Perak antara negeri yang mengalami konflik
yang berlarutan dan juga merupakan negeri pertama yang menerima penjajahan
British secara langsung melalui Perjanjian Pangkor 1974.Sebelum itu,sudah
banyak kekacauan telah berlaku seperti Perang Larut.Perak merupakan negeri yang
kaya dengan hasil bijih timah terutamanya di daerah sekitar Kelian Pauh,Lembah
Kinta dan Kelian Bharu. Orang Melayu pada masa itu hanya menjalankan
perlombongan bijih timah dengan hanya menggunakan teknik mendulang. Teknik
mendulang hanya mendapat hasil yang sedikit sedangkan bijih timah pada masa itu
harganya agal tinggi.Oleh itu,sekitar tahun 1848,Long Jaafar telah membawa
masuk orang cina secara besar-besaran bagi menusahakan lombong bijih dan
hasilnya meningkat berkali ganda. Malangnya,orang cina yang datang itu telah
terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Hai San dan Gee Hin yang telah menimbulkan
hura hara di Perak sehingga berlakunya Perang Larut.Bagi mengatasi kekacauan
ini,Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim telah melantik Timbalan Pesuruhjaya
Negeri-Negeri Selat iaitu Kapten Speedy bagi menyelesaikan masalah kekacauan
tersebut yang merugikan perdagangan timah.
Larut merupakan sebuah sebuah daerah yang
diperintah oleh wakil sultan iaitu Long Jaafar.Long Jaafar telah membawa masuk
seramai 20 orang cina dari suku Chin Seah yang berasal dari Kwangtung bagi
membuka lombong di Kelian Pauh.Kemakmuran lombong Kelian Pauh telah mendorong
orang cina dari jauh seperti Pulau Pinang turut datang untuk turut
melombong.Suku yang pertama sekali datang ialah suku Khek dan membuat
penempatan di kawasan Kelian Pauh.Selepas puak Khek datang pula puak Kongfu
yang membuat penempatan di Kelian Bharu yang turut membawa masuk kongsi
gelap.Disebabkan kemakmuran Larut ini maka telah berkumpul 2 kumpulan kongsi
gelap yang terdiri dari puak Hai San dari suku Khek dan puak Gee Hin dari suku
Kong fu.Walaupun mereka berada di Larut namun mereka tetap menharapkan bantuan
kewangan dari Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan pusat kepada kegiatan
Kongsi Gelap.Pemerintah Melayu di Larut mendapat hasil melalui beberapa punca
seperti cukai timah yang dibawa keluar,cukai candu dan juga cukai
perjudian.Dalam pengutipan cukai ini Pembesar Melayu hanyalah melakukan sisitem
pajak.Puak Hai San merupakan puak yang pertama sekali datang dan diberi pajak
tersebut maka ini menimbulkan kedengkian kepada puak Gee Hin.Perselisihan 2 puak
ini berlaku akibat beberapa sebab seperti hal melombong dan juga kuasa mengawal
pengaliran air yang sangat penting dalam pelombongan.Hubungan kedua puak ini
bertambah tegang apabila berlaku Peperangan Hakka Puntei di Kwangtung iaitu
antara puak Khek dan Kongfu.
Perang Larut pertama berlaku pada tahun
1861 apabila puak Hai San menyekat laluan air ke lombong puak Gee Hin yang kaya
dengan bijih timah.Dalam perang ini,Puak Gee Hin telah kalah dan terusir ke
Kemunting.Selepas serangan pertama tersebut puak Hai San sekali lagi menyerang
puak Gee Hin pada waktu malam sehingga memaksa puak Gee Hin berundur ke
Permatang di pinggir laut.Kira-kira 1000 puak Gee Hin pergi ke Pulau Pinang
dalam keadaan yang menyedihkan,ketua puak Gee Hin telah meminta bantuan British
untuk menyiasat perkara tersebut.Gabenor British telah meminta Sultan Perak
menyiasat dan membayar ganti rugi kepada Puak Gee Hin yang berjumlah 17,500
dolar namun Sultan tidak dapat membayarnya dan pula boleh memaksa Ngah Ibrahim
membayarnya.Sultan Perak telah menghantar Laksamana Muhammad Amin untuk
berunding dengan Ngah Ibrahim tentang masalah ini.Jumlah sebegitu besar tidak
mampu dibayar oleh Sultan dan Ngah Ibrahim telah bertindak membayarnya.Sebagai
tanda terhutang budi Sultan Perak telah memberi hak tadbiran mutlak kepada Ngah
Ibrahim dan diangkat menjadi Menteri Larut.Ho Ghi Siu telah dilantik oleh
British sebagai ketua baru di Larut menggantikan So Ah Ching yang mati dibunuh
dalam perang ini.
Tidak terhenti setakat itu,Pada
1865,berlaku pergaduhan mengenai perjudian di Kelian Pauh.Puak Hai San seramai
200 orang telah bertindak merampas kedai perjudian milik puak Gee Hin.Tuan
kedai tersebut telah melaporkan tindakan puak Hai San tersebut kepada puak Gee
Hin yang berada di Kelian Bharu.Puak Gee Hin menjadi marah dan membunuh seorang
puak Hai San pada 10 Jun serta menyerang Kelian Pauh dan membakar kampung
tersebut.Oleh itu,puak Hai San dengan dibantu oleh Ngah Ibrahim telah bertindak
menyerang pauk Gee Hin sehingga memaksa Di Pulau Pinang mereka cuba mendapat
bantuan British namun tidak berhasil apabila British tidak mahu terlibat dengan
peristiwa terbabit.Tidak cukup dengan peperangan di Larut,puak Hai San
menyerang pula puak Gee Hin di Pulau Pinang.Mereka mendapatkan bantuan daripada
kongsi gelap Toh Peh Kong dan kumpulan bendera Merah.Manakala puak Gee Hin
bersatu dengan puak Bendera Putih yang bermusuh dengan Puak Bendera Merah.Pada
3 Ogos berlaku peperangan yang hebat selama 5 hari.Selepas perang
tersebut,setiap puak didenda sebanyak 5000 dolar dan ketua yang aktif dalam
puak tersebut telah dibuang negeri bagi mengelakkan masalah sama berulang.
Perang Larut tidak terhenti setakat itu
sahaja.7 tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1872 berlaku sekali Perang Larut
akibat hubungan ketua puak Gee Hin iaitu Lee Coyen ( Lee Ah Kun ) dengan isteri
kepada saudara rapat ketua puak Hai San iaitu Chang Keng Kwee.Lee Coyen dan
perempuan tersebut telah ditangkap oleh puak Hai San dan mereka diseksa dengan
dimasukkan kedalam keranjang bekas babi dan turut dihumban kedalam bekas
lombong.Orang Gee Hin memang telah menanti peluang untuk menyerang puak Hai
San.Puak Gee Hin lebih sedikit berbanding dengan puak Hai San jadi puak Gee Hin
telah membawa masuk orang,senjata,serta
peluru untuk tujuan itu.Pada Febuari 1972,Puak Gee Hin telah melakukan serangan
keatas Hai San dan serangan ini berjaya mengusir puak Hai San dari Kelian
Pauh.Menteri Ngah Ibrahim telah membawa puak Hai San ke Pulau Pinang dan
memberikan konsesi lombong kepada puak Gee Hin.Tetapi pada September 1872 puak
Hai San bersedia untuk menyerang Larut kembali.Serangan keatas Larut hanya
berlaku setelah setelah Gabenor British tidak mahu menyelesaikan pergaduhan
tersebut.Serangan Puak Hai San telah berjaya menawan Matang dan berjaya
mengusir puak Gee Hin dari Larut.
Perang Larut keempat berlaku pada tahun
1873,dan merupakan Perang Larut yang terakhir.Perang Larut ini terjadi akibat
Puak Gee Hin yang ingin membalas dendam atas kekalahannya di Larut.Puak Gee Hin
telah menyerang dan berjaya menawan pekan Simpang yang strategik untuk menawan
Larut.Mereka mengadakan rondaan di Sungai tersebut bagi mengelakkan bekalan
makanan dan senjata dibawa masuk ke Larut.Mereka juga telah membina kubu di
Simpang.Menteri Larut telah ke Kerian bagi mendapat bantuan British setelah
Sultan Ismail gagal untuk menyelesaikan perkara ini namun British enggan
menolong.Puak Hai San telah menyewa kapal Fair Malacca dan mengibarkan bendera
Union Jack untuk ke Larut.Kapal tersebut telah diserang dan memaksa British
menghantar angkatan kecil perang untuk menghapuskan Puak Gee Hin yang dituduh
sebagai lanun.Menteri Larut telah meminta bantuan Kapten Speedy setelah isu itu
terus berlarutan.Kapten Speedy telah berhenti sebagai penolong penguasa polis
setelah ditawarkan 15 000 dolar dan suku dari hasil daerah Larut jika berjaya
menyelesaikan masalah tersebut.Namun masalah ini hanya selesai setelah Sir
Andrew Clark menjadi Gabenor apabila beliau menyelesaikan masalah
pertelingkahan perebutan takhta raja Perak kerana Perang Larut ini juga berlaku
akibat penglibatan mereka yang berebut takhta Perak.
7 ulasan:
Ada sikit ksilapan prjanjian pngkor pada 20 januari 1874 .. bknnya 1974...
Ada sikit ksilapan prjanjian pngkor pada 20 januari 1874 .. bknnya 1974...
Ada sikit ksilapan prjanjian pngkor pada 20 januari 1874 .. bknnya 1974...
Ouh ok ok
kalau tak silap ultramen datang kan mse perang tu
Taklah bapak kau yg dtg
Chill bro
Catat Ulasan