INSYAALLAH...
GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM akan sekali lagi menziarah dan berdakwah ke Malaysia...
Disini saya kongsikan Jadual Syeikh untuk Saudara-saudara sekalian..Marilah kita sama-sama menghadirkan diri dan hati bersama-sama alim Ulama'..InsyaAllahu Taala,semoga memperoleh Rahmat&Barokah..
3 SAFAR 1432H / 8 JANUARI 2011 (SABTU)
7.00-10.30 MALAM
DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA, KL
6 SAFAR 1432H / 11 JANUARI 2011 (SELASA)
7.00-10.30 MALAM
DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BAHRU, KELANTAN
7 SAFAR 1432H / 12 JANUARI 2011 (RABU)
7.00-10.30 MALAM
DI KOMPLEKS YAYASAN AL-JENDERAMI , JENDERAM,SELANGOR
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR...
MOHON DISEBARKAN..
untuk maklumat lanjut dan POSTER..boleh didapati di..
Pengikut
Jumaat, Januari 07, 2011
Majlis ilmu bersama Syeikh Nuruddin al Banjari
ASSALAMUALAIKUM...ALHAMDULILLAH....
Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke :-
MAJLIS ZIKIR, MUNAJAT, TAUSYIAH DAN SOAL JAWAB BERSAMA AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI
11 SAFAR 1432H / 16 JANUARI 2011 (AHAD)
9-11 PAGI
MASJID NEGERI, SHAH ALAM, SELANGOR
untuk gambar sila klik sini
Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke :-
MAJLIS ZIKIR, MUNAJAT, TAUSYIAH DAN SOAL JAWAB BERSAMA AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI
11 SAFAR 1432H / 16 JANUARI 2011 (AHAD)
9-11 PAGI
MASJID NEGERI, SHAH ALAM, SELANGOR
untuk gambar sila klik sini
Selasa, Januari 04, 2011
Krisis di Sarawak abad ke 19
( james brooke )
Keadaan kacau berlaku di Sarawak akibat daripada tindakan Sultan Brunei menghantar Pangeran Indera Mahkota bagi mengukuhkan kekuasaan politik dan ekonomi di Sarawak.Pangeran Indera Mahkota dikatakan seorang yang Zalim terhadap penduduk tempatan.Orang Bidayuh telah dipaksa bekerja di lombong antimoni seperti hamba.Kezaliman yang dilakukan akhirnya menimbulkan pemberontakan sekitar 1836 oleh pelbagai kaum yang tertindas di Sarawak.Datu Patinggi Ali daripada keturunan Datuk Merpati Jepang telah mengetui kepimpinan pemberontakan.Penglibatan orang melayu ini telah mengancam kekuasaan Brunei.Bagi mengatasi masalah itu,Sultan Brunei telah menghantar Pengeran Bendahara Pangeran Muda Hashim bagi mengatasi masalah ini.Kerjasama tidak diterima dari Pengeran Indra Mahkota menyebabkan masalah ini gagal diselesaikan.Disebabkan tiada kerjasama dari Pengeran Indra Mahkota,Pengeran Muda Hashim ingin pulang kembali ke Bunei namun dihalang oleh Sultan Brunei kerana takut Pengeran Muda Hasyim terlibat dalam konflik istana Brunei yang sedang hebat berlaku.Pada 15 Ogos 1839,James Brook telah tiba di Kuching.Beliau merupakan bekas tentera Syarikat Hindia Timur di India.Apabila bersara beliau membeli kapal Royalist dengan tujuan untuk mengembara dan berdagang.Semasa tiba di Singapura,Gabenor Singapura memintanya menghantar surat penghargaan British kepada Pengeran Muda Hashim kerana menyelamatkan kapal British.Kedatangan kali kedua Brooke diambil peluang oleh Pengeran Muda Hashim untuk menyuarakan hasratnya bagi menghapuskan pemberontakan yang berlaku.James Brooke menerima tawaran itu kerana dijanjikan menjadi Gabenor.Satu perjanjian sementara antara kedua mereka itu ditandatangani pada tahun 1841.Brooke hanya memerlukan hanya beberapa bulan sahaja untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.Sebagaimana perjanjian brooke telah dilantik menjadi Gabenor Sarawak dan perlu membayar ufti kepada Sultan Brunei dan warisnya sebanyak 2550 dolar setahun kepada Brunei.Perlantikan ini tidak dipersetujui oleh Indra Mahkota kerana telah mencabut jawatannya.Sultan Omar Ali terpaksa juga bersetuju dengan tindakan itu kerana James Brooke turut membawa beberapa kapal perang British.Perlantikan itu menunjukkan permulaaan kepada empayar orang putih di Sarawak dengan hanya keluasan 7000 batu persegi yang dipanggil Sarawak Proper.
James Brooke telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang kemas dan sememangnya berniat meluaskan kuasa.Ini dicurigai oleh Syariff Masahor yang merupakan pemerintah Sarikei yang disegani bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan oleh orang Melanau dan Iban.Pada tahun 1853,James Brooke telah mengambil alih kawasan sekitar sungai Rejang bahkan telah membina kubu di Kanowit.Tindakan Brooke ini telah menggugat kekuasaan Syariff Masahor yang juga berkuasa di sungai Rejang.Syarif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk mengahalau Brooke dari Sarawak.Pada 1859,Syariff Masahor telah menyerang Kanowit dan telah membunuh Charles Fox dan Henry Steel.Pada 1860,Syariff Masahor telah menyerang Kuching namun rancangannya telah diketahui oleh Brooke sehingga beliau menemui kekalahan.Brooke mengadu perkara itu kepada Sultan Brunei sehingga Syariff Masahor dibung negeri ke Singapura dan meninggal disana pada 1890.
Tindakan perluasan kuasa yang dilakukan Brooke bukan sahaja tidak dipersetujui oleh Syariff Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur namun oleh kaum lain juga seperti Rentap.Mereka yang berada di sekitar Sungai Skrang telah dituduh oleh Brooke sebagai Lanun dan penjenayah.Ini menimbulkan kemarahan Rentap.Oleh itu,Rentap telah bertindak menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan berjaya membunuh wkil Brooke disitu iaitu Alan Lee.Rentap telah bertindak membina kubu di Bukit Sadok.James Brooke telah menyerang Bukit Sadok namun gagal,3 tahun kemudian iaitu pada 1857 serangan sekali lagi dilancarkan namun turut gagal.Hanya pada 1861 serangan yang dilakukan berjaya selepas Brooke membawa meriam tembaga yang diberi nama Bujang Sadok.Tidak terhenti dengan Rentap,pada 1893,berlaku sekali pemberontakan puak Iban di Batang Lupar yang diketuai oleh Banting.Pada 1902,Brooke telah menyerang Banting namun gagal.Hanya serangan pada 1908 barulah Banting berjaya dikalahkan sedangkn Brunei telah berada dibawah kekuasaan British pada 1906 dengan meletakkan seorang residen.
Ahad, Januari 02, 2011
Sejarah Ringkas berkenaan Ping Pong
Pada awal mula permainan Ping Pong,ia hanya permainan yang dimainkan bagi mengisi masa lapang sahaja.Asal usul sebenar masih tidak diketahui.Namun ia menjadi satu permainan dalam rumah yang amat terkenal di Eropah sekitar 1890.Ia juga amat digemari oleh pelajar universiti di Britain.Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan oleh Charles Barter daripada Gloucestershire sekitar tahun 1891.Pada masa yang lebih kurang sama James Gibb iaitu seorang pelopor Persatuan OlahragaAmatur Britain telah membawa balik satu permainan seluloid daripada Amerika yang telah diperkenalkan sebagai altenatif kepada bola getah atau yang banyak digunakan pada masa ituRaket Velum ialah raket yang mempunyai getah disepanjang kayu yang dibengkokkan.Namun sekitar 1920,raket kayu yang dilitupi oleh ‘biji’ getah amat popular sehingga tahun 1950.Tindakan menjual raket Tenis Meja yang dilakukan oleh James Gibb telah menguntung pengilang permainan seluloid tersebut iaitu Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan juga Table Tennis.Nama Ping Pong telah dicipta daripada bunyi yang dihasilkan semasa pertembungan antara bet dengan bola iaitu bunyi Ping.Manakala perkataan Pong pula melibatkan bunyi yang dihasilkan apabila bola melantun diatas meja.Nama Ping Pong hanya diberikan apabila raket yang disaluti oleh Velum diperkenalkan di Negara eropah pada masa itu.Permainan ini telah dating ke Asia pada awal abad ke 20 apabila seorang professor dari Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar uninersiti di Jepun pada tahun 1902.Tidak lama selepas permainan ini diperkenalkan di Jepun,seorang peniaga British iaitu Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini di kalangan orang Vienna dan Budapest.Walaupun permainan ini lewat berkembang iaitu sekitar abad ke 20,namun kita tidak bola menafikan bahawa permainan ini telah wujud lebih awal iaitu sekitar abad ke 19 lagi.Mana-mana sukan sememangnya dapat menarik pemain atau peminat yang tersendiri.Begitulah juga berlaku kepada permainan Ping Pong,permainan ini menjadi semakin terkenal dan sekarang ini hamper semua Negara di dunia ini mempunyai pemain Ping Pong.
Sekitar tahun 1927,Kejohanan Dunia sukan ini telah diadakan di London buat pertama kalinya.Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh seorang pemain yang berbangsa Hungary iaitu Dr Jacobi.Walaupun sukan ini pada awalnya popular di Britain namun permainan ini pada zaman awal pertandingannya banyak didominasi oleh warga Hungary.Ini dibuktikan pada tahun 1930,pasukan Negara Hungary telah berjaya memenangi kejohanan di peringkat dunia.Pada zaman awal kepopularannya,pukulan Spin amat terkenal di kalangan pemain sukan ini.Penguasaan Hungary dalam sukan ini telah tamat apabila muncul kuasa baru sukan ini iaitu Jepun.Jepun telah menjadi gergasi Ping Pong sekitar tahun 1950 sehingga 1959 sebelum jatuh kepada China.Jepun telah memperkenalkan satu teknik baru yang dipanggil sebagai Cekak Pen (Pen Holde ) yang mementing pergerakan kaki yang pantas.Pasukan pemain lelaki Jepun menjadi johan pada 1954 hingga 1959.Dominasi Jepun dalam sukan ini tamat apabila muncul kuasa China sekitar tahun 1960.Mereka telah melatih pemain mereka sejak kecil lagi sehingga mampu melahirkan pemain yang handal.Jika Jepun mementingkan kepada pergerakan yang pantas.China pula menjadikan permainan laju dan bermain dekat dengan meja sebagai corak permainan.Pemain-pemain Eropah hanya mampu mencabar pemain dari Asia pada tahun 1970.Walaupun permainan ini diasaskan di Eropah namun ia telah menjadi dominasi Asia
Sekitar tahun 1970,pemain Eropah telah meningkat naik.Pada 1980,pemain Eropah telah dianggap handal daripada pemain-pemain Asia.Permainan ini telah menjadi seimbang kekuatannya antara Eropah dan Asia.Ini dibuktikan semasa berlakunya kejohanan dunia pada 1989.China telah tewas kepada Sweden dengan 5-0 yang jelas merupakan kekalahan yang memalukan.Kedua fanalis pertandingan tersebut pun dari Sweden iaitu Jan-Ove Waldner dan juga Persson.Pada 1991,sekali lagi Sweden memenanginya apabila berjaya menewaskan Yugoslavia .Pada 1990,Persekutuan Ping Pong Antarabangsa ( ITTF ) telah mempunyai sebanyak 145 persatuan yang bernaung dibawahnya berbanding hanya 9 ahli sahaaj pada 1927.Sehingga sekarang ada 4 Persekutuan sukan Ping Pong diperingkat antarabangsa iaitu Recognized Contonental Federation yang berada dibawah naungan ITTF.Selain itu ialah African Table Tennis,Asian Table TennisUnion,European Table Tennis Union dan juga South American Table Tennis Confederation.
Sabtu, Disember 11, 2010
Konflik di Naning secara Ringkas
( Dol Said )
Naning
merupakan sebuah kawasan kecil yang bersempadan antara Melaka dengan Negeri
Sembilan.Naning juga antara kawasan yang terlibat dalam pembentukan persekutuan
yang diwujudkan oleh orang Minangkabau sekitar abad ke 15.Oleh itu,Naning
merupakan antara kawasan yang mengamalkan adat perpatih dan penduduknya hanya
sekitar 5000 orang.Konflik di Naning bukan sahaja berlaku pada zaman British
namun ia sudah berlaku sejak zaman Belanda lagi dimana ketua Naning pada masa
itu tidak mengaku berada dibawah kekuasaan Belanda.Oleh itu,Belanda telah
bertindak menyerang Naning dan memerintahkan supaya Naning membayar satu
persepuluh dari hasilnya.Namun kutipan hasil di Naning agak sukar dan merugikan
Belanda sehingga penduduk Naning hanya perlu membayar 400 gantang iaitu satu
perseribu dari hasil Naning.Pada tahun 1801,Dol Said iaitu penghulu Naning
telah menandatangani satu perjanjian dengan British dimana Naning hanya akan
menjual hasilnya kepada Melaka sahaja.British sedaya upaya untuk meletakkan
Naning dibawah kekuasaannya,ini kerana tiada bukti jelas yang menunjukkan
Naning berada dibawah Melaka.Satu peluang terbuka untuk British terbuka apabila
Penghulu Naning telah menghukum mati keluarga pembunuh bukannya pembunuh itu
sendiri sedangkan Penghulu Naning telah dicabut kuasa dari menjatuhkan hukuman
mati.
Apabila Gabenor British melawat Melaka,Dol
Said enggan untuk menemuinya bahkan Dol Said telah mula melakukan gangguan
kepada Syarikat Hindia Timur yang menjalankan pembancian di Naning.Dalam usaha
pembancian itu,tentera turut dihantar untuk melakukan tugas terbabit.Churh
iaitu Penolong Residen Melaka telah memberitahu Dol Said bahawa “ Syarikat
tidak pernah berniat untuk mengganggu kebebasan dirinya sendiri
tetapi....Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan tertakluk pada peraturan
yang sama”.Pada bulan Oktober 1829 sekali lagi Gabenor melawat Melaka namun Dol
Said tidak juga mahu berjumpanya bahkan telah siap berperang.Gabenor memang
hendak berperang namun Pengarah di London menghalang walaupun tidak mendapat
cukai satu persepuluh.Pada Julai 1831,seramai 150 sepai dan 2 pucuk meriam enam
paun dibawa untuk menyerang Naning.Serangan ini gagal kerana British tidak tahu
akan keadaan kawasan Naning selain Naning turut menerima bantuan dari Rembau
yang diketuai oleh Syed Syaaban.Selepas perang itu,British telah pergi ke
Rembau dan memberi jaminan bahawa Rembau tidak akan diserang oleh British
bahkan diberi kemerdekaan dan kedaulatan.Perang Naning kedua telah berlaku pada
Mac 1832,dimana British pula dibantu oleh Rembau.Dalam peperangan ini,British
berjaya mengalahkan Dol Said dan daerah Naning telah ditawarkan kepada Penghulu
Rembau namun penghulu Rembau tidak mahu dan dijadikan wilayah Melaka.Dol Said
diberi rumah di Melaka dan juga pencen sebanyak 100 rupee sebulan.
Ahad, Disember 05, 2010
Tiba-tiba
Bismillah wal Alhamdulillah.........
Saat pena ini ditulis,perasaan rindu dan sunyi kepada kawan semakin nyata. Semua mereka dah balik dan blok semakin sunyi.Aku masih meneruskan tradisi lama iaitu balik lewat dan mari awal.Namun itu dilakukan demi perjuangan menegakkan agama Islam yang tercinta di bumi UPSI ini..Raya haji yang pertama tidak beraya bersama keluarga namun perasaan tidaklah sunyi begini mungkin kerana kawan dari Sabah dan Sarawak masih ramai disini.Sisa sia tahun ini masihi yang masih berbaki tidak lama ini InsyaAllah akan digunakan sebaiknya bagi mengembalikan kegemilangan Islam di sini.Perjuangan yang tidak akan pernah padam ini InsyaAllah akan diteruskan dan mungkin sehingga akhir sem jika masih berkesempatan akan melalui perkara yang sama iaitu balik lewat dan mari awal....
Tiba-tiba diberi hadiah oleh seorang kawan lama..Walaupun jangkaan awal meleset namun pemberiannya memberi seribu satu makna kerana barang yang diberi olehnya adalah barang yang saya cari kira-kira setahun yang lalu.Pengakhiran yang berlaku dengan pemberian kawan lama itu.Walaupun agak berat untuk menerimanya kerana mungkin terfikir banyak namun saya tetap berterima kasih kepadanya.... InsyaAllah saya akan mempergunakannya sebaiknya..Tidak lupa juga kepada Akhi Nawar yang sudi memberi serban hitam yang memamng saya suka pakai kerana kainnya agak licin dan mudah diikat dan lebih-lebih lagi ia sepadan dengan jubah hitam yang saya suka pakai ke mana-mana majlis ilmu ( mungkin x mudah kotor ).Tidak lupa juga terima kepada Akhi Ghazali kerana memberi hadiah kopiah keras kepada saya walaupun saya tidak memakainya kerap kali kerana mudah kotor dan malas basuh namun pemberiannya amat saya hargai.
Mungkin lebih mnyedihkan saya ialah terpaksa berpisah dengan adik- beradik sem 7 yang banyak memberi tunjuk ajar dalam perlbgai bidang dan banyak menolong diri ini.Walaupun ada banyak ragam namun ragam tersebut dapat dimurnikan..Mungkin sem ini merupakan sem paling menyedihkan saya kerana akan banyak teman-teman yang kaan keluar untuk berpraktikum dan semoga hasrat abang-abang dan kakak-kakak dalam menegakkan syiar islam akan berjaya.Mereka ini sudah tentu sukar untuk dicari ganti dalam meneruskan perjuangan yang banyak mehnah dan tribulasi.Maaf saya ucapkan diatas segala salah kata dan tutur sepanjang perkenalan singkat kita ini...Semoga Allah akan melimpahi rahmat keatas kita semua.Dan saya berjanji kepada abang-abang dan kakak-kakak disini bahawa perjuangan yang mereka tinggalkan akan kami teruskan sebaik mungkin bukan kerana kepentingan duniawi tapi demi kepntingan ukhrawi bersama.
Pemergian abang2 dan kakak2 sem 7 ini mungkin akan menyebabkan kegembiraan ni akan berkurang pada sem depan..Bila bercakap dengan mereka ni tentu perihal masalah hati atau dengan lebih dalam iailah perihal zaujah@kahwin@baitul muslim... Sering saya berseloroh dengan mereka ni " ana beri masa kat enta 2 tahun untuk ana bapat anak saudara".Mungkin gurauan ini sudah basi pada sem depan..Namun terima kasih kepada abang2 dan kakak2 sekalian yang banyak membimbing diri ini dan mengajak diri ini supaya mengeanali apa itu perjuangan Islam yang ingin kita tegakkan......Barakallahufikum......
Tentang masalah hati "ana dah selesai" itulah jawapan yang sering diputarkan dihadapan abang2 sekalian.."berat demo mendahului abe2,demo keno lok ko abe2 dulu" itulah jawapan yang sering diberikan oleh abang2 sekalian jika saya mengatakan masalah hati telah selesai... Tapi selesaikah masalah hati ini?....jawapannya masih misteri....... Mudahan Allah akan mempermudahkan urusan saya dalam urusan ini InsyaAllah....saya sering menasihatkan abang2 dan kakak2 yang nak sambung belajar tu untuk mnyelesaikan masalah hati ini dan hanya 2,3, orang sahaja yang menyahut seruan ini dan ada yang dah nak kahwin tahun depan dan saya doakan semoga ia akan mendapat isteri yang solehah.... " enta ni ada masalah hati" ayat ini betul2 akan membuatkan saya tersenyum dengan sendiri....Pada saya masalah ini dah selesai InsyaAllah dengan pengetahuan keluarga kedua pihak dan tidak perlu dikhuatirkan lagi dan InsyaAllah hanya tunggu masa sahaja itupun dengan Izin Allah Taala dan mudahan Allah akan izinkan perkara yang baik ini.....Sem 3 saya telah berakhir dengan berakhirnya peperiksaan Wacana Akademik Bahasa Melayu pada 4..12.2010 di PC 11 JAM 2.30 petang....Ini adalah peperiksaan sejam yang saya keluar awal kerana ada beberapa sebab yang tidak perlu diterangkan............. Peperiksaan dan markah @ pointer tidak pernah ada dalam benak kerana yang penting jangan repeat..Hidup pun x tertekan....Sem 3 adalah sem yang banyak memerikan kenangan manis bersama semua sahabat dan ia mungkin sem yang paling tidak disukai kerana terpaksa berpisah dengan sahabat/iah MAHASISWA PENDIDIK yang banyak memandu diri ini....Terima Kasih Semua...
Sabtu, Disember 04, 2010
Himpunan Hadith tentang Jihad
Bismillah wal Alhamdulillah...Sedikit himpunan hadith tentang jihad yang diambil dari kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi....
1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )
1335. Dari Abu Yahya yaitu Khuraim bin Fatik r.a,katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang menafkahkan sesuatu sesuatu nafkah untuk peperangan fisabilillah , maka catatlah untuknya pahala sebanyak 700 ratus kali lipatnya". ( Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan ).
1336. Dari Abu Said r.a,katanya "Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dalam sabilillah melainkan Allah menjauhkan diri orang itu dengan sebab puasanya sehari tadi sejauh perjalanan 70 tahun neraka". ( Muttafaqun 'alaih )
1337. Dari Abu Umamah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : " Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam sabilillah maka Allah embuatkan antara orang itu dengan neraka sebuah khandak - tanah yang digali - sebagaimana jauhnya antara langit dan bumi". Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan sahih..
1333. Dari Salamah bin al Akwa r.a katanya,," Nabi s.a.w berjalan melalui suatu kelompok orang saling berlumba untuk memanah lalu Nabi s.a.w bersabda "Pandaikanlah dirimu untuk melempar - dengan panah itu - hai keturunan Ismail,sebab sesungguhnya ayahmu-yakni Nabi Ismail- adalah seorang yang pandai melempar-dengan panah". ( Riwayat Bukhari ).
1334. Dari 'Amr bin 'Abasah r.a katanya"saya mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya".Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan Tarmizi mengatakan ianya hadith hasan sahih.
1328. Dari Abu Mas'ud r.a katanya " ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor unta yang diikat hidungnya - semacam kendali untuk kuda - lalu ia berkata : "ini untuk sabilillah" .Kemudian Rasulullah bersabda : " Engkau adalah memperoleh besok pada hari kiamat sebanyak 700 ekor unta yang semuanya juga diikat hidungnya seperti ini".( Riwayat Muslim ).
1329. Dari Abu Hammad,ada yang mangatakan Abu Su'ad ada pula yang menyatakan Abu Usaid ada pula yang menyatkan Abu Amir ada pula Abul Aswad dan ada yang mngatakan abu 'Abs yaitu Uqbah bin 'Amir al Juhani r.a katanya " saya mendengar Rasulullah bersabda diatas mimbarnya : "Dan persiapkan untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat menyiapkannya.Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memamnah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memanah". ( Riwayat Muslim ).
1342. Dari Abu Umamah r.a bahawasanya ada seorang lelaki berkata " ya Rasulullah ,berikanlah izin kepada saya untuk merantau kenegeri lain.Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya cara perantauan untuk umatku ialah jihad fisabilillah Azzawajalla...Diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dengan isnad yang baik...
1341. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a katanya .Rasulullah s.a.w bersabda : "tiada pasukan tentera atau sekelompok barisan tempur yang berperang lalu memperoleh ghanimah - harta rampasan perang-dan selamat-dari kematian,melainkan mereka itu telah mempercepatkan 2/3 pahala yang harus diperolehinya .Tiada sepasukan tentera atau sekelompok pasukan tempur yang kembali dengan tangan hampa -yakni tidak memperolehi ghanimah- dan terkena bencana -mati syahid atau luka-luka melainkan telah sempurnalah pahala yang haru mereka perolehi itu". ( Riwayat Muslim ).
" Barangsiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimatullah - yakni agama Allah itu menjadi tinggi-maka orang sedemikian itulah yang disebut jihad fisabilillah". ( Muttafaqun Alaih )
Makna "membuka" dalam Bahasa Sejarah
Bismillah wal Alhamdulillah...... merujuk kepada kenyatan Sanusi Jamadi di laman kami sokong mahasiswa pendidik bahawa :
"salam...tahukah kalian,buku2 teks sejarah Malaysia telah banyak melakukan kesilapan, di mana orang yang membuka Pulau Pinang sebenarnya ialah dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil yg meneroka kawasan Batu Uban, bukannya si penjajah Francis Light!!! So,apa tindakan kita utk memurnikan fakta2 berkaitan dgn sejarah Malaysia dl...m buku teks tersebut??Rupa2nya kita ditipu sblm ni..."
Saudara penulis di laman itu telah membawa satu fakta yang tidak diketemukan oleh ramai orang... Apa yang saya ingin katakan masih ramai ahli sejarah itu sendiri masih tidak faham mengenai konsep "membuka" dalam istilah sejarah dan pada saya ia juga sama dengan sesetengah orang yang mempertikaikan konsep "menemui" dalam bahasa sejarah.Saya tidak berani menafikan fakta mengenai penerokaan Batu Uban oleh Dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil cuma yang saya ingin bawakan disini ialah konsep "membuka" dalam sudut pandang sejarah.
Kenapa kita mengatakan Francis Light yang membuka Pulau Pinang?.Saya tidak menafikan pendapat orang lain namun pada pendapat saya dan beberapa orang pensyarah mereka mengatakan bahawa konsep membuka dalam erti kata sejarah adalah "memajukan".Perkara ini saya pernah bincangkan dengan pensyarah subjek Malaysia saya iaitu Dr Khairi Ariffin dan beliau mengatakan membuka ialah memajukan sesuatu kawasan itu bukannya hanya singgah sekejap atau duduk disitu sahaja.Perkara yang lebih jelas lagi kita boleh lihat kepada sejarah Melaka.Melaka telah dibuka oleh Paremeswara.. Tetapi kenapa kita mengatakan Paremeswara ?.. Ini kerana Paremeswara telah memajukan dan juga memerintah kawasan itu.Sedangkan jika kita hendak menafikan Paremeswara sebagai "pembuka" Melaka itu sudah tentu amat mudah sekali kerana sudah mempunyai fakta bahawa kawasan Melaka asal adalah kawasan perkampungan nelayan.Kita tidak mengatakan nelayan sebagai"pembuka" kawasan itu kerana kawasan itu tidak dimajukan dan juga tidak mempunyai pemerintah.Pada saya setiap subjek mepunyai bahasa yang tersendiri sebagaimana bahasa undang2,bahasa perniagaan dll.Oleh itu,kita perlu saling memahami bahasa subjek masing-masing dan kita tidak boleh mnyalahkan sejarah kerana menggunakan bahasa yang berbeza.
Sekian pendapat saya..
Konflik Residen Di Pahang Abad ke 19
( Datuk Bahaman )
Dalam
kekayaan Negeri Pahang pula beberapa pegawai British seperti
Weld,Clifford,Clark,Smith telah menyatakan bahawa Pahang merupakan negeri yang
terkaya dan lebih kaya daripada Perak.Oleh itu,sekitar tahun 1880,saudagar-saudagar
British telah mendesak British supaya campurtangan di Negeri Pahang atas dasar
ekonomi dan kepentingan politik.Di Pahang British tidak mempunyai sebab untuk
campurtangan seperti Negeri Perak,maka semasa pemerintahan Wan Ahmad,Gabenor
Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Andrew Clark dan juga penggantinya Sir William
Jervois telah menawarkan khidmat nasihat untuk pentadbiran Negeri Pahang namun
ditolak. Penolakan ini mungkin disebabkan Wan Ahmad melihat apa yang berlaku di
Perak dimana Sultan kehilangan kuasa melainkan dalam urusan keagamaan dan adat
resam Melayu sahaja. Semasa Sir Frederick Weld menjadi Gabenor,beliau melihat
bahawa Tanah Melayu sebagai tempat yang sesuai untuk pelaburan modal British.
Oleh itu,usaha gigih dilakukan oleh British untuk campurtangan di Pahang
melalui pelbagai cara seperti ugutan,pujukan,tawaran,amaran dan juga
manipulasi.Kebanyakan pegawai British ini bertindak sendirian tanpa persetujuan
daripada Pejabat Tanah Jajahan di London.Mereka bertindak demikian kerana pegawai
British ini melihat kepentingan yang ada pada Negeri-Negeri di Tanah Melayu.
Lord Kimberley selaku pegawai tinggi di
Pejabat Tanah Jajahan British di London telah mengarahkan supaya Sir Andrew
Clark mengambil langkah untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu pada waktu itu
walaupun kerajaan tidak bersetuju kerana takut akan memberi bebanan kepada
Kerajaan British.Atas arahan Kimberley tersebut,pegawai British sering
mengintai peluang yang ada di Negeri Melayu untuk campurtangan dan kemasukan
imigran cina dan eropah ke Pahang telah membuka peluang tersebut kerana
kedatangan imigran ini telah menimbulkan masalah kepada keamanan kepada Pahang.Bendahara
yang memerintah Pahang telah memberikan banyak konsesi kepada saudagar cina ini
dibuktikan dengan pemberian tanah seluas 518 000 hektar kepada seorang saudagar
cina yang bernama Lim Ah San pada tahun 1882.Selain itu,Bendahara Pahang juga
telah memberikan konsesi tanah seluas 233 100 hektar kepada George Scaife.
Selain itu,Maharaja Johor turut mendapat konsesi di Raub yang kaya dengan
pengeluaran hasil emas.Oleh itu,British melihat peri pentingnya campurtangan di
Pahang bagi membolot segala kekayaan Pahang.
Selain itu,campurtangan keatas Pahang perlu
dilakukan kerana British bimbang dengan kedatangan kuas barat lain seperti
Jerman dan Perancis yang berminat dengan dengan Tanah Melayu.Disebabkan
itu,Pejabat Tanah Jajahan di London telah mengubah dasarnya yang tidak mahu
campurtangan kepada dasar yang campurtangan.Oleh itu,pegawai British sering
mencari peluang bagi meletakkan seorang residen di Pahang bagi menguasai negeri
ini.Kematian Salim bin Akil yang dipercayai seorang rakyat British yang
dilahirkan di Pulau Pinang telah cuba di ambil kesempatan oleh Sir Federick
Weld untuk campurtangan.Beliau telah meminta bantuan sebuah kapal perang untuk
mengalahkan Pahang namun permintaannya ditolak.Frank Swetteham telah memujuk
Bendahara Pahang untuk menerima seorang residen British namun Bendahara tetap
enggan kerana dipercayai nasihat daripada Maharaja Johor.Oleh itu,pada
1885,telah ditandatangani satu perjanjian antara British dan Maharaja Johor
dimana Johor dilarang campurtangan urusan negeri lain tanpa pengetahuan Gabenor
British.Maharaja Abu Bakar telah menolong British dalam rancangan kali ini
kerana baginda telah berhutang 140,000 dolar dengan British dan ini merupakan
cara baginda untuk berbaik dengan British sekaligus dapat menjaga kemerdekaan
Johor dan menaikan imej baginda.Pada Oktober 1887,satu perjanjian telah
ditandatangani dimana seorang ejen British
telah diletakkan di Pahang iaitu Hugh Clifford namun taraf sebagai ejen
ini masih mempunyai kuasa yang sedikit dan British masih cuba mencari jalan
untuk meletakkan seorang residen.Hugh Clifford telah menjadi pegawai British
pertama di Pahang selepas menandatangi satu perjanjian di Pekan antara British
dan Wan Ahmad.
Pada April 1888,Maskelyn selaku Pengarah
Syarikat Pahang Corporation Limited telah menulis surat kepada Setiausaha
Negeri bagi Tanah Jajahan,Lord Knutsford bagi menyatakan bahawa Bendahara
Pahang telah menamatkan konsesi syarikat atas alasan pihak syarikat gagal
membayar wang sepatutunya dibayar.Maskelyn telah meminta knutsford campurtangan
di Pahang bagi melindungi syarikat.Ini turut disokong oleh akhbar British di
Singapura yang menyatakan bahawa apa-apa pertolongan perlu diberikan kepada
Pahang Corporaion Limited.Pada Febuari,seorang cina yang bernama Chan You Wee
atau Goh Hui dalam rekod British telah mati ditikam di hadapan Istana Pahang.Bendahara
Pahang juga telah mengakui tanggungjawab keatas kematian Goh Hui dan dengan itu
meminta kerjasama dengan British. Ini merupakan peluang baik untuk British
campurtangan.Gabenor Cecil Smith telah menulis surat kepada Lord Knutsford
menyatakan ini merupakan peluang baik untuk campurtangan.
Kematian Goh Hui telah membuka peluang kepada
British untuk meletakkan seorang Residen di Pahang.Perjanjian tersebut
ditandatangani pada 24 Ogos 1888.Dengan penempatan Residen,keadaan negeri
Pahang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak.Residen pertama adalah
J.P.Rodger.Beliau menghadapi masalah dalam menjalankan tugas apabila Wan Ahmad
tidak menyenanginya apabila membawa 25 orang Sikh sebagai pengiringnya.Sistem
Residen hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada Julai 1889.Pada waktu
itu,Hugh Cliffor yang pernah menjadi pegawai di Pahang menjadi penguasa kepada
pasukan Polis yang terdiri dari 50 sikh dan 150 Melayu di Hulu Pahang.Pahang
tidaklah sekaya Perak dan Selangor yang banyak mengeluarkan bijih timah.Sultan
Ahmad sebetulnya tidak bersetuju dengan campurtangan yang berlaku.Oleh
itu,baginda telah melantik Tengku Mahmud sebagai pemangku raja di Pulau Tawar
Hulu Pahang.Oleh itu,J.P.Rodger terpaksa berulang alik ke Pulau Tawar untuk
memaklumkan sesuatu kepada pemangku raja.Hugh Clifford yang menjadi pemangku
residen telah melakukan risikan bagi memudahkannya jika berlaku sesuatu yang
laur jangka.Penentangan oranng Melayu berlaku pada masa ini bila mana hak
mengutip cukai telah diserahkan kepada British.Antara penentang ialah Datuk
Bahaman atau Orang Kaya Pahlawan Semantan yang mendapat gelaran Datuk Setia
Perkasa Pahlawan kerana menunjukkan kehandalan semasa perang Selangor dan
Perang Pahang.Belaiu enggan berhenti mengutip cukai dikawasan Semantan walaupun
telah ditegah oleh British.British telah membina balai polis di Lubuk Tena bagi
memerhatikan gelagat Datuk Bahaman.Tok Raja telah diperintahkan untuk memujuk
Datuk Bahaman dan datang ke Pulau Tawar.Datuk Bahaman tidak mengendahkan
perkara itu bahkan telah pergi ke Kelantan untuk membeli senjata.
Selepas pulang dari Kelantan ,beliau
melihat British masih berkawal di Lubuk Tena.Memikirkan kemungkinan sesuatu
yang buruk berlaku beliau telah menghantar surat kepada British untuk
menyerahkan hak memungut cukai kepada British dengan ganti rugi 6000 dolar setahun.Namun
beliau masih memungut cukai dikawasan Semantan.British telah menuduh Datuk
Bahaman memungut cukai secara haram dan telah memaksa Sultan Ahmad melucutkan
pangkat Datuk Bahaman sebagai Datuk Setia Perkasa Pahlawan.Datuk Bahaman telah
mengugut untuk menyerang Lubuk Tena.British telah menghantar 25 tenaga tambahan
bagi mempertahankan balai polis berkenaan.Ketua balai telah diberi kuasa
menangkap Datuk Bahaman.3 orang pengikut Datuk Bahaman telah ditangkap atas
alasan mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran,perbicaraan dilakukan di Lubuk
Tena juga.Datuk Bahaman telah menyerang Lubuk Tena dan mencerakan 3 orang polis
dan berjaya menawan balai polis tesebut.J.P.Rodger yang berada di Selangor
segera pulang dan apabila tiba di Raub beliau mengarahkan supaya semua balai
polis yang bersempadan dengan Semantan dilengkapkan dengan anggota yang
mencukupi.
Atas desakan British ,Sultan Ahmad dan
Tengku Ali memimpin 1000 tentera Melayu dan berjaya menewaskan Datuk
Bahaman.Sultan Ahmad memberi pengampuan penuh kepada meraka yang pulang ke
kampung dalam masa sebulan.Pada Mac 1882,Datuk Bahaman telah menyerang kembali
Lubuk Tena tetapi berjaya ditewaskan pula oleh pemangku raja.British telah
menawarkan 2000 dolar kepada mereka yang berjaya menangkap Datuk Bahaman.Penentangan
Datuk Bahaman telah menyebabkan beberapa lagi pembesar Pahang turut menetang
British antaranya Tok Gajah,Mat Kilau dan Tok Raja.British dan Sultan Ahmad
bersetuju melantik Tok Raja untuk memujuk Datuk Bahaman dan Tok Gajah unutk
menyerah.Datuk Bahaman telah ke Terengganu dan Kelantan.Selepas mendapat
kekuatan,mereka telah menyerang balai polis di Kuala Tembeling pada 14 Jun
1894.Tok Raja telah mengetui pasukan polis menyerang Datuk Bahaman dan berjaya
menewaskannya.Lt Kolonel Walker dan Hugh Clifford telah ditugaskan untuk
memburu Datuk Bahaman sehingga ke Kelantan dan Terengganu.Serangan keatas Kuala
Tembeling merupakan serangan yang terakhir dalam siri penentangan di Pahang
apabila Datuk Bahaman telah menyerah kepada Siam dan telah dibawa ke Bangkok
pada November 1895.Tok Gajah dan Mat Kilau diura-ura meninggal di Terengganu.
Jumaat, Disember 03, 2010
Puteriku Sayang patah hati
Bismillah wal alhamdulillah....... anatara lagu wajib yang akan saya dgr setiap hari ialah puteriku sayang dan juga patah hati.Tiba-tiba malam tadi tanpa ada angin dan ribut sedang asyik mendengar lagu puteriku sayang maka berkata roomate yang bernama facebook syafiq barry .Dia kata " lagu ni crita pasal apa pulak" saya pun jawab "x tahu,dgr kes sedak jah"..dia pun kata pelik la hang ni...... selepas lagu puteriku sayang lagu beralih pula kepada patah hati ( mmg set 2 lagu tu je malm tadi ) ....maka sekali lagi blog syafiq barry bertanya "yang ni hang degr pasai apa pulak"..sekali lagi ku menjawab " x tahu"
setelah difikir maka ku membuat kesimpulan awal...
1.puteriku sayang
dalam youtube ada komen bahawa puteriku sayang ini mengagungkan muslimat...tpi bagi saya ia adalah lambang kepada sifat muslimat itu sendiri.. kegagahan muslimat dalam menghadapi ujian..Kelmbutan yang ada pada muslimat tu x bermkna muslimat tu tidak kuat untuk berjuang..Muslimat juga menghadapi pelbagai cobaan dalam hidup dan pada saya lagu ini banyak menyanjuung nilai yang ada pada muslimat..lagu ni diambil dari sahabatku Husaini...
2.Patah hati
yang patah hati ni x tahu la knp minat ..Mungkin sbb nada lagu tu yang kena gaya...Jika di perhatikan banyak pengajaran/nasihat dalam lagu ni...tentang apa masih " x tahu"
Sejarah Ringkas Konflik di Pahang abad ke 19
Di
Pahang banyak berlaku pertelingkahan yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara
kerabat pemerintah Pahang dan campurtangan British yang ingin mengusai ekonomi
negeri ini yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi. Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 telah meletakkan Pahang dibawah pengaruh British. Oleh
itu,Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan Pahang dari Johor pada 1853.
Sebelum meninggal dunia,baginda telah menyerahkan Pahang kepada anaknya yang
bernama Tun Mutakhir dan setahun sebelum kematiannya baginda telah menyerahkan
daerah Endau dan Kuantan kepada anak keduanya iaitu Wan Ahmad.Malangnya,Wan
Ahmad tidak diakui sebagai pemerintah di kawasan Endau dan Kuantan dan beliau
diusir ke Singapura.Baginda cuba mendapatkan bantuan dari British namun gagal
kerana tidak mempunyai bukti tuntutan.Akhirnya baginda telah ke Terengganu dan
melancarkan serangan dari daerah Kemaman keatas Pahang.
Wan Mutakhir telah bertindak mengirim surat
kepada Gabenor British dan juga Temenggong Johor memaklumkan perkara
tersebut.Surat juga turut dihantar oleh Sultan Terengganu kepada Gabenor bagi
memaklumkan keadaan yang berlaku.Johor telah bertindak menyokong Wan Mutakhir
manakala Terengganu telah bertindak menyokong Wan Ahmad.Kedua negeri tersebut
cuba menghantar tentera masing-masing bagi membantu sekutu masing-masing di
Pahang namun dihalang oleh gabenor British kerana beberapa sebab seperti takut
berlaku kekacauan di Negeri Pahang dan juga bagi menjaga perdagangan antara
Pahang dan Singapura yang bernilai 5 juta rupiah setahun.Pada April 1861,Wan
Ahmad telah bertindak menyerang Endau dan berjaya menawannya kerana Wan
Mutakhir baru sahaja menyerahkan kuasanya kepada anaknya iaitu Wan Long.Johor
cuba bertindak menyerang Wan Ahmad kerana dikatakan menceroboh wilayah Johor
iaitu Endau namun dihalang oleh Gabenor British.Pada bulan Ogos 1861 juga
berlaku kekacauan di kawasan Raub tetapi dapat diredakan dan pada empat bulan
berikutnya berlaku pula kekacauan di Jelai.Pada bulan Ogos 1862,Wan Ahmad
meneruskan penentangannya di Pahang.
Dua bulan berikutnya,Syarikat Paterson
telah mendakwa Terengganu terlibat dengan kekacauan di Pahang sehingga syarikat
tersebut tidak boleh melakukan perlombongan di Kuantan.Syarikat juga mendakwa
bahawa 2 buah perahu dari Terengganu telah bertindak menyamun perahu syarikat
terbabit.Gabenor British telah menulis surat kepada Siam mengenai perkara
ini,namun sebelum surat berbalas Gabenor telah menerima surat dari Dewan
Perniagaan yang menyatakan keadaan huru-hara di Pahang.Tanpa menunggu surat
dari Siam,British telah memberi amaran kepada Terengganu supaya menyerahkan
bekas Sultan Linggi yang berada di Terengganu dan berhenti membantu Wan
Ahmad,jika tidak kubu Terengganu akan dibedil.Pihak Terengganu tidak boleh
menyerahkan bekas Sultan terbabit tanpa kebenaran Siam maka kubu Terengganu pun
dibedil.Tindakan tersebut telah dibantah oleh Siam kerana berlawanan dengan roh
perjanjian Burney.Oleh kerana keangkuhannya,Gabenor Cavenagh telah menyatakan
bahawa Terengganu dan Kelantan bukan merupakan hak Siam.Pembedilan kubu di
Kuala Terengganu ini juga bagi menyekat pengaruh Siam ke atas Terengganu.Ini
dibuktikan selepas pembedilan dimana tentera Siam telah ditarik balik dari
Terengganu.
Pada tahun 1862,Wan Ahmad semakin berjaya
untuk menjadi Bendahara Pahang walaupun ditentang oleh Temenggung Johor yang
menghantar tantera dan senjata api.Bendahara Pahang dan Wan Mutakhir telah lari
ke Johor dan tidak lama kemudian keduanya pun meninggal dunia.Pada tahun
1863,Temenggung Johor telah berikrar untuk melantik anak bekas Bendahara Pahang
selaku Bendahara namun tidak tercapai apabila Wan Ahmad menghantar surat kepada
Gabenor British menyatakan baginda menaiki jawatan Bendahara Pahang dengan
gelaran Bendahara Seri Wak Raja.British telah bertindak mengakui kekuasaan
Bendahara Pahang namun semasa pemerintahan Wan Ahmad pemberontakan tetap
berlaku beberapa kali oleh anak Wan Mutakhir iaitu Wan Da,Wan Ahmad dan Wan
Abdullah namun semuanya gagal.
Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.