Sempena maulid Nabi ni,ingin saya masukkan artikel tentang adab dengan Nabi.Ini kerana manusia sekarang semakin jauh dengan baginda semakin kurang adab dalam berkata dengan Baginda S.A.W.Ada manusia sekarang yang sudah berani menyamakan maqam Nabi dengan makam diri mahupun dengan orang lain sedangkan mereka telah keluar islam tanpa sedar.Saya ambil artikel ini tentang menjaga adab dengan Nabi yang mana sebahagian mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai langsung adab dengan Nabi..
“ust ..apakah hukum org
yang panggil nabi dengan perkataan "DIA".kalau boleh kemukakan dalil
sekali. Tq”
Ustaz Menjawab: Dalam Islam, selain bab akhidah, syariat, di sana ada
bab akhlak. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad Saw, tauhid yang dibawa adalah
satu, iaitu menyembah Allah swt tuhan yang satu. Selain itu, akhlak juga adalah
sama. Dari Nabi Adam as sehingga Muhammad saw semuanya menyuruh melakukan
perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tiada satu pun nabi
yang keluar dari landasan akhlak mahmudah ini. Akhlak ini adalah sebagai
perhiasan dari kita untuk menunjukkan bahawa kita adalah orang yang
beradab.
Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt yang bermaksud:
Contohnya untuk orang lelaki sah sekiranya solat sekadar memakai kain sarung menutupi pusat dan lutut tanpa memakai baju. Tetapi dari segi akhlaknya adalah tidak beradab dengan Allah swt. Sekiranya ada janji temu dengan kekasih maka akan berhias, tetapi kenapa bila mahu bertemu dengan Allah swt dalam keadaan ala kadar sahaja. Begitulah juga adab dengan nabi kita Muhammad saw. Antara adab dengan baginda saw adalah bagaimana mahu memanggil nabi Muhammad saw. Adakah memadai sekadar memanggil nama baginda saw sahaja atau sebaliknya. Firman Allah swt yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata
kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu
terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan
kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di
sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh
Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya
orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.
(Qs. Al-Hujarat 49 : 2-4)
Dalam ayat tersebut Allah mengajarkan
adab yang mulia kepada kaum mukminin, iaitu berupa larangan mengangkat suara
keras di hadapan Rasulullah Saw, baik dalam mengucap salam atau selawat
kepadanya, atau sedang membicarakan sesuatu yang lain. Ini adalah penghormatan
dan pengagungan terhadap kedudukan baginda saw, sebab mengangkat suara di
hadapannya bererti tidak menjaga rasa hormat kepadanya.Dalam surat An-Nur 24 :
63 Allah swt berfirman:
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul
di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).
Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di
antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang
menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.
Para ulama menjelaskan, Allah swt
menyerukan kepada kaum muslimin untuk tidak memanggil Nabi saw seperti
memanggil temannya sendiri, misalnya dengan mengatakan wahai Muhammad atau
Ahmad, gunakanlah suara yang perlahan, tenang dan beradab ketika memanggilnya,
Yaa nabiyallah atau Yaa Rasulallah Saw.
Allah pun memberikan alasan di balik
diisyaratkannya adab ini, (kerana bimbang akan gugur amal-amal kamu), yakni
dilarang bersuara keras dan meninggikan suara, sebab hal itu bisa menyebabkan
hilangnya amal tanpa si pelaku sedar akan keadaan itu.
Maka Allah mengajarkan adab yang mulia
dalam memanggil Nabi-Nya dan memberikan pujian-Nya kepada orang-orang yang
telah mempraktikannya dengan bersuara perlahan di hadapan Rasulallah saw, penuh
ketenangan dan kesopanan. Allah kemudian menganugerahkan khabar gembira kepada
mereka ini, berupa maghfiroh (ampunan) dan pahala yang besar iaitu Surga.
Adapun firman Allah selanjutnya (
sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu…), dalam ayat ini Allah mencela
sikap dan perangai sesetengah golongan dan sekaligus mensifatkannya sebagai
kaum yang tidak berakal, kerana kaum yang dimaksudkan itu tidak menggunakan
adab yang semestinya memanggil Rasulallah saw, mereka meninggikan suara dari
belakang kamar.
Nas-nas yang dibawakan menetapkan bahawa
adab ini harus dilakukan sama ada ketika hayat Rasulallah saw ataupun sesudah
baginda wafat. Abu Bakar Al-Siddiq ra berkata, “Tidak sewajarnya mengangkat
suara dihadapan Nabi Saw, baik ketika masih hidup ataupun sesudah meninggal”.
Begitulah pendapat para ulama, bahawa
meninggikan suara pada makam Nabi Saw sangat tidaklah disukai sebagaimana
ketika baginda saw masih hidup, sebab kehormatan baginda Saw tetap harus dijaga
dengan baik dalam kehidupan baginda ataupun selepas kewafatan.
Maka bagi para peziarah, hendaknya
beradab dan tidak meninggikan suaranya di dalam Masjid Nabawi atau di makam
Nabi Saw, ketika mengucap selawat dan salam, atau ketika membaca Qur’an, zikir
atau bertasbih. Adab ini hendaknya dilakukan sebagai rasa tunduk terhadap
perintah wahyu dan penghormatan terhadap penghuni kamar yang mulia (Rasulallah
Saw).
Untuk itu, ketika mengucapkannya dia
harus memulai dengan, “Assolatu wassalamu alaika ya Rasulallah way a
Nabiyallah”, dan jangan mengucapkan “assolatu wassalamu ya Muhammad” atau ya
Ahmad. Ayat berikut ini tertulis di atas gerbang makam Nabi Saw untuk
mengingatkan para peziarah, iaitu ayat :
Sesungguhnya
orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah
orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka
ampunan dan pahala yang besar.
(Qs. Al-Hujarat 49 : 3)
Yang bertanya soalan itu adalah saya sendiri..Soalan ditanya kepada Ust saipul barin..melalui blognya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan