Sir H.N.Ridley |
Kestabilan politik dan keamanan
yang berjaya diwujudkan oleh barat di Asia Tenggara telah berjaya menarik
pelabur asing terutamanya daripada eropah dan juga China. Perkembangan dan
aliran ekonomi yang berlaku di Asia Tenggara ditentukan oleh kehendak dan
keperluan penjajah terhadap negara tersebut. Negara Thailand walaupun pada
dasarnya tidak pernah dijajah oleh Barat namun sistem perekonomiannya banyak
dipengaruhi oleh barat. Thailand bersempadan dengan negara yang dijajah oleh
Perancis dan juga British. Oleh itu,bagi mengekalkan kuasanya kedaulatannya
banyak perjanjian telah dibuat untuk membenarkan kemasukan modal dan pelabur
dari barat. Perjanjian penting yang melibatkan perdagangan yang dilakukan oleh
Siam ialah pada tahun 1855,1896,1909. Melalui perjanjian ini,pelabur eropah dan
juga Cina boleh terlibat dalam ekonomi Siam dalam bidang
perkapalan,penangkutan,kewangan,perdagangan,pembalakan dan perlombongan.
Di Burma,British telah menggunakan kesempatan penjajahan ini telah
mengaut keuntungan dalam bidang pelombongan biji timah,timah
hitam,perak,tungsten dan minyak. Kemudahan infrasruktur telah moden telah
dibina secara pesat untuk memudahkan pengeluaran sehingga tahun 1930,British
telah menanam modal sebanyak 50 juta pound.
Di Tanah Melayu,British telah pesat melabur modal dalam bidang
pertanian,penanaman getah dan paling utama perlombongan bijih timah. Dua
komoditi utama yang menarik perhatian pemodal di Tanah Melayu iaitu getah dan
biji timah. Sehingga 1905,eksport getah ialah 200 tan dan bertambah mendadak
pada 1920-an kepada 196,000 tan. Sehingga 1935,penanaman modal oleh British di
Tanah Melayu ialah sekitar 55juta Pound.
Pelaksanaan dasar pertanian terbuka selepas pertanian kultur dihapuskan
telah menyebabkan kemasukan pelaburan Belanda agak mendadak. Selepas tahun
1880,penanam modal Belanda dan asing digalakkan untuk menanam modal terutamanya
dalam perusahaan tebu di Jawa dan pulau sekitarnya seperti Sumatera dan
sebagainya. Di kawasan luar daripada tanah Jawa,kebanyakan yang menanam modal
adalah bukan daripada pelabur Belanda tetapi dimiliki oleh orang
Perancis,Amerika serta Belgium yang menanamgetah,the dan tebu. Bermula dengan
abad ke-20,Belanda mula membina sistem pengangkutan yang lebih canggih untuk
pengangkutan hasil dan ia telah meningkatkan pengeluaran hasil buktinya
pengeluaran gula pada tahun 1900 ialah 700 000 tan dan telah bertambah kepada
1.4 juta tan pada 1914.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan