Pengikut

Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan

Selasa, April 24, 2012

Subhanallah!!! Habib Umar Pun Mereka Kata Sesat

Dunia akhir zaman telah mencatatkan sesuatu yang berlaku terbalik berbanding dengan zaman dahulu. Jika dahulu yang menkritik tentang sesuatu fahaman atau menyesatkan golongan yang sesat dilakukan oleh ulama yang diakui keilmuannya oleh pelbagai ulama-ulama lainnya. Tetapi hari ini berlaku yang sebaliknya apabila ada segerombolan manusia yang mengaku alim tetapi hakikatnya jahil telah sewenang-wenangnya menyesatkan ulama yang diakui oleh dunia sebagai ulama yang benar, sohih akidahnya, sohih ibadatnya. Terkejut rasanya apabila membaca kenyataan gerombolan perosak agama ini. Tanpa ilmu yang ada didada dan berbekalkan kopiah putih dikepala mereka ini berlagak alim dengan menyesatkan seorang ulama kesayangan dunia yang berasal daripada Yaman iaitu Habib Umar bin al Hafiz. 
Tanpa mereka jelas siapa sebenarnya Tuan Guru Mulia ini, mereka terus menghukumnya sesat kerana mengamalkan ajaran sufi bahkan tuduhan yang lebih serius menyatakan Guru Mulia Habib Umar ini sebagai penyembah kubur.. Subhanallah, mereka ini telah mengcampakkan diri mereka kedalam kehinaan dan kecelakaan kerana keceluparan mulut mereka ini. Berapa keratkah ulama didunia sekarang ini mendapat gelaran alim, mendapat gelaran al alamah, mendapat gelaran al musnid, mendapat gelaran al hafiz dengan erti kata sebenar-benarnya?. Seorang yang belum tentu boleh membaca al Quran ini terus menyesatkan seorang ulama yang alim dalam pelbagai disiplin ilmu agama, seorang yang mengetahui setiap makna al Quran , yang mengetahui sebab turunkan ayat al Quran, mengetahui mendalam tentang Hadith Nabi sehingga menghafaz sehingga lebih 100,000 hadith bersama sanad dan matannya. Inilah manusia akhirnya zaman, seorang yang tidak berkenan pada hawa nafsunya terus dihukumnya sesat dan yang peliknya mereka ini tidak merasa takut atas ke takfiran yang mereka buat keatas ulama-ualam Islam. Ini seolah-olah mereka sahaja yang betul dan seolah-olah merekalah yang mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi. Jauhilah mereka ini, kerana mereka berdalilkan nafsu dengan menghuraikan ayat al Quran dan Hadith dengan nafsu mereka tanpa merujuk kepada ulama-ulama yang arif dalam bidang tersebut. Ilmu Islam telah tercemar dengan wujudnya golongan yang berpura-pura alim ini. Mudahan Allah akan teruskan melimpahkan Rahmat dan kesejahteraan keatas Habib Umar dan umat Islam seluruhnya. Dan semoga Allah akan memberikan hidayah kepada golongan takfiri ini supaya bertaubat dan kembali kejalan Islam yang sebenar. Aamiin... 

Jumaat, April 06, 2012

Buku : Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya

Kulit Buku

Tajuk Buku : Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya.. 

Disusun oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll : Berasal dari Kuching Sarawak. Ijazah Sarjana Muda (Al Quran dan Al Hadith) dan Sarjana (Tafsir Al Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Tafsir di Universiti Malaya. Bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Ilmu

Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIAM Petaling Jaya.

Testimoni Dari Mufti Dan Ilmuwan Agama Dan Pelajar Di Tanahair :


“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, UstazvMuhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaumvmuslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjahpermasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.”

Sahibus Samahah,
Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi
Bekas Mufti Negeri Sarawak

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanya untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan muta’akhkhirin.”

Dato‘ Haji Hashim Yahya
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah
Jawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia
akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan khilafi yyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di samping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan mengekalkan keharmonian masyarakat.

Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa
Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang
menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering
ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia
Melayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun dengan
baik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkan
Aqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi
117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada para
ulama’ yang muktabar.”

Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidak
terhingga kerana Ia telah mengurniakan taufi q dan hidayat
kepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk
menyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalam
menerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakat
yang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’:
Inilah Jawapannya…”

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik,
Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“…Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya adalah merupakan hadiah al-Fadhil Ustaz Muhadir kepada masyarakat Malaysia sangat mendambakan hujjah bagi menjawab kekeliruan yang dibawa oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Buku setebal 915 halaman yang mencakupi 179 persoalan berkaitan aqidah, ibadah dan tasawwuf yang berkaitan dengan amalan seharian, dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Buku ini sarat dengan dengan hujjah-hujjah atau dalil-dalil bagi setiap persoalan yang dibahaskan dengan merujuk kepada pendapat-pendapat ulama ahlus sunnah wal jama’ah yang mu’tabar, amat sesuai dan seharusnya untuk dimiliki oleh masyarakat kita. Rujukan yang digunakan untuk menghasilkan buku ini berjumlah lebih daripada 200 buah kitab yang berbahasa ‘arab dan melayu. Selain itu, mutu penerbitan buku ini sangat baik, dengan berkulit tebal, kertas yang berkualiti dan susun atur yang menarik. 

Semoga dengan kehadiran buku ini, masyarakat tidak lagi teraba-raba untuk mencari hujjah dalam menangkis kekeliruan yang dibawa oleh fahaman Wahabi.”

(Ustaz Abuzahrah al-Qaddahi (pemilik blog: http://al-fanshuri.blogspot.com/) yang terkenal)



Selasa, April 27, 2010

Allah Wujud Tanpa Tempat

Mafhum firman Allah ta^ala: "Tiada suatupun yang sama seperti-Nya, dan Dia maha mendengar dan maha melihat" [Surah al-Shura, ayat 11]
Al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^iyy berkata; maksudnya: "Kemuncak mengenali Allah ialah keyakinan dengan kewujudan-Nya tanpa kayfiyyah dan tanpa bertempat".
Maksudnya: "Allah ada (azali) dan suatu tempat tidak ada (bersama keazalian-Nya), dan Dia sekarang ada di atas keazalian-Nya" [Dinaqalkan oleh Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadiyy dalam kitabnya al-Farq Baynal-Firaq]. Kata-kata ini bermaksud bahawa Allah ta^ala telahpun wujud pada azali (kewujudan-Nya tanpa didahului dengan ketiadaan) sebelum tempat diciptakan, dan selepas tempat diciptakan maka sekarang pun Dia ada tanpa bertempat kerana Allah tidak berubah dari satu keadaan kepada suatu keadaan seperti makhluk.
Rasulullah sollaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda; mafhumnya: "Allah ada (azali) tiada suatupun selain-Nya (yang ada azali). Arasy-Nya ada di atas air..." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Al-Imam al-Tahawiyy berkata; maksudnya: "Allah maha suci dari segala batasan, sut, sudut, anggota besar, anggota kecil dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk". Beliau berkata lagi; maksudnya: "...dan barangsiapa yang mensifatkan dengan makna daripada makna-makna (makhluk contohnya) manusia maka sesungguhnya dia telah kafir".
      Sesungguhnya inilah aqidah ahlussunnah wal jamaah yang sahih yang di pelopori oleh imam hasan as syaari dan juga imam abu mansur al maturidiy

Sabtu, April 03, 2010

Sifat Tanzih dalam Pengajian Sifat 20

    Saya tertarik untuk menyebutkan tntang persoalan aqidah yang mana sekarangg ini manusia lalai daripadanya dan sebahagiannya telah terjerumus kedalam lembah tersebut iaitu Menyamakan Allah Dengan Makhluk..Manusia sekarang ini terutamanya yang tidak belajar tentang ilmu Tauhid cenderong mengenal Allah sebagaimana mengenal Makhluk.Maka saya disini ingin berkongsi sikit pengetahuan dari kitab sirr salikin karangan As Syahid Syeikh Abdul Samad al Palembangi yang merupakan intipati dari kitab Ihya' Ulumuddin.
   Jika manusia dia kenal sebagai ada tangan maka ia juga cenderong mengenal Allah juga ada tangan dan memegangnya makna Allah beranggota dengan pegangan yang tidak menyerahkan makna pada Allah.
Maka Imam Al Ghazali telah mengeluarkan satu sifat dari sifat salbiah iaitu sifat Mukholafatuhul Lil Hawadis ( bersalahan Allah taala dengan yang baharu ) dan memasukkan sifat ini kedalam satu sifat lain iaitu sifat yang diberi nama sebagai Tanzih yakni memegang makna tidak tersentuh Allah Taala dengan yang baharu.
    Ketahui olehmu bahawa Allah Taala adalah tidak sama sekali menyerupai makhluk.Allah Taala itu bukan jirim ( seperti batu ) mahupun jisim ( seperti manusia yang punyai anggota ) dan Allah Taala juga bukannya Jauhar ( seperti angin ).Apa-apa yang terfikir dalam akal kepala maka itu bukan sesekali Allah kerana hanya yang Qadim mengetahui hakikat yang Qadim.Adalah mustahil bagi yang baharu ( makhluk ) mengetahui hakikat yang Qadim ( Allah ).
    Sebab itulah sesetengah ulama Aqidah tidak membenarkan memanggil Allah itu sebagai 1 kerana satu masih boleh dipecahkan dan seharusnya kita memanggil Allah itu sebagai Esa.Dalam kitab Aqidatun  Najin ( kalau x silap saya ) ada memaparkan tentang kisah pembesar dan pendayung sampan.Pada suatu hari seorang raja telah menaiki sampan kerana telah sesat dari pemburuan maka bila sampai ditengah tasik maka berkatalah raja " Allah satu akupun satu" maka pengayuh sampan terus memberhentikan sampan dan memaksa raja tersebut supaya menarik balik katanya kerana perkataan " pun " itu sudah menunjukkan menyamakan Allah dengan makhluk..Maha suci Allah dari menyerupai makhluk..
      Dan hendaklah setiap muslim mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak diliputi oleh tempat dan Allah juga tidak berpihak kerana tempat dan berpihak itu menyamai jisim dan jisim itu pula menyamai baharu. Secara ringkasnya Allah tidak memerlukan tempat untuk tinggal dan Allah juga tiada berpihak samada kanan,kiri,depan,belakang,atas,dan bawah kerana semua ini adalah sifat bagi makhluk dan Allah itu sama sekali tidak menyerupai makhluk.Dan wajib juga keatas kita untuk mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak boleh dihadkan kira-kira yakni tidak boleh kita mengatakan Allah itu besar kecil pendek mahupun tinggi..Maha Suci Allah dari boleh dihadkan.
     Satu perkara penting yang perlu diketahui oleh orang Islam iaitu mubalaghoh yakni penggunaan kalimah untuk Allah sahaja kepada manusia seperti Maha Mulia dan sebagainya maka ini dihukum oleh ulama aqidah sebagai Syirik.
     Maka yang paling penting disini ialah Allah sama sekali tidak menyerupai manusia dan setiap pembaca dan saya sendiri perlu mendalami ilmu aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah dengan lebih mendalam supaya kita tidak menyeleweng dari landasan sebenar.


Jumaat, Mac 05, 2010

ADAB DENGAN NABI

 

   Sempena maulid Nabi ni,ingin saya masukkan artikel tentang adab dengan Nabi.Ini kerana manusia sekarang semakin  jauh dengan baginda semakin kurang adab dalam berkata dengan Baginda S.A.W.Ada manusia sekarang yang sudah berani menyamakan maqam Nabi dengan makam diri mahupun dengan orang lain sedangkan mereka telah keluar islam tanpa sedar.Saya ambil artikel ini tentang menjaga adab dengan Nabi yang mana sebahagian mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai langsung adab dengan Nabi..


ust ..apakah hukum org yang panggil nabi dengan perkataan "DIA".kalau boleh kemukakan dalil sekali. Tq”

Ustaz Menjawab: Dalam Islam, selain bab akhidah, syariat, di sana ada bab akhlak. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad Saw, tauhid yang dibawa adalah satu, iaitu menyembah Allah swt tuhan yang satu. Selain itu, akhlak juga adalah sama. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad saw semuanya menyuruh melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tiada satu pun nabi yang keluar dari landasan akhlak mahmudah ini. Akhlak ini adalah sebagai perhiasan dari kita untuk menunjukkan bahawa kita adalah orang yang beradab. 

Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt  yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.               (Qs. Al-Hujarat 49 : 2-4)

Dalam ayat tersebut Allah mengajarkan adab yang mulia kepada kaum mukminin, iaitu berupa larangan mengangkat suara keras di hadapan Rasulullah Saw, baik dalam mengucap salam atau selawat kepadanya, atau sedang membicarakan sesuatu yang lain. Ini adalah penghormatan dan pengagungan terhadap kedudukan baginda saw, sebab mengangkat suara di hadapannya bererti tidak menjaga rasa hormat kepadanya.Dalam surat An-Nur 24 : 63 Allah swt berfirman:


Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.

Para ulama menjelaskan, Allah swt menyerukan kepada kaum muslimin untuk tidak memanggil Nabi saw seperti memanggil temannya sendiri, misalnya dengan mengatakan wahai Muhammad atau Ahmad, gunakanlah suara yang perlahan, tenang dan beradab ketika memanggilnya, Yaa nabiyallah atau Yaa Rasulallah Saw.

Allah pun memberikan alasan di balik diisyaratkannya adab ini, (kerana bimbang akan gugur amal-amal kamu), yakni dilarang bersuara keras dan meninggikan suara, sebab hal itu bisa menyebabkan hilangnya amal tanpa si pelaku sedar akan keadaan itu.

Maka Allah mengajarkan adab yang mulia dalam memanggil Nabi-Nya dan memberikan pujian-Nya kepada orang-orang yang telah mempraktikannya dengan bersuara perlahan di hadapan Rasulallah saw, penuh ketenangan dan kesopanan. Allah kemudian menganugerahkan khabar gembira kepada mereka ini, berupa maghfiroh (ampunan) dan pahala yang besar iaitu Surga.

Adapun firman Allah selanjutnya ( sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu…), dalam ayat ini Allah mencela sikap dan perangai sesetengah golongan dan sekaligus mensifatkannya sebagai kaum yang tidak berakal, kerana kaum yang dimaksudkan itu tidak menggunakan adab yang semestinya memanggil Rasulallah saw, mereka meninggikan suara dari belakang kamar.

Nas-nas yang dibawakan menetapkan bahawa adab ini harus dilakukan sama ada ketika hayat Rasulallah saw ataupun sesudah baginda wafat. Abu Bakar Al-Siddiq ra berkata, “Tidak sewajarnya mengangkat suara dihadapan Nabi Saw, baik ketika masih hidup ataupun sesudah meninggal”.

Begitulah pendapat para ulama, bahawa meninggikan suara pada makam Nabi Saw sangat tidaklah disukai sebagaimana ketika baginda saw masih hidup, sebab kehormatan baginda Saw tetap harus dijaga dengan baik dalam kehidupan baginda ataupun selepas kewafatan.

Maka bagi para peziarah, hendaknya beradab dan tidak meninggikan suaranya di dalam Masjid Nabawi atau di makam Nabi Saw, ketika mengucap selawat dan salam, atau ketika membaca Qur’an, zikir atau bertasbih. Adab ini hendaknya dilakukan sebagai rasa tunduk terhadap perintah wahyu dan penghormatan terhadap penghuni kamar yang mulia (Rasulallah Saw).

Untuk itu, ketika mengucapkannya dia harus memulai dengan, “Assolatu wassalamu alaika ya Rasulallah way a Nabiyallah”, dan jangan mengucapkan “assolatu wassalamu ya Muhammad” atau ya Ahmad. Ayat berikut ini tertulis di atas gerbang makam Nabi Saw untuk mengingatkan para peziarah, iaitu ayat :



Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.                         (Qs. Al-Hujarat 49 : 3)

Yang bertanya soalan itu adalah saya sendiri..Soalan ditanya kepada Ust  saipul barin..melalui blognya


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters