Pengikut

Ahad, April 29, 2012

Kenali Apakah Geoduck


Geo Duck yang siap dijual

Dulu saya sering melihat rancangan dalam Astro yang menunjukkan tentang sejenis makhluk cengkerang yang menarik perhatian saya. Hidupan itu dikenali sebagai Geoduck. Sejak dari itu saya berminat dengan eoduck ini dan saya ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai hidupan ini.
Geoduck atau Panopea Generosa merupakan sejenis hidupan cengkerang yang besar dan boleh dimakan. Ia merupakan kerang air masin dalam yang terletak dalam keluarga Heatellidae. Kulitnya hanya mencapai antara 15 sentimeter-20 sentimeter namun yang menjadikan panjang dan besar ialah belalai/Siphons/leher yang boleh mencapai kepanjangan kira-kira 1 meter panjang bersamaan 3.3 kaki panjang. Hidupan ini kebanyakannya terdapat dikawasan air masin di Puget Sound Amerika Syarikat. Ia dikatakan boleh hidup selama seratus tahun jika tidak diganggu. Bayangkan betapa besarnya hidupan ini dalam umur tersebut. Geoduck ini merupakan nama yang biasa digunakan oleh masyarakat dan ia merupakan nama yang popular. Selain nama Geoduck ia juga diberi nama sebagai Gooey-Duck yang banyak digunakan dalam ucapan-ucapan yang merujuk kepada haiwan ini. Saya tidak mengjumpakan bagaimana hidupan ini mendapat perkataan Duck atau itik itu.
Anak Geo-Duck yang dipelihara
Hidupan ini biasa dipelihara dikawasan air masin. Dalam tempoh masa tertentu ia akan dituai oleh yang memeliharanya. Ia seolah-olah sayuran yang ditanam di kawasan ladang. Mencari dan menuai adalah dua perkara yang berbeza. Menuai Geoduck dilakukan oleh penguasaha Geoduck yang mana hasilnya dikeluarkan secara besar-besaran. Manakala mencari pula telah dilakukan seolah-olah satu aktiviti kesukanan. Di Washington misalnya, mencari Geoduck telah menjadi aktiviti kesukanan yang mencabar dimana agak sukar untuk mengeluarkan Geoduck daripada habitatnya dan mereka terpaksa menggali sedalam 3-4 kaki dalam untuk mendapatkannya. Namun di Washington, mereka dilarang mencari Geoduck melebihi 3 ekor sehari.
Untuk mendapatkan tuaian bukanlah perkara yang mudah. Mereka perlu menunggu sehingga air pasang rendah untuk menuainya. Tetapi malangnya ia hanya berlaku hanya beberapa jam sahaja dalam masa sebulan. Ketika air pasang rendah ini, mereka hanya perlu menggunakan penyodok untuk mendapatkannya dan tidak perlu menggali lubang yang dalam.
Sebagaimana yang dikatakan diatas, Geoduck boleh hidup lebih daripada 100 tahun dengan purata 140-146 tahun. Satu tempoh masa yang lama bagi haiwan yang bercengkerang. Jangka hayat yang lama itu boleh dicapai kerana haiwan ini mempunyai musuh yang kurang kerana berada dalam tanah. Namun dikawasan seperti Alaska, Geoduck menghadapi banyak musuh seperti Memerang Laut ( Sea Otter ) dan DogFish ( sejenis haiwan seperti ikan jerung ). Geoduck yang terdedah belalainya juga boleh terdedah kepada ancaman Tapak Sulaiman.
Di kawasan Asia, Geoduck amat popular di kawasan Asia Timur seperti Jepun,China dan juga Korea. Harganya mencapai sehingga 300 dolar untuk sekilogram. Jika di Amerika, Geo-Duck dibuat sup dan stew, di negara Asia Timur ini makanan tersebut dipelbagaikan lagi dengan memasaknya dengan kicap atapun cili. Orang Cina percaya, Geo Duck merupakan sejenis makanan yang mampu merangsang seks.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters