Aras Kognitif Taksonomi Bloom |
Benjamin
Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education
Objectives:Handbook I:Cognitive Domain bahawa terdapat 6 aras kognitif yang
disusun daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Dalam Taksonomi
Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu
pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis. Taksonomi Bloom
amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia menerapkan
pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya.
Aras Pengetahuan
Aras
pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras
ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah
siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.
Aras Pemahaman
Objektif
domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan
secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman
misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis
ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan
anda sendiri.
Aras Aplikasi.
Pada
peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum,
prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan
ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi
baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.
Aras Analisis
Peringkat
Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan
struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang
diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi
semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang
pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini
ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.
Aras Sintesis
Sintesis
bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya
sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras
ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap
digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.
Aras Penilaian
Dalam
aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang
hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering
digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.
Contoh Soalan
Aras Pengetahuan
Objektif: Melalui soalan
ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.
1
. Bilakah terbentuknya Malaysia?
-
Malaysia telah terbentuk pada 16
September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Aras Pemahaman
Objektif : Melalui soalan
ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber yang boleh
dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.
2
. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak
sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara
sumber-sumber tersebut?
-
Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah
pembentukan Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium
dan juga pihak persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia
boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah
catatan-catatan yang dilakukan oleh mereka/ahli sejarah yang terlibat dengan
peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang pernah
terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk
mengetahui mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat
peribadi tokoh terlibat juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa
pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbar-akhbar yang terbit pada zaman itu juga
boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia untuk mengetahui dengan
lebih lanjut peristiwa pembentukan Malaysia.
Aras Aplikasi
Objektif : Pada soalan ini,pelajar
akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan daripada Malaysia.
3
. Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat
dengan pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah
dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku
bertindak demikian?
-
Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP
mungkir janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus
melanggar perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian
tersebut,PAP tidak akan menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu
juga MCA tidak akan menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah
melanggar persetujuan tersebut dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu.
Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA dalam kalangan kaum Cina telah tersebut.
Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku Abdul Rahman telah memberikan
kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.
Aras Analisis
Objektif: Pada soalan ini,pelajar
akan dapat membezakan antara golongan kanan dan golongan kiri di Malaysia.
4.
Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ?
Dr
Burhanuddin al Helmy
|
Dato’
Onn
|
Pak
Sako
|
Tunku Abdul Rahman
|
-
Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha
menuntut kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai
golongan kiri yang mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui
peperangan secara kekerasan. Namun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya
mahukan kemerdekaan dengan cara aman dengan melakukan rundingan.
Aras Sintesis
Objektif : Pada soalan ini,pelajar
akan membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan
golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan. Pelajar akan dapat mengetahui kesan
daripada perkara tersebut.
5 Ramalkan apa yang akan berlaku jika
golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan?.
-
Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato’ Onn dan
golongan kiri bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah
semestinya kemerdekaan akan cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun
jalan kekerasan.
Aras Penilaian
Objektif : Pada soalan ini,pelajar
akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan kepada penduduk di Tanah Melayu.
6
. Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu?
Kemerdekaan
amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak parti-parti
yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul
Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan
sebuah kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya
sebuah pentadbiran yang diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan
amat penting kepada orang Melayu kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk
menjadi pentadbir yang selama ini dilakukan oleh penjajah.
2 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian.
Sangat bermanfaat, terima Kasih
Catat Ulasan