Jumaat, Mei 04, 2012

Sejarah Perayaan Cinco De Mayo


Gambar Hiasan

Pertempuran Puebla merupakan sebuah pertempuran yang berlaku diantara askar Mexico dengan askar Perancis semasa penaklukan yang dilakukan oleh Perancis keatas Mexico berdekatakan Bandar Puebla. Pertempuran ini berlaku pada 5 May 1862. Pertempuran ini melibatkan kekuatan tentera Mexico seramai 4,500 orang yang di pimpin oleh Ignacio Zaragosa Seguin dan tentera Perancis seramai 6040 orang. Walaupun tentera Perancis lebih ramai dalam penaklukan ini namun Perancis telah mengalami kegagalan yang besar apabila seramai 462 orang tentera Perancis mati dan lebih daripada 300 orang mengalami kecederaan selain 8 orang ditawan. Berbanding dengan Perancis, dipihak Mexico hanya mengalami sedikit sahaja kemusnahan apabila hanya melibatkan kematian seramai 83 orang dan seramai 131 orang tentera cedera dan 12 orang lagi hilang. Ini merupakan kemenangan besar kepada tentera Mexico dalam menghadapi penaklukan yang dilakukan oleh Perancis.
Bagi mengingati peristiwa pertempuran Pueblo tersebut, masyarakat pada masa itu telah merayakan perayaan Cinco De Mayo. Cinco De Mayo merupakan perayaan yang lebih bersifat serantau daripada bersifat kebangsaan. Ini kerana, kejayaan ini bukan hanya disambut oleh orang Mexico tetapi turut disambut di Amerika dan tempat lain di dunia sebagai perayaan warisan dan kebanggaan rakyat Mexico kerana berjaya menewaskan kuasa besar pada masa itu iaitu Perancis. Walaupun perayaan ini dianggap perayaan serantau namun sambutan besar-besaran hanya dilakukan di Pueblo iaitu tempat berlakunya pertempuran tersebut. Perayaan ini menyediakan makanan , minuman , tarian dan muzik.
Walaupun kemenangan ini disambut sehingga sekarang namun fakta sejarah tidak boleh menafikan bahawa Mexico telah jatuh ke tangan Perancis setahun kemudian. Kekalahan ini hanya menundakan penaklukan Perancis keatas Mexico bukannya menghentikan terus niat Perancis untuk mendapatkan Mexico. Selepas melakukan penaklukan keatas Mexico, Perancis telah mengangkat Maximilian I sebagai Raja Mexico pada tahun 1864 namun beliau tidak diakui sebagai raja terutamanya oleh Amerika mungkin disebabkan kenaikan baginda ke takhtha negara dengan bantuan Perancis. Namun Perancis telah diusir pada tahun 1867 iaitu selepas 4 tahun menduduki Mexico.
Ramai yang tidak menyangka bahawa peperangan Pueblo berlaku selepas Mexico menghadapi perang saudara. Perang saudara ini atau lebih dikenali sebagai Gerakan Reformasi berlaku pada tahun 1858 iaitu tidak lama selepas Liberal telah meluluskan satui draf undang-undang untuk mengurangkan kuasa gereja Khatolik( Gereja Khatolik memainkan peranan besar keatas penduduk Mexico sehingga sekarang ). Semasa konflik bersenjata ini, Mexico telah terbahagi kepada 2 bahagian pertama ditadbir oleh Konservatif di Mexico City dibawah Pimpinan Felix Zuloaga dan satu bahagian lagi dikuasai oleh Liberal di Veracruz di bawah pimpinan Benito Juarez yang merupakan Presiden Mahkamah Agung. Konservatif yang mendapat sokongan Paus telah berjaya memenangi siri pertempuran awal namun kedudukan di Mexico City tersebut tidak menguntungkan dari segi ekonomi berbanding dengan Liberal yang berada dikawasan pelabuhan. Dengan sumber kewangan yang ada akhirnya Liberal telah bertindak membesarkan ketenteraanya dan mengambil alih Mexico City daripada Konservatif pada 1861 iaitu setahun sebelum peristiwa perang Pueblo.
Perang Pueblo mungkin tidak berlaku jika tiadanya perang saudara ini. Kerana perang saudara ini telah menyebabkan Mexico kehabisan sumber negara sedangkan mereka masih berhutang berjuta-juta dolar dengan negara asing. Mexico telah membekukan pembayaran hutang tersebut selama 2 tahun menyebabkan Perancis, Britain dan Sepanyol bertindak balas dengan menghantar tentera ke Veracruz lewat 1861. Pada masa itu Amerika sedang menghadapi perang saudara. Namun Britain dan Sepanyol tidak menyerang tetapi Perancis dengan kekuatan 6000 tentera telah bertindak menyerang untuk menguasai Bandar di Mexico dengan disokong oleh Konservatif yang kalah dalam perang saudara sebelum ini. Pada tahun 1862 tersebut tentera yang digunakan oleh Perancis merupakan tentera yang elit yang sering menang pertempuran di Asia Tenggara dan Afrika Utara. Perancis terlalu yakin untuk menang dalam perang tersebut disebabkan ketenteraan Perancis pada masa itu merupakan tentera yang terhebat. Pada 5 mei berlaku pertempuran sepanjang hari yang menyaksikan Perancis mengalami kalah yang teruk sekaligus telah memaksa tentera Perancis untuk berundur.
Disebabkan kekalahan di Puebla ini, Maharaja Nepoleon III amat marah dan telah menghantar tentera seramai 30,000 orang untuk menakluk Mexico. Pada kali ini, Perancis tidak menghadapi banyak masalah untuk menakluk Mexico. Juarez dan penyokongnya telah lari ke kawasan hutan untuk melakukan aktiviti bergerila. Namun hanya selepas beberapa tahun penaklukan itu berlaku, Nepoleon III telah menarik balik tentera dari Mexico disebabkan oleh kebangkitan Prussia yang menewaskan Denmark dan Austria dan mungkin akan menuntut wilayah  Alsace and Lorraine daripada Perancis. Wilayah tersebut adalah wilayah yang dipertikaikan. Perang saudara pun mula berlaku di Perancis, Amerika juga telah memberi tekanan kepada Perancis dengan membekalkan senjata kepada tentera Juarez. Pada tahun 1866, Perancis mula menarik tenteranya di Mexico. Raja Mexico pada masa itu telah dijatuhkan hukumantembak.
Perayaan ini dirayakan di Mexico namun bukanlah perayaan yang utama bagi masyarakat Mexico berbanding dengan Hari Kemerdekaan pada 16 September. Pada tahun 1960, seorang aktivis Mexico di Amerika Syarikat iaitu Chicano telah menggunakan perayaan Cinco De Mayo untuk menunjukkan kehormatan bangsanya. Perayaan ini telah menjadi satu perayaan yang besar di Amerika Syarikat dengan dihadiri oleh beratus ribu orang terutamanya di Las Vegas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek