Pengikut

Jumaat, April 23, 2010

potrait tentang empayar ottoman

     Empayar Ottoman merupakan empayar sunni terakhir.Ia diasaskan oleh Sultan Utman dan nama ottoman di ambil sempena namanya.Ia mengambil pemerintahan dari ayahnya ortugul yang barasal dari Asia Tengah. Ia membantu sultan seljuk memerangi Byzantium dan dikurniakan tanah oleh sultan seljuk.Selepas kemangkatan sultan ia akhirnya mengistihar membebaskan diri dari seljuk dan mula membina empayar.
      Turki mempunyai ramai sultan dan setiap sultannya hanya memerintah sekejap sahaja kerana ada yang dijatuhkan dan ada yang mati awal.Bangsa Turki merupakan bangsa yang datang dari bahagian perbatasan Monggolia dan mereka telah berhijrah secara besaran untuk mencari padang rumput dan tanah yang subur.Apabila mereka masuk ke sesuatu tempat mereka akan menghalau penduduk tempatan.Dan apabila dirasakan tempat itu tidak sesuai maka mereka akan berpindah pula.Mereka mula masuk Islam sekitar tahun 1000 masihi.
    Jajahan Ottoman masa pemerintah Sultan sulaiman.Sultan Sulaiman magnificent merupakan zaman keagungan epayar ini.Dalam bahasa arab mereka menyebutnya sebagai Sultan Sulaiman al Qanuni.Selepas zaman sultan sulaiman al qanuni ottoman secara beransur menuju kepada kemerosotan.
 
( SULTAN AHMAD 1 )

( SULTAN AHMAD 2 )
( SULTAN AHMAD 3 )
( SULTAN BEYAZID 2 )
( SULTAN MAHMED 4 )
( SULTAN MAHMUD 2 )
( SULTAN MURAD 2 )
( SULTAN MUSTAFA 3 )
( SULTAN OTHMAN AL GHAZI )
( SULTAN OSMAN 2 )
( SULTAN MEHMED AL FATIH )
( SULTAN MAHMUD )
( SULTAN SALIM 3 )
( SULTAN SALIM )
( SULTAN SULAIMAN AL AL QANUNI )
LAMBANG OTTOMAN
BENDERA SULTAN SALIM 1.
Bendera ini munggunakan pedang bermata 2 iaitu pedang Zulfikar,yakni pedang yang pernahdi guna oleh Nabi dan juga Saidina Ali.
 



   Tentera Yenossari ialah tentera terpenting bagi Dinasti Ottoman.Tetapi tentera ini telah dihapuskan oleh Sultan Mahmud 2 kerana melakukan pemberontakan bagi menetang tentera Nizam e Jadid yang kebaratan.Ulama pada masa itu menghukum haram meminta bantuan kafir dan golongan Terekat Bektasiyyah yang menyokong golongan Yenissari memberontak telah diharamkan.Terhapusnya tentera yenisari menandakan kemasukan sekularisme yang lebih mudah kerana tidak mendapat tentangan.Sekularisme mula memasuki turki sejak zaman Sultan Salim 3 dan diteruskan oleh Sultan mahmud 2.Namun sekularisme memuncak pada zaman Sultan Abdul Majid apabila Hatt i Syarif Gulkhene diistiharkan dan pengistiharan Hatt i Syarif Humayun menendakan sekularisme berada pada tahap yang paling tinggi.Pengaruh sekular itu telah berakar umbi di turki hingga sekarang walaupun pada masa Sultan Abdul Hamid 2 telah berlaku pemberontakan terhadap golongan turki muda oleh tentera yang mahukan syariat didaulatkan.
( maktab tentera )

   Kekuasaan sultan turki telah dihapuskan pada 1922 dan khalifah pada 3 mac 1924.Beza sultan dan khalifah ialah sultan berperanan dalan pentadbiran manakala khalifah dalam agama.Ini bermula sejak zaman orkhan iaitu anak kepada Uthman.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah tu sultan ke khalifah kesebenarnya x de beze kalifah dan sultan adaelah ketua. tetapi bile ketua x paham ape tanggugjwp dan amanah yang Allah berikan tulah hancur boh. sultan tu gelaran je diberikan tapi klu dia x bekelayakan sepatutnye x leh jadi ketua . Allah x bezakan manusia darah raja bangsawan rakyat biaseke apeke. cume kite kene lantik ketua yang betul yang berpandukan Alquran dan sunnah dan kene taat selagi dia x melencong.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters