Pengikut

Isnin, Februari 08, 2010

kerja lapangan ke kompleks gunung senyum 2

       Kami bertolak ke Gunung Senyum lebih kurang pada pukul 915 pagi.Kami bertolak bersama dengan 5 buah bas Upsi yang terdiri dari 167 pelajar,3 orang fasi,dan juga 4 orang pensyarah serta en. Faizol.Seramai 6 orang pelajar tidak dapat pergi atas beberpa faktor yang tidak dapat di elakkan.




      Persinggahan kami yang pertama ialah Batang Kali hulu Selangor.



       Kami tiba disana agak awal dalam lebih kurang pukul 3 30 petang.Jadual perjalanan agak merehatkan dimana  kami hanya mula aktiviti pada keesokan pagi menuju ke kompleks jebak puyuh.Selepas pulang lebih kurang pukul 3 petang kami hanya berehat sehinggalah pagi keesokan pula.Pada malam terakhir itu kami mengadakan beberapa persembahan yang agak santai.Sebenarnya kami hanya mengadakan secara ad hoc terutamanya lelaki yang hanya membincangkan apa yang perlu dilakukan hanya selepas beberapa puluh minit sebelum bermula.Pasukan lelaki kami mempersembahkan 3 buah nasyid yang tak ingat liriknya iaitu ayah dan ibu,sepohon kayu,dan teman sejati.Mungkin disebabkan tidak ingat lirik maka ia menjadi agak melucukan.


persembahan nasyid lelaki yang agak melucukan. yang berlatih hanya beberapa orang yang naiknya lebih ramai berganda.


seorang penonton menjadi juling akibat persembahan nasyid yang melucukan itu.




penonton yang tidak mampu membuka mata akibat terlalu lucu


prof yang terlalu takjub dengan persembahan.


penonton kusyuk melihat persembahan.





ketika latihan




bersama pengarah program RAJLEN





      Pada keesokan harinya,kami pun mendaki gunung senyum untuk melihat sejarah dan tinggalannya.Antara yang kami lawati ialah Gua Kolam Tujuh ( sebenarnya kolam hanya enam,tetapi tetapi nama tujuh itu lebih cantik dan sama dengan dengan Kompleks Kota Gelanggi,,sebenarnya nama gua disini banyak bersamaan dengan di kompleks kota gelanggi ).,Gua angin,Gua Taman Satu,Gua Terang Bulan,dan juga gua makam Tok Long.Kami hanya boleh melawat beberapa buah gua sahaja disebabkan hanya mempunyai masa 3 jam sahaja untuk melawati gua.Antara banyak gua yang dilewati makam tok long adalah gua ( saya tidak pasti samada gua atau  rock shelter ).




    Di Gua Terang Bulan,ada satu pancaran matahari yang akan menghasilkan warna pelangi apabila pukul 11130-1200 pagi.Di gua ini jalan disediakan dengan cantik kerana untuk menyambut kedatangan Raja Perempuan Pahang.





suasana lampu dimana pelajar berpusu melihat ketam laut yang idup digua akibat kemasinan tahi kelawar.Selepas pulang dari Gua kami bersiap untuk bertolak ke UPSI kembali


kerja lapangan ke kompleks gunung senyum 1

      Alhamdulillah,dengan keizinan dan qudrat yang di berikan oleh Allah dapat juga kami dari program sejarah pergi membuat kerja lapangan di kompleks gunung senyum,jengka temerloh pahang.

      Di hutan lipur gunung senyum ini terdapat 2 buah kompleks gunung iaitu gunung jebak puyuh dan juga gunung senyum itu sendiri.Di kompleks jebak puyuh tiada penggalian ( ekskavasi ) yang dilakukan walaupun kawasan ini amat berpotensi.Pihak UPSI mungkin akan membuat permohonan untuk membuat cari gali di kawasan jebak puyuh ini.Berlainan pula di gunung senyum,kawasan ini mula di gali cari oleh evan pada tahun 1917 lagi.Beberapa ekskavasi lain menyusul selepas itu yang dilakukan oleh antaranya peacock,zulkifli sulong,dan pihak muzium.Dikawasan gunung senyum memang kawasan yang amat berpotensi untuk di diami kerana keadaannya yang agak terang dan juga mempunyai rock shelter yang cantik.

Beberapa serpihan tembikar lama yang di percayai sejak zaman neolitik ditemui oleh kami.Tapi semuanya diserahkan oleh kami kepada pensyarah sehingga tiada satu pun yang kami bawa balik.

CONTOH KAWASAN YANG TELAH DI GALI CARI.

EKSKAVASI DI GUA TOK LONG
ekskavasi di gua angin


     Penggalian terakhir dilakukan oleh UKM.Dikawasan gua angin banyak di temukan artifak purba yang tidak tertanam.

Taqwa bersama serpihan artifak yang dijumpainya.

pemandangan kompleks gunung senyum dari jauh


        Sekitar makam Tok Long.Orang asli yang memeluk agama islam.Tok Long adalah seorang pemikat burung.Pada suatu hari dia mendapat burung tekukur berekor emas,dalam pejalanan balik ke kuala krau burungnya itu terlepas dan dia mengikuti burungnya itu sehinggalah ke gua tok long ini.Disini puteri bunian meminatinya dan berkahwin dengannya.Apabila beberapa bulan tidak balik maka dia meminta izin dengan istrerinya untuk balik.Isterinya mengizinkannya untuk balik tetapi melarang menceritakan tentang dirinya.Apabila pulang Tok Long telah memungkiri janji.Apabila ke gua tok longt ,ok long mendapati perkampunan bunian sudah tiada.Dia pun membuat satu lobang di gua itu untuk bertapa dan supaya dapat melihat isterinya semula.Di gua ini ada misterinya terseniri di mana akan ada  tapak kaki kiri yang melangkah sebanyak 3 langkah.
perhatikan betul2 akan dapat melihat tapak kaki tersebut.

karen sedang menunjukkan kubur  tok long

tinggalan siput yang di percayai dimakan oleh manusia di kompleks jebak puyuh.
yang ni main main saja

seorang arkeologis sedang menunjukkan sepihan tulang haiwan yang dimakan oleh manusia purba,.(sebenarnya hanyalah batang kayu)


tulisan purba di dinding dekat kompleks jebk puyuh




The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters