Pengikut

Rabu, September 22, 2010

Ijtima' Tharbawi Pemuda/i Pas Peringkat Kebangsaan

    Ijtima' Tharbawi Pemuda/i Pas Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 1,2,dan 3 okt ini di perkarangan Masjid Rusila Marang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru seluruh pemuda di peringkat pusat, negeri dan kawasan menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Oktober ini di perkarangan Masjid Rusila, Terengganu. Nasrudin berkata, amat penting untuk pemuda-pemudi menyertai ijtima' ini yang bertujuan memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda di semua peringkat.
"Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadirkan diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakannya dalam Dewan Pemuda PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya," kata Nasrudin dalam blognya.
Menurutnya, setakat ini, lebih 3,000 kepimpinan pemuda di semua peringkat telah mengesahkan kehadiran ke program anjuran Akademi Tarbiyyah Pemuda itu.
Himpunan itu, katanya akan bermula pendaftarannya selepas solat Jumaat 1 Oktober dan akan berakhir dengan solat Zuhur pada 3 Oktober.
Lokasi himpunan ini ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan masjid untuk program yang bersifat outdoor.
Dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut memberikan pengisian dalam program tersebut.
Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily, Nasruddin memberitahu, program tersebut turut terbuka kepada muslimat yang berminat dan perlu mendaftar terlebih dahulu pejabat DPP negeri atau terus kepada Sekretariat DPP Pusat di Putrajaya.
"Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP, Exco DPP Negeri, AJK DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada para pemudi dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau terus kepada Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan para pemuda-pemudi menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat mengikuti segala aktiviti yang telah diatur dengan baik.
"Saya maklumkan sejak Julai lalu mengenai ijtimak ini ialah supaya semua peserta dapat membuat persiapan awal sehingga meminimumkan ruang alasan untuk tidak hadir kecuali hanya alasan yang benar-benar syarie," katanya lagi.
Ijtimak itu juga, katanya sebagai persediaan sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpunkan 30 ribu petugas dan penggerak pilihan raya pemuda pada awal tahun depan di negeri Selangor atau Kedah. -Hrkh

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sekitar Mesyuarat Agung Permas

   Pada 14 Ogos 2010 telah diadakan Musyuarat Agung PERMAS ( Persatuan Mahasiswa Sejarah ) UPSI.Ia berlangsung di Dewan Rahman Talib yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang mahasiswa sejarah daripada 700 lebih mahasiswa tersebut.Banyak perkara yang dibahaskan termasuklah ketidakaktifan mahasiswa sejarah dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.
    Musyuarat Agung ini juga menyaksikan pertandingan seramai 22 orang mahasiswa bagi mengisi 20 kekosongan jawatan.Sem 5 mencatatkan menang tanpa bertanding apabila ada dari kalangan mahasiswa sem tersebut tidak hadir.Kehadiran mahasiswa yang sedikit jelas menjejaskan mesyuarat dan melahirkan rasa kecewa terutamnya kepada pihak pensyarah sejarah dan pimpinan persatuan.
    Dalam Musyuarat kali ini juga menyaksikan pelancaran logo baru Permas oleh Ketua Jabatan Sejarah UPSI iaitu Dr Ahmad Zainuddin Husin.

Khamis, Ogos 12, 2010

Attorney Song and Ji






     Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan hidup 2 orang peguam terkenal lewat dinasti Qing..Ia dikenali sebagai Song dan Ji.Mereka ini menuntut bela untuk rakyat yang tertindas dan mereka ini digelar sebagai Northen dan Southern Attorney diatas kehandalan mereka menyelesaikan kes...Kini drama ini dimainkan di Tv 2 jam 6 ptg

Rabu, Ogos 11, 2010

Makna Ros pada Warnanya

   Melambangkan perasaan malu-malu.

       Putih melambangkan kesucian dan juga sebagai lambang cintakan seseorang dalam diam-diam..ia biasanya menjadi tema perkahwinan
Merah melambangkan perasaan cinta
Ungu melambangkan cinta pandang pertama
Oren melambangkan keinginan dan kesungguhan
Deep Pink melambangkan terima kasih
Regular Pink melambang suka dengan perhubungan
Hitam melambangkan kematian
Hijau lambang ketenangan
Biru melambangkan misteri

Ahad, Mei 09, 2010

selamat hari ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


   Selamat hari ibu diucapkan kepada semua para ibu di seluruh dunia yang banyak berkhidmat dalam membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi seorang anak yang berguna.Ibuku lahir pada 19.04.1945 dan berkahwin pertama kalinya pada umur 13 tahun.Dalam kesusahan zaman dahulu dalam keadaan negara yang belum membangun,ibu bersama lagi ribuan ibu-ibu di Malaysia telah sedaya upaya untuk membesarkan anak-anak mereka.Namun sayangnya sebahagian dari kita tidak menghargai langsung jasa ibu sedangkan ibulah orang yang paling banyak berjasa dalam  menjaga dan mendidik anak-anak mereka.Menurut kajian seseorang anak lelaki lebih sayangkan ibunya berbanding dengan anak perempuan .Manakala anak perempuan pula lebih menyanyangi bapa berbanding ibu...Kepada ibu Malaysia ,,saya ucapkan selamat hari ibu

kepentingan fiqh aulawiyat

     Fiqh aulawiyat atau fiqh keutamaan merupakan satu ilmu yang diceduk oleh syeikh yusof al qaradawi dari al Quran dan Hadith.Ia berasal dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu fiqh dan juga aula.Fiqh bermaksud pegetahuan yang mendalam dan aula ialah yang terlebih utama.
    Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti  didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.Atau secara mudahnya disebut sebagai mendahulukan sesuatu yang lebih penting kerana yang lebih penting iatu lebih penting daripada yang penting.Pengetahuan keatas ilmu ini amat penting dalam keadaan suasana yang sibuk yang dialami oleh kebanyakan mahasiswa.Dalam fiqh ini kita hendaklah mendahulukan yang lebih penting contohnya antara peperiksaan dan meeting maka kita hendaklah mendahulukan peperiksaan kerana jika tidak hadir maka ia akan memberi mudarat kepada kita.Perkara utama dalam fiqh ini hendaklah kita tahu bahawa ada mudhorat dan ada kebaikan..Melalui fiqh ini menutup mudhorat lebih penting dari melakukan kebaikan.
Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan. Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...

Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...

Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...

Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?

Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?..Oleh itu setiap orang islam sekurang-kurangnya mengetahui tentang fiqh aulawiyat walaupun sedikit..

  Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.Antara yang perlu diketahui juga dalam fiqh ini ialah persoalan hajiriyat dan dururiyat..

Selasa, Mei 04, 2010

selamat pulang sahabat/sahabiah sekalian...

     Setelah 18 minggu berada di Tempat pengajian kini tibalah masa cuti sem selama 2 bulan..Kepada rakan-rakan sahabat-sahabiah sekalian ana ucapkan berbanyak minta maaf dan semoga kini diizinkan Allah untuk bertemu sem depan untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus sementara ini..

keindahan bunga ciptaan Allah 2


The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters