Mafhum firman Allah ta^ala: "Tiada suatupun yang
sama seperti-Nya, dan Dia maha mendengar dan maha melihat" [Surah
al-Shura, ayat 11]
Al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^iyy berkata;
maksudnya: "Kemuncak mengenali Allah ialah keyakinan dengan
kewujudan-Nya tanpa kayfiyyah dan tanpa bertempat".
Maksudnya: "Allah ada (azali) dan suatu tempat
tidak ada (bersama keazalian-Nya), dan Dia sekarang ada di atas
keazalian-Nya" [Dinaqalkan oleh Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadiyy
dalam kitabnya al-Farq Baynal-Firaq]. Kata-kata ini bermaksud bahawa
Allah ta^ala telahpun wujud pada azali (kewujudan-Nya tanpa didahului
dengan ketiadaan) sebelum tempat diciptakan, dan selepas tempat
diciptakan maka sekarang pun Dia ada tanpa bertempat kerana Allah tidak
berubah dari satu keadaan kepada suatu keadaan seperti makhluk.
Rasulullah sollaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda;
mafhumnya: "Allah ada (azali) tiada suatupun selain-Nya (yang ada
azali). Arasy-Nya ada di atas air..." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Al-Imam al-Tahawiyy berkata; maksudnya: "Allah
maha suci dari segala batasan, sut, sudut, anggota besar, anggota kecil
dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk".
Beliau berkata lagi; maksudnya: "...dan barangsiapa yang mensifatkan
dengan makna daripada makna-makna (makhluk contohnya) manusia maka
sesungguhnya dia telah kafir".
Sesungguhnya inilah aqidah ahlussunnah wal jamaah yang sahih yang di pelopori oleh imam hasan as syaari dan juga imam abu mansur al maturidiy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan