Dewan Semekar ( sumber : Alumni Semekar ) |
Saya
sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin
kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama
kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama
13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di
Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat
banyak. Pada tingkatan 3 saya telah naik
ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini
merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar
yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran
ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama
lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir
sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah
selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari
sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran
kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak
diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1]
Kebetulan GPK HEM[2]
pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa
ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu
Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu
Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan
pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan
dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi
pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar
di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas
kami untuk di”tarbiyah”.[3] Kedua Cikgu Juraimi[4]
walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak
menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat
dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak.
Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih
seorang yang kurus. Semasa kelas beliau
juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat
menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa
pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat
hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin
meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung
Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori
dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada
tahun ini, Pengetua[5]
telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah
kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan
pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak
pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk
membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku
disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi
ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya
pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi
air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut
hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang
berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa
itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang
mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri.
Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan
pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6]
baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke
sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang
merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang
menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak
kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes
disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling
samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila
pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila
beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK
Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika
ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2
orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru
ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi
sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.
[1]
Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu
tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003.
Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak
silap pada tahun 2005.
[2]
GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud
tarbiyah tu
[4]
Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]
Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan