Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah mencipta
permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej
Springfield di YMCA
Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu
lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada
1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England yang pada asalnya
dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat popular di eropah
terutamanya di Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat
sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United Kingdom,Kepulauan
Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola
Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal
Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali
sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan ini tidak mempunyai
undang-undang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari
tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong
sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya
dan ini amat menyusahkan pemain.
Selepas 2 tahun permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar
dewan.Kelangkapan permainan juga telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi
menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat garisan.Gelanggang
telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga
telah digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh
itu,baju bagi sukan ini juga telah diperkenalkan dimana pemain dikehendaki
memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-undang
permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas
penciptaannya.Disebabkan permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia
berkembang sekitar awal abad ke 20.Permainan ini telah disebarkan oleh pederi
dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan
New Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand
mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti
oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New Zealand telah bertindak
membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun
1938.Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana
menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New
Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama
yang memenangi pertandingan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan