Pengikut

Selasa, September 01, 2009

Fadilat Selawat keatas Nabi.

Selawat Allah keatas nabi ialah rahmat.Manakala selawat para malaikat dan selainnya adalah doa'.Berkata syeikh Fasi bagi mereka yang berselawat keatas nabi ada 10 keramat:

1.Berselawat keatasnya Malikul Jabbar.
2.Mensyafaat keatasnya oleh Nabi.
3.Mengikut akan malaikatul Akhyar.
4.Menyalahi akan munafik dan kafir.
5.Menghapuskan kesalahan dan aryar.
6.Menolong baginya menyampaikan hajat dan autar.
7.Bercahaya dan cemerlang zahirnya dan asrar.
8.Terlepas huru-hara hari akhirat.
9.Memasuk akan negeri darul qurar.
10.Salam daripada tuhan.

Jadi sempena ramadhan ini marilah kita sama-sama berselawat keatas nabi dan semoga kita akan mendapat syafaat nabi.

Qiamullail dan pencarian Ulama'

Lailatul Qadar pada IMAM As Safie ialah r.a ialah terhimpun ia di dalam sepuluh malam yang akhirdaripada bulan Ramadhan tetapi pada malam kasar itu terlebih harap.Daripada malam yang kasar itu terlebih harap pada malam yang kedua puluh satu dan malam yang kedua puluh tiga.Dan yang rojihnya(yang kuat) iaitu pada malam tertentu maka tiada berpindah ia sebagaimana kata Ibnu Abbas iaitu malam Lailatulqadar tetap pada malam yang kedua puluh tujuh sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Qadr bahawasanya perkataan hai ada dua puluh tujuh kali.Tetapi ada setengah kaul mengatakan malam lailatul Qadar berubah dan ini di jalani akan orang sufi.Dan disebut kaedahnya jika puasa hari jumaat maka lailatul qadar pada malam 29.Dan jika awal puasa pada hari sabtu maka lailatul qadar pada malam 21.Jika awal puasa pada hari ahad maka malam 27.Jika awal puasa hari maka iaitu malam 29.Jika awal puasa malam selasa maka lailtu qadar pada malam 25.Jika awal puasa hari rabu maka malam lailatul qadar pada malam 27.Dan jika puasa pada hari khamis maka lailatul qadar pada malam dua puluh satu.Telah memilih Imam Nawawi dalam majmuk bahawa malamnya berubah.Jika puasa pada hari rabu atau ahad maka malam lilatul qadar pada malam 29.Jika puasa pada hari puasa hari isnin maka pada malam 21.Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam 27.Jika awal puasa pada hari khamis maka pada malam 25.Awal puasa hari sabtu maka malam 23.Ini dinyatakan akan pendapat para ulama,namaun kita perlulah mencari lailatul qadar bermula pada malam yang pertama lagi.Sekian,,artikel ini disiapkan pada 3:22 malam,1 september 2009.

Fadhilat puasa menurut Kitab Al jauhar Mauhubu wa Minhatil Qulub.

Bab yang ke-13 menyatakan tentang kelebihan berpuasa.Dan adalah puasa itu dari rukun islam yang lima.Riwayat daripada Anas r.a bahawasanya Nabi bersabda "Tiada seorang hamba melihat akan sehari dari bulan maka ia memuji akan Allah kemudian membaca Al-fatihah tujuh kali melainkan di jauhi oleh Allah akan sakit mata pada bulan tersebut".Dan kata Ali k.r.m bahawasanya Nabi S.A.W bersabda "jika kamu melihat sehari bulan maka mengucap engkau akan Takbir 3 kali".Daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi bersabda bahawasanya surga itu berlikang2 dan berhias ia daripada satu haul ke satu haul (tahun) kerana masuk bulan ramadhan dan apabila adalah dari awal malam bulan ramadhan bertiup anginnya daripada bawah arasy dikatakan baginya masiroh maka bertiup akan segala daun kayu surga dan akan pintunya maka didengarkan daripada demikian itu dengunya tiada mendengar orang yang mendengar terlebih elok daripadanya (tiada bunyi yang lebih elok daripadanya) maka berhiaslah segala bidadari hingga berdirilah mereka diatas setanggi-setanggi surga maka menyeru mereka itu adakah orang yang hendak meminang kepada Allah maka ialah yang mengkahwinkan dia akan kami kemudian berkata bidadari itu "Hai Ridwan apakah malam ini?'maka menjawab Ridwan inilah awal malam daripada bulan ramadhan.Maka berfirman Allah S.W.T hai Ridwan bukalah olehmu akan pintu surga bagi orang yang berpuasa dari umat Muhammad.Dan firmanNya lagi Hai Malik tutup olehmu akan segala pintu neraka dari umat Muhammad.Hai Jibril turun olehmu kebumi dan beratkan olehmu picitkan olehmu akan belenggu syaitan dan belenggukan mereka itu dengan belenggunya.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters