Minkan Shinko merupakan satu
falsafah yang banyak melahirkan ritual dan Matsuri yang diamalkan oleh
masyarakat Jepun. Minkan Shinko bermaksud kepercayaan rakyat iaitu amalan agama
yang merupakan reaksi kepada keperluan harian masyarakat yang diwarisi sejak
turun temurun. Minkan Shinko merupakan amalan penduduk semata-mata dan tidak
mempunyai doktrin mahupun kitab suci untuk dibuat rujukan bahkan ia merupakan
campuran kepada beberapa ajaran yang diamalkan penduduk Jepun seperti
Buddha,Shinto,Tao, dan Konfucius. Ia melambangkan kemakmuran,kesuburan,perlindungan
dan pelbagai lagi perkara yang mendatangkan kebaikan dalam kehidupan.
Masyarakat Jepun zaman awal amat percaya bahawa setiap daripada sesuatu
daripada ala mini mempunyai semangat ataupun roh. Mereka amat percaya bahawa
hujan,api,petir,hutan dan banyak lagi mempunyai roh sehingga melahirkan konsep kami.
Mereka menyembah apa yang dikatakan sebagai kami tanah,kami
tempat,kami keluarga namun daripada banyak kami hanya kami
bendang dan kami menuai sahaja yang amat popular kerana masyarakat Jepun
pada masa itu bergantung kepada sumber pertanian. Mereka juga menyembah kami
tempat dan juga kami keturunan. Kami keturunan iaitu nenek moyang akan berada
mengikut musim yang berlaku. Jika musim sejuk kami keturunan ini akan berada di
gunung tetapi apabila masuk musim bunga kami ini akan turun ke bendang untuk
menjadi kami bendang,kami kesuburan dan juga kami produktiviti. Apabila
menerima peyembahan daripada anak cucu mereka percaya kami ini akan kembali
semula ke gunung. Walaupun Minkan Shinko tidak mempunyai satu panduan seperti
kitab suci namun dalam menjalankan upacaranya ia mempunyai beberapa pantang
larang seperti mereka yang mengalami pengebumian dan yang datang haid dilarang
keras untuk mengikuti upacara ini. Perayaan ini terus diraikan sehingga
sekarang bagi mengenang tradisi lampau masyarakat itu pada masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan