Kehidupan
asrama bagi setiap orang adalah berlainan dan begitu jugalah kehidupan aku
diasrama. Ramai orang merasakan kehidupan asrama ibarat berada disebuah penjara
yang dikelilingi oleh geriji tajam[1]
dan juga diawasi oleh beberapa orang warden penjara yang berwajah kejam.[2]
Mungkin inilah antara yang menyebabkan ramai pelajar yang takut untuk berada di
asrama tambahan lagi pelajar yang dikira berada. Aku berada diasrama dalam 4
waktu iaitu semasa sekolah
rendah,tingkatan 3,tingkatan 5 dan tingkatan 6. Dan setiap daripada satunya mencungkil
pengalaman yang berbeza.
Semasa sekolah rendah sejak daripada darjah
empat lagi aku adalah pelajar yang paling malas untuk pergi kesekolah mungkin
kerana beberapa sebab. Antara sebab yang sering aku berikan kepada kawan yang
sering bertanya ialah aku suka tengok kartun Dragon Ball dan memang aku minat
dengan kartun tu. Masih aku ingat guru kelas pada darjah empat itu ialah cikgu
Osman yang merupakan guru sains ku sendiri. Beliau merupakan seorang yang amat
baik dan sering “melepaskan”[3]
aku daripada hukuman apabila tidak datang kesekolah walaupun alasan yang
diberikan adalah sama iaitu tertidur,sakit perut dan pening kepala. Alasan ini
bukan sahaja digunakan oleh aku tetapi juga oleh kebanyakan pelajar yang
mempunyai hobi seperti aku. Tetapi sebenarnya da sebab yang lain kenapa aku
betul-betul malas untuk kesekolah pada masa itu. Semasa aku darjah 3,aku
merupakan pelajar yang paling cemerlang di kelas 3M[4]
dan sepanjang setahun itu tidak pernah ada seorang pun yang mampu merampas
tempat aku dan itu membawa makna aku mendapat tempat nombor 1 dalam setiap
peperiksaan selama setahun di kelas itu.[5]
Pada darjah 4 aku telah naik kekelas 4 Teratai seorang diri dan dalam keadaan
yang belum dapat membiasakan diri didalam kelas itu ada seorang pengawas
perempuan dalam kelas itu yang yang suka marah kepada saya sehingga saya sering
menangis dan pada saya mungkin inilah sebabnya aku menjadi seorang yang malas
pergi ke sekolah sehingga tingkatan 2.[6]
Namun keseronokan aku tidak kesekolah tidak lama kerana guru yang baik itu
ditukar kepada seorang lagi guru. Guru yang menjadi guru kelas kepada aku masa
itu ialah Puan Rohaya dan agak cerewet dalam bertanya pelajar yang tidak datang
kesekolah namun aku pada masa itu masih tidak takut untuk memonteng kerana
cikgu Rohaya masih diketogorikan sebagai guru yang baik.
Semasa darjah 6,saya mendapat seorang guru
kelas yang garang yang bernama cikgu Siti.[7]
Walaupun takut,saya tetap beranikan diri untuk ponteng sekolah. Namun setiap
kali masa kelas cikgu Siti Rogayah itu,saya berasa amat takut kerana cikgu Siti
sering tidak “melepaskan” peluang untuk menghukum kami. Saya masih ingat,suatu
hari saya tidak bila saya pergi sekolah setelah hari sebelumnya saya ponteng
dan kebetulan kelas Cikgu Siti waktu pagi. Pada pagi itu, ada musyuarat dalam
kalangan guru sekolah di perpustakaan. Saya mengintai dari kelas saya yang
kebetulan berada dekat dengan kelas saya. Dalam hati saya,saya amat berharap
supaya musyuarat itu lama dan memohon supaya cikgu siti tidak akan sempat masuk
ke kelas. Malangnya musyuarat yang diadakan adalah singkat sahaja dan cikgu
siti masuk ke kelas dan perkara pertama yang akan ditanya apabila masuk kelas
ialah mengenai kehadiran. Perkara yang paling menakutkan mengenai cikgu Siti ini
ialah beliau suka mencubit perut pelajarnya yang tidak datang ke kelas. Alasan
yang diberikan adalah sia-sia sahaja.
Pada tanggal 22 Febuari 2001,yang juga
merupakan Hari Tahun Baru Cina,saya seorang diri telah turun dari rumah sejak
awal pagi lagi untuk melihat pancing yang dipasang pada hari sebelumnya. Saya
tidak pasti pukul berapa saya turun dari rumah dengan berbasikal namun
seingatan saya waktu itu masih gelap lagi mungkin sekitar pukul 7 pagi. Pada
pagi tu,saya mendapat seekor ikan tapah dan dengan hanya memegang sebelah
sahaja “handle” basikal dan sebelah lagi ikan saya mengayuh balik,tetapi
malangnya,setelah sampai dipersimpangan jalan ke rumah,basikal yang dinaiki
oleh saya telah terbabas dan terbalik sehingga menyebabkan tulang tangan sebelah
kiri saya mengalami kepatahan. Saya hanya mampu menahan diri daripada menangis
dan menyorong basikal hingga ke rumah. Ikan yang saya dapat itu dilepaskan di
sebuah alur yang ada sebelum sampai dirumah saya. Saya masih ingat pada masa
itu,lalu seorang tua yang mahu kekebun getahnya,tapi saya hanya menyembunyikan
sahaja daripadanya. Saya berusaha berjalan untuk sampai ke rumah dan apabila
sampai di rumah saya terus mengambil kain pelikat untuk membuat kain sandang
dan hanya air mata yang bercucuran. Saya pada masa itu menyembunyikan kejadian
ini daripada ibu saya kerana takut dimarahi. Kebetulan pada waktu datang
seorang tua yang bertanya kepada saya apa yang berlaku dan orang itu yang
dipanggil Mak Da Jenab telah memaklumkan ibu saya mengenai perkara ini.
Sudah
adat dikampung, ibu saya telah memanggil seorang bomoh patah untuk merawat saya
yang mana saya sendiri sudah tidak pasti siapa namanya namun seingat saya
namanya ialah Pok We Patah. Urutan yang dibuat amat menyakitkan,semakin kuat
suara yang keluar semakin kuat urutan yang dilakukan menyebabkan saya hanya
menahan sahaja apa yang ingin dilakukannya. Saya dilarang untuk memakan banyak
benda antaranya yang paling ditegah ialah sebarang jenis kacang kerana katanya
kacang akan menyebabkan tulang yang sudah pulih kembali sakit. Saya hanya
diberi makan makanan yang dibakar terutamanya ayam kampung[8]
bakar dan juga ikan haruan kering yang dibakar. Disebabkan peristiwa patah
tangan itu,saya tidak pergi ke sekolah hampir 2 bulan[9]
dan mungkin lebih sehinggalah 2 orang guru saya datang iaitu Cikgu Siti dan
Cikgu Rohaya. Seiingat saya mereka datang pada hari rabu dan saya hanya pergi
ke sekolah pada hari Ahad minggu berikutnya. Sehingga sekarang saya masih ingat
perkataan yang diucapkan oleh cikgu Siti pada masa itu kepada ibu saya “ dio ni
cerdik sebab tu saya mari turut suruh dio sambung”.
Saya telah dipaksa oleh cikgu Siti untuk
tinggal diasrama bagi mengelakkan supaya saya tidak lagi ponteng sekolah namun
saya bertahan selama beberapa minggu untuk tidak ke asrama. Desakan untuk duduk
di asrama bukan sahaja datang daripada guru bahkan datang daripada Guru Besar
pada waktu itu yang bernama Che Embong. Saya masih ingat suatu hari saya telah
dipaksa keluar kelas oleh Cikgi Siti semata-mata untuk mengambil borang asrama
daripada warden pada masa itu iaitu Ustaz Rahimi.
Diasrama sekolah kebangsaan Bintang
terdapat 2 dorm untuk lelaki dan 3 dorm untuk perempuan. Dorm lelaki dipasahkan
oleh sebuah bilik computer namun jaraknya amat dekat. Apabila lepas waktu studi
pada malamnya,banyak perkara yang dimainkan dan saya masih ingat bahawa kami
bermain lontar baldi didalam dorm. Saya berada di dorm A dan kami di dorm A
akan menyelinap masuk ke dorm B tanpa disedari untuk melontar baldi yang berisi
air kepada pelajar yang berada di dorm B,dan begitu lah seterusnya.
Serangan timbale bali sering berlaku. Kawan saya yang digelar Idi Pendek[10] telah menangis apabila penyelia petang telah menambah nasi semasa makan petang. Mungkin kerana Idi pada masa itu masih kecil dan agak cuak apabila penyelia petang pada masa itu bertindak begitu dan mungkin cara dia menyelamatkan diri dengan menangis.
Serangan timbale bali sering berlaku. Kawan saya yang digelar Idi Pendek[10] telah menangis apabila penyelia petang telah menambah nasi semasa makan petang. Mungkin kerana Idi pada masa itu masih kecil dan agak cuak apabila penyelia petang pada masa itu bertindak begitu dan mungkin cara dia menyelamatkan diri dengan menangis.
Banyak peristiwa yang menarik semasa berada
di asrama pada masa itu. Masih saya ingat semasa semua orang dah balik dari
asrama,saya dan seorang lagi kawan saya telah masuk ke dorm perempuan dengan
diiringi oleh Syikin yang merupakan palajar darjah 5 pada masa itu. Saya
melihat bentuk asrama perempuan pada masa itu berlainan sekali dengan dengan
asrama lelaki. Dorm perempuan pada hakikatnya seperti 1 dorm sahaja kerana dari
dorm ke dorm ada gerbang untuk masuk dan ini bermakna bahawa mereka tidak perlu
menggunakan pintu luar untuk masuk dorm lain kerana mereka memiliki dorm yang
sama.
Suatu hari,kami telah masuk ke bilik
computer ditepi dorm lelaki semasa waktu studi waktu petang. Pada masa itu,saya
amat takut untuk bermain komputer sehingga ingin memegang tetikus pun takut.
Saya hanya melihat kawan-kawan bermain dan tanpa disedari kami telah terlewat
untuk solat asar sehingga diketahui oleh warden. Kami didenda untuk mengangkat
sampah yang telah berulat di rumah warden,bayangkan terseksanya kami dahlah
jarak antara rumah warden dengan tempat pembuangan sampah terlalu jauh dan
dengan kudrat kanak-kanak pada masa itu ia boleh dikira terseksa. Ustaz Rahimi
merupakan seorang yang tegas,setiap pagi beliau akan mengetuk pintu asrama
untuk solat subuh dan dengan itu kami akan bergegas bangun dan terus memakai
baju yang telah disediakan di bucu katil. Selain itu,ada seorang lagi guru yang
tegas . Guru itu bernama Cikgu Tengku.[11]
Pada suatu hari, sebelum solat magrib saya telah menyampaikan “ceramah” di
kawasan perhimpunan sekolah yang terletak ditengah-tengah antara asrama dan
surau. Saya masih ingat antara isi kandungannya ialah:
“
Yang berbahagia batang bendera dikiri saya,yang dirahmati pasir dan kerusi
dikanan saya.. ............. saya terjumpa ikan bau yang mati tertelan tulang
ayam...”
Ucapan
itu seingat saya agak panjang dan ia dilakukan dalam keadaan main-main sahaja
dan saya tidak mengjangkakan pelajar lain melaporkan perkara itu kepada cikgu
Tengku.Tetapi mujurlah tiada hukuman “kejam” yang dilaksanakan. Zaman sekolah
rendah merupakan zaman yang paling gembira kerana tiada apa yang perlu
difikirkan.
Semasa tingkatan 5,saya sekali lagi berada
diasrama. Pada masa itu,wataknya sudah berlainan sekali dengan kenakalan semasa
sekolah rendah namun tahap kenakalan tetap tidak jauh bezanya. Satu penyakit
bila berada diasrama ialah kita akan mudah terikut dengan apa yang dilakukan
kawan dan antara penyakit yang berlaku diasrama Sekolah Menengah Kebangsaan
Renek pada masa itu ialah pelajar akan tidur lewat sehingga jam 2 pagi
semata-mata untuk bermain daun terup. Setiap pagi diasrama pada waktu itu kami
akan memeriksa dorm yang berlainan. Ini bermakna lelaki akan memeriksa dorm
wanita dan begitulah sebaliknya.
Kami lelaki sering menjadi mangsa. Kami
cuba bertolak ansur dengan perempuan namun perkara itu seakan-akan sia-sia
sahaja. Pakaian lelaki yang terjatuh dari sidaian akan dibawa keluar ketempat
perhimpunan pelajar. Demi membalas dendam pelajar lelaki yang memeriksa[12]
dorm perempuan akan mengcampakkan pakaian dalam perempuan ke jalan raya diluar
dorm perempuan.
Suatu hari kawan saya berdendam dengan seorang
wanita yang telah memarahinya didalam kelas Peluang ini telah diambil
kesempatan olehnya dengan kencing dikain perempuan itu. Saya hanya boleh
menggiling kepala sahaja. Semasa akhir tahun,asrama desa sekolah saya telah
ditambah baik. Mozek telah dipasang di asrama dan kami telah menjadi 2-3 kelas
sebagai markas kami dan kelas yang saya duduki itu dipanggil sebagai “rumah
puaka”. Kami akan mengangkat tilam yang berada didalam dorm untuk dibawa
kedalam kelas. Disini berlaku satu peristiwa yang melucukan dimana berlakunya
peristiwa “ hantu tilam”.[13]
Peristiwa hantu tilam betul-betul
menggemparkan asrama sekolah pada waktu itu sehinggakan seorang pengawal
keselamatan yang memang minat mistik turut percayakannya dan terus menyebarkan
cerita ini kepada pelajar perempuan. Tetapi hantu tilam sebenarnya 3 orang
rakan saya yang mengusung tilam kekelas. Apabila kisah ini terbongkar kami
dapat melihat muka pengawal keselamatan yang malu kerana menyebarkan cerita
yang palsu.
Semasa tingkatan 6 sekali lagi saya berada
di asrama namun asrama pada masa itu sudah jauh berbeza daripada tingkatan 5
dahulu. Pelajarnya lebih bertambah baik dan kebanyakan pelajar adalah tingkatan
3 dan 2. Saya masih ingat bahawa pada awal tahun kami telah kenakan 2 orang
pelajar junior. Pertama sekali kami kenakan seorang pelajar yang juga merupakan
anak saudara kepada warden. Kami bangun sekitar jam 2.00 pagi dan buat
seolah-olah sudah masuk waktu subuh. Jam dinding yang ada telah kami putarkan
kepada pukul 6.30 pagi. Tanpa berlengah pelajar itu terus bangun dan kami
mendesak supaya pelajar itu pergi azan tanpa menggunakan speaker. Kisah yang
kedua juga hampir sama dimana pelajar dikejutkan jam 2.15 pagi dan kami turut
mendorongnya untuk azan. Mungkin kerana pelajar itu merupakan pelajar baru maka
dia menangis apabila dikenakan. Perkara yang paling melucukan banyak yang
berlaku. Diasrama desa itu,terlalu ramai yang mahu bermain daun terup,bukan
sahaja yang sudah dianggap dewasa tetapi juga yang masih “kecil”. Bagi
mengelakkan budak yang kecil itu bermain,kami akan mengenakan syarat untuk
bermain iaitu siapa yang kalah perlu membuat apa yang kami suruh.
Anak saudara kepada warden asarama pada
masa itu turut bermain. Kami telah berpakat untuk mengenakannya walaupun dalam
permainan itu “orang” kami yang kalah namun penipuan yang berlaku telah
menyebabkan diatas kertas anak saudara warden itu yang kalah. Kami memaksa dia
untuk mencium seorang budak lelaki yang suka tidur awal dan selalu mengeluarkan
air liur basi yang bernama farid namun disebakan selalu keluar air liur basi maka
kami namakannya sebagai longkang.
Kisah
zaman persekolahan terlalu banyak untuk diceritakan dan semestinya dalam
ruangan yang ringkas ini tidak mampu untuk mengungkapkan segala kenangan manis
mahupun pahit semasa waktu persekolahan.
[1]
Pintu pagar asrama.
[2]
warden asrama
[3]
tidak menghukum walaupun tidak hadir ke sekolah tetapi beliau hanya
bertanya mungkin sekadar untuk menakutkan aku yang sering tidak hadir ke
sekolah.
[4]
Di Sekolah Kebangsaan Bintang pada masa itu,hanya ada 3 kelas untuk
setiap darjah iaitu kelas Teratai ( T ) yang merupakan kelas no 1,Kelas Melor (
M ) kelas no 2 dan kelas Kenanga ( K ) kelas no 3.
[5]
Saya semasa darjah 1 merupakan pelajar yang berada dikelas teratai namun
telah menukar kelas ke kela 1 mawar kerana sering dibuli oleh kawan yang lain
dan mungkin juga kerana kawan sepermainan aku yang juga semuanya perempuan
berada dikelas tersebut.
[6]
Semasa saya tingkatan 1 saya berada dikelas 1E2 yang merupakan kelas
nombor 6 daripada 11 kelas. Di tingkatan 1 saya telah dipanggil oleh guru
disiplin pada waktu itu iaitu cikgu Shuhaimi untuk mengugut akan membuang saya
dari sekolah jika terus tidak hadir kerana dalam rekod pada waktu itu saya
telah tidak hadir selama 61 hari dan semasa tingkatan 2 saya tidak hadir selama
62 termasuklah ponteng 11 hari berturut-turut semasa bulan Febuari.
[7] Cikgu Siti merupakan guru yang paling
digeruni oleh pelajar disekolah itu. Beliau sering marah kepada pelajar dan
jika pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah,cikgu siti akan menggunakan pemadam
papan hitam untuk memukul bahu kami.
[8] Pada waktu ini,ayam dikampung telah diserang
oleh satu penyakit yang tidak dikenal pasti. Ayam itu akan menjadi gila dan
kemudiannya akan mati. Ibu telah memasukkan ubat “pinisilin” kedalam air untuk
diminum oleh ayam namun masih ramai yang mati. Ayam yang gila ini kebiasaannya
akan disembelih.
[9] Sebenarnya,tangan yang patah telah sembuh
dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja. Sebelum cikgu datang kerumah saya,saya
sudah pun boleh menggali telaga pada masa itu.
[10] Idi Pendek ( sekarang Arwah ) telah meninggal
dunia dalam kemalangan motosikal dalam tingkatan 2.
[11] Cikgu Tengku merupakan antara cikgu yang
paling digeruni di Sekolah Kebangsaan Bintang pada waktu itu. Beliau suka
menghukum pelajar yang tidak mampu menjawab soalan matematiknya dan juga kepada
pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah.
[12]
Saya merupakan pekerja tetap dalam memeriksa dorm perempuan ni,dan perbezaan
kekemasan antara dorm lelaki dan perempuan amat jauh berbeza.
[13] Peristiwa hantu tilam ini menjadi semakin
memberi pengaruh ketakutan diasrama pada waktu itu kerana sebelum itu berlaku
peristiwa dimana seorang pelajar yang studi seorang diri di sebiah kelas telah
telah diganggu oleh makhluk yang dipercayai makhluk halus. Tubuhnya sebesar
cawan kecil sahaja yang melekat di cermin dan apabila dilihat kesan pada cermin
itu bukan kesan cermin yang dilap... Sehingga sekarang peristiwa ini masih
dianggap misteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan