Pengikut

Ahad, Mac 13, 2011

life IN sANYUAN


     Drama bersiri Life in San Yuan yang ditayangkan di TV2 pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 6.00. Ia memaparkan mengenai kisah 3 buah keluarga di Sanyuan yang masing-masing bergaduh untuk mencari pengikut. Drama lucu ini memaparkan dunia wushu,restoran dan terpeljar.

Ayat Terbitan

Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan semula,peluasan dan pengguguran

 Proses Penyusunan Semula

    Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini ayat akan mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap sama.Terdapat tiga proses penyusunan iaitu
a) Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
b) Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
c) Dan juga penyusunan menjadi ayat songsang.

 (a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif.

    Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya
Ayat aktif : Ali menampar adik
Ayat pasif : Adik ditampar oleh Ali
Ali menampar adik merupakan ayat aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah adik.Apabila ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut dimana adik telah menjadi subjek dalam ayat tersebut.

 (b) Penyusunan Semula Objek Sipi menjadi Objek Tepat

    Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang mempunyai dua objek.Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.
(a) Ibu memarahi Ali dan Abu.
(b) Ibu memarahi Abu dan Ali.
Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas dilakukan penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b) dimana Abu pula menjadi objek tepat dan Ali menjadi objek sipi.

 (c) Penyusunan Semula menjadi Ayat Songsang

    Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan dengan menyongsangkan ayat tersebut.Contohnya
(a) Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root.
(b) Menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root,Ali berjaya.
Jika perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b),kita akan dapat melihat kedudukan predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah bertukar menjadi di belakang ayat.Maka ayat tersebut telah di songsangkan.

 Proses Perluasan

    Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan
(a) Perluasan frasa nama sebagai objek
(b) Perluasan frasa nama sebagai predikat
(c) Perluasan dengan kata hubung
(d) Perluasan melalui proses komplementasi

 (a) Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek.

    Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya
(a) Bomba memadam kebakaran
(b)  Bomba itu abang saya
(c) Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya
Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut.

 (b) Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat

    Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a) Ibu membeli sayur
(b) Sayur itu segar
(c) Ibu membeli sayur yang segar
Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan.

 (c) Perluasan dengan Kata Hubung

    Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah
1. (a) Ali suka belajar
1.(b) Abu suka belajar
1.(c) Ali dan Abu suka belajar
Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
2.(a) Ali suka belajar
2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar
2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar
Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.
3.(a) Ali rajin
3.(b) Ali penyakit lelah
3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah
Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).

 (d) Perluasan melalui Proses Komplementasi

    Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimana contoh dibawah
(a) Kerajaan memberitahu
(b) Ekonomi Malaysia meningkat
(c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.

 Proses Pengguguran

    Proses pengguguran boleh diertikan sebagai satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek mahupun bahagian predikat.Salah satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang tetapi akan digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek yang sama.Dalam hukum bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaiatu
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek.
b) Pengguguran frasa predikat
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

 (a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek.

    Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam dua proses iaiatu
(a) Pengguguran subjek dalam ayat perintah
(b) Pengguguran subjek yang sama dalam ayat majmuk

.(a)(a). Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah.

    Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri nama kedua iaitu kamu,awak,anda dan yang sama maksud dengannya.Contoh
Ayat Perintah : Kamu kemari menjadi mari!!.

.(a)(b) Pengguguran Subjek yang sama dalam Ayat Majmuk

    Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku pengulangan subjek yang sama.Oleh itu,salah satunya perlu digugurkan.Sebagaimana contoh dibawah
(a) Ali suka Aminah
(b) Ali suka Embong
(c) Ali suka Aminah daN Embong
Dalam contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah digugurkan.

 Pengguguran Frasa Predikat

    Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu
(a) Pengguguran seluruh frasa predikat
(b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

.(a) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat

    Pengguguran seluruh frasa predikat bermaksud pengguguran seluruh sebarang predikat dalam ayat majmuk.Contohnya
(a) Ali suka memancing
(b) Abu suka memancing
(c) Abu dan Ali suka memancing
Dalam contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan menjadi sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh berlaku dengan menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa kerja predikat yang serupa,menggugurkan frasa adjektif dan juga pengguguran frasa sendi nama.

.(b) Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat

    Pengguran bahagian-bahagian frasa predikat berlaku dalam empat keadaan iaitu
i) Oleh+FN dalam ayat pasif
ii) Kata bantu yang serupa
iii) FN sebagai objek yang serupa
iv) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

(b) (i) Pengguguran Objek +FN dalam Ayat Pasif

    Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh dibawah
(a) Perompak itu ditembak oleh pengawal keselamatan
(b) Perompak itu ditangkap
Dalam contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran objek+FN mana ia menjadi sebagaimana contoh di (b)

(b)(ii) Pengguguran Kata Bantu yang Serupa

    Dalam menggabungkan ayat tunggal yang mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu tersebut boleh digugur sehingga hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah
(a) Ali boleh melompat
(b) Ali boleh menendang
(c) Ali boleh melompat dan menendang
Dalam contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan

(b)(iii) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa

    Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek tersebut akan digugurkan sehingga tinggal satu sahaja.Contohnya
(a) Ali menangkap ular itu
(b) Ali membunuh ular itu
(c) Ali menangkap dan membunuh ular itu
Dalam contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah digugurkan.

(b)(iv) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna Adjektif

    Frasa nama objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh digugurkan.Contohnya
(a) Kemalangan itu menakutkan kami
(b) Kemalangan itu menakutkan
Dalam contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja tersebut membawa makna adjektif.

 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

    Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di relativisasikan dan digantikan dengan perkataan yang.Contohnya
(a) Bomba itu ibu saya.Bomba memakai baju seragam
(b) Bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya.
(c) Yang memakai baju seragam itu ibu saya
Dalam ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yang telah berada didepan ayat.

 Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama

    Kata nama inti yang terbina daripada KN(inti)+Penerang boleh digugurkan sehingga tertinggal bahagian penerangnya sahaja.Contohnya
(a) Kegiatan penyeludupan merugikan negara
(b) Penyeludupan merugikan negara
Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja

Khamis, Mac 10, 2011

Teori Masyarakat Asia Tenggara


Mengikut teori, penduduk Asia Tenggara bukanlah penduduk asal sebagaimana yang dilihat pada hari ini. Terdapat teori yang menyatakan bahawa penduduk Asia Tenggara pada asalnya adalah daripada China iaitu daripada wilayah Yunnan yang kemudiannya berhijrah ke Asia Tenggara sekitar 2500 S.M sehingga 1500 S.M. Pandangan yang di kemukakan oleh P.E dan F.Sarasin dan juga R.V.Heine Geldern begitu adalah yang paling popular dan digunapakai. Mengikut teori yang dikemukan ini,masyarakat Yunnan datang ke Asia Tenggara melalui dua gelombang yang besar yang berlaku sekitar 4000 tahun lampau. Kelompok pertama yang tiba dikenali sebagai Melayu Proto. Kedatangan masyarakat Melayu Proto ini menyebabkan masyarakat Vedda iaitu masyarakat awal di Asia Tenggara telah masuk jauh kedalam hutan. Masyarakat Melayu Proto ini telah menjadikan kawasan pesisir pantai sebagai kawasan kediaman. Melayu Proto dikatakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu Polinesia. yang tersebar dari kepulauan Madagaskar kemudian ke kawasan kepualauan paling timur di pasifik dan dikatakan berhijrah dari kepulauan paling selatan China ke Indonesia. Mereka ini dikatakan berasal daripada Yunnan kemudian imigrasi ke Indo-China,Siam dan kekawasan-kawasan pulau Asia Tenggara.
    Gelombang kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Kedatangan mereka ini telah menyebabkan Melayu Proto pula masuk kedalam pedalaman dan semakin ke selatan. Melayu Deutro ini dikatakan berasal daripada kawasan utara Indo China dan ia merupakan satu bangsa yang sudah mempunyai teknologi besi sebagai senjata. Kemasukan orang Melayu Proto keselatan dan pedalaman ini disebabkan budaya yang dibawa oleh orang Melayu Deutro lebih terkedepan menyebabkan masyarakat Melayu Proto tidak dapat menerimanya sekaligus terus meminggirkan diri daripada masyarakat yang baru itu. Pendapat yang dikemukan ini berpandukan kepada penemuan kapak batu. Mengikut hipotesis ini,alam Melayu telah bertindak sebagai laluan utama dalam proses penhijrahan ini.
    Namun begitu, Peter Bellwood berpendapat lain daripada pendapat yang dikemukan oleh F.Sarasin dan R.V.Heine Geldern. Peter Bellwood menerima kedatangan masyarakat ini daripada China namun menolak teori kedatangan yang dikemukan oleh tokoh sejarah tersebut. Peter Bellwood berpendapat, pergerakan penghijrahan ini berlaku melalui Taiwan, kemudian ke Filifina dan kemudiannya ke Borneo dan seterusnya melebar ke kawasan yang lain. Peter Bellwood berpendapat demikian kerana persamaan yang wujud antara suku Goshan di Taiwan dengan masyarakat Asia Tenggara.
    Selepas penemuan lebih banyak bukti maka lebih banyak teori mengenainya. Pendapat tokoh sejarah awal telah disanggah oleh ahli sejarah seperti William G. Solheim, James T Collins dan Chester Gorman. Menurut tokoh sejarah ini,penduduk Asia Tenggara merupakan penduduk asal bagi kawasan ini. Ini dibuktikan dengan penemuan kebudayaan masyarakat Asia Tenggara telah wujud sejak 10,000 tahun dahulu di Gua Spirit Siam. Penemuan Java Man telah menyebabkan ahli sejarah berpendapat bahawa manusia awal Asia Tenggara telah menyebarkan pengaruh ke kawasan sekitarnya.  James T.Collins menggunakan linguistik dalam kajiannya dan beliau berpendapat bahawa manusia awal berasal daripada Borneo dan menyebarkan pengaruhnya sehingga ke Filifina.
    Berlakunya perkembangan masyarakat di Asia Tenggara tidak terlepas daripada pertanian. Perkembangan teknologi pertanian tidak boleh ditolak sebagai unsur utama dalam membantu perkembangan petempatan dan kemajuan penduduk Asia Tenggara. Daripada pertanian sawah padi ini telah menyebabkan lahirnya kerajaan dan politi-politi awal di Asia Tenggara seperti Funan. Perkembangan pertanian menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil pertanian menyebabkan mereka mula memikirkan bagaimana hendak menggunakan lebihan tersebut untuk mendatangkan hasil. Oleh itu,wujud pula sistem ekonomi dan sekaligus mengembangkan sektor perdagangan dalam kalangan politi-politi awal.

Rabu, Mac 09, 2011

Sejarah Ringkas Bola Jaring



    Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah mencipta permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej Springfield di YMCA Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada 1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England yang pada asalnya dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat popular di eropah terutamanya di Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan ini tidak mempunyai undang-undang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya dan ini amat menyusahkan pemain.
    Selepas 2 tahun permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar dewan.Kelangkapan permainan juga telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat garisan.Gelanggang telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga telah digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh itu,baju bagi sukan ini juga telah diperkenalkan dimana pemain dikehendaki memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-undang permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas penciptaannya.Disebabkan permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia berkembang sekitar awal abad ke 20.Permainan ini telah disebarkan oleh pederi dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan New Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New Zealand telah bertindak membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun 1938.Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama yang memenangi pertandingan ini.

Selasa, Mac 08, 2011

Ayat Dasar Bahasa Melayu



    Semua perkataan hakikatnya berasal daripada ayat dasar.Daripada ayat dasar ini akan melahirkan ayat terbitan pula.Ayat ini menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa.Dalam disiplin bahasa Melayu,semua ayat yang panjang mahupun pendek,ayat majmuk,ayat tunggal,ayat songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk dasar.Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti.Antara contoh ayat dasar ialah:
a) Samad suka main bola
b) Ali suka berlari
c) Dia suka belajar
d) Abu ada kebun di Tanjong Langsat
    Ayat ini merupakan ayat dasar apabila ia tidak mengalami proses untuk menjadi ayat terbitan.Dalam mengenali ayat dasar ini,kita hendaklah juga mengetahui bahawa ayat dasar mempunyai 4 pola iaitu
 a) FN+FN
b) FN+FK
 c) FN+FA
d) FN+FSN.
    (a) Contah ayat bagi pola FN+FN ialah Ahmad ialah guru.Ahmad merupakan kata kata nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.
    (b) Contoh bagi pola FN+FK ialah Ahmad berlari.Ahmad merupakan kata nama manakala berlari merupakan kata kerja iaitu daripada kata dasar lari.
    (c) Contoh bagi pola FN+FA ialah Ahmad tinggi.Ahmad merupakan kata nama manakala tinggi merupakan kata adjektif ataupun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.
     (d) Dan seterusnya pola FN+FSN ialah Rumahnya disebelah balai Polis.Rumah merupakan kata nama manakala di merupakan kata sendi sendi nama.Manakala balai polis hanyalah prediket ayat.
    Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu,boleh terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan.Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara dua ayat.








Isnin, Mac 07, 2011

Habib Taufiq As Sagoff



  Habib Taufiq bin 'Abdul Qadir bin Husein as-Saqqaf @ as-Segaf, adalah seorang da'ie kondang yang berasal dari kota santri, Pasuruan, Jawa Timur. Beliau dilahirkan dalam tahun 1969. Sejak kecil, beliau telah menerima sebaik-baik asuhan dan didikan agama daripada ayahanda beliau, Habib 'Abdul Qadir as-Saqqaf rahimahullah, yang merupakan murid kepada Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, murid Shohibul Mawlid, Habib 'Ali al-Habsyi. Begitulah seterusnya didikan yang diperolehinya melalui majlis-majlis ta'lim dan berguru langsung dengan tokoh-tokoh ulama dan awliya' yang terkenal di Kota Pasuruan dan di luarnya. Antara yang menjadi guru langsung beliau adalah Habib Ahmad bin Hadi al-Hamid dan Habib 'Umar bin Hasyim Ba'Agil, Surabaya.

Setelah menimba ilmu pengetahuan daripada para habaib dan ulama di berbagai daerah di Pulau Jawa, maka akhirnya beliau membuka madrasahnya di Kota Pasuruan, selain dari itu, beliau turut mengelola madrasah yang pernah diasuh oleh ayahandan dan datuk beliau, Habib Ja'far bin Syaikhan. Pada tahun 2003, beliau mengambil inisiatif untuk menaiktarafkan madrasahnya tersebut menjadi sebuah pondok pesantren yang menggunakan sistem halaqah dan mengkaji kitab-kitab salaf (baca: Ahlus Sunnah wal Jama'ah). Pondok Pesantren tersebut didirikannya di Jalan Sidogiri, KM1, Kraton, Pasuruan dan dinamakannya Pondok Pesantren Sunniyah Salafiyah. Pesantrennya kini telah berkembang pesat dengan sekitar 30 cawangan madrasah dan 13 pondok pesantren di berbagai daerah antaranya, Jawa, Bali dan Kalimantan.


   Selain mengasuh madrasah dan pesantren serta majlis-majlis ta'lim, Habib Taufiq, turut turun gelanggang untuk berdakwah terus kepada massa umum termasuklah di tempat-tempat minoriti umat Islam seperti di Sampit, Bali, Tengger dan lain-lain. Bahkan, beliau turut menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai sasaran dakwahnya dan sering mengirim santri-santrinya ke sana untuk berdakwah dan mendampingi masyarakat yang masih belum memeluk agama Islam ataupun yang baharu memeluk agama Islam. Selain daripada itu, beliau turut mempelbagaikan cara dakwahnya dengan mengadakan stesyen radio Islami yang dinamakannya Radio Suara Nabawiy. Melalui siaran radio tersebut, dakwahnya semakin luas jangkauannya ke masyarakat umum di pelbagai daerah. Beliau juga turut menerbitkan "Cahaya Nabawiy", sebuah majalah dakwah Islami.
Walaupun mempunyai jadual dakwah yang ketat, Habib Taufiq tetap meluangkan masa beliau untuk mengasuh majlis ta'lim yang sudah berlangsung turun-temurun daripada datuknya, Habib Ja'far bin Syaikhan dan kemudian diasuh oleh ayah beliau, Habib 'Abdul Qadir. Majlis ta'lim ini amat terkenal di Kota Pasuruan, dan diikuti oleh bukan sahaja masyarakat Pasuruan, bahkan juga masyarakat sekitarnya. Teks rasmi majlis ta'lim ini adalah kitab "Ihya' Ulumiddin" karya Hujjatul Islam al-Ghazali r.a., di mana ianya dibaca dan dikaji untuk diamalkan.

Sungguhpun tidak pernah mengecap pendidikan sekolah secara formal, ilmu dan dakwah beliau mengkagumkan ... Allahu ... Allah. Yang ada Phd dalam bidang dakwah pun belum tentu dapat menjalankan dakwah sebagaimana yang beliau lakukan. Sungguh benih yang baik elok, jika dicampak ke laut kan jadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Itu kalau main campak-campak, apatah lagi jika ianya sememangnya disemai elok-elok. Moga Allah sentiasa memberikan inayah dan rahmatNya kepada Habib Taufiq as-Segaf, memberikan beliau istiqamah atas jalan ilmu dan dakwah para salafush sholeh serta memberikan husnul khatimah sebagai hasanatan fid dunya buat beliau sebelum meraih hasanatan fil akhirah... Allahumma aamiin .... bi sirril-Fatihah.

 dipetik dari blog bahrus shofa utk perkongsian seluruh umat islam

Jumaat, Mac 04, 2011

Habib Soleh Al Aidrus


      
"Pakar Hadits Kota Malang", itulah gelaran yang telah diberikan kepada Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-'Aidrus, seorang ulama dan muballigh kenamaan di majlis - majlis ta'lim di Jawa Timur. Reputasinya sebagai ulama dan muballigh sudah diakui kaum Muslimin di Jawa Timur. Ilmu agamanya pun cukup mendalam. Wajah ulama yang shaleh ini selalu tampak bersih, tutur katanya halus dan dengan gaya bertutur yang enak didengar. Selain rajin memberi ceramah dan pengajian di berbagai tempat, beliau juga menjadi pengajar tetap Pondok Pesantren Darul Hadits Al-Faqihiyyah, Malang, Jawa Timur.

Beliau dilahirkan di Kota Malang pada 18 Jun 1957. Sejak kecil berada di lingkungan yang taat beragama. Pendidikan dasar Habib Sholeh terasah sejak ia masuk Madrasah Ibtidaiyah At-Taroqi, Malang, yang dikelola ayahandanya, Habib Ahmad bin Salim al-'Aidrus yang cintakan ilmu dan mengabdikan dirinya untuk mengajar di madrasah tersebut selama hampir 30 tahun. Ayahandanya juga terkenal dengan kewarakannya dan hanya mahu makan dari hasil titik peluhnya sendiri serta kehidupannya sehari-hari sangat sederhana.
Berbalik kepada Habib Sholeh, selepas lulus dari madrasah, beliau melanjutkan pengajiannya ke tahap tsanawiyah di Pesantren Darul Hadits al-Faqihiyyah Malang. Di sana beliau menimba ilmu terutama sekali berhubung hadits daripada Habib 'Abdullah bin Abdul Qadir bin Bilfagih yang terkenal sebagai ahli hadits yang mempunyai daya hafalan yang menakjubkan. Habib 'Abdullah menghafal banyak hadits dengan sanadnya sekali, bahkan nama-nama kitab rujukan beserta halaman mukasuratnya turut berada dalam ingatan beliau.
Setelah menimba ilmu di pesantren tersebut, akhirnya Habib Sholeh melanjutkan pengajiannya ke Makkah al-Mahmiyyah. Beliau memasuki ribath Prof. Dr. Habib Muhammad bin 'Alwi al-Maliki al-Hasani pada tahun 1977. Setelah kira-kira 10 tahun mengaji di kota suci tersebut, akhirnya pada tahun 1988, beliau pulang ke tanahairnya untuk mengembangkan dakwah dan ilmu. Sekembalinya dari pengajian, beliau mendirikan rumahtangga dengan salah seorang putri Habib 'Abdullah bin Abdul Qadir Bilfagih dan sekaligus ditugaskan mengajar di Pesantren Darul Hadits tersebut. Selain dari itu, beliau turut membuka majlis ta'lim di rumahnya dan di berbagai tempat. Selain berdakwah melalui majlis-majlis ta'lim tersebut, beliau juga giat mengarang, setakat ini beliau telah mengarang kira-kira 11 buah kitab berbahasa 'Arab, antaranya:-
1.     asy-Syaafiyah fi Bayaani Isthilaahaatil Fuqahaa` asy-Syafi`iyyah;
2.     Faidhul 'Allam fi Akhkamis Salam;
3.     an-Nasyrul Fa’ikh fi Tartibil Fawatih;
4.     Is’aful Muhtaj fi Syarhi al-Qilat al-Murajahah fil-Minhaj;
5.     Nailul 'Arab fi Muqaddimatil Khuthab;
6.     Lawami’un Nuris Sani fi Manaqibil Imam Muhammad al-Maliki al-Hasani;
7.     al-Injaz fi Matsali Ahlil Hijaz.
Mudah-mudahan Allah melanjutkan usia beliau dan memberikannya kekuatan untuk terus menyebarkan ilmu Islam kepada umat ini.
 ~ Penulisan ini merupakan profil ulama yang diambil oleh pengarang daripada blog yang sudah tidak diingati. Walauapapun blognya,marilah kita sama mengenali ulama yang haq ini,ulama yang sebetulnya pewaris nabi~

Kebajikan Tugas Pemimpin


Bismillah wal Alhamdulillah..... Bila saja menghadapi pilihanraya tidak kira pilihanraya umum mahupun pilihanraya kampus semestinya agenda kebajikan akan menjadi topik utama. Walaupun perjuangan yang dibawa bukanlah agenda kebajikan tetapi demi menarik hati pengundi agenda kebajikan akan dipalu selumatnya untuk menarik sokogan pengundi tanpa mengira kelas sosial. Agenda kebajikan amat menarik minat pengundi berbanding dengan agenda lebih besar daripada itu agenda nasional,agenda idealisme dan sebagainya kerana masyarakat Malaysia melihat aspek kebajikan merupakan aspek yang berkait rapat dengan mereka. Rakyat mahukan pemimpin yang yang sering berjumpa dengan mereka dengan kata lain sering mendengar masalah mereka dan ini merupakan salah satu daripada aspek kebajikan.
    Bila pilihanraya umum sahaja tanbahan lagi pilihanraya kecil aspek yang peling ditumpukan oleh jentera parti kerajaan ialah aspek kebajikan. Pada masa inilah kita melihat kebanyakan tar baru,rumah burok dibina semula,longkang dibersihkan,semburan nyamuk aedes dilakukan rawatan percuma dan sebagainya walhal jika tidak berlaku pilihanraya semestinya perkara itu adalah mustahil untuk dikecapi oleh rakyat marhaen. Namun bagi rakyat ia merupakan kebajikan dan rakyat mudah terdorong untuk memilih siapa yang paling banyak melakukan kebajikan kepada mereka walhal ia hanyalah perangkap semasa pilihanraya sahaja. Pas juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan slogan kebajikan. Semasa pilihanraya 2004 Pas dengan lantang mahu mewujudkan negara Islam sehingga Pas ditolak oleh masyarakat bukan Islam yang pada masa itu masih gagal untuk memahami konsep Islam namun pada pilihanraya 2008 Pas mengorak langkah sekali lagi dengan memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan dan ia telah berjaya untuk menarik perhatian pengundi bukan Islam sekaligus berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya tersebut walaupun tidak sehebat tahun 1999.
    Hakikatnya kebajikan adalah tugas setiap kerajaan tidak kira siapapun yang membentuk kerajaan. Dan jika rakyat betul-betul faham bahawa kebajikan adalah tugas kerajaan,saya yakin suasana politik Malaysia akan mengalami corak yang berbeza dan semestinya lebih baik kerna agenda idealisme dan agenda pembangunan modal insan akan menjadi tumpuan utama. Disebabkan soal kebajikan merupakan aspek utama  manifesto dankempen setiap daripada yang mahu menjadi wakil rakyat maka kita telah kehilangan dari banyak aspek dari segi soal keselamatan,soal pedidikan,keselamatan negara dan sebagainya.
     Jika seseorang mahupun yang mewakili parti politik betul betul ikhlas untuk menjadi kerajaan seharusnya agenda kebajikan dilaksanakan tanpa memilih bulu kerana kebajikan merupakan hak semua rakyat bukannya mereka yang sehaluan sahaja.
 Kita sering menganggap jika parti  itu kebajikan kebajikan itu parti dan konsep ini seharusnya ditolak oleh rakyat yang waras. Sepatutnya konsep ini diterapkan kebajikan itu kerajaan dan kerajaan itu kebajikan. Ini sekurangnya dapat membersihkan minda rakyat daripada terus terbelengu dengan konsep satu pihak. Kita tidak boleh sesekali menyatakan bahawa hanya kerajaan parti itu sahaja mampu melaksanakan kebajikan sedangkan di negara-negara lain walhal negara komunis sekalipun agenda kebajikan rakyat tetap dilaksanakan walaupun dalam beberapa perkara rakyat ditekan teruk. Di negara komunis tetap ada jalan raya,tetap ada lapangan terbang,tatap ada stesen keratapi tetap ada apa yang ada di negra yang bukan berfahaman komunis. Ini kerana mereka faham walauapapun fahaman dan bangsa mereka,mereka selaku pemimpin perlu melaksanakan agenda kebajikan dan sememangnya kita tidak boleh menuduh pihak yang tidak sehaluan dengan kita tidak akan melaksanakan agenda kebajikan  jika menjadi kerajaan.

Konflik Pembesar Kedah dengan British Abad ke 19

Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..



    Perjanjian Sempadan telah ditandatangani pada 1909 antara British ( Great Britain dalam kertas kerja) dengan Siam.Perjanjian ini amat penting kerana berlakunya peristiwa penyerahan Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu.Kertas kerja ini juga menerangkan secara ringkas mengenai bila negeri tersebut menerima Penasihat British.Kertas kerja ini juga mendatangkan konflik antara pembesar Kedah dengan Pegawai British sejak sebelum perjanjian sempadan tersebut ditandatangani lagi.Namun ia hanya melibatkan isu kewangan dimana Kedah pernah meminjam wang dari Siam bagi menampung bajet negara.Dengan itu,Kedah perlu menerima seorang penasihat daripada Siam yang berbangsa Inggeris.Ia bagi mengawal kewangan Kedah supaya Kedah tidak berhutang lagi dengan mana-mana pihak.Peminjaman ini berlaku akibat keborosan Kedah itu sendiri sebagaimana yang tertulis didalam kertas kerja ini:
“Keadaan kewangan Kedah menjadi meruncing selepas upacara perkahwinan diraja lima orang putera dan puteri Sultan Kedah selama 3 bulan pada 1904”.
Keadaan ini sebenarnya menunjukkan keborosan yang dilakukan oleh pemerintah Kedah.Bagaimanakah sesuatu pesta perkahwinan berlangsung dalam tempoh masa yang begitu panjang iaitu 3 bulan,dan ia mungkin menjadi pesta yang paling lama dalam sejarah peradaban manusia.Sepatutnya Sultan Kedah menjalankan pentadbiran secara berhemah dan mengetahui tentang kewangan Kedah itu sendiri.Kedah telah melakukan pinjaman dalam jumlah yang banyak iaitu 2.6 juta dengan kadar faedah 6% setahun.Jika dilihat pinjaman tersebut adalah tersangat besar jika dibandingkan dengan komposisi Kedah ebagai sebuah negeri yang tidaklah terlalu besar tambahan pula perbelanjaan dahulu bukanlah mahal seperti sekarang.
    Perkara ini sebenarnya telah memerangkap Kedah.Kedah terpaksa menerima penasihat kewangan yang akan mengawal penuh kewangan Kedah.Kedah telah menerima penasihat kewangan pada 1905 iaitu W.F.Williamson.Selain itu,Kedah perlu juga membentuk sebuah Malis Mesyuarat Negeri yang tidak lebih lima orang sebagaimana yang disebutkan dalam kertas kerja ini:
“...dan pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri tidak lebih daripada 5 orang”.
Antara ahli Majlis Mesyuarat Negeri ini ialah Raja Muda Abdul Aziz sebagai Presiden,G.C.Hart,Muhammad Ariffin,Haji Ahmad,Syed Abdullah.Namun perlantikan ini mencurigakan British pengaruh Siam akan bertambah kukuh maka British telah mengahantar Meadows untuk bertugas sebagai konsul British di Kedah.

“Pada tahun 1905,jawatan ini digantikan oleh G.C.Hart”.

    Selepas Raja Muda Abdul Aziz meninggal,beliau diganti oleh Tunku Mahmud yang menetang pengaruh asing ke Kedah.Berlaku isu dimana Tunku Mahmud telah member amaran kepada Dr Hoops yang telah bertindak mengedarkan surat kepada ketua jabatan dlaam bahasa Inggeris.Sebenarnya konflik yang berlaku ini sebenarnya adalah konflik untuk mempertahan/mengekalkan jati diri Warga Kedah itu sendiri.Saya berkata demikian berdasarkan peristiwa yang berlaku contohnya peristiwa pengedaran surat dalam bahasa Inggeris.Dilihat disini bahawa Tunku Mhamud merupakan seorang yang tegas dan tidak mungkin akan membiarkan jati diri Kedah yang selama ini menggunakan bahasa Melayu akan tercalar.
    Dalam mengekalkan jati diri Kedah ini juga kita  dapat melihat dimana Tunku Mahmud secara langsung tidak menyukai dengan campur tangan pegawai Siam mahupun British dalam pentadbiran Kedah.Beliau berpendapat bahawa segala campur tangan asing dalam urusan pentadbiran Kedah adalah menyekat kebebasan Kedah;
“…perlantikan Penasihat Siam adalah melampaui bidang tugasnya sebagai Presiden Majlis Mesyuarat Negeri dan bertentangan dengan kebebasan Kedah”.
Jelas melalui perkataan dalam kertas kerja ini bahawa krisis ini berlaku apabila Tunku Mahmud dan sebilangan lagi yang menyokongnya tidak suka dengan campur tangan dari kuasa asing.Tunku Mahmud adalah seorang yang berpandangan jauh dan melihat kepada peristiwa yang berlaku terhadap negeri lain yang tertaklukk kepada kuasa barat yang lain sebagaimana Negeri-Negeri Selat.Beliau mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran supaya Kedah tidak akan jatuh taraf sebagaimana Negeri-Negeri Selat.Konflik ini juga berlaku akibat daripada tindakan Tunku Mahmud cuba menngahapuskan kuasa Penasihat Kewangan yang dilihat beliau sebagai melampaui batas kuasa yang diberikan.Maka disini berlaku  percanggahan pendapat mengenai bidang kuasa sebenar Penasihat Kewangan tersebut.Peristiwa pertelingkahan itu dijelaskan secara panjang lebar oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria dalam kertas kerjanya ini yang bertajuk Sejarah Gerakan Politik Awal di Kedah.




The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters