Pengikut

Isnin, Mei 14, 2012

Intipati Pesanan Syeikh Nuruddin Marbu Al banjari Al Makki


Syeikh Nuruddin
Intipati ucapan Tuan Syeikh Nuruddin di UPSI pada 13 mei 2012 
- Guru merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang pelajar. Oleh itu untuk mendidik seseorang guru itu haruslah terdidik dengan ilmu Islam.
- Guru merupakan role model kepada pelajar secara langsung atau tidak langsung. Dari perbuatan ke percakapan guru akan ditiru dan diikuti oleh pelajar, oleh itu haruslah seseorang guru itu berakhlak dengan akhlak Islam. Tuan Syeikh juga membawakan cerita mengenai pengajian ilmu oleh Imam Abu Hanifah yang dihadiri oleh 5000 orang namun lebih kurang 500 orang sahaja yang  membawa buku dan pena untuk mencatat apa yang guru ajarkan dan yang selebihnya menjadi pengamat yang akan meneliti segala perbuatan guru.
- Guru haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatan kerana ia akan ditiru oleh muridnya. Tuan Syeikh membawakan satu cerita mengenai Rasulullah iaitu bilamana Rasulullah menyuruh sahabat menyembelih dan mencukur rambut. Namun suruhan itu tidak dilakukan oleh para sahabat baginda menyebabkan baginda sedih. Ummu Salamah telah memberi cadangan kepada Rasulullah supaya baginda memulakan sendiri dengan menyembelih dan mencukur rambut terlebih dahulu. Selepas baginda melakukan perbuatan itu, kemudian diikuti oleh semua sahabat baginda. Disini jelas bahawa tingkah laku seorang pemimpin atau guru akan diikuti oleh murid.
- Tuan Syeikh juga berpesan kepada hadirin supaya menuntut ilmu kerana martabat ilmu itu sungguh besar dengan dikemukan beberapa dalil berkenaan martabat ilmu. Untuk dalil itu, boleh beli buku tuan syeikh iaitu Martabat Ilmu dan Ulama ataupun boleh merujuk kitab lainnya seperti kitab Faridah dan sebagainya.
- Hendaklah seseorang itu berhukum dengan Islam dari apapun segi dari segi pelaksanaan syariah Islam, faraid dan sebagainya kerana Islam sudah lengkap dari segala aspek.
- Seseorang guru hendaklah mendahulukan sesuatu sebelum murid kerana murid akan melakukan apa yang akan dilakukan oleh guru. Tuan Syeikh telah memberi contoh, jika seorang guru atau pensyarah tidak nampak batang hidung di surau atau masjid, sudah tentulah sukar untuk mendapatkan pelajar berbuat demikian. Tuan Syeikh juga memberikan contoh, jika isteri kiay ( Nyai )  tidak menutup aurat bagaimana pula dengan pelajarnya, mahu atau tidak menutup aurat.
- Tidak salah mempelajari ilmu dari bukan Islam jika ia tidak ada pada orang Islam contohnya ilmu membaiki telepon. Tapi jika mempelajari teori atau pandangan bukan Islam dan sekaligus terpengaruh dengan pandangan sesat itu, maka ia salah.
- Kita haruslah berbeza dengan haiwan dan orang bukan Islam. Jika kita makan biar makan itu menjadi ibadah, jika kita minum biar minum kita itu menjadi ibadah. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters