Ayat
Majmuk Campuran
Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat
majmuk campuran yang mana ayat ini mengandungi lebih daripada satu tema
ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat tunggal dengan ayat majmuk
atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat majmuk campuran
terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara mudah
untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur
dengan pelbagai kata hubung.Antara contoh Ayat majmuk campuran ialah:
a
) Ali amat gembira kerana adiknya yang telah hilang dari kelmarin telah
ditemui.
b
) Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat yang mampu menolong rakyat yang
hidup susah.
c
) Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti
Malaya ingin membuka perusahaan sendiri.
d
) Petugas Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mendaftarkan warga emas yang
berumur 60 tahun ke atas yang mana mereka ini berhak mendapat bantuan khairat
kematian.
e
) Ali masih gagah bekerja tetapi
kawannya yang keletihan telah lama berehat.
Dalam ayat a) tersebut terdapat dua jenis
ayat iaitu ayat tunggal dan juga ayat majmuk pancangan. Ali amat gembira merupakan
ayat tunggal manakala yang telah hilang
dari kelmarin merupakan ayat majmuk pancangan dengan adanya yang.
Manakala dalam ayat b) pula terdapat juga
dua jenis ayat iaitu ayat ayat majmuk
pancangan relative dan ayat majmuk pancangan. Ismail berazam untuk menjadi wakil rakyat merupakan ayat majmuk
pancangan manakala ayat berikutnya merupakan ayat majmuk pancangan relative
iaitu rakyat yang mampu menolong rakyat.
Dalam ayat c) pula kita dapat melihat
terdapat dua ayat yang berbeza iaitu ayat majmuk gabungan dan juga ayat majmuk
pancangan relatif. Ahmad dan Ali yang baru tamat pengajian
merupakan ayat majmuk gabungan dengan adanya perkataan dan manakala ayat kedua iaitu yang baru tamat pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Malaya
merupakan ayat pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.
Pada contoh d) pula,terdapat juga dua jenis
ayat yang sama iaitu ayat majmuk pancangan relatif dengan adanya perkataan yang.Cuba perhatikan. Yang berumur 60 tahun ke atas dan ayat kedua
ialah yang mana mereka ini
berhak mendapat bantuan khairat kematian.
Pada contoh e) pula,terdapat dua jenis ayat
yang digunakan iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan
relatif.Ayat majmuk gabungan dapat dikenali dengan penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat terbabit.Ayat pertama
iaitu Ali masih gagah bekerja tetapi kawannya telah keletihan
manakala ayat kedua pula terdapat perkataan yang
sekaligus mejadikannya ayat majmuk pancangan relatif.Ayat tersebut adalah yang keletihan telah lama berehat.
Di sini jelaslah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat
pelbagai jenis tatabahasa sekaligus menjadikannya sebagai bahasa yang amat
bernilai
Ayat
Majmuk Pasif
Sebagaimana ayat aktif dan ayat
pasif,begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat majmuk pasif.Ayat
majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata kerja
transitif.Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa.
a ) Ali dan Aminah akan
melangsungkan perkahwinan pada 12 September depan.
b ) Ali bekerja sebagai
Polis tetapi Abu pula bekerja sebagai penoreh getah sedangkan mereka adik
beradik.
c ) Ali suka baju yang
bewarna biru kegelapan itu.
d ) Kerajaan
menerangkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.
Dalam contoh a ) merupakan ayat majmuk
gabungan dengan adanya perkataan dan.Contoh
ayat tersebut ialah Ali dan Aminah akan melangsungkan
perkahwinan pada 12 September depan.Ia merupakan ayat majmuk aktif dan jika
ia dipasifkan akan menjadi 12 September
depan akan berlangsungnya perkahwinan Ali dan Aminah.
Dalam contoh b) pula adalah contoh ayat
majmuk gabungan sebagaimana dengan contoh a).Ia dapat dikenali dengan adanya
kata hubung tetapi. Ali bekerja sebagai polis
tetapi Abu pula bekerja sebagai
penoreh getah sedangkan mereka adik beradik.Jika ayat majmuk tersebut
dipasifkan maka ia akan menjadi Walaupun
sebagai adik beradik Ali bekerja sebagai polis manakala Abu sebagai penoreh
getah.
Dalam contoh c) pula,kami membawakan ayat
majmuk aktif relatif yang dikenali dengan adanya perkataan yang.Ayat tersebut ialah Ali
suka baju yang bewarna biru kegelapan itu.Manakala jika dipasifkan ayat ini
akan menjadi Baju yang bewarna biru kegelapan di sukai oleh Ali.
Dalam contoh d) pula kami membawakan contoh
ayat majmuk aktif komplemen yang ditandai dengan perkataan bahawa.Contoh ayat tersebut ialah Kerajaan menerangkan bahawa ekonomi
Malaysia akan berkembang pada tahun hadapan.Jika dipasifkan ia akan menjadi
Ekonomi Malaysia akan berkembang pada
tahun hadapan sebagaimana diterangkan oleh Kerajaan Malaysia.
Ayat
dan Wacana
Ayat merupakan unit tatabahasa yang telah lengkap.Unit
tatabahasa yang paling bawah adalah perkataan kemudian membentuk frasa kemudian
membentuk klausa kemudian membentuk ayat.Namun dalam system herarki tatabahasa
wacana menduduki herarki yang tertinggi selepas ayat.Ini menunjukkan bahawa
walaupun ayat boleh dikira sebagai lengkap namun ada lagi unit tatabahasa yang
lebih lengkap.Dalam pelbagai bahasa yang wujud di dunia ini,sejumlah ayat
tertentu samada banyak atau sedikit ayat tersebut sudah tentulah hanya membawa
satu focus makna yang tertentu.Fokus atau tumpuan makna yang tertentu
tersebutlah yang di kenali sebagai wacana.
Oleh itu,fahamlah kita kenapa wacana
melebihi batas ayat.Wacana boleh terdiri daripada lisan mahupun tulisan.Secara
lisannya melalui percakapan kita dapat mengatahui makna atau tumpuan maksud
yang ingin disampaikan oleh penutuR.Dalam kaedah tulisan pula ia dapati
daripada ayat,sejumlah tertentu ayat,ceraian,blog,bab.babad,buku,dokumen dan
sebagainya.
Ciri
Utama Wacana
Wacana
yang lengkap atau utuh perlu memiliki dua ciri penting iaitu koheran dan
kohesi.Kohes bermaksud tautan manakala koheran bermakud runtutan.Walaupun dua
cirri tersebut merupakan cirri penting yang perlu ada dalam wacana yang tuh
namun terdapat cirri lain yang tidak boleh dinafikan untuk membentuk satu
wacana yang utuh seperti tujuan wacana tersebut,penerimaan pendengar,maklumat
yang terkandung yang cuba disampaikan,keadaan yang boleh mewujudkan
wacana,perana n wacana-wacana lain atau intertek yang dapat membantu pendengar
atau pembaca memahami wacana yang cuba disampaikan.
Kohesi
atau tautan adalah cirri wacana yang membawa keserasian hubungan antara
linguistic dengan unsure linguistic lain dalam usaha wacana tersebut untuk
menghasilkan satu wacana yang lengkap.Keserasian ini dapat dilihat melalui
hubungan antara suatu perkataan,hubungan antara frasa mahupun ayat,dengan
perkataan frasa atau ayat dalam wacana yang sama.Contoh kohesi ialah Ali dan
Abu menjadi mereka atau pergi ke perpustakaan menjadi pergi kesana.Ia membawa
makna tumpuan yang sama walaupun ayat yang digunakan adalah berlainan.Ia
menunjukkan tautan antara ayat terbabit.
Koheran
pula merupakan runtutan yang merupakan urutan idea antara ayat yang berkaitan
yang memaparkan kesinambungan idea yang terdapat dalam wacana sehinggakan
menjadikan wacana tersebu tlengkap dan sempurna.Contoh koheran dapat dilihat
dalam sesebuah karangan atau jurnal yang mana mempunyai kesinambungan ayat.
Penanda Wacana
Bagi
menunjukkan kesinambungan setiap wacana maka penanda wacana menjadi amat
penting.Dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh kita ini terdapat kira-kira
lima jenis penanda wacana iaitu
a) Penanda penghubung
b) Penanda rujukan
c) Penanda penggantian
d) Penanda leksikal
e) dan Penanda elepsis atau pengguguran.
Penanda
penghubung membawa maksud perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu
maklumat yang lain dalam sesuatu wacana.Sekiranya penanda wacana hadir pada
awal ayat ,kebiasaannya tanda koma (,) akan digunakan bagi menunjukkan
kesinambungan ayat yang cuba disampaikan.Penanda wacana penanda penghubung pula
dapat dibahagikan pula kepada empat jenis iaitu
a) Penghubung tambahan
b) Penghubung tentangan
c) Penghubung musabab
d) dan Penghubung tempoh.
(a)
Penghubung tambahan merupakan penanda yang menunjukkan maklumat tambahan
diberikan tentang perkara yang dinyatakan sebelumnya.Antara penanda wacana yang
tergolong dalam golongan ini ialah dan,lalu,malahan,tambahan
pula,lebih lebih lagi,disamping itu dan juga selanjutnya.Antara contoh ayat tersebut ialah
1) Parlimen bukan sahaja tempat ahli parlimen
menggubal rang undang-undang malahan
ia juga tempat membincangkan masalah rakyat.
(b)
Penanda wacana penghubung tentangan pula bagi menunjukkan pertentangan maklumat
antara maklumat baharu dan juga maklumat lama yang diperkatan sebelum
itu.Antara golongan penanda wacana jenis ini ialah tetapi,sebaliknya,namun,namun begitu dan walaubagaimanapun.Contoh ayat ini ialah
1) Walaupun polis telah menangkap dua orang
penjenayah yang terlibat dalam kes
pembunuhan itu namun polis masih
mengesyaki masih ramai yang terlibat.
(c)
Penanda wacana penghubung musabab pula menerangkan tentang sebab berlakunya
sesuatu perkara.Contoh penanda wacana jenis ini ialah kerana,oleh sebab,oleh itu,oleh hal demikian,dengan itu dan maka itu.Contoh ayat penanda wacana ini
1) Negara kita sedang menghampiri untuk menjadi
negara yang maju oleh itu,kita selaku
rakyat Malaysia perlu berusaha lebih.
(d)
Penanda wacana penghubung temph pula menyatakan urutan masa atau siri
berlakunya sesuatu.Contoh penanda wacana jenis ini ialah mula-mula ,pertama ,seterusnya ,kemudian , selanjutnya,selepas itu,maka dan akhirnya.Contoh ayat tersebut ialah
1) Kereta itu telah melangar pokok dan selepas itu melanggar kereta lain pula.
Jenis
penanda wacana yang kedua pula ialah penanda wacana penanda rujukan.Penanda
rujukan ini membawa maksud kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk kepada
perkataan atau frasa lain.Dalam ilmu tatabahasa Melayu.Kata ganti nama diri
dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti
nama tunjuk.Dan kedua-dua kata ganti nama ini dapat menunjukkan penanda
rujukan.Contoh ayatnya ialah
1) Ali dan Aminah telah bertunang.Mereka akan mel;angsungkan perkahwinan
pada tahun hadapan.
Perkataan mereka telah digunakan bagi
menggantikan Ali dan Aminah.Ia jelas menunjukkan penanda rujukan dimana mereka
itu merupakan rujukan kepada Ali dan Aminah.
Seterusnya,Penanda wacana penanda penggantian.Penanda pengantian ialah
perkataan atau frasa yang bertindak menjadi pengganti kepada perkataan atau
frasa lain dalam wacana yang sama.Penanda wacana jenis ini boleh terdiri
daripada frasa nama,frasa kerja dan juga klausa.Contoh penanda wacana jenis ini
ialah
1) Merokok membahayakan
kesihatan.Perbuatan tersebut adalah
ditegah oleh agama.
Perkataan yang di italikkan merupakan penanda penggantian.Frasa kerja merokoktelah
digantikan dengan perkataan perbuatan.Walaupun perkataan ditukar namun ia masih
mendokong makna yang sama.
Penanda
wacana jenis keempat ialah penanda wacana penanda leksikal.Ia melibatkan kohesi
atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata.Unsur
pengulangan boleh terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama ,pengulangan
perkataan yang mempunyai sama makna atau sinonim,pengulangan yang melibatkan
perkataan umum maknanya dengan perkataan yang khusus seperti hiponim,dan juga
pengulangan perkataan yang saling berkaitan atau kolokasi.Contoh perkataan yang
melibatkan pengulangan perkataan yang sama ialah
1) Ali menghadiahi Abu sepasang kain.Kami
juga berbuat demikian.
Contoh pengulangan Sinonim ialah,
1) Ali amat menggemari bola sepak manakala Abu pula suka
bermain piano.
Contoh pengulangan hiponim ialah
1) Malaysia mengeluarkan pelbagai jenis kereta
seperti kancil,saga,wira,alza dan sebagainya.
Contoh pengulangan kolokasi ialah
10 Ahmad amat suka menangkap ikan.Dia paling
suka menangkap ikan dengan menggunakan jala.
Manakala
penanda wacana jenis terakhir ialah penanda elisis atau pengguguran yang mana
ia melibatkan pengguguran perkataan atau frasa sebagaimana yang telah
disebutkan dalam frasa yang sebelumnya.Contoh penanda wacana jenis ini ialah
1) Ahmad sekeluarga telah bertolak balik ke
kampong.Kami juga akan berbuat demikian.
Dalam ayat diatas telah menunjukkan belaku
pengguguran dimana telah bertolak balik ke kampong telah digugurkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan