Dalam agama Kristian sebenarnya terdiri
daripada pelbagai aliran yang mana setiap aliran ini saling bertentangan bahkan
kafir-mengkafir sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.Agama
Kristian berkecamuk dalam mencari siapa yang benar.Disamping itu,dalam intitusi
gereja sahaja sudah mengalami banyak perbezaanya.Gereja di Timur mengalami
perpecahan kepada gereja Koptik,gereja Yakobit,gereja Nestorian,gereja Maronit,gereja
Ortodok Timur,dan juga gereja Armenia.Dalam intitusi gereja di Barat pula
terbahagi kepada Katolik Roma dan juga Protestan.Dalam Protestan itu pula
terbahagi pula kepada beberapa bahagian iaitu gereja Angelican-Episcopal,gereja
Methodis,gereja Lutheran,gerela Bala Keselamatan,gereja Calvinis,gereja
Mannonit,gereja Baptis dan banyak lagi aliran yang lainnya.Sebagaimana yang
diketahui umum bahawa Protestan adalah sebuah aliran baru Kristian yang
dipimpin oleh Martin Luther yang akhirnya menjadi satu aliran terbesar dan
tertua dalam aliran Protestan.Sebelum Revolusi yang dilancarkan oleh Martin
Luther,sebenarnya sudah ada gerakan pembaharuan gereja sebelum itu seperti yang
dipimpin oleh John Wycliffe sekitar tahun 1329-1384 masihi di Britain.Selain
itu,pembaharuan ajaran Kristian juga berlaku di Bohemia pada tahun 1373-1415
oleh Johannes Hus.Namun
gerakan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak berjaya mungkin kerana pada
masa itu,masyarakat Kristian masih berpegang kuat pada Kristian yang mereka anut
tanpa mempersoalkan tindakan pihak gereja.
Pada masa sebelum Martin Luther,kuasa Paus
di Rom amat kuat sehingga tiada yang boleh menentang bahkan pembaharuan yang
dilakukan oleh mereka itu menjadi sia-sia.Pada zaman Martin Luther,keadaan
masyarakat sudah dikira matang bahkan raja-raja di Eropah sudah mula mahu
membebaskan kuasa daripada Paus di Rom.Di Jerman,masih ada raja yang masih
setia kepada Paus di Rom tetapi ada sebahagiannya sudah mula menolak kekuasaan
Paus.Semangat nasionalis di Jerman sudah berkembang pada masa ini dimana mereka
ini sudah tidak mahu tunduk kepada kekuasaan asing yang mana bukan daripada
bangsa Jerman.Raja-raja yang menentang kekuasaan Paus telah bertindak menyokong
Reformasi yang dilakukan oleh Martin Luther dan kawannya.
Di Eropah juga pada kurun ke 15
tersebut,gerakan Reinessence sedang rancak kembali.Orang Eropah telah melihat
kepentingan pembaharuan yang perlu mereka lakukan.Pembaharuan dilakukan dalam
pelbagai bidang seperti kebudayaan,ekonomi,sosial serta keagamaan.Martin Luther
telah berusaha mempelajari Bible dalam bahasa Yunani dan Ibrani dan seterusnya
menterjemahkan kepada bahasa Jerman.Selain menterjemahkan Bible Martin Luther
bersama kawannya juga telah menterjemahkan banyak karya-karya ketua gereja pada
zaman awal Kristian.Pada zaman Renaisence ini juga telah melahirkan pelbagai
fahaman baru antaranya fahaman Humanisme yang menggabungkan konsep falsafah
Yunani dan juga kepercayaan Kristian.Antara tokoh terkenal fahaman Humanisme ialah Desiderius Erasmus yang
mana Martin Luther sering berbincang dan berdiskusi dengannya dalam pelbagai
perkara.Antara pencapaian terbesar dalam Renaisence di Eropah ialah penemuan
mesin cetak oleh Johannes Getenburg.Walaupun
teknologi percetakan telah lama ditemui oleh orang cina namun di Eropah ia
hanya bermula dengan ciptaan Johannes Getenburg di Mainz pada 1454.Perjumpaan
mesin cetak ini amat penting kerana ia bertindak sebagai pencepat dalam
penyebaran ajaran Protestan.Karya-karya Martin Luther dan kawannya telah
tersebar dengan cepatnya kerana bahan-bahan mampu dihasilkan dalam masa yang
singkat.
Martin Luther telah dianggap dan
sememangnya merupakan pengasas kepada aliran baharu Kristian iaitu
Protestan.Martin Luther telah dilahirkan di Esleban Jerman pada 10 November 1483 dan meninggal pada 1546.Ia
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat taat kepada ajaran Kristian
Khatolik.Ayahnya bernama Hans Luther dan ibunya bernama Margaretta. Semasa
berumur 21 tahun Martin Luther telah melanjutkan pelajaran di Universiti Erfurd
dalam bahagian Undang-Undang namun belum sempat memhabiskan pelajarannya,beliau
telah bertindak berhenti dari belajar untuk menjadi paderi/rahib di gereja
Santo Augustin[5].Martin
Luther menamatkan pengajiannya setelah berlaku sesuatu peristiwa dalam hidupnya.Ia
dikatakan berjalan dalam keadaan hujan dari Mansfeld ke Erfurd pada 2 jun
1505.Beliau merasa amat takut dan merebahkan diri ke tanah dan berdoa kepada
Santa Anna supaya mengelak dari bahaya petir dan bernazar untuk menjadi
Biarawan.Akhirnya beliau dengan ditemani oleh kawannya ke gereja Augustine
tanpa diiringi oleh kedua ibubapanya kerana tidak bersetuju.Martin Luther amat
tegas dalam pembelajaran dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sehingga
paderi di gereja tersebut telah memintanya untuk mempelajari teologi
Kristian.Dalam masa 2 tahun sahaja beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya
dan dilantik menjadi Paderi sekitar tahun 1507.
Nama beliau naik dengan cepatnya sehingga
pada tahun 1512,beliau telah dianugerah dengan gelaran doktor dan menjadi guru
besar teologi bahagian Kitab Suci di Universiti Wittenburg[6].Tugas
utama beliau disini ialah mentafsir Bible dan juga memeriksa kitab
asli.Disinilah,beliau mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Jerman supaya
bangsanya dapat menbaca Bible kerana selama ini hanya golongan agama sahaja
yang boleh membaca bible dalam bahasa Latin tersebut.
Selepas sekian lama terlibat dalam ajaran
Kristian,Martin Luther semakin memikirkan tentang cara ingin selamat dalam
ajaran Kristian.Oleh itu,beliau telah menafsirkan Bible berlainan daripada
tafsiran gereja.Dengan menggunakan penafsiran sendiri Martin Luther merasakan
dirinya selamat dalam menempuh ajaran Kristian.Peristiwa ini berlaku sekitar
tahun 1514,dimana penafsiran Martin Luther ini bermula apabila beliau menemukan
kebenaran melalui kesaksian Paulus dalam Roma 1:16-17.Martin Luther menganggap
dirinya sebagai penemu kepada kebenaran dimana segala hukuman yang diterima
oleh oleh orang berdosa adalah rahmat Allah yang menerima orang yang berdosa
dan putus asa sekaligus menolak mereka yang menganggap dirinya sebagai orang
yang baik.
Pemahaman Martin Luther ini telah
menyebabkan beliau mentafsir Bible dalam pemahamannya sendiri,dimana sinilah
bermulanya banyak pertentangan dengan puak Katolik.Allah yang difahami oleh
Martin Luther adalah Allah yang berbeza yang dipegang oleh puak Katolik dan
ajaran Martin Luther ini tersebar di Universiti Wittenburg sekaligus menjadi
pusat gerakan Reformasi.Penyebab kepada Reformasi Martin Luther antara lain
ialah pengamalan gereja yang bertentangan dengan konsep teologi yang
diajarkan.Namun begitu,sebab-sebab diatas bukanlah pencepat kepada berlakunya
Reformasi dalam ajaran Kristian.Reformasi hanya berlaku apabila gereja Katolik
menjual dan melakukan penyelewengan surat Indulgance atau surat Alfat oleh Johann Tetzel di Jerman.Bagi melahirkan penentangannya terhadap
penyelewengan Johann Tetzel,Martin Luther telah mengumpulan sebanyak 95 dalil
atau hujah bagi menentang penyelewengan yang berlaku.Tetapi menurut Ahmad
Suhelmi dalam bukunya yang bertajuk Pemikiran Politik Barat:Kajian Sejarah
Perkembangan Pemikiran Negara Masyarakat dan Kekuasaan menyatakan bahawa dalil
tersebut adalah sebanyak 99 dalil.Dalil tersebut telah ditampal di dinding
gereja Universiti Wittenberg pada 31 Oktober 1517 sekaligus diingati sebagai
hari Reformasi oleh puak gereja Protestan.Penjualan surat Alfat ini telah
melahirkan rasa terhina oleh bangsa Jerman kerana duit dari surat tersebut akan
diberi kepada Paus di Rom bagi menampung keborosannya.
Dalil yang ditampal oleh Martin Luther
telah dapat menimbulkan minat orang ramai sehingga dalil-dalil tersebut telah
disebarkan oleh awam secara meluas.Dalil-dalil tersebut yang dalam bahasa Latin
segera diterjemahkan oleh pelajar Martin Luther kedalam bahasa Jerman dan
disebarkan ke seluruh Jerman.Selepas tersebarnya dalil-dalil Martin
Luther,penjualan surat Indulgances telah merosot dengan mendadak sehingga telah
memaksa Johann Tetzet menemui Paus pada masa itu iaitu Pope Leo x bagi mendakwa bahawa Martin Luther penyebar
ajaran sesat.Bagi mengurangkan ketegangan itu,Martin Luther telah mengutus
sepucuk surat kepada Paus bagi menjelaskan tentang dalilnya tersebut.Tetapi
sebaliknya pula berlaku apabila Paus di Rom telah memerintahkan supaya Martin
Luther ke Rom bagi dibicarakan dalam masa 60 hari dan biasanya hukuman terhadap
tuduhan menyebarkan ajaran sesat ialah mati.Sebagaimana yang diterangkan
diatas,kebanyakan raja pada masa itu cuba membebaskan diri dari pengaruh Paus
di Rom.Inilah yang sebenarnya telah menyelamatkan Martin Luther dari
mengahadapi pengadilan di Rom.Raja yang melindungi Martin Luther ialah Raja
Freidrick yang memerintah Seksen.Namun
begitu Martin Luther tetap dibicakan tetapi di Jerman di kota Augsburg pada
Oktober 1518.Ramai pengikutnya meminta supaya Martin Luther tidak pergi kepada
pengadilan tersebut tetapi beliau tetap pergi sebagai tanda tidak bersalah.Jerman
merupakan satu bangsa yang unik di Eropah.Apabila berbicara tentang Eropah
adalah tidak lengkap jika tidak membicarakan tentang bangsa Jerman.Dengan
berlakunya Reformasi gereja ini,Jerman sekali lagi menjadi kubu kepada Martin
Luther dalam menyebarkan ajarannya.Jerman merupakan negara pertama yang menjadi
pusat Protestan.
Tidak terhenti setakat itu,pada 1520 Bulla
atau surat rasmi telah dihantar oleh Paus kepada Martin Luther meminta Martin
Luther supaya bertaubat tetapi Martin Luther membakarnya di hadapan kakitangan
dan para guru besar di Universiti Wittinburg dan berkata bahawa Bullah tersebut
sebagai terkutuk dari anti Kristus.Paus di Rom telah mengistiharkan bahawa
Martin Luther sebagai sesat kerana membakar suratnya.Ajaran Martin Luther
hakikatnya telah tersebar luas dan beliau mengetahui bahawa beliau semakin
banyak menolak pokok ajaran gereja Katolik.Seorang pengikut kepada Martin
Luther iaitu Philip Melanchthon telah bertindak menyusun pokok ajaran Martin
Luther dan tulisan tersebut diberi nama Pokok-pokok Teologi yang dikeluarkan
pada 1521.Buku ini merupakan dogma pertama puak Protestan.Philip Melanchthon
banyak membantu Martin Luther dalam melakukan penterjemahan kepada Kitab
Bible.Dalam ajaran Protestan,Bible dianggap satu-satunya sumber ajaran gereja
yang dianggap benar yang disebut sebagai Sola Scriptura.Oleh
itu,segala bahan atau sumber rujukan Kristian selama ini telah dianggap sudah
tidak lagi relevan dan hilang wibawa.Menurut ajaran Martin Luther,apa sahaja
yang berlawanan dengan Bible dianggap sebaagi terhapus tetapi yang tidak nyata
tidak pula dihapuskan,ini disebut sebagai adiafora.Inilah yang kita lihat
bahawa tidak banyak perbezaan antara ajarah Lutheran dan Katolik dalam perkara
ibadat.
Kemunculan Reformasi ini tentulah mempunyai
sebab.Terdapat sekurang-kurangnya 3 sebab yang mendorong berlakunya Reformasi
Protestan.Pertamanya
mungkin disebabkan lahirnya negara bangsa di Eropah.Kelahiran Negara Bangsa di
Eropah menandakan bahawa bahawa Eropah telah mengalami satu zaman pencerahan
dan kesedaran tentang hak masing-masing.Dalam kaedah negara bangsa ini,sempadan
sesebuah negara ditentukan dengan kedudukan bangsa tersebut.Apabila sebuah
negara tersebut diduduki oleh satu bangsa sahaja maka apabila berlaku
penentangan ia semestinya akan melibatkan semua orang dan inilah juga yang
mempercepatkan proses Reformasi itu sendiri.
Sebab yang kedua kemungkinannya tekanan
dalam bidang ekonomi di Eropah.Di Eropah sahaja dianggarkan mempunyai penduduk
sekitar 60-80 juta orang tetapi kehidupan di Eropah pada masa itu amat sukar
terutamanya golongan bawahan.Wujud golongan ekonomi kapitalis yang dimonopoli
oleh golongan Berjuois.Ini bermakna di Eropah pada masa itu,ekonominya hanyalah
milik kepada golongan bangsawan sahaja sedangkan rakyat biasa masih mengamalkan
kegiatan sebagaimana sebelum zaman Renaison.Kaum tani telah bertindak menyokong
agenda Martin Luther kerana sudah bosan hidup dalam keadaan tersebut.Sokongan
kaum tani ini amat penting kerana kaum ini merupakan yang dominan dalam
masyarakat Eropah.Selama ini mereka takut untuk menentang sistem feudal
tambahan disebabkan oleh kepercayaan kuat terhadap gereja.Dengan munculnya
ajaran Protestan,mereka bersama dengan Martin Luther menentang penyelewengan
yang berlaku dalam masyarakat Katolik.
Sebab ketiga yang menyebabkan berlakunya
Reformasi Protestan ialah kelemahan sistem Paus.Selepas perang Salib,umat
Katolik perlu mengakui bahawa sistem Paus sudah tidak boleh dipercayai
lagi.Semasa pejuang Kristien dalam misi perang tersebut,mereka bukan sahaja
datang untuk berperang tetapi mereka juga datang dan melihat satu ketamadunan
yang tinggi yang masih belum ada di Eropah.Apabila mereka balik ke
Eropah,mereka telah menjadi orang yang bebas sebagaimana yang telah dijanjikan
oleh Paus.Mereka balik dan cuba meniru tamadun Islam untuk di praktikkan di
Eropah.Paus di Eropah telah melakukan sesuatu yang menyebabkan masyarakat
Katolik hilang hormat kepada mereka.Paus menggunakan duit rakyat untuk
kepentingan mereka semata-mata tanpa mempedulikan nasib rakyat biasa.Paus Alexander
VI contohnya suka mengumpul emas dan main perempuan.Paus mempunyai 9 orang anak
luar nikah yang mana 7 orang dapat sebelum menjado Paus dan 2 orang selepas
menjadi Paus.Masalah
yang dilakukan oleh Paus Alexander ini amat memalukan puak Katolik.Sebahagian
mereka ini merasa kecewa kerana Paus sendiri tidak mengikut ajaran
Kristian.Oleh itu masyarakat Kristian berpendapat bahawa perlu dilakukan
reformasi terhadap gereja Rom.
Pengaruh Kristian Protestan tidak hanya
tertumpu ditempat lahirnya di Jerman namun turut berkembang ke pelbagai negara
seperti British,Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.Kristian Protestan
telah menjadi pesaing kepada Kristian Katolik yang telah lama bertapak di dunia
Kristian.Kemunculan ajaran Kristian Protestan telah menyebabkan pengaruh gereja
Katolik semakin susut sehingga berlaku peristiwa pembunuhan puak Kristian
Protestan
di Perancis pada 1572.Orang Kristian Katolik lebih suka merujuk diri mereka
sebagai Katolik Amerika bukannya lagi merujuk kepada Katolik Roman.Bahkan
Ketua Bishop Ireland dan Kardinal Gibbon menggesa supaya penganut Katolik
Amerika supaya menerima cara hidup Protestan.Ini sekaligus menunjukkan
kelembutan golongan Katolik yang selama ini sering melancarkan konfrantasi
terhadap golongann Protestan.Namun
persoalnnya sekarang,adakah golongan Katolik boleh menerima golongan
Protestan sebagai satu mazhab yang ada dalam ajaran Kristian?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan