Terdapat
sejumlah kata keterangan yang boleh terbentuk dengan salah satu daripada salah
satu cara yang berikut: i) awalan se- yang diimbuhkan kepada kata dasar kata
selapis atau kata ganda yang tertentu, ii) awalan se- yang diakhiri oleh akhiran –nya
atau -an, iii) akhiran –nya atau –an sahaja. Kata keterangan
yang diterbitkan dengan cara demikian dapat mengambil salah satu
daripada bentuk-bentuk berikut:
a)
Se
+ kata dasar.
Misalnya:
sekali, selalu, selama, sesudah, sebelum, sehari dan sebagainya. Contoh ayat
adalah seperti berikut:
i.
Si Ahmad itu baik sekali orangnya.
ii.
Budak-budak itu selalu datang ke rumah
saya.
b)
Se
+ kata dasar + nya
Misalnya:
sesungguhnya, sebenarnya, sayugianya, selamanya, seberapa baiknya dan
sebagainya.
c)
Se
+ kata dasar ganda
Misalnya:
setinggi-tinggi, sebaik-baik,
sepandai-pandai, secerdik-cerdik, sekuat-kuat dan sebagainya.
d)
Se
+ kata dasar ganda+ nya
Misalnya:
sedapat-dapatnya, seboleh-bolehnya,
sebaik-baiknya, selebih-lebihnya dan sebagainya.
e)
Se
+ kata dasar + an
Misalnya
seharian, sebilangan, seorangan dan sebagainya. Contoh ayat aadalah seperti
berikut:
i.
Dia tinggal seharian dirumah.
ii.
Mereka akan menyambut sebilangan besar
pelajar-pelajar.
f)
Se
+ dasar
ganda + an
Misalnya:
sehari-harian, semalam-malaman dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti
berikut:
i.
Ayah bekerja sehari-hari tidak berhenti.
ii.
Anakku tidak dapat tidur semalam-malaman.
g)
Kata dasar + nya
Misalnya:
rupanya, agaknya, akhirnya, hendaknya, biasanya, selalunya, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,
kata kerja terbitan boleh boleh berfungsi sebagai kata keterangan dengan alasan
ia hendaklah menerangkan kata kerja tertentu yang lain dalam predikat sesuatu
ayat. Misalnya:
Kata
kerja
|
Kata
keterangan
|
Budak itu berseorangan di sana.
|
Budak itu duduk berseorangan di sana.
|
Ibu keseorangan setelah ayah meninggal
dunia.
|
Ibu tinggal keseorangan setelah ayah
meninggal dunia.
|
Pasangan itu berdua-duaan di hujung
padang sana.
|
Pasangan itu berjalan berdua-duaan di
sekolah.
|
Ali sedang berdengkur di bawah pokok
itu.
|
Ali sedang tidur berdengkur di
biliknya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan