Pengikut

Khamis, Januari 28, 2010

KEPUTUSAN TERKINI prk 2010

    Alhamdulillah,pengundian telah tamat dalam jam 5 petang tadi dan pada pukul 5:05 minit telah di umumkan keputusan pengundian dimana mahasiswa pendidik menang 6 dari 7 kerusi yang di pertandingkan.Nik Azrul mendapat undi kedua tertinggi bagi kerusi umum di ikuti zahar,khatijah,muzakkir,faizal dan priyatharsini.Undi tertinggi bagi calon umum ialah saiha dari pengajian sejarah dengan undi 5051 undi.
     Bagi kerusi FSSK Noranoo mendahului dan diikuti oleh shahril.Calon mahasiswa pendidik tunggal yang kalah dari fakulti ini iaitu Faiqah Ramli.Manakala fakulti bahasa dirangkul keduanya oleh mahasiswa pendidik melalui amin dan atiqah hasbi.Amin mendapat undi tertinggi.

selamat mengundi

   Salam,,,saya ucapkan selamat mengundi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.Semoga anda membuat pilihan yang betul dalam menentukan pimpinan kolej.Suasana umum terakhir pada malam tadi amat mendebarkan di mana penyokong kedua belah pihak saling mengata antara satu sama lain.Namun keadaan agak terkawal.Mungkin malam tadi merupakan rapat umum terakhir maka lebih ramai orang yang turun.Ada yang nak dengar manifesto,ada yang saja-saja turun.







    Semasa pimpinan bitara berucap suasana agak kecoh dengan hiruk pikuk dan laungan pimpinan bitara.Hadirin yang hadir di dataran Khar agak ramai dari yang biasa.Saya tidak menaruh harapan yang banyak bagi calon fakulti namun saya amat menaruh harapan yang tinggi kepada calon umum.Ini berdasarkan culaan saya dimana rata-rata mahasiswa akan memilih calon dari pro kebajikan.Namun masih ada mahasiswa yang tidak tahu untuk memilih siapa pada esok hari dan hanya mengundi munkin berdasarkan pengaruh rakan.










PATIKAN ANDA MEMBERI UNDI KEPADA YANG BETUL...HIDUP!!!HIDUP!!! MAHASISWA..UNDILAH MAHASISWA PENDIDIK



Rabu, Januari 27, 2010

undilah mahasiswa pendidik

    Walau siapapun diri anda,walau dari mana pun diri anda berasal,walau siapapun anda pangkah jangan lupa turut memangkah calon dari mahasiswa pendidik iaitu calon umum Mohd Zahar dan Nik Azrul.














wajah-wajah bakal YB

PRO KEBAJIKAN ( MAHASISWA PENDIDIK )












PRO ASPIRASI ( PIMPINAN BITARA )













Jika anda menghadapi masalah mengundi 3 orang lagi calon dari aspirasi maka saya cadangkan anda mengundi saudara faizal daan saudari shaiha.Jangan lupa pula mengundi zahar dan azrul.Selamat mengundi

Selasa, Januari 26, 2010

RAPAT UMUM MAHASISWA PENDIDIK

    Sekitar jam 1100 malam tadi turut diadakan rapat umum di KAB dan Khar selepas rapat umum oleh pimpinan bitara.Semasa rapat umum di KAB berlaku sedikit konfrantasi oleh pihak lawan dengan membunyikan enjin motor.Namun konfrantasi itu tidak di layan oleh pihak mahasiswa pendidik.Kehadiran di Khar agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin di sebabkan rapat umum di adakan agak lewat.

Calon umum mewakili mahasiswa pendidik Nik Azrul.Yang sedang menyampaikan ucapannya.Sorak sorai agak kurang berbanding semasa rapat umum pimpinan bitara mungkin disebabkan menjaga adab.Laungan takbir bergema begitu juga dengan laungan mahasiswa pendidik.

Calon umum,Mohd Zahar.




Walaupun mahasiswa pendidik kali ini menghantar calon yang agak seikit namun gerak kerjanya agak kuat walaupun mengetahui hakikat tidak mampu menguasai MPP.Kekurangan calon yang dihantar bukan sahaja dikesali oleh mahasiswa bahkan oleh Alumni Mahasiswa Islam.









Kehadiran ke rapat umum kurang mungkin disebabkan masa kempen yang masih agak lama lagi.Rapat Umum mahasiswa pendididik banyak di hadiri oleh mereka dari Kos Pendidikan Islam.Namun kehadiran dari Program lain juga tidak mengecewakan.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters