Pengikut

Jumaat, Mac 04, 2011

Kebajikan Tugas Pemimpin


Bismillah wal Alhamdulillah..... Bila saja menghadapi pilihanraya tidak kira pilihanraya umum mahupun pilihanraya kampus semestinya agenda kebajikan akan menjadi topik utama. Walaupun perjuangan yang dibawa bukanlah agenda kebajikan tetapi demi menarik hati pengundi agenda kebajikan akan dipalu selumatnya untuk menarik sokogan pengundi tanpa mengira kelas sosial. Agenda kebajikan amat menarik minat pengundi berbanding dengan agenda lebih besar daripada itu agenda nasional,agenda idealisme dan sebagainya kerana masyarakat Malaysia melihat aspek kebajikan merupakan aspek yang berkait rapat dengan mereka. Rakyat mahukan pemimpin yang yang sering berjumpa dengan mereka dengan kata lain sering mendengar masalah mereka dan ini merupakan salah satu daripada aspek kebajikan.
    Bila pilihanraya umum sahaja tanbahan lagi pilihanraya kecil aspek yang peling ditumpukan oleh jentera parti kerajaan ialah aspek kebajikan. Pada masa inilah kita melihat kebanyakan tar baru,rumah burok dibina semula,longkang dibersihkan,semburan nyamuk aedes dilakukan rawatan percuma dan sebagainya walhal jika tidak berlaku pilihanraya semestinya perkara itu adalah mustahil untuk dikecapi oleh rakyat marhaen. Namun bagi rakyat ia merupakan kebajikan dan rakyat mudah terdorong untuk memilih siapa yang paling banyak melakukan kebajikan kepada mereka walhal ia hanyalah perangkap semasa pilihanraya sahaja. Pas juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan slogan kebajikan. Semasa pilihanraya 2004 Pas dengan lantang mahu mewujudkan negara Islam sehingga Pas ditolak oleh masyarakat bukan Islam yang pada masa itu masih gagal untuk memahami konsep Islam namun pada pilihanraya 2008 Pas mengorak langkah sekali lagi dengan memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan dan ia telah berjaya untuk menarik perhatian pengundi bukan Islam sekaligus berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya tersebut walaupun tidak sehebat tahun 1999.
    Hakikatnya kebajikan adalah tugas setiap kerajaan tidak kira siapapun yang membentuk kerajaan. Dan jika rakyat betul-betul faham bahawa kebajikan adalah tugas kerajaan,saya yakin suasana politik Malaysia akan mengalami corak yang berbeza dan semestinya lebih baik kerna agenda idealisme dan agenda pembangunan modal insan akan menjadi tumpuan utama. Disebabkan soal kebajikan merupakan aspek utama  manifesto dankempen setiap daripada yang mahu menjadi wakil rakyat maka kita telah kehilangan dari banyak aspek dari segi soal keselamatan,soal pedidikan,keselamatan negara dan sebagainya.
     Jika seseorang mahupun yang mewakili parti politik betul betul ikhlas untuk menjadi kerajaan seharusnya agenda kebajikan dilaksanakan tanpa memilih bulu kerana kebajikan merupakan hak semua rakyat bukannya mereka yang sehaluan sahaja.
 Kita sering menganggap jika parti  itu kebajikan kebajikan itu parti dan konsep ini seharusnya ditolak oleh rakyat yang waras. Sepatutnya konsep ini diterapkan kebajikan itu kerajaan dan kerajaan itu kebajikan. Ini sekurangnya dapat membersihkan minda rakyat daripada terus terbelengu dengan konsep satu pihak. Kita tidak boleh sesekali menyatakan bahawa hanya kerajaan parti itu sahaja mampu melaksanakan kebajikan sedangkan di negara-negara lain walhal negara komunis sekalipun agenda kebajikan rakyat tetap dilaksanakan walaupun dalam beberapa perkara rakyat ditekan teruk. Di negara komunis tetap ada jalan raya,tetap ada lapangan terbang,tatap ada stesen keratapi tetap ada apa yang ada di negra yang bukan berfahaman komunis. Ini kerana mereka faham walauapapun fahaman dan bangsa mereka,mereka selaku pemimpin perlu melaksanakan agenda kebajikan dan sememangnya kita tidak boleh menuduh pihak yang tidak sehaluan dengan kita tidak akan melaksanakan agenda kebajikan  jika menjadi kerajaan.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters