Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..
Peristiwa penentangan terhadap Siam
yang dilakukan oleh Pembesar Kedah.Siam dengan diwakili oleh wakilnya di Ligor
telah bertindak menyerang Kedah:
“Pada Ahad 12 November 1821,perahu pasukan Siam telah berlepas dari Trang
dan tiba di Kuala Kedah.Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah.Pasukan
Siam yang mengandungi 7000 orang tentera dibawah arahan Raja Ligor berlepas
dari Trang ke Sungai Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi
melancarkan serangan keatas Burma”.
Tindakan Siam yang membawa 7000
tentera dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan sepatutnya diketahui
oleh Kedah akan motifnya.Dalam rujukan saya mengenai angka tentera Siam
tersebut tiada satupun yang menyatakan yang member angka yang berlainan.Dalam
serangan mengejut itu,pertahanan Kedah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan
berlaku pelawanan yang sedikit sahaja.Serangan Siam ini sebenarnya bertujuan
untuk menangkap Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah 11 yang dikatakan mengingkari
kehendak Siam:
“Diantara matlamat serangan itu ialah menangkap Sultan Kedah”.
Pada masa itu Sultan Kedah berada di
Sungai Muda untuk menggali terusan sekaligus menyelamatkan baginda daripada
menjadi tawanan Kedah.Banyak pembesar negeri Kedah telah ditangkap dan
dibunuh.Diperkirakan seramai 1000 orang lelaki Kedah telah dibunuh dan banyak
orang Kedah telah menjadi tawanan:
“Dianggarkan sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok
untuk dijadikan hamba….”.
Perbuatan Siam yang keji itu
sememangnya tidak dapat dimaafkan oleh orang Kedah sehingga berlakunya
peperangan.Sebenarnya Sultan Ahmad Tajudin 11 merupakan Sultan yang taat dan
patuh kepada kepimpinan Siam.Baginda banyak membantu Siam dalam pelbagai
peperangan seperti membantu Singgora menentang Patani,membantu Siam menyerang
Kedah sehingga Sultan Ahmad Tajudin 11 mendapat gelaran Chao Phya daripada
Siam.Namun sekitar tahun 1820,Siam telah mengesyaki Kedah membantu Burma dan
Sultan Akmad Tajudin telah dipanggil mengadap Raja Rama 111 namun Sultan Ahmad
Tajudin tidak berbuat demikian sehingga menimbulkan kemarahan Raja Rama 11
sehingga membawa kepada penaklukan Kedah.
Kesalahan serangan ini mungkin tidak boleh diletakkan kesalahan
sepenuhnya keatas Siam kerana perkara utama disini ialah Sultan Ahmad Tajudin
11 tidak mengadap kepada Raja Siam.Kedegilan Sultan Ahmad Tajuddin 11 ini
mungkin penyebab utama kepada Penaklukan tersebut.
Dalam kertas kerja ini,penulis hanya membawakan secara agak lengkap
mengenai peristiwa penaklukan itu namun perkara yang lebih penting telah
ditinggalkan oleh penulis iaitu sebab Siam menyerang Kedah.Sebab serangan Siam
ini adalah penting bagi memperjelaskan kepada pengkaji mengenai peristiwa
terbabit.Kesan social turut dinyatakan dalam kertas kerja ini tetapi ia
hanyalah perkara sampingan:
“Dianggarkan
sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba…”
Banyak lagi kesan sosial yang tidak
dinyatakan sebagaimana dalam buku sejarah yang lainnya,seperti pemusnahan harta
benda penduduk Kedah,perahu,sampan dan segala kelengkapan rakyat dan kerajaan Kedah
telah dimusnahkan.Pembesar Kedah dan juga Sultan Kedah telah lari mendapatkan
perlindungan British di Pulau Pinang.Dikirakan seramai kira-kira 70,000
penduduk Kedah melarikan diri ke Pulau Pinang bagi mengelakkan kekejaman
pendudukan Siam.
Dalam peperangan ini,menyaksikan campur tangan British yang ketara
sehingga penentangan yang dilakukan oleh pembesar gagal walaupun penentangan
oleh Muhammad Saad sampai ke Senggora atau sekarang dikenali sebagai
Songkla.Selepas menawan Kedah,tindakan awal yang dilakukan oleh Nakhon Sri
Tammarat ialah meletakkan kedua anaknya menjadi Gabenor dan juga timbalan
gabenor.Phya Buri Saknuton mennjadi gabenor manakala Phya Sina Nunchit menjadi
timbalan gabenor.Namun tindakan yang dilakukan oleh Raja Ligor ini masih tidak
mendapat persetujuan daripada Raja Rama 111 sehinggalah 1826.
Dalam kertas kerja ini ada menyatakan tentang perjanjian Burney secara
sepintas lalu dan tidak diambil berat.Bagi menyelesaikan krisis yang berlaku di
Kedah,British telah menghantar John Crawford untuk berunding namun gagal.Utusan
kedua dihantar oleh British iaitu Henry Burney dan berjaya menandatangani
perjanjian dengan Siam:
“……utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok pada tahun 1825,salah satu
matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah keatas
takhta kerajaan Kedah”.
Dalam menerangkan perjanjian yang
penting ini dalam krisis ini,penulis hanya menyatakan sedikit sahaja daripada
isi perjanjian Burney:
“Antara syaratnya,British mengakui kedaulatan Siam keatas Kedah dan
British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah,keluarganya
atau pengikutnya menyerang Kedah”.
Antara sebab British menghantar wakil
dalam perundingan ini ialah bagi merisik kekuatan sebenar Siam dan British
telah berhasil mengetahuinya dan mengakui Siam bukanlah sebuah negara yang
kuat.Berbalik kepada isu isi kandungan yang tidak dinyatakan oleh penulis
tadi,sebenarnya perjanjian Burney 1826 mengandungi beberapa perkara penting
iaitu:
1) Kedah kekal sebagai jajahan takluk
Siam.British bersetuju untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri Kedah
atau membantu Sultann Kedah mendapatkan semula takhta kerajaan.
2) Sultan Kedah tidak dibenarkan
menduduki Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak, Selangor dan mendapat perlindungan
Burma.
3) British tidak akan membenarkan
Sultan Kedah menyerang Kedah atau mana-mana jajahan Siam
4)
Siam mengiktiraf hak pemerintahan Perak dan Selangor.Negeri tersebut
bebas menjalankan pentadbiran sendiri.
5) British tidak akan menyekat Sultan
Perak menghantar bunga emas ke Bangkok jika Perak sudi berbuat demikian.
6) British dan Siam bebas menghantar
perwakilan ke Perak atau Selangor namun tidak boleh campur tangan dalam hal
ehwal negeri terbabit.
7) Siam mengiktiraf pendudukan
British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
8) Siam tidak akan mengganggu
perdagangan British di Kelantan dan Terengganu manakala British bebas
mengadakan perdagangan dan hubungan dengan bebas tetapi tidak campur tangan dan
menyerang negeri terbabit.British juga tidak boleh menghalang mereka menghantar
bunga emas.
9) British bebas menjalankan
perdagangan dengan Siam dan bersetuju cukai diturunkan oleh kedua-dua pihak.
Jika dilihat Perjanjian Burney atau
Perjanjian Bangkok 1826 mempunyai 9 perkara yang dipersetujui
Dalam kertas kerja ini,Prof Dr.Abdullah Zakaria menerangkan dua siri
penentangan penting yang berlaku pada masa itu iaitu yang dipimpin oleh Tunku
Kudin yang berlaku pada 1826,1828 dan 1830 sehinggalah beliau syahid dan
kepalanya dipancung dan dihantar ke Bangkok.Dalam siri peperangan ini tidak
dapat dinafikan bahawa British dan orang Cina telah bertindak membantu
Siam.British telah mematahkan segala percubaan yang dilakukan pihak Kedah untuk
mengusir pihak Siam.Bahkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sendiri telah
ditekan oleh British dan segala pergerakannya telah dikawal sama sekali.Bermula
dengan tinggal di Pulau Pinang kemudian diusir ke Melaka.
Pertempuran/penentangan kedua berlaku tidak lama selepas peperangan
pertama tersebut,Penentangan kedua telah dilakukan oleh Tunku Muhammad Saad dan
dibantu oleh kebanyakan rakyat dan pembesar Kedah.Perjuangan pada kali ini
ditiup dengan semangat jihad bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat Kedah.
“…dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok”.
Semangat Jihad dan kebencian terhadap
penjajah Siam kafir telah menyebabkan penduduk Kedah bangkit bersama
penentangan ini.Namun penentangan ini akhirnya walaupun telah berjaya
mendapatkan Senggora.Dalam penentangan terhadap Siam ini menyedarkan Siam
bahawa mereka tepaksa menanggung banyak kerugian sehingga memaksa takhta Kedah
dikembalikan dengan penghantaran Tengku Daie atau Tengku Zainal ke Bangkok.Bagi
mengelakkan Kedah terus mengancam kekuasaan Siam,Siam telah membahagikan Kedah
kepada 4 bahagian iaitu Kubang Pasu,Kedah,Setul dan Perlis.Peristiwa ini
dilihat sebagai satu sebab kenapa Kedah pada hari ini tidaklah seluas sebagai
mana yang dipelajari dalam sejarah negara.