Pengikut

Rabu, Oktober 07, 2009

KENANGAN DI DINIAHFALAHIAH.

          Pondok Diniah Falahiah merupakan pusat pengajian saya dalam bidang agama.Saya hanya pergi pada hujung minggu sahaja namun saya sempat belajar kira-kira 6 buah kitab.Antara kitab tersebut ialah hidayatussalikin,matan jauharatul tauhid,hikam faridatul faraid fi ilmi aqoid dan beberapa buah kitab lagi.Pelajar di pondok ini kira-kira 200 orang lelaki dan perempuan.


(bangunan asrama lelaki)



(surau)

Kelihatan tanah yang dirtakan.Kawasan tanah yang diratakan ini
bagi tujuan membina sebuah masjid bagi menampung pendengar yang tidak cukup kawasan duduk.



(tuan guru rosli)

Tuan guru Hj.Roslie merupakan mudir bagi pondok ini.Beliau sedang menyampaikan kuliah kepada orang ramai pada setiap hari jumaat.



(kad jemputan ihtifal)



(iklan syeikh toriq)



(orang ramai)

Orang ramai yang beratur untuk menyambut kedatangan keturunan Rasulullah jurai saiyidina Hussien iaitu Syeik Toriq Al Husaini yang datang dari lubnan.




Orang ramai yang bersalam dengan syeikh Toriq Al Huusaini yang berpakaian ala Mesir.




Banner tentang himpunan pelajar pondok semalaysia yang diadakan pada tahun 2009.




Kusyuk mendengar tazkirah.




Ceramah pada waktu malam.



(berpelukan)

Mudir pondok berpelukan dengan syeikh.Mudir kelihatan menangis teresak-esak.




(ceramah syeikh)

Ceramah tersebut turut dihadiri oleh sya yang berbaju hijau dan serban hitam.

 

ustaz menyampaikan tazkirah.



(menyambut penceramah)

Hadirin sedang menyambut syeikh Ali @ Alamiyah dari Intitut of London.



(syeikh Ali yang bertongkat)

Syeikh yang bertongkat dan budak yang depan sekali adalah anak mudir.



(pasar)

Disini juga ada pasar pada setiap jumaat.Kuliah akan disampaikan pada hari jumaat dan sabtu.Pada hari sabtu kuliah kitab Hikam disampaikan oleh TUAN GURU HJ.POKSU HAMID GUNONG.Walaupun pondok ini baru tetapi sudah dikunjungi oleh banyak ulama dalam dan luar negara.


KRISIS SEMENTARA BAS DI KUO.

          Pada hari rabu 7 oktober kira-kira dalam jam 3 petang,krisis bas telah berlaku dimana menyebabkan ramai pelajar terkandas dan terpaksa datang lewat ke kuliah.Ramai pelajar yang turun awal untuk ke kuliah telah terkandas dan dipercayai kelas bermula pada pukul 4 petang.


(orang ramai sedang menunggu bas)


(suasana yang kecoh)



(faizaz sabah)

Menurut faizaz dia telah turun sejak pukul 3 setengah lagi.nAMUN TUNGGU PUNYA TUNGGU
bas masih tidak datang.Dia bimbang takut lewat untuk masuk kelas pembangunan sahsiah.Dia biasanya datang pukul 330 petang.



(kecewa)

Menurut seorang lagi saksi,dia telah turun sejak pukul 330 petang tetapi sehingga pukul 350 bas masih belum kelihatan.Sepatutnya pihak pentadbiran mengambil berat akan perkara ini.



(faziana perlis)

Menurut faziana perlis, dia telah menunggu sejak pukul 315 lagi.Bas telah ada di kuo tetapi pemandu tiada.Dia melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Tetapi setelah hampir pukul 400 bas telah datang mencurah2 dan dalam masa yang singkat sahaja dapat mengangkut pelajar.Tetapi kehadiran yang lewat itu menyebabkan pelajar hadir lewat ke kelas.



(peljar kelihatan gembira)

Setelah lama menunggu akhirnya bas datang.




 
(pelajar berebut-rebut)

Biasanya suasana ini hanya berlaku pada hari sabtu tetapi ia telah meleret kepada hari ini.Pada pemerhatian saya bas telah kekurangan sejak balik dari raya.Adakah UPSI telah kehabisan wang???


Selasa, Oktober 06, 2009

KUPREX BERJAYA.

             Kuprex merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi meningkatkan keupayaan rakan exco (rexco).Pada kali ini Khar telah mengadakan kuprex bermula pada malam jumaat sehingga ahad malam.
Kursus kuprex diuruskan oleh jawatankuasa mahasiswa kolej (jmk).Pengarah bagi program ini ialah ialah rusdi bin muji atau lebih popular dengan panggilan wak.Manakala kem komanden bagi kuprex kali ini ialah mohammad syukri bin talib (syuk).Program ini bermula dengan aktiviti ice breaking dimana diuruskan oleh abu handholah (abu) yang mengmbil jurusan kaunseling.




(peserta kuprex)

Kelihatan Abu yang memakai kopiah hijau.Dia juga bertindak sebagai
exco latihan dan pembangunan sahsiah bersama dengan kak una.Peserta kebanyakannya gembira dengan program ini walaupun ada yang malu-malu untuk terlibat secara aktif.

 
(proses memperkenalkan diri untuk dilantik ketua)

Aktiviti sepanjang kuprex amat menarik walaupun aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang
yang biasa dilakukan di setiap kem lain.

Pada keesokan hari diadakan senam robik dan ceramah.Dan aktiviti pada hari kedua agak padat sedikit.


Pada sebelah malam ceramah disampaikan oleh en.ghazali din salah seorang felo khar.



(pencarian penghulu wati)

Pada hari ahad juga diadakan senam robik.Majlis penutup yang diadakan pada sebelah malamnya
amat meriah.Selepas itu rexco dan exco melihat gimit pesta tanglung yang diadakan di padang khar.
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.



simulasi koko

      Simulasi kokorikulum bagi kumpulan saya telah diadakan sebayak 2 kali.Pada hari sabtu lalu saya tidak dapat hadir dan pada kali ini saya dapat hadir.Kelas bermula pada pukul 9 pagi namun aktiviti hanya diadakan setelah hampir pukul 10 pagi.Kalau dilihat secara halus simulasi ini amat baik dan memang amat baik tetapi jika
unsur-unsur tidak baik maka ia tetap tidak baik.Ada yang baik dalam simulasi ini dan ada juga yang tidak baiknya.


(gambar yang diambil dari belakang semasa kelas)

Kelihatan pelajar sedang gelisah menunggu bermulanya kelas.Yang berbaju hijau berdiri merupakan pensyarah kami.



(Jowo sedang menunggu persembahan bermula)

Pada simulasi pertama semuanya bermula dengan baik.Segala persembahan dilihat biasa sahaja
tanpa ada perkara yang pelik berlaku.



(sesudah simulasi)

Tapi apabila persembahan kedua maka bermulalah
kecacamerbaan.Tarian dan joget entah apa-apa mula imasukkan dalam pengisian.Suasana dewan dengan hiruk pikuk dengan lolongan daripada pelajar.Saya rasa pada masa itu seperti berada didalam hutan.Nak bercakap pun tak dengar dah lah pilih pelakon tak cukup sifat.Kadang-kadang adegannya menggelikan.



(antara persembahan:gambar kurang jelas)



(antara pelakon)



(pelakon sedang melakonkan aksi)

Lakonan ini mengisahkan tentang anak seorang petani
yang mencari jodoh pilihan sendiri namun kekasihnya curang dan dia cuba membunuh diri tetapi diselamatkan oleh pasukan bomba.



(akwaliza dan the geng)

Ramai yang mengenakan uniform pada hari tu.Yang bomba,palapes,
serata tidak ketinggalan pbsm.



                                                         (dah rebah)

       Yang ni dah rebah sebab terlalu kusyuk melihat simulasi.

APA KATA PELAJAR???



(SYAFIQ)

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang diucap oleh dia.
Saya ingat dia ditemuramah rupanya tidak.Saya dah letak ganbar dia jadi saya malas rasanya nak padam.Biarkan ia disitu.



(yang blogger muhdafifi)

Menurut afifi yang juga pengarah program untuk yang besaran punya.Majlis simulasi yang diadakan adalah maksiat semuanya dan buktinya pada pagi itu cuaca amat buruk.Dan akhir sekali dia berharap semua akan mendapat keredhaan Allah.



(hafiz melaka)

Menurut hafiz melaka pula majlis hari itu perlu diadakan kerana tidak ada maksiat.Kalau ikut dia ni semua tak maksiat.Maklumlah orang laki suka tengok yang pelik-pelik.

Program pada hari itu sebenarnya tidak diikuti habis oleh saya.Saya meminta keizinan pensyarah untuk pulang awal.Mungkin kerana bosan rasanya.



Ahad, Oktober 04, 2009

benum hill DALAM KENANGAN.


(DALAM KEM BENUM)

Pada tahun 2007 saya telah terpilih menyertai kem khidmat negara di benum hill pahang.Suasana
persekitaran menarik kerana jika berada di kawasan kawad yang baru di bina pada masa itu kita akan melihat genting highland.Pada waktu pagi kawasan itu akan ditutupi oleh kabus yang agak tebal dan suasana amat sejuk.Untuk ke kem ini kita perlu mendaki bukit setingg 700 meter.Kadang-kadang bas sendiri pun tak mampu nak naik,ada yang bocor tali minyak,ada yang tak mampu nak naik.Kawasannya dikawasan bukit menghidangkan panorama yang indah.Ada batu-batu besar yang mana air mengalir melaluinya.Terdapat satu kolam besar yang dibina untuk aktiviti air.Kem ini merupakan antara 4 kem terbaik di malaysia.Kem ini juga merupakan kem yang punyai tali flaying fox  yang terpanjang di malaysia.
Banyak yang berpandangan yang negetif tentang plkn.Walaupun plkn tidak mampu mengubah remaja secara total tetapi melalui latihan seperti kawad atau aktiviti lain mampu meningkatkan disiplin dan semangat yang berjamaah.Walaupun banyak aktivi yang agak sosial itu merupakan pilihan sendiri.Kalau yang tidak mahu terlibat ia tidak menjadi sebarang kesalahan pun.
Pada saya kerajaan hanya perlu mengubah beberapa perkara seperti pemisahan lelaki dan perempuan mesti agak nyata,waktu solat perlu dijaga.Penjagaan pegawai yang ketat juga amat penting terutama pada siri ketiga kerana pada panggilan ini banyak mereka yang terdiri dari mereka yang bekas samseng mahupun penjenayah.
Kepada kawan saya yang sama-sama di kem dulu jika anda terbaca blog ini boleh lah hubungi saya.Kat upsi ni saya dah jumpa 2 orang baru.

Khamis, Oktober 01, 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UTK PILIH KETUA PENGAWAS RENEK......KEBENARAN TERBONGKAR...SAHIH DIA DALANGNYA.


        Pilihanraya yang dilakukan bagi bagi memilih ketua pengawas semekar dipenuhi dengan ketegangan.Kemenangan besar najah sudah dapat diagak.Ini kerana Najah telah dapat mempengaruhi pihak suruhanjaya pemilihan (sp).Najah memenangi  pilihanraya dengan majoriti 375 undi.Najah mendapat 577 undi dan pija hanya mendapat 202 undi.Kekalahan pija ini dikatakan kerana berlaku penipuan dalam proses pengundian.Semasa semakan didapati ada 1 rumah yang mempunyai 20 orang pengundi.Pija dijangka akan mengemukan petisyaen pilihanraya.Undi pos juga dilihat memihak kepada najah iaitu sekitar 96% pengundi pos mengundi Najah.Namun kemenangan najah ini juga ada kaitan dengan seorang dalang yang mempergunakan najah untuk mengekalkan kuasanya di sekolah.Dalang tersebut tidak lain tidak bukan ialah ariff.



(Ariff:berpakaian hijau di belakang sekali)

Gambar ini telah didedahkan oleh pija tidak lama dulu.Kelihatan ariff dibelakang sekali.Majlis ini dibuat oleh ariff bagi mendapatkan sokongan daripada sp untuk memenangkan najah.Pija juga telah membuat laporan polis supaya mereka yang terlibat dalam merasuah sp ditangkap.Jika diperhatikan pada gambarnya kelihatannya ia sedang tersenyum galak.Selepas pengumuman keputusan pilihanraya yang mengumumkan kemenangan Najah suasana kecoh telah berlaku.Kumpulan penyokong pija telah melakukan demontrasi.

1.SEKITAR KAWASAN PENGUMUMAN KEMENANGAN NAJAH.




(Demontrasi yang dilakukan penyokong pija)


        Lantakan tidak berpuas hati dengan kemenagan najah pihak kem pija telah mengadakan demontrasi tanda protes atas kemenagan najah.Hal ini juga didorong oleh khabar angin yang menyatakan najah menggunakan wang bagi merasuah pengundi.Antara slogan yang dibawa ialah say no to najah,kami tidak mahu penipu,hapuskan dalang dalam pemilihan.




(Sebahagian penyokong pija)
        Tunjuk perasaan yang dilakukan pija telah menyebabkan berlaku beberapa kekecohan dan pertembungan dengan penyokong najah.Kesesakan teruk juga melanda sekolah.








 
(agresif)

penyokong pija dilihat cuba memukul penyokong najah.Wajah yang tdak puas hati
dapat dilihat dalam kalangan penyokong pija.Penyokong pija menuntut dalang kepada kekalahan mereka iaitu ariff dihadapkan ke mahkamah atau dikahwinkan dengan chan.

 
(bertumbuk)
Kejadian ini menyebabkan FRU dikerahkan ketempat kejadian dan langkah berjaga-jaga akan
diambil dengan lebih berkesan.

 
(SIAP SEDIA)
Antara FRU yang ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

2.PANDANGAN PENYOKONG KEDUA BELAH PIHAK.
 1.pija

      Pada saya kemenangan najah adalah tidak sah.Ini kerana dia menggunakan cara yang kotor dalam pemilihan.Ariff perlu bertanggungjawab dalam perkara ini kerana dia menggunakan najah untuk mendapatkan kuasa.Pada saya pelihanraya perlu diadakan semula dan perlu dilihat lebih bersih.
(angelina jolie)



   Pihak kami akan mengambil tindakan tegas termasuk mengemukakan  petisyen bagi membatalkan keputusan sp yang memberi kemenagan kepada najah.Kami tidak akan berkompromi dengan benda seperti ini.Kami juga akan memikirkan untuk mengambil tindakan menyaman ariff yang berkomplot dengan pihak sp.
(Cinta Laura)


2.najah.


     Saya secara peribadinya merasa gembira dengan kemenagan najah ini.Saya menyokong kuat najah selama ini bahkan saya antara orang yang terawal keluar mengundi pada  hari selasa lepas.Pada saya najah memang hebat dan selayaknya kerusi ketua pengawas menjadi miliknya.Pada saya kewujudan arif bukanlah alasan yang kuat untuk kem pija guna bagi menafikan kemenangan kami.MENANG TETAP MENANG.
(Jacki chan)


      Saya orang paling gembira dengan kemenangan najah ini.Saya bersyukur diatas kemenangan ini dan diharap najah menjalankan amanah yang diberikan oleh semekar kepadanya.
(Kajol)

3.pendapat orang ramai.


    Saya tak pandai bab politik ni.Jangan tanya saya.
(suhaimi)


      Saya melihat kepada situasi ini.Pada saya siapa yang menang pun tidak penting.Yang penting adalah penting.
(Berok Obama)

Setelah berlanjutan krisis yang berlaku akhirnya mereka sepakat untuk mewujudkan kerajaan campuran.Najah menjadi ketua pengawas dan pija menjadi penolong sesuai dengan jiwanya yang berbunga.Ariff telah disisihkan dari kabinet ini dan dihukum kahwin dengan chan.


 

    Akhirnya najah dan pija hidup bahgia.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters