Agama Buddha telah diasaskan oleh
Sidaharta Gautama Buddha sekitar 2500 tahun yang lalu. Ia hidup sekitar 563
S.M-483 S.M. Beliau merupakan anak kepada raja kerajaan Kosala iaitu Cudhodana
yang mana kerajaan ini berpusat di Kapilawartu. Buddha sebenarnya bukanlah nama
namun panggilan kepada sang Buddha yang telah mencapai tahap nirwana yang
tertinggi. Buddha telah dilahirkan di Taman Lumbini utara India berdekatan
banjaran Himalaya yang kini berada di Nepal semasa bulan purnama. Buddha
dikatakan anak kepada seorang pembesar di sana namun lebih berminat terhadap
spiritual. Buddha meninggalkan isteri iaitu Yasodhara dan anak iaitu Rahula
yang baru dilahirkan untuk melakukan pertapaan di hutan Uruvela. Buddha telah
bertapa dibawah pokok Bodhi yang mana pokok ini dianggap suci oleh penganut
Buddha. Sidharta Gautama hanya mendapat gelaran Buddha selepas enam tahun
menjalankan pertapaan iaitu semasa berumur 35 tahun. Buddha telah mengajar selama 45 tahun tanpa
mencatat apapun dan itu semestinya akan merugikan agama tersebut. Maka selepas
kematian Buddha telah diadakan satu persidangan antara sangha untuk menyepakati
apa yang dikatakan Buddha dan ia berlangsung selama beberapa bulan. Buddha telah
dibawa masuk ke China oleh Fa Hsien pada tahun 399 S.M. Ajaran Buddha semakin
berkembang selepas kitab-kitab ajaran Buddha diterjemahkan kedalam bahasa Cina.
Agama Buddha terpecah kepada 2
mazhab yang besar iaitu Mahayana dan juga Hinayana. Mazhab ini berlaku selepas
kematian Buddha. Ajaran Hinayana dikatakan mirip kepada ajaran Buddha yang
asal. Manakala Mahayana lebih kepada pengkajian mengenai cara hidup Buddha dan
bagaimana untuk mencapai nirwana. Mazhab Mahayana ialah yang berkembang ke kebanyakan
negara Asia seperti Tibet, China, Jepun dan lain-lain.
Semasa pemerintahan Wangsa Tang,Maharaja Tang Tai Sung telah berjaya
melakukan beberapa pembaharuan sehingga dinasti ini dianggap sebagai dinasti
yang paling agung di China. Banyak kawasan berjaya ditakluk seperti
Bukhara,Samarkand dan Manchuria. Serangan daripada orang Turki dan Mongolia
juga dapat dipatahkan. Kehebatan ini menyebabkan pengaruh China mula mula
tersebar ke luar dari Tanah Besar. Agama Buddha tidak terlepas daripada mengalami
proses ini dimana Ajaran Buddha ini telah tersebar ke Jepun dan Korea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan