Mahatma Ghandi atau Ba-Pu |
Mahatma Ghandi telah menggunakan
method perjuangan secara tidak kekerasan yang dikenali dengan konsep Sathyagraha
sehingga memaksa British akur dengan golongan yang berjuang tanpa menggunakan
senjata. Pada 1919,British telah cuba untuk melaksanakan satu pembaharuan yang
dikenali sebagai Montagu-Chelmsford yang mana orang India akan ditempatkan
sebagai pegawai-pegawai awam dan juga memberikan penglibatan yang lebih besar
dalam dewan perwakilan namun perkara ini ditentang oleh Mahatma Ghandi yang
menyebut perkara ini sebagai satu kaedah “ pengebirian” yang mana masyarakat
India pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa.
Malah Mahatma Ghandi telah mendorong masyarakat India untuk menjalankan
program “non-kooperasi ( tidak berkerjasama ) total” yang mana bukan hanya
tidak menyertai jawatan yang diberi oleh Inggeris namun turut memboikot bahasa
Inggeris, sistem perundangan Inggeris,barang-barang yang berkaitan Inggeris
termasuklah tekstil. Dasar yang dijalankan oleh Ghandi ini turut disokong oleh
pemimpin Islam seperti Muhammad Iqbal.
Idea yang dikemukan oleh Mahatma
Ghandi ini pernah ditentang oleh puak nasionalis yang lain yang mengatakan idea
yang dikemukan oleh Mahatma Ghandi sebagai pengingkaran,berputus asa dan satu
rancangan untuk merosakkan sistem perundangan dan cuba mewujudkan satu bentang
antara pihak pemerintah British dengan masyarakat India. Pada saat nasionalis
yang semakin memuncak pada tahun 1920, Parti Kogres yang merupakan parti yang
terbesar di India nyaris untuk menggunakan idea Mahatma Ghandi.
Pada peringkat awal, British tidak
menganggap gerakan non-kooperasi sebagai gerakan yang mengancam kekuasaannya
namun apabila gerakan ini telah mendapat momentumnya, British mula merasai
tekanannya British mula mengawasi gerakan yang dilakukan oleh Ghandi ini. Pada
November 1921, masyarakat India telah membuktikan yang mereka telah menyahut
pemikiran Mahatma Ghandi ini dengan memboikot kedatangan Tuan Wales di Bombay
bahkan kedatangan pegawai British tersebut telah menyebabkan rusuhan berlaku di
Bandar tersebut. Ramai anggota Parti Kongres yang ditahan oleh pemerintah
sehingga parti tersebut telah meminta Ghandi untuk menjalankan dasar
non-kooperasi di peringkat nasional.
Tidak lama kemudian, Ghandi telah
ditangkap dan telah dijatuhi penjara selama selama 6 tahun. Namun hukuman yang
dikenakan keatas Ghandi tidak lama kerana dasar non-koperasi yang dijalankan
oleh Mahatma Ghandi telah menyebabkan tekanan keatas British. Beliau telah
dibebaskan dan dalam masa beberapa tahun beliau tidak terlibat dengan politik.
Sumbangan terpenting dan terbesar yang
dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan
rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik
kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentiment umat
Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat
atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam
untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Ghandi telah memainkan
peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam
untuk mendapatkan kemerdekaan India. Peluang pertama untuk beliau memainkan
peranan penting dalam gerakan ini timbul apabila diadakan Persidangan Muslim
Seluruh India di Lucknow pada 21 September 1920. Beliau telah melahirkan
sokongan keatas gerakan ini dan memohon masyarakat Hindu turut menyokongnya
dengan mengadakan puasa,mogok, sembahyang dan dengan itu dapat mengeratkan
hubungan antara umat Islam dan Hindu bagi memperjuangankan kemerdekaan India. Namun
gerakan ini telah dibubarkan apabila Khalifah Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan
Kamal Attartuk.
Walaupun Mahatma Ghandi memboikot
British namun beliau beberapa kali mengistiharkan bahawa beliau setia dengan
kerajaan British sehingga diberi gelaran Kaiser-I-Hind oleh British pada tahun
1915. Namun sebagai bukti persahabatan antara masyarakat Hindu dan Islam,
Ghandi telah berjuang untuk membebaskan Ali bersaudara yang ditahan oleh pihak
British kerana menjalankan gerakan Khalifat. Beliau member jaminan kepada Liga
Muslim bahawa masyarakat Hindu bersama liga tersebut untuk memperjuangkan
kebebasan Ali bersaudara. Walaupun gerakan ini tidak berjaya, namun Ghandi amat
konsisten untuk menyatupadukan masyarakat Islam dan Hindu sehingga beliau
dituduh oleh orang Hindu sebagai lebih simpati kepada orang Islam dan orang
Islam menuduh beliau sebagai tidak konsisten dalam memperjuangkan penyatupaduan
masyarakat apabila beliau dipengaruhi oleh golongan ekstrim Hindu seperti
Malaviya dan Lajpat Rai. Walaupun pada hakikatnya beliau tidak mahu
memperjuangkan kemerdekaan jika kelompok Islam dan Hindu tidak mahu bersatu.
Ini dinyatakan dalam surat beliau kepada Muhammad Ali pada 18 November 1918.
Menurut beliau, pemerintahan sendiri hanya akan dapat dicapai jika umat Islam
dan Hindu bersatu dan mencurahkan segala tenaga untuk mewujudkan perpaduan yang
kekal.
Gerakan Khalifat telah menghargai
sokongan yang diberikan oleh Ghandi keatas mereka.
Gerakan Khilafat ini disertai oleh
orang Islam dan Hindu sehingga gerakan ini sudah menjadi satu gerakan pada
peringkat nasional bukan lagi gerakan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja.
Walaupun Mahatma Ghandi memberi sokongan sepenuhnya pada perjuangan ini pada
mulanya namun beliau telah menarik balik sokongan itu selepas berlakunya
peperangan antara Afghanistan-British dan kebangkitan Moplah pada 1921.
Memimpin Kogres kebangsaan India yang
melibatkan orang Islam, Hindu dan juga Buddha. Mahatma Ghandi telah menjadi
pemimpin Parti Kogress Nasional India ( INC) dari tahun 1920-1939. Mahatma
Ghandi menjadi presiden parti hasil sokongan daripada orang Gujerat,
wilayah-wilayah bersekutu dan juga daripada Punjab. Semasa beliau menjadi
pengerusi parti, beliau telah berjaya menarik golongan rakyat termasuklah
golongan Hufcaste untuk terlibat dalam politik sehingga berlaku perkembangan
politik yang pesat di India sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an. Idea yang
dikemukan oleh Ghandi telah diterima oleh INC seperti Syatayagraha dan
Swadeshi. Gesaan yang dilakukan oleh Ghandi telah menyebabkan British bertindak
dengan menangkap dan memenjarakan ahli INC.
Agenda yang dikemukan oleh Ghandi
ini terpaksa dibatalkan apabila berlaku sengketa agama antara masyarakat Islam
dan Hindu dimana masyarakat Islam Moplah telah melancarkan jihad menentang
penjajah Inggeris dan tuan tanah Hindu dan dibalas pula oleh orang Hindu yang
diketuai oleh Arya Samaj. Peristiwa ini telah menyebabkan Ghandi menarik
sokongan beliau kepada Gerakan Khalifat. Ghandi telah menggunakan simbol mesin
tenunan yang menandakan keinginan beliau untuk mendekatkan golongan atasan
dengan golongan bawahan. Beliau turut memperjuangan hak golongan bawahan
seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut
beliau sebagai ketidakadilan sosial.