Pengikut

Isnin, November 29, 2010

Ikhwan Muslimun dalam lanskap politik Mesir

    
Ikhwanul Muslimin merupakan satu pertubuhan atau jemaah Islam yang diasaskan oleh As-syahid Imam Hassan al Banna ( 1906-1949 ) selepas empat tahun kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah iaitu pada tahun 1928 yang telah dijatuhkan secara rasmi oleh pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Attartuk yang dikatakan dari keturunan yahudi Daunamah yang berasal dari Sepanyol kemudian berpindah ke Greek sekitar tahun 1500 bagi mendapatkan perlindungan dari kerajaan Islam . Selepas kejatuhan khalifah Islam,dunia Islam menjadi malap apabila sistem khalifah yang diasaskan sejak 1300 tahun lampau tiba-tiba roboh. Selepas jatuhnya khalifah ini maka parti atau pertubuhan sekular telah tumbah ibarat cendawan bagi mengantikan sistem khalifah ini. Maka bagi mengatasi masalah umat Islam inilah maka Ikhwanul Muslimin ditubuhkan yang bertindak selaku jemaah Islam bagi melawan gerakan sekular yang semakin merebak di negara-negara Islam.  Bagi sesetengah golongan salafiyyah yang tidak menyokong Ikhwanul Muslimin memanggilnya pertubuhan ini sebagai Al Hasaniyyin atau pemikiran Hasan al Banna. Jemaah Ikhwanul Muslimin ini sebagaimana yang diketahui bahawa telah diasaskan oleh Imam Hasan al Banna dii bandar Ismailiyyah Mesir bersama dengan beberapa orang lagi sahabatnya seperti Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi.
     Tujuan utama Ikhwanul Muslimin ditubuhkan ialah untuk menegakkan kembali sistem khalifah Islam supaya umat Islam kembali kuat dan mampu untuk menumpaskan pengaruh barat yang telah menguasai negara-negara arab pada ketika. Ikhwan juga berperanan dalam mengubah persepsi masyarakat dalam bab perjuangan , akhlak dan juga pemahaman Islam. Pada tahun 1940,Ikhwanul Muslimin telah meluaskan pengaruhnya ke negara negara lain terutamanya negara arab seperti Palestin, Quwait, Algieria, Yordania, Suriah ,Yaman dan juga Sudan. Mursyid Am pertama atau pengerusi Ikhwanul Muslimin iaitu Imam Hasan al Banna telah mati ditembak oleh mereka yang tidak dikenali tetapi dipercayai dibunuh oleh kerajaan Mesir pada waktu itu iaitu sekitar 12 Febuari 1949. Selepas kematian Imam al Banna, Gerakan jemaah Ikhwanul Muslimi n telah dipimpin pula oleh Mursyid Am kedua iaitu Hasan Hudaibi. Pada tahun 1973,Syeikh Hasan al Hudaibi telah wafat dan diganti pula dengan Umar Tilmisani dan antara peristiwa yang paling penting pada tahun 1970-an ialah kenaikan Anwar Sadat sebagai Presiden Mesir dan beliau telah bertindak membebaskan semua tawanan Ikhwanul Muslimin yang ditangkap semasa rejim sebelumnya.

Biodata Imam Hasan al Banna.

    Imam Hasan al Banna telah dilahirkan di perkampungan Mahmudiah di bahagian Buhairah Mesir sekitar tahun 1906. Beliau telah dilahirkan dalam satu kelompok keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran agama Islam yang bermazhab Imam Ahmad ibnu Hambal. Ayahnya merupakan seorang imam dikampungnya dan menyara keluarga dengan membaiki jam. Ayahnya membahagikan masa antara kerja dan juga perjuangan yang akhirnya menjadi tarbiyah bagi diri Imam al Banna untuk terus berjuang menentang kebatilan. Diantara karya ayahnya ialah Kitab Tafsir Imam Ahmad bin Hambal. Beliau telah menuntut ilmu al Quran dengan ayahnya sehingga beliau telah hafaz 30 juzuk al Quran dan ayahnya juga telah memberikan kebenaran kepadanya untuk membaca kitab dalam simpanannya sehingga Imam al Banna menjadi seorang yang berpengetahuan. Keizinan yang diberikan oleh ayahnya untuk membaca kitab dalam simpanan itu sendiri telah menunjukkan bahawa Imam Hasan al Banna seorang yang berkaliber dan bijak dalam ilmu agama sehingga kurang perlu bimbingan dalam bidang agama. Pada usia 16 tahun beliau telah dihantar oleh keluarganya belajar di Dar al Ulum ( Universiti Kaherah sekarang ) untuk menuntut ilmu dalam perguruan. Pada 1927,beliau telah lulus di Dar al Ulum dan telah mengajar di sekolah kerajaan di Ismailiah. Disini beliau telah melihat keparahan sosial masyarakat pada waktu itu dengan wujudnya pusat maksiat seperti disko dan sebagainya. Dan pada 1928, beliau telah mewujudkan sebuah harakah Islam yang diberi nama Ikhwanul Muslimin atau persaudaraan Islam yang ditubuhkan bersama pengikutnya yang setia.
    Keadaan pada zaman itu sememangnya penuh dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dimana para kaum wanita menuntut persamaan taraf sehingga satu tahap mereka ini telah membuang purdah dan telah memakai pakaian barat. Pemikiran sekular,komunis dan juga lainnya yang jelas bertentangan dengan Islam telah masuk secara mendadak mencari pengaruh di Mesir. Pemikiran Nasionalis di negara Islam telah dipelopori oleh tokoh dunia Islam seperti Kamal Attartuk dan juga Gamal Abdul Nasir.  Para ulama pada masa ini sudah tidak mampu untuk berbuat apa melainkan mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang lari dari landasan Islam ini telah terpesong dan murtad. Para ulama telah dipaksa untuk mengeluarkan fatwa bahawa Raja Farouk merupakan Khalifah Islam dengan gelaran Amirul Mukminin dan dari keturunan Rasulullah. Dalam menghadapi kekalutan masyarakat pada waktu ini,Imam Hasan al Banna telah memainkan peranan penting dengan menyeru masyarakat pada masa itu untuk kembali semula kepada Islam. Ramai ulama dan orang awam menghadiri ceramahnya kerana mempunyai butir-butir yang mampu untuk menyinarkan kembali Islam. Bagi mengatasi maslah sosial ini,Imam Hasan al Banna telah mengutus surat kepada Raja Farouk dan juga menterinya bagi menuntut pemerintah memberi contoh yang baik kepada rakyatnya. Antara permintaan Ikhwanul Muslimin ialah  mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi kerajaan,para pemimpin kerajaan perlulah berhenti dari  berjudi khususnya di tempat-tempat judi,para pemimpin juga hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,pemerintah juga hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung hiburan,mereka juga hendaklah berhenti dari memperlihatkan tubuh anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam surat khabar dan juga media,mereka hendaklah mendirikan shalat,para pemimpin juga hendaklah berbicara dalam  Bahasa Arab bagi menggantikan percakapan dalam bahasa Inggeris dan juga Perancis,mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan pemerintah juga hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing yang membahayakan akidah.

Peranan Ikhwanul Muslimin dalam Menjatuhkan Sistem Beraja.

   Sistem beraja Mesir pada masa itu dipimpin oleh Raja Farouk yang mengambil pemerintahan dari ayahnya iaitu Raja Fuad 1 dari dinasti Muhammad Ali. Baginda merupakan cucu kepada Muhammad Ali Pasha iaitu seorang pegawai tentera kepada khalifah Uthmaniyyah. Muhammad Ali Pasha pada zamannya memiliki tentera yang canggih dan moden berbanding dengan pemimpin tentera Uthmaniyyah yang lain. Muhammad Ali Pasha merupakan keturunan Albania dan berkahwin dengan orang Mesir sehingga lahirnya Raja Farouk iaitu raja terakhir dinasti Muhammad Ali di Mesir. Baginda telah menjadi raja sejak dari umur 16 tahun iaitu pada tahun 1936 lagi dan mula berucap di radio sekaligus menjadikan baginda raja pertama Mesir yang berucap secara terus dengan rakyat. Sistem beraja Mesir telah terhapus secara keseluruhannya melalui Revolusi Julai 1952 tetapi secara rasminya pada tahun 1954. Sistem kepegawaian kerajaan Mesir seperti Polis,Tentera dan jabatan kerajaan lainnya berada pada tahap terendah dimana banyak penyelewengan dan juga rasuah berlaku. Pada 25 Febuari 1952,British telah bertindak menyerang polis Mesir yang enggan menyerah kalah kepada British menyebabkan seramai 100 orang anggota Polis Mesir telah terbunuh. Rakyat Mesir secara amnya marah dengan situasi ini sehingga berlakunya rusuhan di bandar Kaherah. Pada keesokan harinya yang juga digelar oleh penduduk Mesir sebagai Sabtu Hitam dilihat berlakunya revolusi kedua selepas revolusi 1919. Rakyat beramai-ramai keluar dan menyerang kepentingan British dan juga syarikat asing sehingga banyak berlakunya kemusnahan.
     Penggulingan sistem beraja Mesir ini dilakukan setelah rakyat Mesir terutamanya golongan Ikhwanul Muslimin menghadapi tekanan yang dasyhat dalam sistem politik Mesir pada masa itu.Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Raja Farouk ( 11 Febuari 1920-18 Mac 1965 ) merupakan seorang raja boneka yang hanya mengikut telunjuk barat semata-mata yakni dalam erti kata mudah Raja Farouk merupakan proksi barat di Mesir Khasnya dan di dunia Islam amnya. Revolusi ini setelah pemerintah Mesir yang dipimpin Raja Farouk telah menangkap seramai kira-kira 10,000 orang anggota Ikhwanul Muslimin yang pernah berjihad di bumi Palestin. Pada masa itu juga berlaku pergolakan di Palestin yang melibatkan kemasukan beramai-ramai puak-puak yahudi dan golongan Ikhwanul Muslimin yang merupakan situs penyelamat orang telah menghantar ramai ahli untuk berjihad di sana. Ikhwanul Muslimin merupakan antara pertubuhan Islam dunia yang pertama yang mengambil berat mengenai masalah Palestin ini. Ini dibuktikan pada tahun 1935,Imam al Banna telah menghantar saudaranya Abdur Rahman al Banna dan juga Muhammad Asad al Hakim ke Palestin untuk melihat ruang bantuan yang boleh diberikan oleh Ikhwanul Muslimin untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Pada tahun 1936,Ikhwanul Muslimin telah membuka cawangannya di Haifa Palestin dan ke wilayah lain. Pada 1948,terdapat 25 cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.
    Namun sekatan telah dikenakan terhadap mereka yang berjihad kerana barat melihat golongan Ikhwan ini mampu untuk menundukkan yahudi pada masa itu. Pada  awalnya mereka hanya tidak dibenarkan masuk ke Palestin secara beramai-ramai namun akhirnya mereka yang terlibat dengan jihad tersebut turut ditahan atas alasan keselamatan negara. Peperangan di Palesin telah bermula sejak zaman Imam Hasan al Banna lagi,dimana Imam Al Banna pernah meminta bantuan persenjataan dari kerajaan beraja Mesir untuk mempertahankan Palestin namun tidak dilayan atas alasan itu bukan urusan bagi negara Mesir. Muhammad Fahmi Naqrasi selaku Perdana Menteri pada waktu itu telah menyekat kemasukan tentera sukarela Ikhwanul Muslimin ke Palestin. Kerana perasaan tidak puas hati berlaku pada Disember 1948,Naqrasi telah diculik dan dibunuh yang di percayai dilakukan oleh anggota Ikhwanul Muslimin. Semasa jenazahnya hendak dikebumikan pengikut Naqrasi telah berteriak bahawa “ kepala Naqrasi harus di bayar dengan kepala Hasan al Banna”. Ini dapat dibuktikan apabila Syeikh al Banna telah wafat kerana ditembak pada 22 febuari  1948 yang dilakukan oleh pembunuh yang masih tidak diketahui. Jawatannya telah digantikan dengan Mursyidul Am yang baru iaitu Syeikh Hasan al Hudaibi yang mana antara orang yang pertama membaiahnya ialah Syed Qutb.
     Semasa Hasan Hudaibi menjadi mursyid inilah beliau merasai tekanan yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin amat hebat sehinggakan beliau terfikir untuk menjatuhkan kerajaan Mesir pada masa itu melalui kaedah persenjataan bukannya melalui pilihanraya lagi. Beliau telah bertindak bekerjasama dengan Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan Raja Farouk yang menjadi boneka barat. Perjanjian dimeterai antara Kolenal Gamal Abdul Nasir dan Syeikh Hasan Hudaibi atas nama Islam. Gerakan pengulingan kerajaan beraja ini dikenali sebagai gerakan Dubbat al Ahrar yang dipimpin oleh Kolenal Gamal Abdul Nasir dan dibantu oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Pihak Kolenal Gamal Abdul Naser telah memberi latihan ketenteraan dan juga persengjataan kepada kelompok Ikhwanul Muslimin. Antara pemuka Ikhwan Muslimin yang paling aktif menyokong Revolusi ialah Syed Qutb dan dikatakan Kolenal Gamal Abdul Naser sering mengunjungi rumah Syed Qutb di Helwan. Syed Qutb juga meminta ahli Ikhwan supaya turut mendokong revolusi tersebut dan menurut Al Khalidi seorang pemerhati Ikhwanul Muslimin,Syed Qutb menjadi seorang yang disanjung oleh
anggota revolusi setelah berjaya menggulingkan kerajaan Monarki Mutlak Antara alasan yang digunakan oleh Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan intitusi beraja Mesir ialah kekalahan Mesir dalam perang Arab-Israel 1947 yang menyaksikan kewujudan negara haram Israel dan juga pengepungan Istana Raja Farouk oleh Britain pada 1942 sehingga memalukan Mesir. Kolenal Gamal Abdul Nasir telah bertidak merampas kerajaan dan memaksa Raja Farouk turun takhta. Kolenal Gamal Abdul Nasir merupakan pemain utama dalam siri rampasan kuasa ini dengan menggunakan nama Jeneral Naguib kerana Jeneral Naguib lebih berpengaruh. Pada pagi 23 Julai 1952 telah berlaku rampasan kuasa dan berita revolusi telah dibacakan oleh Anwar Sadat. Berjayanya revolusi ini kerana penerimaan rakyat terhadap konsep Nasionalis yang telah dibawa masuk oleh Perancis,Britain dan juga negara barat lainnya. Semangat Nasionalis ini adalah semata-mata untuk memerangi bangsa asing yang cuba menguasai Mesir seterusnya menyebabkan berlakunya revolusi Meir ini. Semangat Nasionalis warga Mesir pada masa ini amat kuat sehingga lahirnya adagium yang berbunyi Mesir untuk bangsa Mesir.
    Selepas berjaya menjatuhkan sistem kerajaan beraja tersebut Kolenal Gamal Abdul Nasir telah mungkir janji dan tidak melaksanakan Islam kerana beliau melihat sistem Islam pada masa itu tidak sesuai dilaksanakan di Mesir berbanding dengan sistem Sosialis. Majlis Revolusi yang dipegang oleh Gamal Abdul Nasir dan juga Anwar Sadat telah menolak untuk melaksanakan syariat Islam. Namun begitu, Kolenal Gamal Abdul Nasir tetap menawarkan 3 jawatan menteri untuk diisi oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Syeikh Hassan al Hudaibi selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin telah bersetuju dan telah menghantar 3 nama ahli ikhwan tetapi 2 daripadanya tidak dipersetujui oleh Gamal Abdul Nasir. Kekecohan telah berlaku sehinggakan maktab Irsyad bersidang dan memetuskan untuk menarik diri kerana jawatan menteri ini tidak dapat mendesak supaya Islam dilaksanakan dan juga kerana kuasa pemutus tidak berada ditangan menteri sebaliknya di tangan tentera revolusi yang dipimpin Gamal Abdul Nasir. Semasa era pemerintahan Anwar Sadat,beliau telah melaksanakan pemerintahan diktator kerana baginya ia menjadikan Mesir sebuah negara yang penuh dengan rasuah,nepotisme dan juga kronisme sebagaimana yang berlaku terhadap Iran.
    Selepas kejatuhan negara monarki Mesir kepada tangan tentera, Raja Farouk telah dibuang negeri dan baginda pada mulanya telah menetap di Monaco dan kemudiannya di Itali. Selepas jatuh dari kerajaan baginda melantik anaknya iaitu Raja Fuad 11 yang masih kecil sebagai raja namun hakikatnya sudah tiada raja di Mesir kerana Mesir sudah mengamalkan sistem republik. Semasa rampasan kuasa oleh Gamal Abdul Nasir,Raja Farouk telah meminta bantuan Amerika Syarikat namun tidak berjaya. Beliau telah dihantar keluar negara dengan iringan ketat tentera Mesir,oleh itu telah berakhir pemerintahan beraja Mesir dengan Presiden pertamanya ialah Muhammad Naguib. Semasa di dalam buangan baginda masih mempunyai perangai seperti dulu iaitu suka hidup bermewah dan juga suka makan sehingga berat baginda mencecah 136 kilogram. Baginda dikatakan telah mati semasa di meja makan kerana dipercayai diracun oleh pihak tertentu dan ini dikuatkan lagi dengan tidak ada bedah siasat keatasnya. Jenazahnya telah dikebumikan di Pemakaman Muhammad Ali.
   
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters