A Samad Ismail bersama keluarga |
Abdul Samad Ismail telah dilahirkan pada 24 April 1925 tetapi tarikh
lahirnya beliau telah diubah kepada 18 April 1924 oleh ayahnya sendiri
disebabkan oleh kemampuan beliau untuk lulus dalam Senior Cambridge dalam usia
yang begitu muda. Untuk mengelakkan orang ramai syak mengenai kelulusan dalam
Senior Cambridge itu,ayahnya yang merupakan seorang guru besar telah bertindak
menukar tarikh kelahiran itu dengan surat sumpah. Ramai daripada penulis dan
pengkaji Tan Sri A.Samad Ismail beranggapan bahawa beliau dilahirkan pada 18
April 1924. Tan Sri A.Samad Ismail merupakan anak yang ke-8 daripada 16 orang
adik beradik. Bapanya bernama Ismail Shairazi dan ibunya bernama Aida Abdul
Majid. Kedua ibu bapanya merupakan keturunan Jawa yang menetap di Singapura.
Selepas menamatkan Senior Cambridge pada usia seawal 16 tahun,beliau telah
bekerja dengan Utusan Melayu yang pada masa itu di pimpin oleh Rahim Kajai dan
juga Yusof Ishak. Beliau mula berkhidmat disini pada tahun 1941. Untuk bekerja
disini beliau telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Sultan Idris
Training Collage ( SITC ) untuk dilatih menjadi nazir sekolah-sekolah Melayu.
Di sini,beliau telah banyak belajar mengenai kewartawanan dan cara hidup
masyarakat Melayu yang moden. Semasa bekerja di Berita Malai,beliau telah
berkahwin dengan isterinya iaitu Hamidah Hasan yang berasal dari Pulau Pinang
dan pernah menjadi orang bawahannya semasa di Berita Malai. Sejak daripada
kecil lagi,A Samad Ismail menyimpan duit untuk membeli akhbar atau majalah atau
setidaknya akan membaca akhbar di rumah jirannya. Setiap hari beliau akan
diberi wang saku sebanyak 13 sen dan dengan duit itulah beliau akan membeli
akhbar atau majalah. Bermula daripada minatnya pada zaman kecilnya ini,telah
membentuk peribadinya untuk menjadi seorang wartawan akhbar yang telah memberi
sumbangan dan jasa yang besar kepada aktiviti kewartawanan negara.
Kisah Hidup A.Samad Ismail
Kisah hidup A.Samad Ismail boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu sejak beliau bekerja dengan Utusan Melayu selepas tamat sekolah,bekerja
di akhbar Berita Malai semasa zaman perang dan keterlibatan dalam politik.
Kisah hidup tokoh kewartawanan ini menarik untuk dikaji oleh masyarakat
Malaysia kerana Tan Sri A.Samad Ismail mempunyai pelbagai rintangan dalam
menempuhi hidupnya sebelum menjadi seorang yang terkenal dalam lapangan
kewartanan di Singapura dan juga di Malaysia.
Bekerja Di Utusan Melayu
Penerbitan akhbar Utusan Melayu ini sebenarnya terbahagi kepada dua
peringkat. Utusan Melayu peringkat pertama adalah milik seorang Inggeris yang
kemudiannya dijual kepada beberapa orang yang berbangsa Melayu. Akhbar ini
terbit dalam lingkungan tahun 1907-1921. Utusan Melayu peringkat awal ini
dimiliki oleh William Makepeace yang dijadikan kembar kepada akhbarnya iaitu
Singapore Free Press. Kemudian akhbar tersebut telah dibeli oleh Muhammad Yunus
Abdullah dengan harga RM 5000. Antara ahli lembaga pengarahnya ialah Haji
Muhammad bin Muhammad Hakin,Haji Abdul Kadir bin Abdul Aziz,Iwad Sa dan
Muhammad Yunus Abdullah serta William Makepeace sebagai pemegang saham. Namun
akhbar ini tidak mampu bertahan lama kerana masalah kewangan yang dihadapi
sehingga terpaksa menghentikan operasi pada tahun 1921.
Syarikat Utusan Melayu yang kedua telah ditubuhkan pada tahun 1939.
Yusof Ishak dan kawannya dalam Kesatuan Melayu Singapura telah menubuhkan
Syarikat Utusan Melayu dan menerbitkan akhbar Utusan Melayu. Uniknya penubuhan
akhbar ini ialah ia melalui pungutan derma daripada masyarakat. Ramai wartawan
yang hebat telah berkampung dalam akhbar ini antaranya Rahim Kajai dan Ishak
Haji Muhammad. Tidak lama daripada penubuhan akhbar ini, A.Samad Ismail telah
bekerja di akhbar ini.
Sebenarnya, A Samad Ismail merupakan penerima biasiswa Kesatuan Melayu
Singapura. Beliau berkerja dengan Utusan Melayu pun kerana diminta oleh
kesatuan tersebut walhal pada awalnya beliau lebih berminat untuk bekerja
sebagai kerani yang meraih gaji yang lebih tinggi berbanding dengan gaji
seorang wartawan. Semasa awal-awal bekerja di utusan,beliau tidak mendapat gaji
langsung tetapi dengan berbekalkan wang diberikan oleh ibu dan kakaknya beliau
berbelanja. Pada awalnya,beliau tidak diberi tugasan melainkan hanya pergi
mendengar kes mahkamah dan melihat cara penghasilan akhbar itu sahaja. Rahim
Kajai amat menitikberatkan kandungan yang terdapat dalam akhbarnya, sehingga
jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pekerjanya,beliau akan menyumpah dan
mencarut kepada pekerja tersebut. Pernah suatu hari, A. Samad Ismail menulis
sebuah rencara kira-kira 5 muka surat kemudian diserahkan kepada Rahim Kajai
untuk dinilai sebelum disiarkan di Utusan Melayu. Selepas beberapa hari
menyerahkan rencana tersebut kepada Rahim Kajai namun masih tiada respon maka
beliau pergi berjumpa dengan Rahim Kajai untuk mengetahui mengenai rencana
tersebut. Namun Rahim Kajai tanpa membaca
rencana tersebut terus menggumpal dan meludah rencana tersebut sebelum
membuang kedalam tong sampah. Sebagai seorang yang amat mementingkan dunia
kewartawanan, beliau amat menitik beratkan mengenai nilai sesebuah rencana.
Semasa masyarakat Tanah Melayu sibuk berbicara mengenai kemerdekaan, A
Samad Ismail telah memainkan peranan dengan menjadi juru bicara kemerdekaan dan
lantang menyuarakan kehendak orang Melayu melalui Utusan Melayu.
A.Samad Ismail telah bertindak berhenti daripada Utusan Melayu pada
bulan November 1958 selepas tidak sanggup lagi untuk bekerja di Jakarta. Beliau
dihantar ke Jakarta kerana Yusof Ishak mengatakan bahawa Tunku Abdul Rahman
tidak mahu beliau bekerja di Kuala Lumpur sedangkan ramai sahabatnya di Utusan
Melayu telah berpindah ke pejabat di Kuala Lumpur seperti Usman Awang,Said
Zahari,Tajudin Kahar,Salim Kajai,Awam-il-Sarkam dan beberapa orang lagi anggota
kanan di pejabat pengarang Utusan Melayu. Pada tahun 1959,Pak Samad telah
dilantik untuk menjadi pengarang pertama di Berita Harian.
Berita Malai
Selepas kekalahan British di Tanah Melayu dan Singapura, Jepun telah
mengambil alih pemerintahan semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dan meletakkannya
dibawah pentadbiran tentera. Walaupun dalam keadaan yang masih belum tenang
dimana gejala mencuri semakin menjadi-jadi, Jepun tetap meminta Yusof
Ishak,Ishak Haji Muhammad untuk terus membuka syarikat akhbar. Yusof Ishak yang
mempunyai hubungan baik dengan A.Samad Ismail telah meminta A.Samad Ismail
untuk bersamanya membuka syarikat akhbar. Selepas beberapa lama,pada 1 Januari
1943, Jepun telah bertindak menggabungkan Warta Malaya dengan Utusan Melayu yang
dikenali sebagai Berita Malai yang diterbitkan dalam tulisan rumi. Dalam Memoir
A.Samad Ismail di Singapura,beliau menjelaskan bahawa Jepun menyebarkan dakyah
wawasan Timur Raya melalui akhbar ini. Isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini
seperti takrif Melayu telah tidak dimainkan tetapi akhbar ini masih memainkan
peranan penting dalam meniup semangat nasionalis Melayu. Berita Malai banyak
memainkan peranan dalam perkembangan sastera Melayu moden dengan menyiarkan
sajak dan carpen yang dihasilkan oleh Kesatuan Melayu Muda dan angkatan
sasterawan Indonesia.
Berita Malai sudah boleh dikatakan sebagai sebuah akhbar yang lengkap
dan mempunyai teknologi yang canggih. Jepun telah bertindak menghimpunkan wartawan
daripada pelbagai akhbar untuk bekerja di sini. Antaranya ialah Ibrahim Mahmud
( penyunting di akhbar Warta Malaya ),Mohamed Sallehuddin ( bekas pengarang
Majlis ), Othman Kalam ( bekas pengarang Warta Malaya dan beberapa orang lagi.
Yusof Ishak yang tidak mampu menghadapi tekanan Jepun pada masa itu
telah bertindak melarikan diri ke Pulau Bintan dan menjadi petani. Ini telah
memaksa,A.Samad Ismail menggantikan tempat beliau dalam usia yang begitu muda. Semasa
menjadi editor di Berita Malai, perwatakan beliau berubah daripada kebiasaan
sehingga dikatakan bahawa beliau seorang yang garang,perengus dan tidak
bertimbang rasa. Banyak penulis di Berita Malai yang tersinggung dengan beliau
antaranya ialah Said Dahari.
Zaman Selepas Perang
Selepas Jepun menyerah kalah kepada British, orang-orang yang bekerja dengan Jepun akan didakwa dan A.Samad Ismail
tidak terlepas kerana pernah menjadi orang kuat Berita Malai. Beliau telah
dipenjarakan di penjara Outram. Beliau telah di siasat oleh Jabatan Perisikan
Tentera British dan juga Cawangan Khas ( SB ) . Beliau ditahan kerana dituduh
terlibat dalam gerakan menentang kerajaan British dan keterlibatan dengan
golongan politik kiri seperti KMM dan KRIS selain daripada beberapa rencana
yang dianggap sebagai menentang British.
Keluarga A.Samad Ismail telah mencari seorang peguam India Muslim untuk
membela A.Samad Ismail. Beberapa hujah
telah disediakan untuk membela A.Samad Ismail iaitu, beliau hanya menjadi orang
suruhan Jepun untuk menulis artikel anti-British dan anti-Amerika kerana ketua
sebenarnya ialah seorang Censor Jepun yang mengarah dan menilai penulisan
didalam akhbar Berita Malai,Semangat Asia dan Fajar Asia. Selain itu,faktor
umur turut dibangkitkan iaitu umur beliau yang masih begitu muda semasa
memimpin Berita Malai iaitu sekitar 20 tahun sahaja dan mustahil dengan umur
yang sebegitu muda,Jepun akan memberikan kebebasan untuk menulis tajuk rencana.
Alasan lain yang diberikan ialah kenapa hanya A.Samad Ismail seorang sahaja
yang ditangkap dan kenapa pengarang lain di Berita Malai tidak ditangkap oleh
British. Hujah yang diberikan oleh peguam tersebut dikira masuk akal dan beliau
dibebeskan tanpa lepas atau dalam istilah Inggeris di sebut sebagai “discharged not amounting to an acquittal”.
A.Samad Ismail atau lebih dikenali masyarakat sebagai Pak Samad pernah
di penjara sebanyak 2 kali semasa zaman British dan pada tahun 1976 semasa
pemerintahan Tun Hussien Onn beliau sekali lagi dipenjarakan ( ISA ) kerana
dituduh bersimpati dengan Komunis. Beliau hanya dibebaskan pada 1981 semasa
pemerintahan Dr Mahathir Mohamad. Beliau
ditahan pada 22 Jun 1976 bersama dengan Samani Mohd.Amin yang merupakan
penolong editor Berita Harian. Tindakan ISA yang dikenakan keatas beliau ini
mungkin disebabkan oleh kebimbangan akan menggugat keamanan negara dan mungkin
juga boleh menggugat politik pemerintah. A.Samad Ismail dipetik dalam buku
Akhbar Politik dan Politik Akhbar berkata,sistem politik yang terancam samada
dari dalam atau luar negara akan mengambil tindakan terhadap kebebasan akhbar
untuk mengelakkan rakyat bersuara yang mana boleh menyebabkan sistem politik
goyah dan keseluruhan fabric social
runtuh dibawah tekanan.
Dalam
Dunia Politik dan Bahasa
Dalam bidang politik A.Samad Ismail pernah terlibat dengan PAP dan UMNO
manakala dalam perjuangan bahasa beliau pernah terlibat secara tidak langsung dengan
Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 disebabkan bekerja di Utusan Melayu. ASAS
50 ditubuhkan di Singpura pada tahun 1950 merupakan sebuah badan sastera dan
bahasa tetapi ASAS 50 juga bertindak untuk menyedarkan orang Melayu mengenai
kepentingan politik Melayu. Ia dapatlah dilihat sebangai penerus daripada
kebangkitan nasionalis Melayu. ASAS 50 tidaklah disenangi oleh semua pejuang
bahasa Melayu di Singapura pada masa itu seperti Majalah Hiboran dan beberapa
pejuang bahasa yang lain sehingga menuduh ASAS 50 sebagai munafik,kufur dan
murtad. Akhbar Utusan Melayu merupakan akhbar yang membela perjuangan ASAS 50
sehingga menurut A.Samad Ismail, hubungannya dengan mereka yang berada di luar
kelompok ASAS 50 terjejas disebabkan masalah aliran.
Selain itu, pada 1947,Pak Samad bersama dengan Abdul Aziz Ishak telah
menubuhkan Gerakan Angkatan Muda ( Geram ) yang turut bergabung dalam Pusat
Tenaga Rakyat ( PUTERA ) dibawah pimpinan Dr Burhanuddin al Helmi dan AMCJA (
All Malayan People Council of Joint Action ) dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Selain
daripada itu,Pak Samad juga pernah menganggotai Anti-British League bersama
dengan PB Sharma,JJ Putucheary,Devan Nair dan John Eber.
Penglibatan Pak Samad yang terpenting adalah peranan yang dimainkan oleh
beliau untuk menubuhkan People Action Parti atau PAP pada tahun 1954. Lee Kuan
Yew merupakan Setiusaha Agong PAP yang pertama. Beliau suka mengumpul para
wartawan untuk berdamping dengannya mungkin disebabkan para wartawan ini mampu
memberi pengaruh kepadanya. Wartawan yang pertama sekali menyertai Lee Kuan Yew
ialah A.Samad Ismail yang pada masa itu baru keluar daripada tahanan. A.Samad
Ismail bersama dengan Lim Chin Siong,Dr Toh Chin Chye,Dr Goh Kheng Swee dan
Rajaratnam telah menubuhkan PAP. Selain beliau banyak lagi wartawan yang
menyertai PAP antaranya ialah Said Zahari. Pada tahun 1956,A.Samad Ismail telah
bertindak keluar daripada PAP meninggalkan Lee Kuan Yew. Mengikut surat yang
diutus oleh Lee Kuan Yew semasa kematian A.Samad Ismail,Lee Kuan Yew berkata bahawa
mereka tidak bertemu sejak tahun 1957 selepas A.Samad Ismail berpindah ke Kuala
Lumpur kerana pejabat Utusan Melayu berpindah ke sana.
Pada tahun 1958, iaitu 4 tahun selepas PAP ditubuhkan, A.Samad Ismail
menganggotai UMNO di Singapura. Pak Samad telah mengisi boring UMNO untuk
cawangan Kampong Melayu pada 6 April 1958. Yuran keahlian UMNO pada masa ini
ialah sebanyak $1.90 dimana $ 1 untuk pendaftaran,$0.50 untuk wang pilihanraya
UMNO Malaya dan $ 0.40 untuk wang pingat dan kad. Dalam UMNO,A.samad Ismail
merupakan salah seorang tokoh yang disegani. Buktinya,pada 14 Disember 1968,
pejabat Setiausaha Agong UMNO telah menghantar surat kepada beliau untuk
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia 1968/1969. Tugas
jawatankuasa ini ialah mengkaji dan merancangkan masalah penerangan untuk
menghadapi pilihanraya yang akan berlaku.
Mengadakan Kursus Kewartawanan
Selepas berpuluh tahun dalam bidang kewartawanan,akhirnya A.Samad Ismail
telah berjaya menempa nama dalam bidang ini. Masalah utama kepada wartawan muda
pada era pertengahan abad ke-20 ialah kurangnya rujukan mengenai wartawan
sekaligus agak sukar untuk melahirkan seorang wartawan yang berjaya. Oleh
demikian, sebagai salah seorang perintis dunia kewartawanan, A.Samad Ismail
telah bertindak mengadakan kursus kewartawanan kepada golongan yang berjinak
untuk menjadi wartawan. Dalam kursus ini,buku Kursus Wartawan adalah antara judul yang paling menarik yang
dibentangkan. Buku yang beliau tulis ini adalah kembangan daripada catatan dan
nota beliau. Catatan yang terdapat pada buku itu adalah catatan yang dilakukan
semasa memberi kursus kewartawan kepada penduduk di Singapura atas anjuran Kaum
Ibu Umno di pulau tersebut.
Buku kecil Kursus Wartawan tersebut banyak memberi semangat kepada bakal
wartawan kerana banyak memuatkan kisah-kisah penulis kampong yang akhirnya
berjaya menjadi penulis terkenal seperti Alias Ali. Buku ini juga memuatkan
mengenai cara membuat berita yang mampu untuk menarik minat pembaca untuk membacanya.
Yang menariknya, dalam bukunya ini juga turut memuatkan mengenai etika
kewartawanan dan boleh dikira antara panduan etika kewartawan yang terawal di
Malaya.
Sumbangan
Dalam Dunia Penulisan
Kejayaan terbesar A.Samad Ismail ( Tan Sri ) ialah menjadi ketua
pengarang kumpulan New Street Times yang amat berpengaruh. Beliau mengetahui
secara mendalam mengenai tokoh politik pada zaman sebelum dan selepas merdeka
sehingga membolehkan beliau menulis dengan tajam dalam akhbar mahupun carpen
yang dihasilkan. Sepanjang hidup,beliau banyak menghasilkan novel dan carpen
untuk bacaan orang ramai. Antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah
Kail Panjang Sejengkal ( 1963 ), Patah Sayap Terbang Jua ( 1966 ), Mengasah
Bakat ( 1966 ),Kursus Wartawan ( 1966 ), Tembok Tidak Tinggi ( 1967 ), Orang
Jauh ( 1967 ), Bimbingan Penulis ( 1967 ), Menduga Lautan Dalam ( 1968
),Menimba Yang Jernih ( 1968 ), Detik-Detik Cemas ( 1969 ),Orang Lama ( 1969
),Hussien Zet ( 1970 ),Sutinah ( 1975 ),Memoir A.Samad Ismail di Singapura (
1993 ),Hud ( 1995 ), Mekar dan Segar ( 1959 ),Karangan Bunga Dari Selatan (
1963 ),Temasya Tinta ( 1967 ), Mastura ( 1967 ). Selain daripada mengarang
banyak karya,beliau merupakan seorang pejuang bahasa yang unggul. Walaupun
berpendidikan Inggeris namun beliau tidak sesekali melupakan kepentingan bahasa
Melayu. Buktinya, beliau sering menjadi penterjemah kepada tulisan Yusof Ishak
yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Sumbangan Dalam Bidang Intelektual
Profesor David J Banks daripada Universiti Buffalo telah membuat kajian
mengenai Pak Samad dari segi karya,pemikiran dan sumbangannya kepada
keintelektualan. Pak Samad selain terlibat dalam politik,kewartawanan dan
perjuangan memartabatkan bahasa Melayu,beliau juga banyak memnyumbang kepada
pemikiran dalam masyarakat Malaysia. Seorang Novelis Amerika yang terkenal
iaitu James A Mitchener mengagumi Pak Samad sebagai seorang intelektual Melayu
yang terulung. Keintelektualan Pak Samad bukan hanya dikagumi oleh orang luar
negara bahkan ahli-ahli akademik didalam negara turut mengagumi beliau sebagai
ahli intelektual. Pada tahun 1997, Allahyarham A.Karim Abdullah telah
menyelengara sebuah buku yang didedikasikan khas untuk Pak Samad yang bertajuk
“Antara Pemikiran A.Samad Ismail”
yang mana buku ini memuatkan esei dan tulisan Pak Samad sepanjang tahun
1980-1997 yang meliputi pelbagai aspek seperti kewartawanan,politik,sosial
mahupun ekonomi. Keintelektualan Pak Samad anyak dibentuk melalui pengalaman
yang bercampur baur sepanjang hidupnya. Bermula daripada seorang biasa yang
menjadi wartawan muda, sehingga meminpin akhbar,ditangkap,menubuhkan persatuan
dan parti politik sememangnya mematangkan beliau untuk menjadi seorang
penulis,pengarang dan wartawan yang hebat. Bekas Naib Canselor UKM pernah
berkata bahawa Pak Samad merupakan seorang wartawan yang
pintar,intelektual,pemikiran yang tajam,nasionalis tulen,pejuang bahasa,pembimbang
yang mana perjuangannya ini begitu kompleks dan tidak akan dilupakan dalam
sejarah keintelektualan negara. Ucapan Tan Sri Prof Dr. Abd Hamid Abd Rahman
itu dibuat semasa Pak Samad menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu
pada 1987.
Sumbangan Dalam Bidang Politik
A.Samad Ismail bukan hanya seorang pejuang bahasa yang hanya tahu
menulis dan bekarya sahaja tetapi beliau juga merupakan seorang pejuang yang
menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Banyak gerakan politik yang beliau terlibat.
Antara yang terpenting ialah menubuhkan PAP atau PETIR bersama dengan beberapa
yang lain kemudian menubuhkan Gerakan Angkatan Muda ( GERAM ) yang kemudiannya
bergabung dalam komponen PUTERA yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau
juga pernah menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) dan kemudiannya menyertai UMNO
pada 1958. Perjuangannya dalam UMNO dipandang tinggi apabila dijemput untuk
menjadi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia. Banyak jasa yang ditaburkan oleh
beliau sepanjang hidup kearah perjuangan memartabatkan bahasa dan bangsa dan
perjuangan untuk memerdekan Malaya.
3 ulasan:
boleh tak awak bagi sumber daripada dapat tahu tarikh lahir sebenar A samad ismail pada 18 April ?
T
Teruknya
Catat Ulasan