Pengikut

Sabtu, Februari 19, 2011

Prk Upsi : Isu Posting Bergema - Mahasiswa Cuba DiJumudkan

    Bismillah Wal Alhamdulillah..... Pilihanraya kampus kali ini sebagaimana pilihanraya kampus sebelum ini menjadi hangat dengan isu posting. Walaupun isu ini sudah tidak relevan untuk dimainkan namun ia betul-betul mencuit hati warga Upsi kerana ia berkenaan dengan masa depan warga Upsi itu sendiri. Isu Posting sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk menarik undi "kecemasan" mahasiswa/i yang buta politik dan tidak mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini. Sasaran mereka yang memainkan isu ini ialah pelajar-pelajar yang baru masuk ke ke Upsi kerana mereka ini mudah terpedaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu. Pilihanraya kampus sesi 2009/2010 menjadikan isu ini sebagai isu utama untuk menarik sokongan mahasiswa sehingga seorang calon fakulti Fsk daripada Bitara menjanjikan posting jika menjadi MPP walaupun Datuk NC sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan. Disebabkan oleh mahasiswa terpedaya dengan isu dimainkan,calon tersebut telah menang dalam pilihanraya namun hakikatnya tiada langsung isu posting kerana ramai yang tidak dapat posting adalah mereka yang tidak lulus ujian INSAK.
    Pilihanraya kali ini turut dimainkan bahkan "senior" yang dipercayai orang kuat Bitara yang telah posting turun untuk menakutkan pelajar Upsi yang "kosong" sekaligus mempengaruhi undi daripada mereka. Kemuncaknya adalah tersebarnya mesej-mesej daripada pihak -tertentu yang menyatakan bahawa mereka yang menyokong mahasiswa pendidik tidak akan dapat posting sebagaimana yang berlaku dalam tahun 2005 selepas mahasiswa pendidik menawan Biatarasiswa. Dalam mesej itu juga menyatakan bahawa ramai pelajar tahun tersebut tidak dapat posting kerana pentadbiran jatuh kepada mahasiswa pendidik @ Pro-Kebajikan. Ia adlaah suatu pembohongan yang besar kerana kebanyakan yang tidak dapat posting bukannya kerana menyokong pro-Kebajikan pada masa itu. Gejala menakutkan mahasiswa dengan "periuk nasi" ini dilihat berjaya dilakukan kerana kejumudan pemikiran mahasiswa/i Upsi yang brlaku sekarang. Ia sesuatu yang amat malang kepada negara kerana melahirkan mahasiswa/i yang malas berfikir dan jika berfikir pun hanya mengenai posting dan periuk nasi.
    Sejarah telah membuktikan bahawa sejarah adalah kuasa politik. Jika dahulu kerajaan awal mengharamkan sejarah ditulis tanpa kebenaran raja@maharaja perkara yang sama juga berlaku bagi mengekalkan hegemoni kekuasaan mereka. Dalam hal ini,sejarah posting Upsi telah diputarbelitkan oleh mereka yang berkepentingan bahkan semasa pentadbiran Bitara sendiri pun ramai daripada pelajar Upsi yang tidak dapat posting. Membangkitkan isu yang bukan dalam bidang kuasa mahasiswa ini adalah perkara yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya mereka memperjuangkan perkara ini bukannya menjadikan ianya satu isu. Ia menunjukkan ketidak ikhlasan sesetengah pihak yang dalam menyuarakan perkara ini. Diharapkan semua mahasiswa mahasiswi akan terbuka minda,terbuka fikiran,melakukan penilaian yang mana betul yang mana salah...
Mahasiswa Pendidik : Harapan & Perubahan

Prk Upsi : Kab Panas


   Rapat umum yang diadakan pada malam tadi 18/02 telah dicemari oleh provokasi "melampau" oleh pihak Pendidik Bitara sehingga menimbulkan sedikit kekecohan. Provokasi melampau "terpilih" yang dilakukan oleh Pimpinan Bitara ditujukan kepada bekas penyokong mereka yang berpaling tadah dan bersama pro-M dalam pilihanraya kali ini. Suasana aman rapat umum yang dilakukan oleh Mahasiswa Pendidik dicemari oleh provokasi   yang dipercayai dilakukan oleh penyokong kuat Pimpinan Bitara yang sudah bekerja dan berpraktikum. Campur tangan "orang asing" ini telah menyebabkan suasana kempen pilihanraya kampus yang sedia aman bertukar menjadi kecoh.
   Kekecohan dikatakan bermula apabila kumpulan lelaki daripada Pimpinan Bitara cuba menghampiri ( tiada istilah ikhtilat pada Pimpinan Bitara ) kumpulan muslimat Mahasiswa Pendidik sehingga muslimat meminta tolong. Ini menyebabkan beberapa orang daripada "unit amal" Mahasiswa Pendidik telah bertindak cuba menghalang daripada berlaku kejadian buruk. Pimpinan bitara telah melancarkan provokasi melampau kepada Nur Ain Balqis yang merupakan bekas penyokong mereka yang berpaling tadah kepada LMP. Laungan yang tidak menggambarkan sahsiah seorang guru bergema oleh pihak pimpinan bitara namun apabila diminta penjelasan atas apa yang mereka ucapkan mereka hanya diam membisu kerana ketiadaan hujah.
    Selepas giliran mereka berucap,kebanyakan mereka menghentam Mahasiswa Pendidik dan bukannya menyatakan manifesto masing-masing. Hanya beberapa daripada meraka yang masih "suci" terus menyatakan manifesto tanpa menghentam mana-mana pihak. Kebanyakan calon Pimpinan Bitara merupakan mereka yang tidak mempunyai ideologi bitara tetapi mereka telah dipaksa untuk bertanding atas nama bitara kerana kekurangan calon. Namun begitu dalam ucapan bitara satu perkara kelakar mungkin hasil daripada nak tunjuk pandai telah berlaku apabila seorang calon Pimpinan Bitara menyatakan bahawa retorik sebahagian daripada pemujukan/persuasif sedangkan hakikatnya pemujukan/persuasif merupakan salah satu daripada sub-topik daripada retorik. 
     Kekecohan yang berlaku di KAB diharapkan tidak berlaku lagi di masa yang lain. Berpolitiklah secara matang, tunjukkan kita sebagai seorang siswa ,kita seorang pendidik. InsyaAllah pada malam ini 19/02 Mahasiswa Pendidik akan mengadakan kempen di Khar.... Semua mahasiswa/i dijemput hadir..

Jumaat, Februari 18, 2011

Kempen Hari Pertama prk Upsi sesi 2010/2011


     Bismillah wal Alhamdulillah.... Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk melaksanakan agenda dakwah dalam situasi yang berbeza. Selepas menyampaikan ucapan di sudut speaker corner calon-calon MP dan LMP telah mula menampal poster dikawasan yang strategik di kawasan BitaraSiswa yang mungkin melambangkan usaha kami untuk menawan Bitarasiswa suatu hari nanti . Kumpulan Aspirasi pula dilihat menampal poster di kawasan Bangunan E Learning mungkin bagi mengelakkan pertembungan berlaku dengan kumpulan pro-M. Untuk melihat sepintas lalu gambar kempen tadi boleh lihat di Kami Sokong Mahasiswa Pendidik ( KSMP ) .
    Poster-poster dikawasan Kampus Induk mungkin hanya ditampal sedikit memandangkan pelajar kurang berada di kampus pada hari sabtu dan ahad kecuali pada pagi sabtu bagi pelajar yang masih mempunyai Koko. Oleh itu,pihak jentera pro-M akan "menggempur" kolej-kolej kediaman bagi memperkenalkan calon kepada bakal-bakal pengundi. Kehangatan pilihanraya kampus sudah mula terasa apabila kebanyakan mahasiswa mula turun ke rapat umum dan membantu menampal poster calon dan diharapkan ia akan berterusan dan semakin bertambah baik. Kempen pada kali ini dikejutkan dengan berita seorang calon Pimpinan Bitara ( Pendidik Bitara ) daripada bangsa Cina iaitu Mar Chee Hoong mengadu telah dikhianati oleh pihak Pimpinan Bitara. Sebelum ini beliau dijanjikan bantuan oleh pihak Bitara seperti sumber kempen dan orang untuk berkempen. Namun semua itu adalah satu penipuan apabila janji yang ditabur kepada beliau tidak ditunaikan sehingga menyebabkan beliau kecewa dan mengadu perkara ini kepada pihak Mahasiswa Pendidik untuk tindakan yang lebih lanjut. 
    Kempen pada kali ini,akan diteruskan pula dengan rapat umum yang akan diadakan di Kolej Aminuddin Baki pada jam 9.30 malam. Dan pada esoknya ( 19/02 ) akan diadakan rapat umum di Kolej Harun Aminurrashid dan pada malam akhir akan diadakan di KAB dan Seterusnya di Khar... Semua mahasiswa/i dijemput hadir ke rapat umum tersebut untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh barisan calon pro-M.

Wajah Calon Pembaharuan




MOHD ZAHAR MOHD NOR ( CALON UMUM )



NUR AIN BALQIS ( CALON FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL )




NUR SUHAILA ALIAS ( CALON FAKUTI PENGURUSAN  DAN EKONOMI )



FASIHA ZAKARIA ( CALON FAKULTI )


AMAN YASSER PRAMLEE ( CALON UMUM )



NURFATIN NADIA ZULKIPELI ( CALON FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI )



RUSHDAN BIN SIDEK ( CALON FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN )


AMIRUL AFZAN ( CALON UMUM )


MUHAMMAD NURBASIK ( CALON FAKULTI FSKIK )



ABDULLAH SIDEK SAAT ( CALON UMU )


NADIA SYAZWANI ( CALON UMUM )



MOHD SAUFI ( CALON FSKIK )


LASMI LUKITO ( CALON FAKULTI FSK )

Pilihanraya Kampus Upsi mencatatkan Sejarah Baru

Bismillah wal Alhamdulillah..Bersyukur kepada Allah kerana memberi keizinan kepada kita semua untuk meneruskan agenda dakwah,agenda keadilan yang mana wajib ditegakkan oleh semua umat yang mengaku Islam. Agenda Dakwah tidak akan pernah padam selagi ada manusia yang mahukan syariat Allah dimartabatkan. Oleh itu,kami mengambil keputusan untuk masuk ke pilihanraya kampus untuk meneruskan agenda dakwah dan sebolehnya akan berusaha menentang kemungkaran yang berlaku saban hari.
    Pilihanraya kampus pada kali ini merupakan pilihanryaa yang paling hangat apabila calon umum sahaja sudah mempunyai 17 orang calon untuk merebut 5 kerusi. Ini termasuklah 6 daripada Front Pro-Mahasiswa UPSI dan selbihnya calon daripada bebas dan daripada Aspirasi dan Parti Tapir. Kerusi Fakulti pula,hanya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi sahaja yang membariskan sedikit calon iaitu 3 orang calon yang terdiri daripada calon Pro-M seramai 2 orang dan seorang calon Aspirasi. Dan fakulti yang paling ramai membariskan calon ialah fakulti Sains dan Kemanusiaan yang mencatatkan seramai 8 orang calon untuk merebut 2 kerusi. 
Pilihanraya kampus Upsi pada kali ini pastinya pilihanryaa kampus paling hangat apabila mencatatkan calon yang paling ramai dan mencatatkan calonyang paling berani menentang segala penganiaan yang dilakukan terhadap mahasiswa. Mungkin ramai tidak menduga Pro-M Upsi pergi jauh sampai kesini namun ia merupakan amaran dan tanda bahawa kebangkitan mahasiswa Upsi sebenar akan menjelma dan semestinya Upsi akan berada sebaris dan sehebat dengan pilihnaraya kampus lain. Agenda besar yang dibawakan kali ini pasti menjanjikan kehangatan sepanjang pilihnarya pada kali ini. Berbanding dengan pilihanraya lepas yang lebih menumpukan kepada isu dalaman yang sebahagiannya sudah selesai dan dalam proses untuk disiapkan oleh barisan MPP lepas. 
Saingan kepada Aspirasi pada kali ini bukannya hanya berlaku dengan Front Mahasiswa bahkan dengan kumpulan "bebas" yang menggelarkan dirinya sebagai parti Tapir. Parti Tapir yang diwujudkan selepas tidak bersetuju dengan Aspirasi cuba sedaya upaya untuk tidak dikaitkan dengan kumpulan Aspirasi walaupun mereka sering disabotaj dalam setiap kali pengucapan awam yang berlaku.
Saya secara peribadi melihat "sedikit" kebangkitan mahasiswa apabila rapat umum yang pertama yang diadakan di Khar dan Kab menyaksikan bilangan penonton yang agak ramai berbanding sebelum ini. Suasana  kempen hari pertama walaupun lebih "cool" namun cukup panas dengan ucapan yang dibuat oleh calon-calon yang bertanding. Pada Malam pertama kempen,calon Pro-M lebih menumpukan kepada aspek teknikal dan belum menyentuh kepada manifesto walaupun pihak aspirasi telah mengemukan manifeto mereka masing masing yang bersifat dalaman.... Kebangkitan Mahasiswa Sudah Tiba...Ayuh bersama kami menjayakan agenda mahasiswa untuk mahasiswa....
~ Mahasiswa Pendidik.... Harapan & Perubahan ~

Khamis, Februari 17, 2011

Penamaan Calon PRK Upsi

    Bismillah wal Alhamdulillah.... Sempurna sudah proses penamaan calon pilihanraya kampus Upsi pada kali ini. Pertama kali dalam sejarah Upsi mencatatkan kemeriahan dalam pilihanraya dan menampilkan keberanian mahasiswa Upsi untuk menyuarakan hak mereka yang selama ini diabaikan dan dipandang sebelah mata sahaja. Walaupun demokrasi dicabuli apabila saudara Adam Adli dinafikan oleh dekan fakulti bahasa dan komunikasi untuk bertanding namun itu tidak mematahkan sama sekali semangatnya bahkan dengan berani dan dengan sokongan daripada pro -M yang lain maka beliau telah mengemukan bahtahan.
    Pihak Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif telah mengumpulkan penyokong masing-masing di Bangunan E Learning untuk berarak ke Bitarasiswa bagi menyerahkan borang pencalonan. Seramai 13 calon Pro-M telah menghantar borang pencalonan. Laungan takbir ,selawat,hidup mahasiswa dan hapuskan kezliman berkumandang sepanjang jalan menandakan kebangkitan mendadak mahasiswa Upsi. Agenda Mahasiswa Sedar yang dilancarkan boleh dikatakan berjaya. Kumpulan Bitara telah tiba ke pusat penamaan calon sekitar jam 9 30 pagi dengan diiringi laungan Bitara....... Pastinya persaingan pada kali ini amat hebat........ Jangan lupa untuk bersama calon Mahasiswa Pendidikdan Legasi Mahasiswa Progresif.

Penamaan Calon Kerusi MPP Upsi Sesi 2010/2011

Bismillah wal Alhamdulillah... Syukur pada Allah kerana pada hari ini 17.Feb.2011 akan diadakan sesi penamaan calon bagi merebut 29 kerusi MPP UPSI. Pertandingan pada kali ini pastinya menjanjikan pertembungan yang hebat apabila terdapat 4 front termasuk satu yang bebas untuk merebut kerusi-kerusi yang dipertandingkan iaitu 5 calon umum,18 calon fakulti,4 calon etnik dan 2 calon siswazah. Pertembungan mudah pastinya berlaku di kerusi siswazah dan kerusi etnik kerana kekurangan calon manakala bagi kerusi umum pertembungan pasti lebih hebat diantara lebih kurang 15 orang calon jika semuanya dibenarkan bertanding.
    Daripada front terbabit, 2 front merupakan musuh tradisi iaitu Mahasiswa Pendidik ( pro-M ) dan Pimpinan Bitara ( Aspirasi ). Namun pada pilihanraya kampus kali ini mempunyai 2 lagi front baru iaitu Legasi Mahasiswa Progresif ( LMP ) yang mendokong fahaman pro-M dan bersekutu dengan Mahasiswa Pendidik. Dalam pada itu,wujud 1 front pecahan daripada Pimpinan Bitara iaitu front Parti Cap Tapir. Perpecahan yang berlaku antara Pimpinan Bitara sehingga wujudnya Parti Cap Tapir perlu diambil kesempatan oleh calon pro-M dalam mengisi kerusi yang dipertandingkan. 
     Jika benar-benar berlaku,pilihanraya kampus pada kali ini pasti menjanjikan sejarah yang tersendiri apabila akan tercatat calon teramai dan strategi politik yang pelbagai. Banyak calon yang dijangka menang dipengaruhi untuk menyokong front masing-maising.
    Pada penamaan calon kali ini,Pro-Mahasiswa akan berkumpul di bangunan B.E.Learning untuk mengiringi calon ke pusat penamaan calon dengan tema pakaian.  Pimpinan Bitara juga akan mengadakan perkumpulan di belakang GYM. Mereka menggunkaan segaka jentera yang ada seperti persatuan anak negeri untuk mengajak mereka yang menyokong Pimpinan Bitara dan sesuatu yang amat menyedihkan.... Ini adalah mesej yang diterima saya daripada Persatuan Anak Negeri Terengganu atau Permata untuk menyokong calon Pimpinan Bitara...Selaku salah seorang anak negeri walaupun tidak mendaftarkan diri di persatuan ini,saya tetap kecewa kerana menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan pihak tertentu....

salam 1 Terengganu..Marilah Kita Sama-sama turun pada Hari penamaan calon MPP esok (17 Februari 2011, Jam 8 pagi,blakang GYM, Pakaian : Tshirt Permata) bagi menyokong Calon MPP Pimpinan Bitara dari Terengganu Yang akan bertanding Tahun Ini semoga Calon ganu kita akan menang dan membantu menaikkan PERMATA UPSI di peringkat kebangsaan,kerjasama anda amat kami hargai.." - Dihantar oleh Permata atas nama Jentera Permata Ups...

Rabu, Februari 16, 2011

Bismillah wal Alhadulillah... Bersyukur kita kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar syukur. Memahami erti dan makna syukur dab bagaimana untuk bersyukur kepada Allah dengan sebenar-benar syukur, Kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia untuk menjadi pemberi rahmat kepada sekalian alam. Bagaimana jika kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan cahaya Muhammad?,nescaya kita mungkin masih dalam keadaan yang sesat lagi menyesatkan. 
    Atas kapasiti itulah sejak dahulu kala umat Islam telah meraikan satu sambutan yang antara meriah dalam kalendar Islam iaitu maulid Nabi Muhammad kekasih Allah. Sejarah Mencatatkan bahawa orang pertama yang meraikan maulid Nabi S.A.W adalah Abu Said Qakburi seorang gabenor Irbil di Iraq semasa pemerintahan Slahuddin Al Ayubi. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa yang menyuruh melaksanakan perayaan maulid Nabi ini ialah Salahuddin al Ayubi sendiri kerana melihat kelemahan umat Islam pada masa itu ialah kerana tidak mengenali sekaligus mencintai Nabi S.A.W. Disebabkan oleh kurangnya semangat cintakan Rasulullah dalam kalangan pejuang Islam menyebabkan umat Islam pada masa itu amat sukar untuk menang dalam menghadapi perang salib ini. Maulid Nabi S.A.W ini disambut oleh semua masyarakat sunni dan syiah kecuali wahabi yang menghukumnya sebagai  bidaah. Dan Arab Saudi satu-satunya negara yang tidak menjadikan maulid Nabi sebagai hari Libur..... Umat sunni menyambut Maulid pada 12 rabiulawal manakala umat syiah menyambutnya pada 17 rabiulawal bertepatan dengan kelahiran imam keenam syiah. 
  Walaupun golongan yang suka membidaahkannya,ulama silam Islam dan juga ulama yang jujur dengan ilmu pada masa ini tetap meneruskan apa yang dikatakan sebagai melahirkan kecintaan kepada Nabi S.A.W. Antara ulama besar yang membenarkannya ialah  Imam Subki, Suyuthi, atau Ibnu Hajar dan pernah dilakukan oleh Shalahuddin Al-Ayyubi. Ulama-ulama sunni sekarang yanag sememangnya aktif menyambut maulid nabi ialah Habib Umar,Habib Ali,Habib Fuad,Habib Salim,Syeikh Nuruuddin dan banyak lagi. Mereka mempunyai hujah yang lebih kukuh untuk meraikannya. Apakah salah kita menyambut kelahiran Nabi Muhammad yang kita cintai untuk menzahirkan kecintaan kita?.. Allah telah menjadikan seksa Abu Lahab dengan seksa yang kecil pada hari Isnin kerana hanya gembira dengan kelahiran Muhammad S.A.W. 
    

Isnin, Februari 14, 2011

Sejarah Ringkas Sukan Renang


    Sukan renang telah diperkenalkan di eropah sekitar tahun 1800.Pada peringkat awal ia diperkenalkan hanya gaya kuak dada sahaja yang dipertandingkan sehinggalah pada 1873 barulah gaya bebas telah diperkenalkan.Renang antara sukan yang paling cepat mendapat perhatian orang dan merupakan antara sukan yang digemari oleh orang ramai.Ini dibuktikan apabila ia merupakan antara sukan moden yang terawal mendapat tempat di sukan Olimpik pada 1896.Beberapa Negara seperti Denmark,Norway,Finland dan juga Sweden telah menjadikan sukan renang ini sebagai korikulum wajib di Negara tersebut.Para pelajar diajar untuk menyelamatkan dan menyelamat jika ada kecemasan didalam air.Baju renang yang dipanggil Bodyskin telah dicipta bagi meningkatkan kelajuan perenang dan ia telah terkenal sejak tahun 1800 lagi.Pada tahun 1828 ,kolam renang pertama telah dibuat di Liverpool England dan juga merupakan merupakan Negara pertama yang mempertandingkan sikan ini.Selepas hanya 9 tahun,England sudah mempunyai sebanyak 6 buah kolam renang.Ini telah membuktikan kepada kita bahawa sukan renang telah menjadi popular di England sejak abad ke 19 lagi.Sukan renang ini bukan sahaja berlaku didalam kolam renang bahkan pada tahun 1875,Kapten Matthew Webb telah menyeberangi Selat Inggeris dan ia merupakan orang pertama  dalam rekod yang melakukannya

Ahad, Februari 13, 2011

Apakah Definisi Ayat dalam Bahasa Melayu?...


Definisi Ayat
    Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za’ba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Za’ba :
ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya”
  ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 )
    Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai :
Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.”
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
    Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.
    Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu Mutakhir :
“ Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”.
( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )
    Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )
    Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.


Sabtu, Februari 12, 2011

Konflik Kedah - Siam Abad ke 19


   Kedah sebuah negeri di utara Tanah Melayu sering menghadapi ancaman Siam dalam pemerintahannya.Disebabkan takut ancaman Siam tersebut maka Pulau Pinang telah ditawar oleh Sultan Abdullah Mukarram kepada British.Penyerahan Pulau Pinang kerana British telah menyebabkan kemarahan Siam kerana Siam menganggap Kedah sebagai negari naungannya dan penyerahan Pulau Pinang menyebabkan Siam tidak dapat meluaskan kawasan taklukannya selain terpaksa pula bersaing dengan kuasa British.Bagi membuktikan kuasanya,Siam telah mengarahkan Kedah menyerang Perak pada 1818 kerana tidak membayar bunga emas kepada Siam.Sultan Ahmad Tajudin 11 pada masa itu,terpaksa melakukan serangan ke atas Perak.Namun begitu Siam masih tidak berpuas hati terhadap Kedah yang semakin tidak mendengar arahannya.Siam telah memanggil Sultan Kedah ke Bangkok bagi menjawab beberapa persolan seperti Kedah membantu Burma dan juga pemberian Pulau Pinang kepada British.Keingkaran Sultan Ahmad Tajudin ini semestinya menyebabkan kemarahan Siam kerana Sultan Ahmad Tajudin naik takhta atas pertolongan Raja Rama 1 yang menghantar tentera ke Kedah untuk menjatuhkan Sultan Dhiauddin.
    Sultan Kedah enggan untuk ke Bangkok menyebabkan Siam merasa marah.Seterusnya,Siam mengarahkan Raja Ligor untuk menyerang Kedah.Sultan Kedah telah meminta bantuan British sebagaimana perjanjian yang ditandatangani dulu.namun British tidak mahu campur tangan kerana ingin menjaga hubungan dengan Siam kerana pada masa itu,Burma dan British mengalami krisis.British bimbang jika Siam dan Burma berpakat untuk menentang British.Siam merupakan pembekal utama kayu balak kepada eropah.Walaupun Siam berjaya menawan Kedah namun Perak tidak berjaya ditawan bahkan pada 1822,Perak dengan Selangor telah berjaya mengusir Siam.Namun kerana bimbang Perak dan Selangor berkrisis maka ditandatangani satu perjanjian yang menetapkan Sungai Bernam sebagai sempada antara kedua negeri.Pada 1821,satu utusan British yang diketuai oelh John Crawford telah tiba ke Siam untuk berunding.Antara perkara yang dirundingkan ialah meminta Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang,Meluaskan hubungan dengan Siam dan mendapat jaminan keluar masuk hasil dari Kedah,meminta Siam mengembalikan takhta kerajaan Kedah dan yang paling penting sekali ialah mengintip kekuatan ketenteraan Siam kerana sememangnya British tidak tahu tentang kekuatan Siam.Utusan ini gagal kerana Putera Kromciat dan Menteri Perdagangan Prahklang tidak mahu bertolak ansur dengan soal perdagangan dan kedudukan Kedah.
    Dari maklumat yang diterima,Siam bukanlah sebuah kuasa yang kuat sehingga boleh menggugat British.Maklumat ini sememangnya penting kerana ia untuk menjaga kepentingan British di Tanah Melayu.Antara tahun 1823-1824,Siam cuba memperluaskan kuasa ke Selangor selain berjaya meletakkan Perak dan Kedah dibawah pengaruhnya.Ini tentu sekali menyebabkan kebimbangan British kerana British mempunyai banyak kepentingan di Tanah Melayu.Oleh itu,British berhasrat untuk menyekat pengaruh Siam yang semakin mara ke selatan Tanah Melayu.Pada tahun tersebut juga,2 perutusan British dihantar ke Ligor untuk meminta bantuan Ligor bagi menentang Burma.Namun kedua-dua utusan tersebut gagal kerana Ligor hanya mendengar arahan dari Siam.Pada Ogos 1924,Gabenor Negeri-Negeri Selat baru dilantik iaitu Robert Fullerton yang terkenal dengan sifat anti-Siam.Pada Jun 1825,Fullerton mendapat tahu bahawa Ligor telah bersiap sedia menyerang Perak dan Selangor.Sebanya 300 buah perahu telah bersiap sedia di Sungai Trang untuk melakukan tugas tersebut.Fullerton telah mengarahkan kapal bersenjata mengawal di sepanjang pantai bagi menyekat kemaraan Siam.Fullerton juga telah memberi amaran bahawa serangan Siam itu bermakna mengistiharkan perang keatas British menyebabkan Siam menarik balik tenteranya.Kapten Burney telah dihantar oleh Fullerton ke India bagi meyakinkan pihak British bahawa perlu menghantar utusan ke Siam.Pada 1825,Gabenor di India telah setuju dan Burney telah ke Ligor untuk berunding.Sesampainya di Ligor,Raja Ligor telah membuat persediaan untuk menyerang Perak dan Selangor sekali lagi.Burney memberi amaran akan campur tangan dalam masalah ini.
    Akhirnya Raja Ligor menandatangani satu perjanjian sementara dengan British bagi mengelakkan Siam diserang.Perjanjian itu,ditandatangani pada Julai 1852.Antara isi perjanjian tersebut ialah,Raja Ligor perlu memberi pilihan kepada Perak dan Selangor samada perlu membayar bunga emas atau tidak,Raja Ligor perlu berjanji bahawa tidak akan menyerang Kedah dan British akan menyelesaikan pertingkaian antara negeri tersebut,Sultan Kedah dibenar kembali ke Kedah dan perlu mengahantar bunga emas 3 tahun sekali selain perlu membayar 4000 dolar setahun sebagai tanah jajahan Siam dan akhir sekali Raja Ligor berjanji bahawa jika Siam bersetuju dengna perjanjian itu maka beliau tidak akan menyerang Kedah.Raja Ligor menjadi wakil British untuk berunding di Bangkok.Rundingan dilakukan selama enam bulan.Perjanjian tersebut ditandatangani pada Jun 1826.Antara isi kandungannya ialah Kedah kekal sebagai jajahan takluk Siam dan British beretuju untuk tidak campurtangan dalam uruan Kedah atau cuba mengembalikan takhta kerajaan Kedah,Sultan Kedah juga tidak dibenarkan tinggal di Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan juga dibawah jajahan takluk Burma,British juga tidak akan membenarkan Sultan Kedah atau penyokongnya menyerang Kedah atau jajahan takluk Siam,Siam mengakui kedaulatan Perak,British tidak akan menyekat Perak dari menghantar bunga emas jika baginda mahu,British dibenarkan menghantar perwakilan ke Perak,Siam mengiktiraf kedudukan British di Pulau Pinang dan Kedah,Siam tidak akan menyekat perdagangan dengan Terengganu dan Kelantan.
    Namun begitu,Perjanjian Burney tetap dikritik oleh Fullerton apabila Sultan Kedah tidak mendapat layanan yang sepatutnya bahkan warga Pulau Pinang pada masa itu juga turut bersimpati dengan Sultan Kedah.Bagi Kedah perjanjian Burney merupakan pengkhianatan kepadanya.Baginda tetap tidak mahu keluar dari Pulau Pinang walaupun British menghentikan bayaran sebanyak 10000 dolar setahun kepadanya.Dengan Bantuan Terengganu dan Kelantan,Sultan Ahmad Tajudin 11 telah menyerang Kedah pada 1831,1836 dan 1838.Kegagalan dalam serangan terbabit kerana British menyekat kemaraan baginda.Sultan Ahmad Tajudin 11 telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Melaka dan dilarang dari meninggalkannya.Pada tahun 1841,Gabenor telah menghantar Putera Kedah iaitu Tengku Daei ke Bangkok untuk berunding disamping membawa surat sokongan dari Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru bernama Samuel Goerge Bonham.Bonham memberi amaran bahawa British tidak akan membantu Siam lagi jika berlaku pemberontakan jika Siam tidak mengembalikan takhta Kedah.Perjanjian tersebut dipersetujui dengan syarat bahawa Kedah tetap berada dibawah kekuasaan Siam dan perlu menghantar bung emas setiap 3 tahun,Perlis perlu dipisahkan dan Siam akan mengambil wilayah Setul.

Jumaat, Februari 11, 2011

Konflik di Selangor Abad ke 19

     Negeri Selangor merupakan sebuah negeri baru kerana tidak mempunyai rekod lama.Antara kawasan yang paling awal dibuka di Selangor ialah Kelang yang diperintah oleh wakil dari Melaka.Menurut Misa Melayu,raja pertama Selangor adalah Raja Lumu yang dirajakan oleh Sultan Perak yang membawa gelaran Sultan Salahuddin.Pada 1822,Selangor telah membantu Perak mengusir Siam dan mengistiharkan kemerdekaan Perak.Perang saudara di Selangor berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang menggantikan Sultan Ibrahim yang mangkat pada 1864.Sultan Abdul Samad yang merupakan menantu Sultan Ibrahim telah menyingkirkan Raja Mahmud dari takhta kerajaan.Pergaduhan sebenarnya bermula disebabkan pengutan cukai timah di Sungai Kelang.Sultan Muhammad telah memberikan hak mengawal Sungai Kelang kepada Raja Sulaiman namun raja Sulaiman tidak memajukan kawasan terbabit sehingga kurnia tersebut telah ditarik balik pada 1853 dan diberikan kepada Raja Abdullah.Raja Abdullah telah bertindak membawa masuk pelombong cina untuk memajukan kawasan terbabit.Disebabkan kawasan Kelang kaya dengan hasil bijih Timah,maka anak kepada Sultan Sulaiman iaitu Raja Mahadi mengaku bahawa Kelang merupakan miliknya.
     Raja Abdullah telah memberikan kepada Mahadi elaun bulanan bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan sehingga merugikan hasil Kelang.Namun Raja Mahadi masih merasa tidak puas hati dan sering mencari peluang untuk menentang Raja Abdullah.Peluang ini terbuka apabila berlaku peperangan antara orang Bugis dan Mandaling.Suatu ketika,Seorang Mandaling telah terbunuh dan Raja Abdullah tidak menyebelahi pembunuh terbabit dan menyebabkan Orang Mandaling menyebelahinya.Dengan sokongan yang ada termasuk sokongan anak Bendahara Pahang yang teringkir,Raja Mahadi telah mendapatkan bantuan kewangan daripada saudagar cina dari Melaka iaitu Teck Chiang.Raja Mahadi menyerang Kelang sehingga Raja Abdullah terpaksa berundur ke Melaka.Sultan Abdul Samad tidak dapat berbuat apa-apa terutama sekali apabila dijanjikan elaun 500 dolar sebulan.Apabila Raja Mahadi menghentikan bayaran elaun tersebut,Sultan Abdul Samad telah membatalkan pertunangan Raja Mahadi dengan anaknya dan mengjodohkan anaknya dengan Tengku Kudin adik kepada Sultan Tajudin Kedah.Pada 1868,Tengku Kudin menjadi wakil Sultan dalam memberi keamanan kepada rakyat dan dikurniakan daerah Langat.Pertelingkahan berlaku apabila Raja Mahadi tidak mahu menerima pentadbiran Tengku Kudin.Raja Ismail anak kepada Raja Abdullah menyerang Raja Mahadi setelah dibantu oleh cina Melaka.Dalam peperangan ini juga,Tengku Kudin bersama 500 orang pengikutnya turut membantu Raja Ismail.
    Bagi membalas serangan itu,Raja Mahadi telah menyerang dan berjaya menawan Kuala Selangor dan melaporkan ke Siam bahawa adik kepada Sultan Kedah telah membuat onar di Selangor.Disebabkan itu,Tengku terpaksa kembali ke Kedah untuk menerangkan kepada Siam bahwa beliau merupakan wakil Sultan Selangor dalam mentadbir Selangor.Pada 1871,lanun cina telah menyamun sebuah tongkang sehingga menyebabkan 34 orang terbunuh.British telah bertindak menghantar kapal H.M.S Rinaldo dan Pluto untuk menghapuskan lanun itu.Kerjasama tidak diberikan oleh Raja Mahadi sehingga menyebabkan British membedil kubunya di Kuala Selangor menyebabkan Raja Mahadi melarikan diri ke Bernam,Sumatera dan juga ke Johor.Di Johor,Raja Mahadi telah mengaturkan kembali pasukannya untuk menawan kembali Selangor.Namun selepas tewas,beliau telah dibuang ke Singapura dan diberikan pencen dan sebuah rumah.
    Pada 1869,berlaku pula masalah pergaduhan antara  Cina.Ini berikutan kematian Ah Sze yang dibunuh oleh Chong Cheng.Yap Ah Loy bersama 2000 orang askar Melayu dan Cina telah pergi mendapatkan mayat kawannya itu.Apabila mengetahui Chong Cheng berada di Rawang,Yap Ah Loy bersama angkatannya telah berangkat untuk menangkap Chong Cheng tetapi Chong Cheng melarikan diri.Tidak lama selepas itu,Yap Ah Loy bersama dengan seorang ketua Melayu telah pergi ke Kanching untuk meminta hutang daripada mereka yang pernah berhutang dengan Ah Sze namun berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan pembunuhan 136 orang oleh Yap Ah Loy  namun dimaafkan oleh Sultan.Chong Cheng telah membuat perkiraan untuk memblas dendam atas pembunuhan itu,Chong Cheng mendapatkan bantuan anak raja Dari Pontianak iaitu Syed Mashhor yang diberi kuasa oleh Tengku Kudin untuk mengawal Kubu di Kuala Selangor.Pergaduhan Syed Mashhor bermula apabila ipar kepada Tengku Kudin membunuh saudara lelaki Syed Mashhor di Langat.September 1870,Chong Cheng dan Syed Mashhor telah menyerang Tengku Kudin dan berjaya.Tetapi akhirnya mereka juga turut diusir oleh Yap Ah Loy.Chong Cheng telah berundur ke Kuala Langat dan Syed Mashhor ke Ulu Selangor.Pada 1871,serangan dilakukan pula oleh Chong Cheng dan Syed Mashhor keatas Kuala Lumpur namun gagal.Pada April 1872,Yap Ah Loy yang bersekutu dengann Tengku Kudin telah menyerang Syed Mashhor di Kuala Kubu namun gagal.Pada Mei 1872,Kuala Lumpur sekali diserang oleh Syed Mashhor sehingga memaksa Yap Ah Loy terpaksa berundur.Angkatan Pahang seramai 1000 orang yang dipohon oleh Tengku Kudin juga gagal untuk menyekat kemaraan Syed Mashhor.Tengku Kudin hanya berkuasa di Kelang sahaja selepas Kuala Lumpur ditawan pada 1872 dan Kuala Selangor juga ditawan.Orang Pahang yang kalah itu,seterusnya menyerang Kuala Lumpur pada November 1872 dan pada Mac 1873 Kuala Lumpur berjaya ditawan kembali.Selepas itu berlaku sekali lagi pertempuran 6 bulan selepas itu dan tamatlah kekacauan di Selangor.

Lanun Selat Melaka Abad ke 19


    Sekitar 1800-1837 merupakan tahun yang mana lanun  berleluasa di perairan Tanah Melayu.Kegitan perlanunan ini dikukan oleh Orang Laut yang datang dari Johor Selatan dan orang Sikarna yang berasal dari Riau-Lingga.Selain itu,terdapat juga orang Mindanao,Orang Sulu dan juga orang Siam.Pelanun cina hanya muncul sekitar tahun 1840.Terdapat 3 cara melanun dilakukan iaitu merompak sekali-sekala di kawasan sungai-sungai,selat-selat,Pulau mahupun ceruk.Cara kedua ialah melakukan rompakan secara besaran yang melibatkan sehingga 20 buah perahu yang diketuai oleh seorang kapten.Yang paling ganas ialah dilakukan oleh orang Balanini,orang laut dan orang Sikarna.Mereka ini bukan sahaja merompak pedagang tetapi juga kapal-kapal eropah.Kawasan penting pelanunan ialah di kawasan Sg Merbok,Sg Muda,Sg Kerian,Sg Kurau,Pulau Ujung Salang,Pulau Langkawi,Pulau Bunting,Pulau Nikobar.Di Perak pula dari Sg Kerian sehingga ke Sg Bernam.Negeri Selangor pada masa itu digelar sebagai negeri Lanun.Perlaunan dianggap sebagai perkara baik yang bukan sahaja dilakukan oleh orang jahat bahkan turut dilakukan oleh pedagang,bangsawan bahkan sultan sendiri.Pada 1826,Residen Councillor di Singapura mengatakan bahawa pantai di Singapura dengan Melaka dipenuhi dengan perahu lanun.
    Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak mempunyai kekuatan laut untuk mengatasi masalah perlanunan itu bahkan jika tertangkap mereka perlu dibawa ke India untuk dibicarakan.2 buah kapal Syarikat Hindia Timur telah bawa bagi mengatasi masalah ini namun sehingga 1831 tiada lanun yang berjaya ditangkap.Lanun ini hanya ditentang oleh kapitan Low dikawasan Province Wellesly dan Perak sahaja.Daerah Dinding yang menjadi sarang lanun telah diserahkan oleh Sultan Perak kepada British pada 1826..Pada 1837,satu tindakan penting diambil dimana kapal api Diana boleh belayar menyongsang angin.6 buah perahu lanun yang sedang menyerang Tong kang cina di perairan Terengganu merasa hairan dengan kapal Diana yang menyongsang angin menuju kepada mereka dan kapal Diana berjaya memusnahkan banyak kapal lanun.Selepas itu,kebanyakan lanun menjadi gerun kepada kapal Diana.Lanun yang tewas itu tidak pernah bangkit kembali.Pada 1837,Kuasa kerajaan Selat telah diperluaskan ke kawasan laut bagi membolehkan mereka membicarakan lanun yang ditangkap.Walaupun begitu,kegiatan lanun masih berlaku sekali sekala.

Khamis, Februari 10, 2011

Konflik Takhtha Johor abad ke 19


  
( Sir Thomas Stamford Reffles )
  Pada 28 Januari 1819,Stamford Reffles telah tiba di Singapura dan meminta kebenaran Temenggung Abdul Rahman penguasa Singapura untuk membina loji di Singapura.Ini merupakan satu persetujuan awal yang dibuat kerana Reffles tahu Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau semestinya tidak akan menyetujui pembinaan loji kerana Baginda berada di bawah pengaruh Belanda.Pada tahun 1784,Belanda telah menyerang Riau dan mengusir Bugis dari Riau.Ini menyebabkan Kesultanan Johor dikuasai oleh Belanda Pula.Selepas itu,Sultan Mahmud yang berkuasa pada masa itu,telah melantik Engku Muda menjadi Yam Tuan Muda bagi mengukuhkan kuasa orang Melayu.Perlantikan ini telah menyebabkan perasaan tidak puas hati orang Bugis dan mereka menyerang kembali dan melantik Raja Ali sebagai Yam Tuan Muda.Selepas itu,Engku Muda dilantik sebagai Temenggung di Singapura namun ditolak oleh Engku Muda.Bugis melantik saudara kepada Engku Muda iaitu Abdul Rahman menjadi Temenggung di Singapura.
    Sultan Mahmud mangkat pada 1812 dan meninggalkan 2 orang putera iaitu Tengku Abdul Rahman ( putera bongsu ) dan Tengku Husin ( putera sulung ).Para pembesar Melayu menyokong Tengku Husin sebagai Sultan kerana Putera Mahkota sedangkan orang Bugis mahukan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan.Di sebabkan pengaruh Bugis kuat maka Tengku Abdul Rahman menjadi Sultan bagi seluruh empayar Johor-Riau.British telah menawarkan kepada Tengku Husin untuk menjadi Sultan.Tengku Husin yang disingkirkan selama ini terus menerima tawaran itu dan diangkat menjadi Sultan Johor pada 1819 dengan memakai gelaran Sultan Husin Muhammad Shah.Pada 6 Febuari 1819,Sultan Husin telah bersetuju dengan pembinaan loji British di Singapura dan sebagai saguhati Sultan Abdul Rahman di berikan 5000 dolar setahun manakala Temenggung Abdul Rahman telah diberi 3000 dolar setahun.Perjanjian yang ditandatangani pada tarikh tersebut juga mengandungi beberapa perkara seperti Sultan Husin menjadi Sultan Johor,Sebarang kuasa tidak dibenarkan membuka tempat di Singapura,Orang Brititsh tidak boleh mengcampuri hal ehwal Singapura dan Brititsh tidak akan membantu Sultan dalam peperangan.Pada 1823,Sultan Husin dan Temenggung setuju menyerahkan hak monopoli perniagaan dan cukai dan sebagai gantinya mendapat pencn 1500 dalar dan 800 dolar masing-masing.Pada 1824,Sultan Husin dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan secara langsung segala pangkat dan kedudukan di Singapura dan sebagai gantinya menerima 33 000 dolar dan pencen 1 300 sebulan manakala Temenggung Abdul Rahman mendapat 28 000 Dolar dan pencen 700 sebulan.Melalui perjanjian yang telah ditandatangani,British telah menguasai Singapura sepenuhnya.Pendudukan ini telah menyebabkan Belanda tidak berpuas hati kerana dikatakan melanggar perjanjian London 13 Ogos 1814.Masalah dengan Belanda selesai selepas perjanjian Inggeris Belanda ditandatangani pada 1824.Residen pertama Singapura adalah Kolonel Furqahar.


Rabu, Februari 09, 2011

Kisah Cerita Si Hantu

    Semasa waktu kecil dulu,emak saya selalu menakutkan saya dengan pelbagai cerita hantu. Walaupun niatnya baik untuk kebaikan saya namun pada saya cara orang tua tersebut agak salah kerana ia menyebabkan kanak-kanak terlalu takut dengan hantu. Bayangkan untuk pergi ketandas yang tidak beberapa depa dengan rumah saya dulu saya memerlukan seekor kucing untuk menemankan saya walaupun pada masa itu emak dan abang saya ada juga tidak beberapa depa dari saya. Maknanya sejak dari kecil saya sudah dilatih untuk menjadi takut. Cerita hantu yang sering diceritakan kepada saya yang saya ingat sehingga sehingga sekarang ialah kisah hantu langsuir @ pontianak ( dalam adat keluarga saya ) dan juga kisah hantu pinang kongsi. Kisah yang diceritakan oleh emak saya pada waktu kecil dulu betul-betul memberi kesan kepada saya untuk belajar duduk dirumah dan tidak bergelandangan kemerata-rata tempat. Namun walaupun kisah yang diceritakan oleh ibu saya seperti kisah yang benar namun apabila besar saya sering berfikir panjang adakah betul kisah yang diceritakan itu?.Maklumlah zaman dahulu semua benda tidak mustahil dan kisah ini diterima mentah-mentah oleh masyarakat pada waktu itu. 
    
      Kisah hantu yang paling saya takuti pada waktu itu ialah mengenai kisah hantu pinang kongsi yang suka makan orang. Terdapat 2 cerita mengenai hantu ini 
1. Sekumpulan pemburu telah masuk masuk ke hutan untuk memburu dan juga mencari rotan dihutan. Apabila waktu malam sudah tiba mereka masing-masing mencari tempat untuk berteduh. Disebabkan oleh kawasan hutan yang tebal,masing-masing takut untuk tidur di kawasan tanah dan mereka semuanya memanjat pokok untuk tidur diatas sana. Semua mereka tidur diatas kecuali seorang sahaja tidur dibawah kerana tidak pandai memanjat pokok. Pada malamnya,bila tiba waktu tengah malam , tiba-tiba darah dan tulang jatuh diatas kawan pemburu yang tidur diatas tanah tadi. Dia berasa hairan ,air apakah yang jatuh diatasnya, dia pun memandang kearah pokok dan mendapati seekor lembaga yang bergelar Hantu Pinang Kongi sedang meratah kawannya diatas pokok. 
2. Ada seorang perempuan tinggal bersama neneknya di sebuah kampung. Pada suatu malam,perempuan itu terdengar bunyi yang aneh dari bilik neneknya,bunyi seakan-akan memamah benda yang keras. Dia mengintai dari celah lubang bilik dan mendapati satu makhluk sedang mamakan neneknya yang berada diatas katil.

----- Cerita yang diceritakan oleh emak saya ini membuatkan saya takut untuk tidur lebih tinggi daripadanya. Ayah saya meninggal semasa saya berumur 4 tahun dan emak saya telah membesarkan saya dan saya tidur bersamanya sehingga emak saya berkahwin seorang lagi semasa saya darjah 3. Sejak itu barulah saya tidak tidur bersama ibu saya.... Sekarang baru saya terfikir bahawa emak saya menceritakan kisah itu supaya saya tidak tidur lebih tinggi daripadanya namun itu sudah terlewat.

Kisah mengenai pontianak atau langsuir dalam versi keluarga saya berlaku kepada keluarga saya sendiri. Menurut emak saya semasa ayah saya masih hidup dan baru tinggal di kampung Bintang Setiu. Di kawasan rumah saya itu sering melintas seekor pontianak dengan terbang disekeliling rumah. Apabila terdengar hilai tawa pontianak itu,menurut emak saya,ayah saya akan bertindak membungkus dirinya dengan 7 lapis kain selimut kerana mengikut kepercayaan orang tua pontianak ini amat bencikan kaum lelaki. Pontinak @ Kuntilanak @ Langsuir dikatakan dan diceritakan oleh emak saya berasal daripada seorang permpuan cantik yang dirogol oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam usaha melarikan diri daripada kumpulan perogol itu,wanita itu telah tersepak akar kayu dan tersadung sehingga menyebabkan kopek ( buah dadanya ) terpusing ke belakang. Menurut emak saya, itulh sebabnya pontianak ini malu kepada kaum perempuan dan tidak akan mengganggu kaum perempuan.----- Berkenaan kisah pontianak ini menyebabkan saya berbelah bahagi samada ingin mempercayainya ataupun tidak kerana ia melibatkan keluarga saya sendiri.
     Kisah hantu yang popular lagi di kampung saya selepas itu iaitu kampung Alor Bujuk ialah mengenai sejenis hantu yang digelar Pok Dogol.  Pok Dogol dikatakan sejenis makhlus jin yang berwarna hitam sebagaimana watak pok Dogol dalam wayang kulit. Ia dikatakan ditinggalkan oleh pembalak India pada masa itu. Pok Dogol ini suka mengganggu penduduk dan juga anak kecil. Semasa ayah saya hidup,emak saya menceritakan semua abang saya semasa kecil semua menangis kerana diusik oleh pok Dogol ini. Ayah saya telah menabur garam diserata rumah namun tidak berkesan sehinggalah ayah saya berputus asa dan berkata " oloh pok dogol, aku duk lamo doh sini mu nok ganggu jugok anok aku". Barulah abang-abang saya pada maso itu berhenti menangis. Dikisahkan lagi oleh ibu saya, bahawa ramai daripada penoreh di kampung saya itu , sering tersesat ketika menoreh walaupun ia adalah kawasan yang sering dilalui dan yang terkena termasuklah emak saya dan saya sendiri sering mendengar kisah ini dari saksi yang sekarang ini masih hidup..
1. Ibu saya pergi menoreh dan belum berapa lama ibu saya tidak kenal pun dikawasan mana dia berada walaupun itu adalah kebun getah tempatnya sering menoreh. Emak saya melilau didalam getah itu sehingga jam sekitar pukul 3 ptg. Akibat letih emak saya pun berkata "oloh pok dogol,tempat aku bermain hari-hari pun nok ganggu". Emak saya terus tersedar selepas itu. Menurutnya ia melihat beberapa orang yang dikenali namun pada waktu tu ia merasa keadaan itu asing baginya.
2. Kisah ini berlaku kepada seorang lelaki tua yang bernama Pok Su Talib ( sekrang Allahyarham ) ,menurut ibu saya dan saya tida pasti samada pernah mendengar dari mulut mangsa sendiri.. Menurut kisah ,suatu hari Pok su Talib yang bukan penduduk kampung saya, telah masuk ke kampung saya yang pada waktu itu masih penuh dengan hutan tebal. Nak dijadikan cerita Poksu Talib telah sesat dan menghabiskan sebanyak satu tangki minyak motor untuk sedar kembali dimana dia berada. Menurut emak saya yang semasa kejadian sedang "neroh" ( satu perbuatan mencuci rumput", ia melihat Pok su Talib tadi keluar masuk kawasan kebun itu dan tidak mengesaki apa-apa berlaku namun semuanya terdedah apabila mangsa sendiri menceritakan keadaan sebenar kepada ibu saya  dan banyak lagi kisah yang hampir sama saya dengar sendiri dari saksi ....... Namun sepanjang saya hidup di Kampung Alor Bujuk@ Jalan Umur @ Alor Pasir peristiwa ini tidak pernah berlaku kepada saya dan pada zaman saya peristiwa sebegini sudah tidak berlaku. Banyak lagi kisah hantu yangg sering diceritakan namun hakikatnya samada ia benar ataupun rekaan ada mesej mendidik yang cuba disampaikan oleh orang-orang tua....
    

Selasa, Februari 08, 2011

Sajak Pelita Bahasa Untuk Prof

 
    Dalam kelas komsas tadi kami diarahkan oleh pensyarah kami Prof Madya Dr Khairiah Zubir untuk membuat satu sajak dari perkataan Pelita Bahasa. Pelajar diminta untuk mendeklamasikan sajak tersebut. Saya sempat membuat satu sajak yang bagi saya cukup baik yang mana prof ( Niqman Abu Bakar ) menjadi subjeknya... Sajak itu berbunyi....

Prof engkaulah pelita bangsa,
Engkaulah menyuluh bangsa yang gelap gelita,
Langit yang mendung bukan halangan,
Ingat prof,tugas dikau bukan hanya memeriksa kertas,
Tapi ia satu ujian dalam memeriksa kertas,
Aku bangga dengan dikau prof.

Bukan engkau bersendirian dalam mendidik bangsa kerna,
Azzam juga turut bersama,
Haris juga tidak ketinggalan,
Apalah sangat 2,3 helai kertas untuk diperiksa,
Semua ditanda betul dan kebanyakan tidak ditanda,
A terakhir adalah markah yang diberi.....

Tapi malangnya,sajak yang cukup indah ini tidak sempat dideklamasikan kerana hanya siap selepas upacara pendeklamasiaan tamat... Sungguh kechiwa....


Isnin, Februari 07, 2011

Negeri Sembilan Dibawah British


Dalam usaha menguasai pelbagai usaha dilakukan oleh British untuk menguasai Negeri-negeri di Tanah Melayu.Negeri Sembilan berada dibawah kekuasaan British setelah Dato’ Kelana Sungai Ujung             ( gambar ) mengibarkan bendera Union Jack pada 10 Oktober 1874.Seterusnya seorang hakim dari Melaka yang bernama Isemonger telah menjadi Residen di Sungai Ujong.Kapten Tathan telah dilantik menjadi penolong Residen.Tidak cukup dengan Sungai Ujong,pada 1883,British menguasai Rembau pula.British menguasai Rembau bukan atas alasan kepentingan ekonomi tetapi atas alasan keamanan kerana bimbang perebutan penghulu-penghulu Rembau untuk menjadi Undang.Pada 1883 telah diadakan satu persidangan dan melantik Datuk Syahbandar Serun menjadi Undang Rembau dan Lembaganya setuju untuk mengikuti nasihat Gabenor British di Melaka.Satu
perjanjian ditandatangani pada 17 September 1887,dimana British akan menguruskan hal kutipan cukai dan pentadbiran dan pengurusan dan sebagai ganti rugi,pembesar akan dibayar 1/3 dari kutipan hasil tahunan daerah tersebut.
    Selepas Rembau British melanjutkan pula kekuasaannya di Jelebu yang dipercayai mempunyai banyak Bijih Timah.Tetapi di Jelebu berlaku perebutan kuasa antara Yam Tuan Muda Abdullah dengan Penghulu Syed Ali.Akhirnya British meletakkan pegawainya disini untuk mengutip cukai dan pelakukan pentadbiran yang tidak melibatkan syarak.Akhirnya Jelebu diletakkan dibawah kekuasaan Residen di Sungai Ujong.Di Sri Menanti pula,Yam Tuan Antah telah menjadi undang dan British telah memaksa baginda untuk menandatangani satu perjanjian yang menempatkan seorang pegawai British yang berjawatan Majestret dan Pemungut Hasil Tanah di Kuala Pilah pada 4 Jun 1887.Pada 1889,Negeri Sembilan mempunyai 2 orang pentadbir iaitu W.F.B.Paul yang menguasai Sungai Ujong dan juga Martin Lister yang merangkumi Sri Menanti,Tampin dan Rembau.Pada 1895,maka wujudlah Negeri Sembilan dan mereka meminta British menghantar seorang penasihat dan bersetuju dengan syarat British.
    Sementara itu,perbalahan sengit berlaku diantara  Dato Kelana Undang Sungai Unjong dan Dato Bandar yang mengawal di sepanjang Sungai Linggi.Perbalahan ini sekaligus menjejaskan ekonomi Melaka sehingga menyebabkan Gabenor British di Singapura menghantar satu pasukan tentera untuk memusnahkan tol memungut cukai di sepanjang sungai Linggi.

Kisah Parallel Time

    Dalam dunia kita ini dikatakan ada satu lagi dunia yang bergerak seiring dengan masa kita yang mana dimensi Parallel Time ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Banyak kes kehilangan orang dikatakan disebabkan oleh dunia yang ghaib ini. Di Malaysia,kita sering mengganggap kehilangan orang disebabkan oleh alam bunian atau jin terutamanya melibatkan kanak-kanak. Kebanyakan kejadian kes ini menyababkan mangsa tidak dapat diketemukan lagi...
    Pada 1 Dis 1949,James E.Tetford yang merupakan seorang bekas tentera menaiki sebuah bas menuju ke kediamannya di kuarters tentera di Bennington . Beliau yang dari St Albans bersama 13 lagi penumpang dalam bas itu. Apabila sampai kedestinasi,beliau didapati hilang dan hanya dijumpai beg serta jadual perjalanan bas di kerusi tempat duduknya. Ia menimbulkan spekulasi kerana sebelum kejadian,Tetford dolihat sedang nyenyak tidur di kerusinya.Semua penumpang bas itu mengesahkan bahawa Tetford tidak pernah turun daripada bas itu dan sehingga sekarang Tetford masih belum ditemui.
    Pada Dis 1946,iaitu 3 tahun sebelum kejadian Tetford,seorang gadis yang bernama Paula Welden telah dilihat berjalan menyusuri denai di Long Trail di kawasan pergunungan Glastenbury,Vermont Amerika Syarikat. Gadis itu telah berjalan berseorangan sehinggalah sampai dikawasan batu besar dan beliau terus hilang yang disaksikan oleh wanita berusia sekitar 50-an yang berada dalam jarak 70 meter dibelakangnya. Wanita itu memberitahu polis bahawa mereka melihat Paula Welden berjalan berhampiran dibatu besar itu dan terus hilang. Mereka cuba mencarinya namun gagal menjumpainya. 
    Owen Perfit yang mengalami kelumpuhan telah tinggal dirumah adiknya di Stepton Mallet,England. Itu merupakan aktiviti biasa yang dilakukannya pada waktu petang untuk memanaskan diri kerana cuaca di Eropah yang agak sejuk. Peristiwa ini berlaku pada 1763. Beliau yang berusia 60-an duduk di kerusi dihadapan rumahnya itu dengan bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa. Sekitar pukul 700 petang,adik Perfit iaitu Susannah bersama seorang lagi jirannya bergegas ke halaman rumahnya untuk membawa abangnya masuk kerana ribut mungkin akan melanda sebentar lagi. Tetapi malangnya Perfit tiada disitu dan hanya baju tebalnya sahaja yang ada. Siasatan dilakukan oleh polis sehingga 1933 namun polis sehingga waktu itu tidak dapat mengesan sebarang kejadian berlaku keatas lelaki itu....
    Pada 1930,Joe Labella telah berjalan kami kearah pinggir Tasik Anjikuni utara Kanada dan mendapati penduduk sebuah kawasan seramai 2000 orang telah hilang. Labella merupakan seorang pemburu beruang kutub dan beliau secara peribadi mengenali ramai kawan dikawasan itu yang mana sebahagian besar penduduk disitu bekerja sebagai pemancing ikan. Apabila sampai di kawasan Eskimo itu,Labella mendapati kawasan itu kosong hanya rumah dan pondok sahaja yang tinggal.Apabila meronda kawasan itu,Labella hanya mendapati sebuah periuk yang hangus dengan api yang masih membara. Perkara itu dlaporkan kepada pihak berkuasa namun ia masih menimbulkan misteri.

Ahad, Februari 06, 2011

Ceramah Mulid Nabi

ALHAMDULILLAH..Segala Puji Bagi ALLAH SWT (TUHAN SEKELIAN ALAM), Yang Mana Telah Menerbitkan DIA pada Hati-Hati Sekelian Mukmin itu Matahari Pengenalan (MA'RIFATULLAH) dengan cahaya At-Tauhid dan Yakin (AINUL YAKIN)..Juga Selawat dan Salam Atas Penghulu Besar NABI MUHAMMAD SAW Yang Mana Telah Menunjukkan JALAN MA'RIFAH Kepada Kita, juga Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Mereka Yang Sentiasa Mengikuti Mereka-Mereka itu Hinggalah Hari Kiamat..INSYAALLAHU TAALA..AMIN

1) MAJLIS : PEMBACAAN MAULID DAN KHATAM KITAB "KESEMPURNAAN RASULULLAH SAW" OLEH TUAN SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDDIN AL-MALIKI AL-AHMADI
TARIKH : 1-12 RABI'UL AWWAL 1432H
LOKASI : MASJID DARUL EHSAN, TAMAN TUN ABDUL RAZAK, AMPANG, KL
MASA : MAJLIS BERMULA SELEPAS MAGHRIB SETIAP HARI

2) MAJLIS : SAMBUTAN MAULIDURRASUL KUBRO 1432H
TARIKH : 16-19 FEB 2011
LOKASI :YAYASAN AL-JENDERAMI, JENDERAM HILIR, SELANGOR
MASA : SILA RUJUK POSTER UNTUK TENTATIF

3) MAJLIS : SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI BA'ALAWI KL
TARIKH : 20 FEB 2011 & 27 FB 2011
LOKASI :PUSAT PENGAJIAN BA'ALAWI KL
MASA : SILA RUJUK POSTER UNTUK TENTATIF

4) MAJLIS : SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI MASJID SSAAS (SULTAN SALAHUDDIN ABD AZIZ SHAH)
TARIKH : 13 FEB 2011
LOKASI : MASJID SSAAS, SHAH ALAM
MASA : MAJLIS BERMUAL SELEPAS ASAR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Jika sesiapa ade info mengenai MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL yang lainnya disekitar KL,Selangor dan N9..boleh PM al-faqir..syukran..

untuk POSTER..boleh dapatkan, download dan sebarkan kepada muslimin dan muslimat yang lainnya..InsyaAllahu Taala..Amin

http://jamaluddinab.blogspot.com/p/jadual-kuliah.htm
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters