

     Freemason merupakan sebuah gerakan yang telah diasaskan sejak beribu tahun dahulu bagi meaikkan kembali nama yahudi dan sekaligus menawan negara Islam dari sungai furat ke sungai tigris.Pertubuhan ini ditubuh khusus bagi mewujudkan sebuah negara yahudi yang diidamkan yang melibat semua wilayah taklukan nabi Allah Sulaiman.

    Freemason juga merupakan satu gerakan yang menyebabkan kejatuhan empayar turki ottoman.Bahkan seorang sultan turki ottoman iaitu sultan murad v.Tetapi pemerintahan sultan murad v tidak lama kerana akhirnya baginda menjadi gila. Golongan Freemason telah mempengaruhi kebanyakan golongan yang inginkan pembaharuan seperti golongan pelajar terutamanya pelajar sains sehinggalah kepada golongan pentadbir..Pengkalan Freemason dalam jajahan Turki ottoman ialah Greece. Golongan turki muda dan ottoman muda muda juga dikatakan pengikut golongan freemason.Antara tokoh kumpulan ini ialah Mustafa rasyid pasya,mustafa sami pasya,mehmed sadik pasya,ali pasya,dan juga fuad pasya.Mustafa rasyid pasya telah terpengaruh dengan ideologi seorang atheis iaitu Auguste camte yang merupakan ahli freemason.Auguste menyebarkan idea tentang positifvisme dan mengabaikan syarak sehingga rasyid pasya terpengaruh.
    Sebagaimana yang diketahui,gerakan turki muda telah dibuang daerah oleh sultan abdul hamid kerana didapati cuba menjatuhkan kerajaan.Gerakan ini telah mewujudkan markas baru disalonika kerana disini jauh dari pusat pentadbiran dan juga tempat divisyen ketiga tentera yang bila2 masa sahaja sanggup menjatuhkan turki ottoman.Turki muda telah merampas takhta namun belum mengusir sultan abdul hamid sehinngalah mereka dibuang daerah oleh sultan abdul hamid  setelah berlaku pemberontakan rakyat dan tentera bawahan untuk menegakkan islam kembali.Pada kali kedua juga mereka telah mendapatkan bantuan ketenteraan dari salonika dan menawan semuala istanbul sehingga sultan abdul hamid dibuang daerah kerana dituduh berkomplot menjatuhkan turki muda,..Pemerintahan kemudiannya oleh sultan mehmed yang hanya menjadi boneka..Golongan turki muda merupakan satu golongan yang terpengaruh dengan freemason dan golongan freemason ini telah menguasai turki sehingga perang dunia pertama.

Rabu, April 14, 2010

montaj Kem Remaja Islam 10

Alhamdulillah Rakan Surau Arrasidin Khar dengan kerjasama Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah Khar telah berjaya mengadakan Kem Remaja Islam atau KERIS 10 di Kem Latansa Jerantut Pahang.Peserta lebih kurang 80 orang beserta AJK telah menjayakan program yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu.Rata-rata peserta yang ditanya berpuas hati dengan kem tersebut walaupun menghadapi sedikit masalah pada penginapan.

Kem ini diadakan secara tahunan dan pada kali ini ia diadakan pada 9-11.4.2010

Sabtu, April 03, 2010

Sifat Tanzih dalam Pengajian Sifat 20

    Saya tertarik untuk menyebutkan tntang persoalan aqidah yang mana sekarangg ini manusia lalai daripadanya dan sebahagiannya telah terjerumus kedalam lembah tersebut iaitu Menyamakan Allah Dengan Makhluk..Manusia sekarang ini terutamanya yang tidak belajar tentang ilmu Tauhid cenderong mengenal Allah sebagaimana mengenal Makhluk.Maka saya disini ingin berkongsi sikit pengetahuan dari kitab sirr salikin karangan As Syahid Syeikh Abdul Samad al Palembangi yang merupakan intipati dari kitab Ihya' Ulumuddin.
   Jika manusia dia kenal sebagai ada tangan maka ia juga cenderong mengenal Allah juga ada tangan dan memegangnya makna Allah beranggota dengan pegangan yang tidak menyerahkan makna pada Allah.
Maka Imam Al Ghazali telah mengeluarkan satu sifat dari sifat salbiah iaitu sifat Mukholafatuhul Lil Hawadis ( bersalahan Allah taala dengan yang baharu ) dan memasukkan sifat ini kedalam satu sifat lain iaitu sifat yang diberi nama sebagai Tanzih yakni memegang makna tidak tersentuh Allah Taala dengan yang baharu.
    Ketahui olehmu bahawa Allah Taala adalah tidak sama sekali menyerupai makhluk.Allah Taala itu bukan jirim ( seperti batu ) mahupun jisim ( seperti manusia yang punyai anggota ) dan Allah Taala juga bukannya Jauhar ( seperti angin ).Apa-apa yang terfikir dalam akal kepala maka itu bukan sesekali Allah kerana hanya yang Qadim mengetahui hakikat yang Qadim.Adalah mustahil bagi yang baharu ( makhluk ) mengetahui hakikat yang Qadim ( Allah ).
    Sebab itulah sesetengah ulama Aqidah tidak membenarkan memanggil Allah itu sebagai 1 kerana satu masih boleh dipecahkan dan seharusnya kita memanggil Allah itu sebagai Esa.Dalam kitab Aqidatun  Najin ( kalau x silap saya ) ada memaparkan tentang kisah pembesar dan pendayung sampan.Pada suatu hari seorang raja telah menaiki sampan kerana telah sesat dari pemburuan maka bila sampai ditengah tasik maka berkatalah raja " Allah satu akupun satu" maka pengayuh sampan terus memberhentikan sampan dan memaksa raja tersebut supaya menarik balik katanya kerana perkataan " pun " itu sudah menunjukkan menyamakan Allah dengan makhluk..Maha suci Allah dari menyerupai makhluk..
      Dan hendaklah setiap muslim mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak diliputi oleh tempat dan Allah juga tidak berpihak kerana tempat dan berpihak itu menyamai jisim dan jisim itu pula menyamai baharu. Secara ringkasnya Allah tidak memerlukan tempat untuk tinggal dan Allah juga tiada berpihak samada kanan,kiri,depan,belakang,atas,dan bawah kerana semua ini adalah sifat bagi makhluk dan Allah itu sama sekali tidak menyerupai makhluk.Dan wajib juga keatas kita untuk mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak boleh dihadkan kira-kira yakni tidak boleh kita mengatakan Allah itu besar kecil pendek mahupun tinggi..Maha Suci Allah dari boleh dihadkan.
     Satu perkara penting yang perlu diketahui oleh orang Islam iaitu mubalaghoh yakni penggunaan kalimah untuk Allah sahaja kepada manusia seperti Maha Mulia dan sebagainya maka ini dihukum oleh ulama aqidah sebagai Syirik.
     Maka yang paling penting disini ialah Allah sama sekali tidak menyerupai manusia dan setiap pembaca dan saya sendiri perlu mendalami ilmu aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah dengan lebih mendalam supaya kita tidak menyeleweng dari landasan sebenar.


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters