Khamis, Mei 03, 2012

Autobiografi Siri 2 ....


Dewan Semekar
( sumber : Alumni Semekar )
Saya sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama  13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat banyak.  Pada tingkatan 3 saya telah naik ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1] Kebetulan GPK HEM[2] pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas kami untuk di”tarbiyah”.[3]  Kedua Cikgu Juraimi[4] walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak. Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih seorang yang kurus.  Semasa kelas beliau juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada tahun ini, Pengetua[5] telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri. Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6] baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2 orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.




[1]  Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003. Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak silap pada tahun 2005.
[2]  GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud tarbiyah tu
[4]  Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]  Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek