Konsep
Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah
bahasa Melayu.Dalam memartabatkan bahasa Melayu banyak cabaran yang terpaksa
dihadapi oleh oleh kerajaan mahupun
pejuang bahasa.Bahasa Kebangsaan amat penting dalam sistem pendidikan negara
kerana ia bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi antara pelajar tetapi juga
ia bertindak sebagai bahasa ilmu terutamanya bagi pelajar sekolah.Pentingnya
bahasa kebangsaan ini telah mendorong kepada kenyataan bekas Menteri Pelajaran
iaitu Tan Sri Khir Johari.Menurut beliau Polisi pendidikan di negara ini adalah
untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.Tujuan utama
adalah sepaya semua kaum di Malaysia merasa bangga dan taat kepada negara.Nilai
ketaatan hanya dapat dicapai dengan Bahasa Kebangsaan.
Sistem pendidikan negara sudah tentunya
berbeza dengan sistem pendidikan negara lain.Ini berlaku disebabkan oleh
masyarakat yang berbilang kaum.Jadi antara tujuan utama pendidikan di Malaysia
adalah untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.Ini tentunya bukan
perkara yang senang terutamanya apabila mempunyai bahasa yang berbeza.Oleh
itu,peranan yang dimainkan oleh bahasa Kebangsaan amatlah penting kerana masing-masing masyarakat terutamanya pelajar
boleh berhubung dan saling memahami antara satu sama lain.Bahasa Kebangsaan
dalam hal ini menjadi wacana penghubung kepada toleransi masyarakat di
Malaysia.
Tun Abdul Razak pernah berkata bahawa “
sukacitalah saya berkata bahawa walaupun waktu persekolahan Melayu tuan-tuan
disingkatkan untuk merebut peluang
belajar bahasa Inggeris tetapi janganlah lupa berjinak dengan persuratan
Melayu.Peruntukkanlah masa setiap hari walaupun sekejap untuk membaca atau
menulis menyiasat bahasa Melayu kita”.Saranan bekas Perdana Menteri ini
menunjukkan peri pentingnya bahasa Kebangsaan terutamanya orang Melayu.Walaupun
bahasa Inggeris dipelajari namun bahasa Kebangsaan tetap perlu juga dipelajari
kerana mempunyai banyak kepentingannya sebagaimana yang disebutkan saya diatas
tadi.Pentingnya bahasa Kebangsaan dijaga ini telah menyebabkan pejuang bahasa
di Malaysia menentang keras pelaksanaan dasar PPSMI oleh pihak kerajaan sejak
2003.
Saya
ingin memetik sedikit kata-kata pejuang bahasa tentang PPSMI ini antaranya Prof
Dr.Awang Sariyan yang merupakan bekas Pengerusi Persatuan Linguistik Malaysia ( PLM ).Beliau telah berkata
bahawa “Kita yang mencipta dasar itu,tetapi kita juga yang menentang dasar.Ini
adalah sifat munafik.Kita yang buat Dasar Pelajaran Kebangsaan kita pula
melanggar ia dengan formula tidak menguntungkan seperti PPSMI.Menurut Prof
Diraja Ungku Aziz “pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon
mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam menetapkan pelaksanaan
dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan
keseluruhan pelajar”.Ia merupakan sebahagian sahaja suara penentangan terhadap
dasar PPSMI yang telah bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri dulu.Komen penting tentang bahasa kebangsaan ini datangnya daripada Tan
Sri Abdul Rahman Arshad.Menurutnya,Dasar PPSMI yang dilaksanakan kerajaan
sebelum dimansuh tetapi tidak dihapus telah secara terang-terangan menidakkan
keupayaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi dalam
keadaan negara ini yang sedang menuju kearah menjadi negara maju.Sememangnya
kita mengakui bahawa,kebanyakan sumber maklumat mengenai sains dan teknologi
datangnya daripada bahasa barat seperti bahasa Inggeris,bahasa Jerman,bahasa
Rusia dan pelbagai lagi bahasa barat.Namun begitu,sebagaimana kata Tan Sri
Abdul Rahman Arshad,kita tidak boleh sesekali menidakkan bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengetahuan kerana sebagaimana kajian,seseorag itu lebih mudah
untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya.
Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan
rakyat negara ini bersifat holistikyang mana tidak terhad kepada politik
mahupun ekonomi sahaja.Bahkan tanah air dibebaskan juga turut merangkumi aspek
bahasa,pemikiran,falsafah,pendidikandan juga kebudayaan.Disebabkan kebangkitan
menyeluruh ini maka lahirlah pelbagai istilah seperti nasionalis linguistik
atau nasionalis bahasa dimana semangat kebangsaan ini adalah berteraskan kepada
kepada perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
kebangsaan.Kewujudan Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya hasil daripada
perjuangan rakyat khususnya melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke
tiga.Pihak kerajaan pada waktu itu telah menubuhkan satu jawatankuasa yang
diberi nama sebagai Jawatankuasa Pelajaran Razak sekitar tahun 1956 telah
memperlihatkan bahawa peranan bahasa Melayu telah diperluaskan sebagai bahasa
pengantar.Tunjang yang ditanam oleh jawatan Kuasa Pelajaran Razak dan juga
Jawatankuasa Rahman Talib telah melahirkan Akta Pendidikan 1961 dan juga Akta
Pendidikan 1996.
Bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan
bukanlah bahasa yang lemah dari struktur kosa katanya kerana bahasa Melayu ini
adalah bahawa jenis luwes atau anjal dalam menerima kosa kata bahasa
lain.Penjajahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke 17
bukan sahaja membawa pengaruhnya dalam bidang kebudayaan tetapi juga membawa
masuk pengaruhnya dalam bidang bahasa ini.Banyak bahasa eropah ini tercerap
dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dan
antarabangsa.Banyak istilah Sains dan Teknologi telah diterjemah dan diterima
sebagai bahasa Melayu.Oleh itu bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang amat
sesuai dan penting dalam sistem pendidikan negara dewasa ini.Sebagaimana kata
Sasterawan Negara Dato’A Samad Said “ Jangan pandang ringan isu bahasa ibunda
ini,kerana ia juga isu masa depan anak muda”.Ini merupakan kebimbangan
Sasterawan Negara tersebut tentang ancaman yang berlaku terhadap bahasa
Kebangsaan terutamanya yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Sistem pendidikan negara amat penting
kerana ia menjadi wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat melalui penerapan nilai-nilai positif untuk mencapai perpaduan kaum
di Malaysia.Oleh itu,Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan di negara
ini sejak tahun 1957 lagi.Dasar ini dilaksanakan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran dan pendidikan yang mampu memenuhi serta menggalakkan perkembangan
kebudayaan,sosial,ekonomi serta politik.Selain itu,dasar ini dilaksanakan juga
untuk mendisiplinkan pelajar serta memastikan pelajar menghormati kedua ibubapa
dan seterusnya dasar ini juga bertujuan memastikan agar dapat melaksanakan
sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa
pengantar yang utama.
Pengertian
Bahasa
Kebangsaan merupakan bahasa yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebagai
bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun sebagai bahasa perantaraan
komunikasi.Dalam mendefinisikan bahasa Kebangsaan ini saya ingin memetik
Perkara 152 Perlembagaan Negara yang menyatakan tentang bahasa Kebangsaan bagi
negara Malaysia.Menurut Perkara 152 tersebut,Bahasa Kebangsaan adalah bahasa
Melayu dan hendaklah dalam ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaiman yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
Parlimen.Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun dalam
Perlembagaan juga turut menyatakan bahawa mana-mana negeri atau individu
ditegah sama sekali untuk menyekat penggunaan bahasa selain daripada bahasa
Melayu.Ini bermakna walaupun bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun
bahasa ibunda kaum lain masih tetap boleh digunakan tanpa sebarang sekatan
diatas prinsip kebebasan hak asasi. Mengikut tafsiran syeksen 2 Akta Pelajaran
1996,Bahasa Kebangsaan perlu menjadi bahasa pengantar didalam semua intitusi
pembelajaran negara.Walaupun begitu,menyikut syeksen 17 ( 1 ) ada menyatakan
bahawa seseorang menteri berhak untuk mengabaikan bahasa Melayu dan menggunakan
bahasa lain sebagai perantaraan.Tetapi mengikut syeksen 2 Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 pula,Bahasa Kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.Secara
mudahnya,bahasa Kebangsaan merupakan bahasa Melayu dan terlindung dibawah
perlembagaan negara.Namun begitu,bahasa ibunda kaum lain tidak diketepikan sama
sekali bahkan bahasa Cina dan India turut menjadi perantara di sekolah jenis
kebangsaan.
~hanya sedikit perkongsian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan