Pengikut

Jumaat, Disember 03, 2010

Puteriku Sayang patah hati






     Bismillah wal alhamdulillah....... anatara lagu wajib yang akan saya dgr setiap hari ialah puteriku sayang dan juga patah hati.Tiba-tiba malam tadi tanpa ada angin dan ribut sedang asyik mendengar lagu puteriku sayang maka berkata roomate yang bernama facebook syafiq barry .Dia kata " lagu ni crita pasal apa pulak" saya pun jawab "x tahu,dgr kes sedak jah"..dia pun kata pelik la hang ni...... selepas lagu puteriku sayang lagu beralih pula kepada patah hati ( mmg set 2 lagu tu je malm tadi ) ....maka sekali lagi  blog syafiq barry bertanya  "yang ni hang degr pasai apa pulak"..sekali lagi ku menjawab " x tahu"


setelah difikir maka ku membuat kesimpulan awal...

1.puteriku sayang
     dalam youtube ada komen bahawa puteriku sayang ini mengagungkan muslimat...tpi bagi saya ia adalah lambang kepada sifat muslimat itu sendiri.. kegagahan muslimat dalam menghadapi ujian..Kelmbutan yang ada pada muslimat tu x bermkna muslimat tu tidak kuat untuk berjuang..Muslimat juga menghadapi pelbagai cobaan dalam hidup dan pada saya lagu ini banyak menyanjuung nilai yang ada pada muslimat..lagu ni diambil dari sahabatku Husaini...

2.Patah hati

    yang patah hati ni x tahu la knp minat ..Mungkin sbb nada lagu tu yang kena gaya...Jika di perhatikan banyak pengajaran/nasihat dalam lagu ni...tentang apa masih " x tahu"


 

Sejarah Ringkas Konflik di Pahang abad ke 19

   
Di Pahang banyak berlaku pertelingkahan yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara kerabat pemerintah Pahang dan campurtangan British yang ingin mengusai ekonomi negeri ini yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah meletakkan Pahang dibawah pengaruh British. Oleh itu,Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan Pahang dari Johor pada 1853. Sebelum meninggal dunia,baginda telah menyerahkan Pahang kepada anaknya yang bernama Tun Mutakhir dan setahun sebelum kematiannya baginda telah menyerahkan daerah Endau dan Kuantan kepada anak keduanya iaitu Wan Ahmad.Malangnya,Wan Ahmad tidak diakui sebagai pemerintah di kawasan Endau dan Kuantan dan beliau diusir ke Singapura.Baginda cuba mendapatkan bantuan dari British namun gagal kerana tidak mempunyai bukti tuntutan.Akhirnya baginda telah ke Terengganu dan melancarkan serangan dari daerah Kemaman keatas Pahang.
    Wan Mutakhir telah bertindak mengirim surat kepada Gabenor British dan juga Temenggong Johor memaklumkan perkara tersebut.Surat juga turut dihantar oleh Sultan Terengganu kepada Gabenor bagi memaklumkan keadaan yang berlaku.Johor telah bertindak menyokong Wan Mutakhir manakala Terengganu telah bertindak menyokong Wan Ahmad.Kedua negeri tersebut cuba menghantar tentera masing-masing bagi membantu sekutu masing-masing di Pahang namun dihalang oleh gabenor British kerana beberapa sebab seperti takut berlaku kekacauan di Negeri Pahang dan juga bagi menjaga perdagangan antara Pahang dan Singapura yang bernilai 5 juta rupiah setahun.Pada April 1861,Wan Ahmad telah bertindak menyerang Endau dan berjaya menawannya kerana Wan Mutakhir baru sahaja menyerahkan kuasanya kepada anaknya iaitu Wan Long.Johor cuba bertindak menyerang Wan Ahmad kerana dikatakan menceroboh wilayah Johor iaitu Endau namun dihalang oleh Gabenor British.Pada bulan Ogos 1861 juga berlaku kekacauan di kawasan Raub tetapi dapat diredakan dan pada empat bulan berikutnya berlaku pula kekacauan di Jelai.Pada bulan Ogos 1862,Wan Ahmad meneruskan penentangannya di Pahang.
    Dua bulan berikutnya,Syarikat Paterson telah mendakwa Terengganu terlibat dengan kekacauan di Pahang sehingga syarikat tersebut tidak boleh melakukan perlombongan di Kuantan.Syarikat juga mendakwa bahawa 2 buah perahu dari Terengganu telah bertindak menyamun perahu syarikat terbabit.Gabenor British telah menulis surat kepada Siam mengenai perkara ini,namun sebelum surat berbalas Gabenor telah menerima surat dari Dewan Perniagaan yang menyatakan keadaan huru-hara di Pahang.Tanpa menunggu surat dari Siam,British telah memberi amaran kepada Terengganu supaya menyerahkan bekas Sultan Linggi yang berada di Terengganu dan berhenti membantu Wan Ahmad,jika tidak kubu Terengganu akan dibedil.Pihak Terengganu tidak boleh menyerahkan bekas Sultan terbabit tanpa kebenaran Siam maka kubu Terengganu pun dibedil.Tindakan tersebut telah dibantah oleh Siam kerana berlawanan dengan roh perjanjian Burney.Oleh kerana keangkuhannya,Gabenor Cavenagh telah menyatakan bahawa Terengganu dan Kelantan bukan merupakan hak Siam.Pembedilan kubu di Kuala Terengganu ini juga bagi menyekat pengaruh Siam ke atas Terengganu.Ini dibuktikan selepas pembedilan dimana tentera Siam telah ditarik balik dari Terengganu.
    Pada tahun 1862,Wan Ahmad semakin berjaya untuk menjadi Bendahara Pahang walaupun ditentang oleh Temenggung Johor yang menghantar tantera dan senjata api.Bendahara Pahang dan Wan Mutakhir telah lari ke Johor dan tidak lama kemudian keduanya pun meninggal dunia.Pada tahun 1863,Temenggung Johor telah berikrar untuk melantik anak bekas Bendahara Pahang selaku Bendahara namun tidak tercapai apabila Wan Ahmad menghantar surat kepada Gabenor British menyatakan baginda menaiki jawatan Bendahara Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja.British telah bertindak mengakui kekuasaan Bendahara Pahang namun semasa pemerintahan Wan Ahmad pemberontakan tetap berlaku beberapa kali oleh anak Wan Mutakhir iaitu Wan Da,Wan Ahmad dan Wan Abdullah namun semuanya gagal.
  

Khamis, Disember 02, 2010

Konflik Pembunuhan Birch di Perak

( James Wheeler Woodford Birch )
Sistem Residen yang diperkenalkan British di Perak juga telah menimbulkan konflik antara Sultan Abdullah dan juga British.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah membawa kepada pengenalan sistem residen di Perak pada bulan November 1874. British pada masa itu diwakili oleh Sir Andrew Clark. Sememangnya pemerintahan Sultan Abdullah adalah lemah apabila baginda terpaksa berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Kerian.Selain itu,baginda juga telah memajakkan hak memungut cukai kepada sahabat baginda iaitu Lee Cheng Tee 26 000 dolar.Ramai pembesar pada zaman baginda tidak taat antaranya ialah Ngah Ibrahim bahkan alat kebesaran diraja juga masih berada ditangan Sultan Ismail apabila Sultan Ismail masih mengakui dirinya sebagai Sultan.Residen Perak yang pertama bernama J.W.W Birch yang pernah berkhidmat di Ceylon Sri Lanka.Semasa tiba di Perak,Birch berpendapat Perak merupakan negeri yang mundur dan perlu dimajukan segera demi kepentingan British.Pembaharuan yang cuba dibawa oleh Birch inilah yang telah mengguris hati orang Melayu dan menimbulkan dendam dalam kalangan pembesar Perak pada masa itu.Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh Birch antaranya ialah penghapusan hamba abdi,hak memungut cukai sehingga wujud konflik dan pertelingkahan.
    Perkara yang pertama dilakukan oleh J.W.W.Birch ialah mendapatkan hak memungut cukai.Birch mahu cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri bukannya oleh wakil sultan.Tujuan utama dilakukan perkara begini ialah bagi memperbaiki kewangan Perak yang gawat,menjelaskan hutang Perak dan juga membayar gaji kakitangan kerajaan termasuklah juga Residen.Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh Birch sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu ialah menghapuskan amalan hamba abdi yang mana selama ini telah menjadi tunjang kepada adat masyarakat Melayu.Beberapa hamba hutang telah melarikan diri kerumahnya dan sebahagiannya adalah hamba wanita.Birch berpendapat bahawa keadaan hamba abdi di Perak amat buruk dan perlu dihapuskan Sikap Birch berlawanan dengan arahan Gabenor Andrew Clarke yang memerintahkan supaya sabar melayani karenah orang Melayu terutamnya pembesar.
    Tindakan gopoh dan melulu J.W.W.Birch telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara British dan sistem Kesultanan.Selepas lebih kurang 3 bulan memegang jawatan Residen,Birch telah memaksa Sultan Abdullah supaya menandatangani satu pengistiharan supaya beliau dapat memungut cukai.Pada 20 Januari 1875,Birch telah memberi amaran kepada Sultan Abdullah supaya menandatangani pengistiharan tersebut jika tidak baginda akan dilucutkan dari takhta.Sultan Abdullah telah menulis surat kepada Andrew Clarke supaya Birch ditukar ataupun dihadkan kuasanya dan tindakan.Sultan Abdullah juga cuba menulis surat kepada gabenor namun dihalang oleh Andrew Clarke kecuali surat tersebut melalui Birch.Akhirnya pada 24 Julai 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani surat pengistiharan yang membolehkan British memungut cukai.Walaupun baginda menandatangani sengistiharan tersebut,namun baginda dan pembesar mersakan hak yang selama ini dipegang oleh Sultan telah dicabul.Selepas Andrew Clarke,William Jervois menjadi gabenor dan cuba menguasai Perak sepenuhkan.Oleh itu,pada September 1875,William Jervois telah melawat Perak dan memaksa Sultan Abdullah bersetuju dengan cadangan British itu.Sultan Abdullah dan para pembearnya tidak bersetuju berlainan pula dengan Raja Yusuf dan Raja Idris yang akhirnya diangkat menjadi hakim.British terus mendesak Sultan Abdullah supaya bersetuju dengan cadangannya dalam masa 15 hari sahaja.Pada 2 Oktober 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani 2 pengistiharan untuk melantik hakim British serta menyerahkan semua aspek pentadbiran kepada British termasuklah dalam bab melantik penghulu.Sebelum dari itu,iaitu 21 Julai 1875,Sultan Abdullah bersama pembesarnya telah mengadakan perbincangan di Kampung Durian Sebatang bagi menyekat pengaruh British.Dalam perbincangan itu,Datuk Maharaja Lela dan Dato Sagor telah bersetuju unutk membunuh Birch.Wakil juga dihantar ke Pulau Pinang untuk mendapat senjata.Ini bermakna walaupun British bertindak jauh terhadap negeri Perak,Sultan Abdullah sudahpun bersedia untuk menggunakan kekerasan terhadap British.
    Dengan pengistiharan bertarikh 21 Oktober 1875 itu,British gembira kerana berjaya menjadi pentadbir Perak secara sepenuhnya.Frank Swetteham telah ditugaskan untuk memberitahu rakyat Perak tentang pengistiharan itu.Pengistiharan tersebut juga turut ditampal di hadapan kediaman Residen British.Ini telah menyebabkan kemarahan pembesar Perak.Pada 11 November 1875,Birch telah tiba di Pasir Salak bersama dengan pembantunya Mat Arshad.Mat Arshad diperintah oleh Birch supaya menampal pengistiharan itu sementara dia pergi mandi.Datuk Maharaja Lela telah melarang Mat Arshad menampal pengistiharan tersebut tetapi Mat Arshad tetap berkeras sehingga dibunuh.Sementara itu,sekumpulan orang Melayu lagi ke tempat Birch mandi untu membunuhnya.Seputum telah mengambil tindakan dengan merejam Birch dengan lembing kemudian menetaknya.Dengan tindakan itu,British telah membawa ramai tentera dari India dan Hong Kong dan berjaya menawan Pasir Salak.Perintah tentera berlarutan sehingga Mac 1876.Pihak British menawarkan 6000 dolar kepada orang yang berjaya menangkap Datuk Maharaja Lela dan masing-masing 3000 dolar kepada yang berjaya menagkap 2 orang lagi yang terlibat.Perang Perak yang berlaku ini hanya bertahan selama setengah tahun sehingga pemimpin Melayu tersebut berjaya ditangkap.Semua pembesar negeri Perak terlibat dalam peristiwa ini kecuali Raja Yusuf dan Raja Idris.Datuk Maharaja Lela,Dato Sagor Pandak Enduk beserta 3 orang lagi dihukum gantung di Matangpada 1876.Manakala Sultan Abdullah,Menteri Larut,Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dihukum dibuang ke Pulau Seychelles.Manakala Raja Ismail dibuang ke Johor.


Sejarah Ringkas perebutan Takhta Perak abad ke-19

( Sultan Abdullah )

Masalah hura-hara di Perak bertambah teruk apabila berlaku juga perebutan Takhta antara kerabat di Raja Perak.Ia bermula selepas kemangkatan Sultan Ali pada 1871,maka Raja Bendahara iaitu Sultan Ismail telah dilantik sebagai pemerintah sekaligus menepikan Sultan Abdullah selaku Raja Muda.Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Raja Abdullah dan Raja Yusof. Raja Abdullah menentang kerana sepatutnya baginda yang menaiki takhta dan Raja Yusof menentang kerana baginda tidak disukai oleh pembesar.Dengan sokongan daripada pembesar Di Hilir seperti Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor,Raja Abdullah telah melakukan penentangan.Raja Abdullah tetap berkuasa di kawasan Hilir manakala Sultan Ismail dikawasan Hulu Perak sahaja. Sistem giliran anak Sultan di Perak telah berlarutan sehingga tahun 1958.
     Seseorang yang ingin menjadi Sultan perlu mendapat perkenan dari menteri dan juga keturunan dari pihak lelaki.Sultan Ali hanya berhak menjadi Raja Bendahara tetapi tidak berhak untuk mendapat lebih dari itu kerana ayahnya berasal dari Siak.Maka Raja Abdullah dilantik sebagai Raja Muda.Tetapi sepatutnya jawatan itu dipegang oleh Raja Yusuf yang 2 kali telah disingkirkan kerana para pembesar tidak berkenan.Selepas kemangkatan Sultan Ali,Raja Abdullah tidak berada di Sayung Perak Utara semasa upacara pemakaman maka para pembesar melantik Raja Ismail sebagai Sultan.Mengikut adat melayu,seseorang raja perlu dilantik sebelum bekas raja dimakamkan.Para pembesar menunggu kedatangan Raja Abdullah selama 32 hari sebelum upacara pemakaman dilakukan.Untuk pergi ke Sayong,Raja Abdullah perlu melalui Senggang tempat Raja Yusuf.Sedangkan sebelum itu,Raja Yusuf telah berjanji untuk mengambil takhta kerajaan Perak walaupun dengan menggunakan kekerasan.Selain itu,Raja Abdullah juga tidak disukai oleh pembesar Perak Utara.Ini kerana Raja Daud dari Selangor pernah melarikan Raja Latifah iaitu isteri Raja Abdullah.Namun Raja Abdullah hanya berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Antara mereka yang terlibat dalam perlantikan Sultan Ismail adalah Ngah Ibrahim.Oleh itu Raja Abdullah amat benci kepada Ngah Ibrahim sehingga menolong puak Gee Hin dalam perang Larut ke empat.Ini terbukti apabila Raja Abdullah menemui puak Gee Hin di Pulau Pinang pada Januari 1873.Namun akibat daripada pembunuhan J.W.W.Birch Raja Yusuf telh dilantik menjadi Sultan kepada negeri Perak bagi mengantikan Sultan Abdullah.Tetapi sebelum itu,Sultan Abdullah telah dilantik menjadi Sultan oleh British selepas menandatangani perjanjian Pangkor 1784 yang mana Perak akan menerima seorang Residen..

Rabu, Disember 01, 2010

Sejarah Ringkas Perang Larut


    Perak antara negeri yang mengalami konflik yang berlarutan dan juga merupakan negeri pertama yang menerima penjajahan British secara langsung melalui Perjanjian Pangkor 1974.Sebelum itu,sudah banyak kekacauan telah berlaku seperti Perang Larut.Perak merupakan negeri yang kaya dengan hasil bijih timah terutamanya di daerah sekitar Kelian Pauh,Lembah Kinta dan Kelian Bharu. Orang Melayu pada masa itu hanya menjalankan perlombongan bijih timah dengan hanya menggunakan teknik mendulang. Teknik mendulang hanya mendapat hasil yang sedikit sedangkan bijih timah pada masa itu harganya agal tinggi.Oleh itu,sekitar tahun 1848,Long Jaafar telah membawa masuk orang cina secara besar-besaran bagi menusahakan lombong bijih dan hasilnya meningkat berkali ganda. Malangnya,orang cina yang datang itu telah terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Hai San dan Gee Hin yang telah menimbulkan hura hara di Perak sehingga berlakunya Perang Larut.Bagi mengatasi kekacauan ini,Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim telah melantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Selat iaitu Kapten Speedy bagi menyelesaikan masalah kekacauan tersebut yang merugikan perdagangan timah.

    Larut merupakan sebuah sebuah daerah yang diperintah oleh wakil sultan iaitu Long Jaafar.Long Jaafar telah membawa masuk seramai 20 orang cina dari suku Chin Seah yang berasal dari Kwangtung bagi membuka lombong di Kelian Pauh.Kemakmuran lombong Kelian Pauh telah mendorong orang cina dari jauh seperti Pulau Pinang turut datang untuk turut melombong.Suku yang pertama sekali datang ialah suku Khek dan membuat penempatan di kawasan Kelian Pauh.Selepas puak Khek datang pula puak Kongfu yang membuat penempatan di Kelian Bharu yang turut membawa masuk kongsi gelap.Disebabkan kemakmuran Larut ini maka telah berkumpul 2 kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari puak Hai San dari suku Khek dan puak Gee Hin dari suku Kong fu.Walaupun mereka berada di Larut namun mereka tetap menharapkan bantuan kewangan dari Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan pusat kepada kegiatan Kongsi Gelap.Pemerintah Melayu di Larut mendapat hasil melalui beberapa punca seperti cukai timah yang dibawa keluar,cukai candu dan juga cukai perjudian.Dalam pengutipan cukai ini Pembesar Melayu hanyalah melakukan sisitem pajak.Puak Hai San merupakan puak yang pertama sekali datang dan diberi pajak tersebut maka ini menimbulkan kedengkian kepada puak Gee Hin.Perselisihan 2 puak ini berlaku akibat beberapa sebab seperti hal melombong dan juga kuasa mengawal pengaliran air yang sangat penting dalam pelombongan.Hubungan kedua puak ini bertambah tegang apabila berlaku Peperangan Hakka Puntei di Kwangtung iaitu antara puak Khek dan Kongfu.

    Perang Larut pertama berlaku pada tahun 1861 apabila puak Hai San menyekat laluan air ke lombong puak Gee Hin yang kaya dengan bijih timah.Dalam perang ini,Puak Gee Hin telah kalah dan terusir ke Kemunting.Selepas serangan pertama tersebut puak Hai San sekali lagi menyerang puak Gee Hin pada waktu malam sehingga memaksa puak Gee Hin berundur ke Permatang di pinggir laut.Kira-kira 1000 puak Gee Hin pergi ke Pulau Pinang dalam keadaan yang menyedihkan,ketua puak Gee Hin telah meminta bantuan British untuk menyiasat perkara tersebut.Gabenor British telah meminta Sultan Perak menyiasat dan membayar ganti rugi kepada Puak Gee Hin yang berjumlah 17,500 dolar namun Sultan tidak dapat membayarnya dan pula boleh memaksa Ngah Ibrahim membayarnya.Sultan Perak telah menghantar Laksamana Muhammad Amin untuk berunding dengan Ngah Ibrahim tentang masalah ini.Jumlah sebegitu besar tidak mampu dibayar oleh Sultan dan Ngah Ibrahim telah bertindak membayarnya.Sebagai tanda terhutang budi Sultan Perak telah memberi hak tadbiran mutlak kepada Ngah Ibrahim dan diangkat menjadi Menteri Larut.Ho Ghi Siu telah dilantik oleh British sebagai ketua baru di Larut menggantikan So Ah Ching yang mati dibunuh dalam perang ini.

    Tidak terhenti setakat itu,Pada 1865,berlaku pergaduhan mengenai perjudian di Kelian Pauh.Puak Hai San seramai 200 orang telah bertindak merampas kedai perjudian milik puak Gee Hin.Tuan kedai tersebut telah melaporkan tindakan puak Hai San tersebut kepada puak Gee Hin yang berada di Kelian Bharu.Puak Gee Hin menjadi marah dan membunuh seorang puak Hai San pada 10 Jun serta menyerang Kelian Pauh dan membakar kampung tersebut.Oleh itu,puak Hai San dengan dibantu oleh Ngah Ibrahim telah bertindak menyerang pauk Gee Hin sehingga memaksa Di Pulau Pinang mereka cuba mendapat bantuan British namun tidak berhasil apabila British tidak mahu terlibat dengan peristiwa terbabit.Tidak cukup dengan peperangan di Larut,puak Hai San menyerang pula puak Gee Hin di Pulau Pinang.Mereka mendapatkan bantuan daripada kongsi gelap Toh Peh Kong dan kumpulan bendera Merah.Manakala puak Gee Hin bersatu dengan puak Bendera Putih yang bermusuh dengan Puak Bendera Merah.Pada 3 Ogos berlaku peperangan yang hebat selama 5 hari.Selepas perang tersebut,setiap puak didenda sebanyak 5000 dolar dan ketua yang aktif dalam puak tersebut telah dibuang negeri bagi mengelakkan masalah sama berulang. 

    Perang Larut tidak terhenti setakat itu sahaja.7 tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1872 berlaku sekali Perang Larut akibat hubungan ketua puak Gee Hin iaitu Lee Coyen ( Lee Ah Kun ) dengan isteri kepada saudara rapat ketua puak Hai San iaitu Chang Keng Kwee.Lee Coyen dan perempuan tersebut telah ditangkap oleh puak Hai San dan mereka diseksa dengan dimasukkan kedalam keranjang bekas babi dan turut dihumban kedalam bekas lombong.Orang Gee Hin memang telah menanti peluang untuk menyerang puak Hai San.Puak Gee Hin lebih sedikit berbanding dengan puak Hai San jadi puak Gee Hin  telah membawa masuk orang,senjata,serta peluru untuk tujuan itu.Pada Febuari 1972,Puak Gee Hin telah melakukan serangan keatas Hai San dan serangan ini berjaya mengusir puak Hai San dari Kelian Pauh.Menteri Ngah Ibrahim telah membawa puak Hai San ke Pulau Pinang dan memberikan konsesi lombong kepada puak Gee Hin.Tetapi pada September 1872 puak Hai San bersedia untuk menyerang Larut kembali.Serangan keatas Larut hanya berlaku setelah setelah Gabenor British tidak mahu menyelesaikan pergaduhan tersebut.Serangan Puak Hai San telah berjaya menawan Matang dan berjaya mengusir puak Gee Hin dari Larut.

    Perang Larut keempat berlaku pada tahun 1873,dan merupakan Perang Larut yang terakhir.Perang Larut ini terjadi akibat Puak Gee Hin yang ingin membalas dendam atas kekalahannya di Larut.Puak Gee Hin telah menyerang dan berjaya menawan pekan Simpang yang strategik untuk menawan Larut.Mereka mengadakan rondaan di Sungai tersebut bagi mengelakkan bekalan makanan dan senjata dibawa masuk ke Larut.Mereka juga telah membina kubu di Simpang.Menteri Larut telah ke Kerian bagi mendapat bantuan British setelah Sultan Ismail gagal untuk menyelesaikan perkara ini namun British enggan menolong.Puak Hai San telah menyewa kapal Fair Malacca dan mengibarkan bendera Union Jack untuk ke Larut.Kapal tersebut telah diserang dan memaksa British menghantar angkatan kecil perang untuk menghapuskan Puak Gee Hin yang dituduh sebagai lanun.Menteri Larut telah meminta bantuan Kapten Speedy setelah isu itu terus berlarutan.Kapten Speedy telah berhenti sebagai penolong penguasa polis setelah ditawarkan 15 000 dolar dan suku dari hasil daerah Larut jika berjaya menyelesaikan masalah tersebut.Namun masalah ini hanya selesai setelah Sir Andrew Clark menjadi Gabenor apabila beliau menyelesaikan masalah pertelingkahan perebutan takhta raja Perak kerana Perang Larut ini juga berlaku akibat penglibatan mereka yang berebut takhta Perak.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters