Pengikut

Selasa, November 30, 2010

Pemikiran Syed Qutb


    Syed Qutb membahagikan etika politik kepada 2 iaitu matlamat perjuangan dan muamalah syaksiyah dan diniyyah.

MATLAMAT PERJUANGAN
    Seseorang ahli politik Islam sememangnya mempunyai satu tugas atau bebanan yang berat berbanding dengan ahli politik bukan Islam.Ahli politik Islam sememangnya perlu menjelaskan kepada masyarakat apa itu Islam seterusnya mengajak mereka kepada Islam yang sebenar atau Deenul Haq.Menurut Syed Qutb kebenaran ialah mengzahirkan dan menjelaskan Islam.Dalam harakah Islam seperti Ikhwanul Muslimun,tugas utama mereka dalam bidang politik atau perjuangan adalah bagi mangangkat agama kepada yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang ada sekarang sehinggalah agama diletakkan di tempat yang selayaknya.Matlamat Syed Qutb dan Ikhwan yang didokong Syed Qutb secara khasnya ialah membimbang dan mendorong masyarakat supaya menghayati Islam dan merasai nikmat berada dalam agama Islam itu sendiri.Ia juga mengajak kepada penyembahan kepada Allah semata-mata tanpa menjadi hamba kepada manusia terutama mereka yang tidak mengikut agama Islam.
    Syed Qutb juga menjelaskan kepada pejuang Islam yang lain supaya berjuang semata-mata untuk Islam bukannya berjuang kerana ada kepentingan.Mustafa Masyur ada menjelaskan 4 ciri intima’ ( meleburkan diri dalam jemaah ) oleh seseorang.Salah satu sebab sesetengah orang menyertai jemaah ialah kerana kepentingan diri sendiri dan menurut Mustafa Masyur intima’ kerana kepentingan ini adalah intima’ yang rapuh yakni boleh keluar dari perjuangan jika merasa tidak akan mendapat keuntungan.Syed Qutb secara jelas dan terang ahli Ikhwan bertaqlik atau menyokong secara membabi buta kerana ini boleh menjerumuskan kelembah perjuangan selain Allah.Oleh itu,tambah Syed Qutb lagi seseorang ahli jemaah harus mengabaikan segala arahan yang bertentangan dengan Islam.Yang paling penting sekali sebagaimana dengan kehendak Islam,setiap ahli politik atau pejuang Islam haruslah bertujuan untuk menegakkan amal ma’ruf dan nahi mungkar serta mencegah manusia dari melakukan kerosakan keatas muka bumi.Mereka yakni pejuang Islam juga perlu menolak faktor tolong menolong kepada benda yang mungkar tetapi amat dituntut tolong menolong keatas perkara mak’kruf.
D.2 ) muamalah syaksiyah dan diniyyah.
    Pejuang Islam bukan sahaja bertindak dengan lantang bagi memperjuangkan Islam tetapi juga bertindak sebagai dai’e atau pendakwah.Dalam bab jemaah ini,seseorang ahli jemaah sememangnya dilatih untuk untuk menjadi pendakwah atau juga disebut sebagai mata rantai kepada perjuangan Islam.Dalam bab muamalah,Syed Qutb telah membahagikan muamalah kepada 2 iaitu muamalah syaksiah dan juga diniah.Muamalat yang bersifat peribadi                 ( syaksiyyah ) ialah seseorang ahli politik seharusnya mempunyai perwatakan yang lembut,kasih sayang kerana sifat ini akan menjadikan seseorang pendakwah boleh menerima kelemahan dan juga kejahilan mereka.Syed Qutb juga menyeru kepada ahli politik Islam supaya tidak mencerca orang lain walaupun bukan sealiran kerana baginya cara begini mampu untuk menarik orang lain untuk kembali kepada Islamyang sebenar.Dalam muamalah diniyyah ( agama ),seseorang ahli politik tidak boleh sesekali bersikap lemah lembut kerana mereka perlu mempertahankan Islam walaubagaimana cara sekalipun.Syed Qutb telah melihat kecelaruan syariat berlaku dalam masyarakat dan telah menolak kecenderungan yang mengatakan jihad hanya bagi mempertahankan diri sahaja.Baginya jihad bermaksud segala usaha untuk menumbangkan golongan yang menentang Islam.
     
 KONSEP HAKIMIYYAH
      Disebabkan oleh tekanan yang beliau terima pihak rejim secara berterusan maka beliau telah memperkenalkan konsep Hakimiyyah Allah S.W.T. Konsep ini menerangkan tentang hak Allah dalam menentukan hukum dan sistem perundangan manusia sebagai ciptaan Allah.Konsep ini menerangkan tentang ke Esaan Allah semata-mata dimana semua yang terjadi adalah dibawah perbendaharaan pengetahuan Allah semata-mata.Konsep ini juga menjelaskan tentang hanyasanya Allah lah yang berkuasa dalam menentukan perundangan yang terbaik bagi manusia dan manusia perlu mengikut Sunnatullah.Konsep Hakimiyyah ini tidak akan dapat ditegakkan sehinggalah sebuah negara yang menegakkan syariat Allah.Hakimiyyah merupakan satu usaha manusia dalam melakukan pentafsiran terhadap peraturan Allah.Konsep ini menurut Jeneral Hasan Sadiq,pemerintah tentera Mesir ada menyatakan bahawa konsep yang dibawa oleh Syed Qutb ini agak keras dimana menurutnya lagi Syed Qutb telah mengkafirkan umat Islam dan seluruh dunia kerana tidak mahu menggulingkan kerajaan yang memerintah.Bahkan menurutnya lagi,Syed Qutb menyeru supaya di perangi ahli keluarga dan sanak saudara kerana menganggap mereka yang bernaung dibawah kerajaan sedia ada sebagai kafir harbi.Ini merupakan huraian yang dilakukan oleh Jeneral Tertinggi Kerajaan Mesir yang mana boleh juga dianggap sebagai kenyataan rasmi kerajaan Mesir terhadap Syed Qutb.Ulasan yang dilakukan oleh Jeneral Hasan Sadiq merupakan kefahamannya mengenai buku terakhir Syed Qutb iaitu Petunjuk Sepanjang Jalan.
    Berdasarkan itu beliau telah dijatuhi hukuman mati kerana atas dakwaan cuba mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan juga negara.Sememangnya Syed Qutb secara tegas telah mengkritik apa yang ada dalam masyarakat Islam,beliau mengatakan bahawa kehidupan masyarakat pada masa itu telah di cemari dengan adat dan budaya jahiliyyah bahkan lebih teruk lagi.Sememangnya pandangan Syed Qutb tentang politik amat keras.Syed Qutb juga menyeru supaya masyarakat kembali untuk mengikut jejak langkah zaman awal Islam supaya menjadi kuat semula sebagaimana pada zaman Rasulullah.Konsep ini telah menyebabkan ramai orang terkeliru sehingga ada pengikut Syed Qutb sendiri yang mendokong bahawa demokrasi telah terkeluar dari Islam.Pendapat ini disokong oleh Rashid al-Ghannoushi,menurutnya sikap bermusuhan denga teori demokrasi adalah kerana salah faham pada konsep Hakimiyyah ini.Menurutnya lagi,jika konsep Hakimiyyah difahami dengan baik maka akan dapat dilihat satu konsep yang indah.Konsep ini tidak hanya ada kuasa tuhan semata-mata tetapi juga menggunakan ikhtiar manusia.Konsep ini menurut al-Ghannoushi lagi,merupakan satu konsep secara umum sahaja dan memberi hak kepada setiap rakyat untuk memilih kerajaan.
     Kebanyakan pandangan Syed Qutb sebenarnya menunjukkan beliau amat terpengaruh terhadap pemikiran Al Maududi iaitu seorang pejuang Islam di Pakistan yang juga pengasas kepada parti Islam Pakistan iaitu Jemaat el Islami.Antara buktinya ialah konsep Hakimiyyah ini sendiri,dimana ia banyak diambil dari pemikiran Al Maududi sendiri.Kebanyakan rujukan bagi buku Syed Qutb itu sendiri adalah Al Maududi.Antara perkara lain yang diambil dari Al Maududi oleh Syed Qutb ialah konsep fahaman ketuhanan.Fahaman ketuhanan ialah hanya Allah sahaja yang layak di sembah oleh sekalian manusia.Ini menafikan konsep penyembahan ( takut ) terhadap manusia.Penyembahan terhadap Allah mempunyai satu lingkungan makna yang luas seperti pengabdian (al-ibadah),Ilahi (Allah),Tuhan (ar-rabb) dan juga agama (addin).Konsep fahaman ketuhanan ia sebenarnya adalah perbincangan Al Maududi dalam bukunya Al-Mustahat Al-Arba’ah fil-Quran dan ambil oleh Syed Qutb dan di perbincangkan dalam bukunya yang berjudul  al-Mustaqbal li Haadzad-Diin.

TENTANGAN TERHADAP KONSEP HAKIMIYYAH

     Walaupun begitu,konsep ini telah ditentang oleh beberapa tokoh Ikhwanul Muslimun sendiri selain dar mereka dari golongan pro-kerajaan itu sendiri.Antara tokoh Ikhwan yang menolak konsep ini ialah Ali Al Nadwi dan juga Mursyidul Am Ikhwanul Muslimun ke-2 iaitu Hasan al Hudaibi.Syeikh Ali al Nadwi dalam bukunya yang berjudul al Tafsir al Siyasiyy li al-Islam telah mengkritik konsep hakimiyyah yang cuba dibawa oleh Syed Qutb dan juga Al Maududi.Menurutnya ia merupakan satu konsep politik semasa sahaja dan menurut Hasan al Hudaibi pula konsep hakimiyyah ini tidak boleh digunakan kerana tiada satupun nas atau dalil yang boleh dijadikan pegangan aqidah Islam.Menurut Ali an Nadwi,konsep Hakimiyyah tidak boleh dijadikan pegangan aqidah kerana hanya meletakkan hubungan dengan manusia dari sudut hakim dan mahkum sahaja dan jauh sekali dari mengenal sifat Allah S.W.T. sebagaimana yang dipegang oleh umat Islam dari dulu hingga sekarang.
     Oleh itu Syeikh Hassan Ali an Nadwi menolak secara total konsep Hakimiyyah ini yang di pelopori oleh Syed Qutb dan juga Maududi.Selain dari konsep Hakimiyyah Al Maududi juga telah memperkenalkan konsep theo-democracy.Konsep theo-demokrasi ini diperkenalkan kerana ada percanggahan samada demokrasi itu menurut  acuan islam atau acuan kuffar.Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah perbezaan pendapat mengenai perkara tersebut. Demokrasi mempunyai tatacara tersendiri bagi mencapai keputusan secara kolektif dalam suasana menjamin penyertaan secara maksima yang boleh dicapai oleh mereka yang berkepentingan,antara kepentingannya  ialah kepentingan hak untuk samarata,kepentingan golongan majoriti yang memerintah dan jaminan kepada hak minoriti. Ini adalah untuk memastikan keputusan kolektif dipersetujui oleh sebilangan suara yang secukupnya untuk membuat keputusan tersebut, Prinsip undang-undang dan Jaminan berpelembagaan untuk kebebasan berkumpul dan hak-hak kebebasan. 

disini saya sertakan syair yang ditulis oleh Syed Qutb sebelum dihukum gantung...
Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku,
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu,
Maka Di Atas Tulang-Belulangku, Yang Hancur Luluh,
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini,
Dan…
Teruskan Perjalanan ke Mercu Kejayaan.
Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan,
Bagi Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu,
Taman-Taman Di Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku,
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku,
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi.
Saudara!
Durjana Kegelapan Pasti Akan Hancur,
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi,
Biarlah Rohku Terbang Mendapatkan RIndunya,
Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi,
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters