Shinto atau “ Jalan Tuhan”
merupakan agama asal dari kepualaun Jepun. Shinto dikatakan berasal daripada
perkataan Shen yang bermaksud roh dan Tao yang bermaksud jalan. Ajaran
Shinto sekarang ini bukanlah ajaran asli agama tersebut tetapi terhasil
daripada pelbagai campuran ajaran dan juga agama seperti Buddha, Toiesme dan
juga pengaruh daripada Siberia. Ajaran Shinto terbahagi kepada 5 bahagian yang
mana terdapat 4 bahagian yang awal dan satu bahagian yang lahir zaman
pemerintahan Meiji. Bahagian utama agama Shinto ialah Shinto keluarga diraja ( Koshitsu
Shinto ), Shinto Keramat ( Jinju Shinto ), Shinto Mazhab ( Kyoha
Shinto ) dan juga Shinto Rakyat ( Minkan Shinto ) dan semasa pemerintahan Meiji telah digabung
Shinto keluarga diraja dan Shinto Mazhab menjadi Shinto Negara. Shinto Negara
ini adalah satu propaganda pihak kerajaan Jepun pada masa itu dengan
menggunakan khidmat rahib. Shinto Negara ini masih diamalkan pada waktu
sekarang seperti dalam upacara kerajaan seperti melawat ke keramat Yasukuni
iaitu tempat bagi memperingati rakyat Jepun yang terkorban masa Perang Dunia ke
2 dan juga dalam menjalankan upacara perkahwinan.
Perkembangan ajaran Shinto hakikatnya berasal daripada kepercayaan
Minkan Shinko iaitu kepercayaan rakyat mengenai kami. Kami yang
asalnya disembah ditempat yang sering berbeza telah berubah tempat
penyembahannya apabila masuk zaman Konfu dimana kami dikaitkan pula
dengan asal usul keturunan keluarga. Oleh itu,setiap keluarga pada masa itu
memiliki kami dan mempunyai tempat penyembahan khas untuk keluarga. Semasa
pemerintahan raja Yamato, bentuk ajaran Shinto yang diamalkan sekarang telah
dibuat kerana raja Yamato sendiri adalah penyembah kami negara
berteraskan Amaterasu. Pada zaman pemerintahan Yamato ini,bangunan kekal untuk
penyembahan mula didirikan dan barangan seperti cermin,pedang dan barangan
kemas dianggap mewakili kami yang disembah. Kojiki dan Nihongi
menjelaskan bahawa pada abad ke 7 , Amaterasu telah dianggap sebagai sebagai kami
yang agung dalam ajaran Shinto.
Antara cara yang digunakan untuk menyembah kami ialah dengan
kaedah Matsuri. Matsuri ialah ritual yang dilakukan untuk
penyembahan terhadap kami.Penyembahan kami dilakukan di rumah ( kamidana
) dan juga di jinja atau rumah penyembahan. Dalam ritual Mitsuri
ini, terdapat 4 unsur penting iaitu Penyucian atau harai,persembahan,pembacaan
doa dan juga pesta makan namun sekarang ini bukan hanya Jinja yang
mengadakan Mitsuri namun turut diadakan oleh pihak gereja. Pembinaan Jinja atau kuil adalah
daripada pengaruh China keatas Jepun. Jinja dibina dengan menggunakan
kayu dan sentiasa dibina contohnya di Ise, setiap 20 tahun Jinja baru akan
dibina berhampiran monument sebelahnya. Upacara Matsuri di Jinja
dilakukan dengan mengarakkan simbol kami kesekeliling Jinja.
Ajaran Shinto mula menerima pengaruh Buddha sejak zaman Heian dan zaman
seterusnya. Kedatangan Buddha telah menyebabkan kedua agama ini saling
melengkapi. Ajaran Shinto digunakan melakukan ritual dan agama Buddha untuk
moral. Ini kerana ajaran Shinto bukanlah ajaran yang memiliki sifat moral dan
etika. Namun dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia tulisan Ghazali
Darusalam pula menyatakan bahawa ajaran Shinto berdasarkan kitab Nihong yang
memuatkan kisah para dewa dan pendapat ini bertentangan sama sekali dengan
tulisan daripada ahli sejarah yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan