Perhimpunan Dwi Tahunan PPM |
Parti Punjabi Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1986
namun hanya dapat didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun
2003. Sebagaimana namanya, parti telah memperjuangkan kepentingan kelompok Sikh
dari kaum Punjabi di Malaysia. Disebabkan orang Sikh di Malaysia kecil dari
segi bilangan dan kebanyakan daripada mereka menyertai parti politik lain, maka
parti ini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak popular di Malaysia. Parti
ini mahu menarik golongan muda Sikh Punjab untuk menyertainya terutamanya
golongan professional muda. Namun parti ini bukanlah parti yang menjadi pilihan
kaum Sikh kerana sentiment yang bermain dalam masyarakat kaum itu yang
mengaggap bahawa parti ini kecil dan lemah. Kelemahan ini mungkin berlaku
disebabkan kurangnya minat orang Punjab untuk menyertai parti ini berbanding
dengan parti lainnya samada Barisan Nasional seperti Gerakan atau PPP ataupun
Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Kemungkinan kedua
ialah keranan kegagalan parti ini untuk menyertai Barisan Nasional sehingga
dianggap parti nyamuk yang tidak akan membawa kejayaan jika menyertainya. Untuk
rekod, sehingga tahun 2010, Parti Punjabi Malaysia telah menghantar sebanyak 6 permohonan untuk menyertai Barisan Nasional.
Walaupun
parti ini merupakan sebuah parti pembangkang yang kecil, namun pada dasarnya
parti ini menyokong dasar Barisan Nasional dan berharap akan menyertainya suatu
hari nanti. Namun permintaan parti yang berjumlah 3000 orang ahli itu telah
disekat daripada menyertai BN oleh MIC kerana dikatakan parti ini mempunyai
pengikut yang sedikit. MIC mempunyai rekod menyekat parti dari bangsa India
untuk menyertai Barisan Nasional. Ini adalah gambaran yang diberikan oleh Dr
Susheel Kaur mengenai kegagalan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional.
Untuk pengetahuan, terdapat kira-kira 130,000 orang Sikh di Malaysia dan angka
3000 itu hanya mewakili sebanyak 5% sahaja masyarakat Sikh Malaysia.
Parti
itu sekarang ini dipimpin oleh wanita iaitu Dr Susheel Kaul yang berumur 61 tahun.
Beliau telah dipilih oleh 50 orang perwakilan dalam perhimpunan dwi-tahunan
parti tersebut. Parti ini telah menjadi seolah-olah parti milik keluarga
apabila kedudukan pengerusi parti ini banyak berlegar dalam keluarga beliau
sahaja. Parti sendiripun telah diasaskan oleh bapa beliau iaitu Jeswant Singh
dan sebelum itu, parti ini telah dipimpin oleh sepupunya Datuk Gurdeep Perkash Singh.
Sebelum ini, beliau telah menduduki kerusi Setiausaha Agung selama 10 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan