Pengikut

Sabtu, April 16, 2011

Buddha di Jepun


Agama Buddha sebagaimana yang diterangkan diatas adalah agama yang lahir di utara India atau lebih tepat di Nepal. Ajaran ini telah tersebar ke negara China dan disini pendeta Buddha di China menyebarkan pula ajaran ini kepada negara sekitar seperti Korea,Jepun,Vietnam dan lain-lain. Mengikut rekod, ajaran Buddha telah tiba ke Jepun pada abad ke 6 lagi melalui Korea. Namun begitu, pada abad ke 7 hingga abad ke 16,rahib-rahib Jepun telah datang ke China untuk belajar terus daripada pendeta di Tanah Besar. Jepun sememangnya memiliki penduduk yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat.
    Ajaran Buddha di Jepun adalah ajaran Buddha yang telah mengalami proses asimilasi dengan budaya tempatan dan sekaligus mempunyai perbezaan dengan ajaran Buddha di China mahupun India. Penyebaran dan perkembangan ajaran Buddha di Jepun telah mendapat sokongan daripada Putera Mahkota Shotoko. Maharaja Nara contohnya amat berminat dengan ajaran Buddha  iaitu Sutra of the Golden Light dan menjadikannya sebagai panduan dalam pemerintahan. Semasa zaman Heian,ibu negara telah dipindahkan ke Kyoto,dan agama Buddha pada masa ini bertapak lebih kukuh di Jepun. Ajaran Shinto dan Buddha telah dicampurkan adukkan oleh masyarakat Jepun dimana di setiap rumah bukan hanya memiliki tempat penyembahan ajaran Shinto tetapi juga tempat penyembahan untuk agama Buddha. Orang Jepun lebih suka mengamalkan ritual ajaran Shinto dalam majlis perkahwinan dan ajaran Buddha dalam ritual pengebumian. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun ini bermula dalam kalangan golongan bangsawan dan kemudian diterima oleh penduduk tempatan. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun semakin dramatik pada zaman Kamakura dimana agama Buddha telah mengalami tranformasi yang dilakukan oleh 4 orang pemikir agama itu iaitu Honen,Shinran,Dogen dan Nichiran yang mana telah melahirkan mazhab Buddha yang baru iaitu Nichiran dan Zen. Mazhab yang baru ini telah menyebabkan berlakunya pertentangan dalam agama Buddha di Jepun. Pertentangan yang jelas berlaku dengan 2 lagi mazhab Buddha iaitu Tendai dan Shigon. Perkembangan mazhab Zen pada kurun ke 14 hingga 19 telah menyebabkan kerajaan menaunginya sekaligus menyebabkan mazhab Buddha yang lain bersaing sesama sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah.
    Mazhab Tendai dan Shigon menekankan kepada upacara ritual semata-mata. Mazhab Zen dan Nichiran ini lebih memudahkan pemahaman orang awam untuk memahami ajaran Buddha bahkan mereka menunjukkan jalan kepada orang awam untuk mencapai Nirvana melalui jalan yang mudah. Pada pendapat ajaran Shinran, seorang perlu juga memiliki keluarga dan menekankan konsep Amida Buddha. Perkembangan ajaran Buddha di Jepun amat berbeza dengan perkembangan ajaran Buddha di India mahupun China. Walaupun Buddha di China turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan namun ia bukanlah satu perkara yang menonjol bahkan ajaran Buddha ini mempunyai pengikutnya yang taat tersendiri berbanding dengan ajaran Buddha di Jepun yang mengalami asimilasi yang banyak dengan budaya penduduk tempatan. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters