Pengikut

Isnin, September 12, 2011

Kisah Pembunuhan Tengku Kaoli Part 3


“Tidak boleh,,kita mesti menyiasat perkara ini dan jika perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik maka semuanya akan selesai” bantah Tengku Lian.
Di istana Song, Menteri Phang dan Tengku Lian merupakan menteri yang paling berkuasa kerana masing-masing memiliki kekuatan ketenteraan. Menteri Phang merupakan guru kepada maharaja Renzong manakala Tengku Lian merupakan bapa saudara maharaja yang telah menjaga maharaja sejak dari kecil. Dalam menyelesaikan kes ini maharaja tidak dapat membuat satu keputusan muktamad samada perang ataupun menyelesaikan kes tersebut dengan baik. Kao Li sememangnya menanti peluang untuk menyerang Negara Song dan kerana itulah puteri Kao Li dijodohkan dengan Maharaja Song bagi mengelakkan berlakunya peperangan antara 2 negara. Dalam pada itu,penyiasatan terus dilakukan.
“Ya,ini dia,malam itu memang dia minum arak disini,lalu bergaduh dengan seorang yang mabuk,selepas itu pemabuk berkenaan telah menyiram air panas kepada orang itu” kata pelayan kedai
“ Saya tidak mahu hidup lagi,,saya ingin bunuh diri” tiba-tiba terdengar pekikan perempuan tersebut. tetapi gadis tersebut sempat diselamatkan oleh seseorang.
“Kenapa engkau begitu bodoh sekali sehingga mahu bunuh diri..hutang akan dibayar hutang,,aku tidak akan sesekali menjualmu” kata ayah gadis tersebut
“Bagus..bagus..hutang dibayar hutang..tempoh hari kamu telah berhutang 20 tahil..jika tidak mampu membayar hutang maka anakmu akan dijadikan pelacur” kata pemiutang tersebut
Tiba-tiba seorang dalam tandu telah memerintahkan pengawalnya untuk membayar hutang lelaki tersebut. Namun ditolak oleh pemiutang tersebut. Ini telah menyebabkan penduduk marah dengan pemiutang terbabit yang tidak mahu bertolak ansur. Kes ini telah diselesaikan apabila Bao Zheng berjaya meyelesaikan tipu muslihat yang digunakan oleh pemiutang. Lelaki yang berhutang tersebut perlu meneka yang mana dadu putih dan yang mana dadu hitam tetapu lelaki tersebut telah menggunakan dadu hitam keduanya dan kes tersebut telah dibongkarkan oleh Bao Zheng.
“Tuan,tuan saya mahu bicara” kata pengawal kepada orang bertandu tersebut
“Nama saya Bao Zheng”
Tiba-tiba terdengar pekikan pengangkat tandu dari belakang.
“Ketepi,tuan besar mahu lalu” kata pengawal kepada lelaki yang mengangkat tandu lelaki tersebut. Disebabkan pengawal tandu dihadapan tidak mahu berganjak. Tuan Kungsun telah menjadi marah dan telah membuka pintu tandu lelaki tersebut dan serta merta Tuan Kungsun telah melutut kerana lelaki tersebut adalah Tengku Lian yang telah diutuskan oleh istana untuk menyelesaikan kes tersebut dalam masa 5 hari sahaja.
“Maafkan saya,saya tidak tahu kamu raja,saya memang patut dihukum” rayu Tuan Kungsun.
Selepas itu semua penduduk yang berada disitu telah sujud kepada Tengku Lian sebagai tanda hormat.
“Saya telah diperintah untuk menyiasat punca kematian Tengku Kao Li supaya kedua-dua buah negara saling tidak menyalahkan satu sama lain” kata Tengku Lian
“Penduduk telah menemui Siang Ai” beritahu seorang pengawal
Mereka semua bergegas ketempat kejadian. Siang Ai didapati pengsan didalam hutan Syaitan tetapi yang peliknya ialah disekeliling Siang Ai tidak mempunyai tapak kaki seperti sahaja Siang Ai diterbangkan oleh sesuatu.
“Kalau yang berilmu tinggi sekalipun tidak mungkin terbang dari kota kesini tanpa meninggalkan jejak sedikitpun” kata Pengawal Sem menjelaskan keadaan tersebut.
“Cuba pengawal Sem bayangkan,adakah ilmu sehebat itu didunia?” soal Bao Zheng
“Ilmu yang sehebat itu tidak pernah saya lihat” kata pengawal Sem
Bao Zheng lantas melihat disekeliling tempat kejadian jika ada bukti yang tertinggal. Beliau telah melihat satu batang buluh ditempat kejadian dan tiba-tiba ada kanak-kanak yang melastik mereka sehingga Bao Zheng memikirkan sesuatu bahawa kemungkinan yang berlaku adalah silap mata. Hasil daripada perbuatan kanak-kanak tersebut Bao Zheng mendapati bahawa buluh yang dipegangnya pernah digunakan oleh seseorang untuk meletakkan Siang Ai dikawasan padang tanpa meninggalkan jejak kaki. Bao Zheng mencari dikawasan sekitar dan menjumpai tali yang digunakan untuk meletakkan Siang Ai tersebut.
“Saya sudah ketemu siapa syaitan wanita itu” kata Bao Zheng dengan yakin. Bao Zheng telah bertindak mengekori Siang Ai untuk mengetahui rahsia syaitan wanita tersebut. Bao Zheng,pengawal Sem dan Gongsu Ce mengekori Siang Ai sehingga ke sebuah sungai yang mengalir ke kawasan hutan syaitan.
“Sekarang sudah 30 Julai,bukankah sudah membakar lampion pada malam tadi,,kenapa kamu berada disini” tegur Bao Zheng kepada Siang Ai yang tidak menyedari kehadiran mereka di sungai itu.
“Pengawal Sem,sungai ini mengalir ke mana?” tanya Bao Zheng
“Sungai ini mengalir ke hutan syaitan wanita” jawab pengawal Sem
Tidak lama kemudian muncul bayangan sebagaimana yang berlaku keatas Tengku Kao Li. Tetapi muslihat yang digunakan oleh bayangan tersebut sudah diketahui oleh Bao Zheng menyebabkan pengawal Sem dapat menangkapnya dengan mudah. Bayangan tersebut telah menggunakan tali untuk menerbangkan dirinya.
“Kau tidak boleh lari lagi,aku sudah menangkap kau,aku sudah tahu bahawa Siang Ai sering menghantar makanan melalui lampion kepada kamu” kata Bao Zheng
“ooooo .. kamu pengemis cilik,,Len Chu Chu rupanya syaitan wanita itu” kata Bao Zheng setelah melihat bayangan wanita terbang tersebut.
Kemudiannya Chu Chu telah dihadapkan ke mahkamah namun Chu Chu didapati tidak bersalah dalam kes bunuh berkenaan. Chu Chu hanya bertindk menolong Siang Ai daripada dirogol oleh Tengku Kao Li namun pembunuhnya masih bebas. Tengku Lian yang terkenal dengan sifat keadilah telah buat-buat mengantuk bagi mengelakkan Chu Chu dihukum kerana kesalahan yang tidak diakuinya. Persidangan telah ditangguhkan untuk menyiasat lebih lanjut siapa dalang disebalik kes pembunuhan tersebut. Chu Chu telah dipenjarakan bersama dengan Siang Ai namun pada malamnya muncul lelaki yang memakai baju hitam menyelamatkan Chu Chu dan Siang Ai didalam penjara. Namun apabila keluar saja daripada penjara mereka bertiga telah dikepung oleh Tengku ke 7 Kao Li bersama dengan pengikutnya.
“Saya sudah tahu kamu semua mesti melakukan perkara ini,jadi saya telah susun strategi untuk menangkap kamu” kata Tengku ke 7 dengan tegas. Selepas itu berlaku pertarungan antara mereka dan dalam pertandingan itu Chu Chu hampir dibunuh oleh Jeneral namun sempat dihalang oleh Bao Zheng dan Gongsu Ce.
“ Berhenti... rencana ini telah saya susun,pengawal Sem telah disuruh untuk membantu kamu berdua melepas diri daripada penjara” kata Bao Zheng
“Tengku Kao Li mempunyai ilmu yan tinggi namun dalam masa yang singkat terdapat 40 tusukan pada tubuhnya dan ini membuktikan bahawa pembunuhnya adalah seorang yang mempunyai ilmu persilatan yang lebih hebat daripadanya..ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berdua bukannya yang membunuh Tengku Kao Li tetapi orang lain” tambah Bao Zheng. Selepas peristiwa tersebut Chu Chu dan Siang Ai telah dibebaskan. Kesempatan ini terus digunakan oleh Bao Zheng untuk menanyakan Chu Chu mengenai keadaan dalam bilik semasa Chu Chu menyelamatkan Siang Ai.
“Waktu diluar jendela samar-samar,saya telah melihat bayangan huruf sepuluh ( dalam tulisan cina ialah + ) tergantung di tiang kira-kira sebesar 2 kali 2 meter tetapi saya juga tidak jelas” kata Chu Chu.
“Tengku mati dengan meninggalkan tanda huruf sepuluh,sekarang juga huruf sepuluh..apakah huruf sepuluh senjata yang digantung di tiang?” soal Bao Zheng sendirian memikirkan kes tersebut. Bao Zheng telah memfokuskan siasatannya kepada 3 perkara perkara pertama mengenai huruf sepuluh,kedua mengenai gerombolan orang yang berpakaian hitam yang menyerang rombongan Kao Li dan orang yang ke sidang yang mungkin berbohong.
Pada malamnya.pertemuan antara lelaki yang memakai baju hitam yang menyerang rombongan Tengku tersebut berlangsung disebuah tokong lama.

Rabu, Julai 20, 2011

Pembunuhan Tengku Kao Li Part 2

“ Tenang,aku akan membawa kau ke Kao Li.disana engkau akan mendapat kemewahan” kata Tengku Kao Li dengan angkuh.


“Saya tidak mahu..dewi malam,kalau kau dengar tolong saya” pinta Siang Ai

“Hahahah... hari ini syaitan pun tidak mampu untuk menjaga dirinya,apata lagi menjaga kau” tempik Tengku Kao Li dengan ketawa yang berdekah-dekah.

Tengku Kao Li telah bergelut dengan Siang Ai untuk merogolnya. Tetapi tiba-tiba terdapat bayangan yang melintas dikawasan tersebut. Tengku Kao Li merasa amat terkejut dan takut jika bayangan tersebut adalah syaitan seperti yang diperkatakan oleh penduduk setempat. Tengku Kao Li lantas mengambil pedang untuk membunuh bayangan yang melintas tersebut. Tiba-tiba Tengku Kao Li telah dilempar dengan debu kedalam matanya sehingga menyebabkan baginda pengsan tidak sedarkan diri. Tidak lama selepas itu,rombongan memburu negara Kao Li sampai dan menyelamatkan Tengku Kao Li di tokong tersebut. Kejadian ini telah membuatkan Tengku Kao Li merasa amat marah,seperi biasa pegawai daerah tersebut telah menjadi sasaran kemarahannya.

“Pandanganku samar-samar sehingga kamu semua pun aku tidak nampak” tempik Tengku Kao Li dengan nada marah.

“Mata tengku terkena abu,tetapi ia tidak membahayakan mata tengku tetapi dalam masa dua hari tengku tidak akan dapat melihat ” kata tabib menenangkan keadaan.

“Kamu orang Song tidak berguna,kamu tidak berhati-hati,kamu semua harus bertanggungjawab dengan kejadian ini,saya akan melaporkan perkara ini kepada maharaja kamu supaya kamu semua akan dihukum” ugut Tengku Kao Li kepada pegawai daerah tersebut.

“Tengku tenang,saya akan hantarkan orang untuk menyiasat dan pesalah akan ditangkap” kata pegawai daerah tersebut dengan nada ketakutan. Semua yang ada disitu telah dimarahai oleh Tengku Kao Li tersebut namun tiba-tiba adik kepada tengku tersebut iaitu Tengku ke 7 mencelah menenangkan keadaan yang sedia tegang tersebut.

“Bagaimana kamu terlepas dari cengkeman tengku itu?” soal ibu Bao Zheng kepada Siang Ai.

“Saya tidak tahu,saya sangat takut dan tiba-tiba sahaja ada bayangan,, dia telah menarik saya dan saya terus pengsan. Setelah sedar daripada pengsan tersebut saya mendapati saya telah berada di luar kawasan hutan dan saya terus berlari kesini” jawab Siang Ai.

“Kamu tidak melihat siapa yang menyelamatkan kamu?” soal ibu Bao Zheng lagi.

“Saya takut..saya tidak melihat siapa yang menolong saya tetapi saya merasakan yang itu merupakan syaitan,,pada malamnya saya memohon pertolongan dewa dan dewa terus keluar menolong saya” jawab Siang Ai lagi.

“Benar atau tidak ini masalah tengku tersebut, saya mesti berjumpa dengan tuan Kung Sun yang untuk menuntut keadilan bagi pihak Siang Ai” sampuk Bao Zheng dengan nada yang serius.

Namun hasrat tersebut telah dihalang oleh ibu Bao Zheng kerana pertama sekali tentu Tuan Kung Sun selaku pegawai daerah disitu tidak berani untuk menghakimi perkara tersebut dan keduanya kerana perbezaan darjat antara tengku tersebut dengan rakyat biasa.

“Tidak boleh,Tengku Kao Li melakukan kesalahan tidak seperti rakyat biasa melakukan kesalahan..raja boleh mengadili rakyat tetapi rakyat tidak boleh mengadili raja” kata ibu Bao Zheng

“Jadi dia akan terlepas?” bantah Bao Zheng

“Bao Zheng, jika engkau menuntut keadilan untuk orang susah ibu sangat suka tetapi dalam kes ini,,kerajaan Song ada penjodohan dengan negara Kao Li dan semestinya kerabat Kao Li akan menjadi orang penting dalam negara ini,siapa yang akan berani menyakitinya?,,buat apa kita tuntut keadilan untuk masalah kecil ini” tambah ibu Bao Zheng.

Bao Zheng hanya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh ibunya walaupun hatinya tidak bersetuju dengan kenyataan ibunya. Selepas menerima rawatan tersebut tidak lama kemudian Siang Ai telah pulang kembali ke hutan Syaitan.

“Perintah daripada Tuan Kung Sun bahawa sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik Tengku Kao Li jika tiada urusan penting” kata ketua pengawal dan disambut “baik” oleh semua pengawal dikawasan tersebut dengan serentak. Tiba-tiba terdengar orang berjalan masuk kekawasan kawalan.

“Siapa” kata pengawal

“ooo..Tengku ke 7.. dah lewat malam kenapa tidak tidur lagi?” tanya pengawal kepada lelaki tersebut.

“Banyak orang diluar bersenang-senang,saya dengar malam ni ada perayaan..jadi saya ingin melihatnya” kata Tengku ke 7 negara Kao Li.

“Oooo. jadi perlukah saya menyediakan pengawal untuk tengku” kata pengawal tersebut.

“Tidak perlu...kamu orang Song ada peribahasa yang berbunyi nasib yang baik akan selamat,nasib yang buruk tidak akan boleh bersembunyai” balas Tengku ke 7 Kao Li.

Tidak lama kemudian muncul Jeneral Kao Li bersama pengawalnya ingin bertemu Tengku Kao Li atas alasan ingin menghantar mantel. Mantel ialah sejenis jubah yang tebal yang kebiasaannya dipakai oleh mereka yang tinggal di kawasan utara iaitu kawasan yang lebih sejuk. Jeneral Kao Li masuk ke bilik Tengku Kao Li dan menyerahkan Siang Ai yang telah diculik pada petangnya dan diletakkan didalam mantel tersebut.

“Tengku,nikmatinya perlahan-lahan” kata Jeneral kepada Tengku Kao Li.

“Hahahah.. kamu beritahu orang Song,mereka dilarang masuk” kata Tengku Kao Li.

“Baik” sambut pengawal serentak. Tengku Kao Li telah cuba memperkosa Siang Ai didalam biliknya namun tiba-tiba Siang Ai telah tersedar dari pengsannya dan terus berlaku pergelutan. Tiba-tiba tanpa disedari bayangan yang sama sebagaimana di tokong telah muncul kembali untuk menakutkan tengku. Tengku Kao Li yang sedang ketakutan sedang sahaja diperbodohkan oleh bayangan tersebut.

“Kenapa tengku” tanya pengawal yang masuk selepas terdengar pekikan tengku.

“Ada hantu..ada hantu..” tempik Tengku Kao Li.

Keadaan sekali lagi menjadi gegak gempita dengan kes tersebut. Sekali lagi kawalan diperketatkan di kediaman Tengku Kao Li. Tidak lama kemudian pengawal terdengar pekikan

Iakkk......

Pengawal terus meluru masuk dan melihat Tengku Kao Li telah mati dibunuh.

“Jangan kemana-mana, pengawal Sem cari orang yang mencurigakan” kata Gongsu Ce yang telah ada ditempat kejadian.

“Kung Sun Cen..kenapa abangku boleh terbunuh,kau perlu perlu bertanggungjawab atas kejadian ini..aku berikan kamu tempoh 5 hari untuk menyelesaikan perkara ini..kalau tidak kamu orang pertama yang akan aku bunuh” kata Tengku ke 7 kepada pegawai daerah dengan keras.

Autopsi mayat telah dilakukan oleh ibu Bao Zheng. Ibu Bao Zheng mendapati Tengku Kao Li memiliki luka cakar, terdapat sebanyak 34 luka,kematiannya disebabkan oleh kehabisan darah, dan tangan tengku menegang menandakan sebelum kematian berlaku pergelutan dengan pelakunya.

“Tadi saya memeriksa dan mendapati semua tingkap ditutup diri dalam” kata seorang pengawal

“Saya akan menyoal siasat semua yang ada disini” kata Bao Zheng.

“Kamu berada dimana semasa kejadian tadi?”

“Saya berada di bilik,2 orang pelayan saya boleh menjadi saksi” kata Puteri Kao Li

“Saya berada di kedai arak,waktu memeriksa jenazah baru saya pulang,,semasa minum saya telah berkelahi dengan semua orang yang ada dikedai tersebut” kata Tengku ke 7 Kao Li.

“Mungkinkah ini kerja Syaitan wanita?” Tuan Kungsun menambah setelah setiap orang yang disyaki memilki alibi masing-masing.

“Tidak salah,saya telah diperintahkan oleh tengku untuk membawakan Siang Ai dari hutan Syaitan” kata Jeneral Kao Li.

Kes pembunuhan Tengku Negara Kao Li itu telah sampai kepengetahuan istana.

“ Kita mesti berperang” Kata Menteri Phang

Selasa, Julai 19, 2011

Bao Zheng - Kes Pembunuhan Tengku Kao Li Part 1

Utusan Kao Li telah tiba di negeri Song. Kedatangan mereka telah disambut meriah oleh pegawai daerah yang juga merupakan ayah kepada Gongsu Ce. Tarian asal Kao Li telah mengiringi rombongan tersebut yang membawa puteri negara Kao Li untuk dinikahkan dengan Maharaja Song. Namun sebelum sampai ke pekan tersebut,rombongan negara Kao Li telah diserang hebat oleh sekumpulan lelaki yang bertopeng hitam. Negara Song yang sudah lemah tersebut terus menjadi sasaran kemarahan Kao Li. Tengku negara Kao Li amat marah dengan kejadian tersebut dan meminta Yamen/Pejabat Daerah untuk menangkap penyerang terbabit dalam masa yang terdekat jika tidak mahu peristiwa tersebut diberitahu kepada Maharaja Song. Tengku Kao Li telah menghina negara Song yang lemah tersebut namun terus dibantah oleh pegawai daerah tersebut.


“Di negara saya terdapat banyak rakyat yang sedia bekorban,harap Tengku tidak akan meremehkan kerajaan Song” katanya dalam keadaan yang terketar-ketar.

“Apa kata kamu ini,akan saya beritahu perbuatan kamu ini kepada maharaja kamu” kata Tengku Kao Li tersebut dengan angkuh.

“Biarpun hamba tidak pintar namun,masih mencintai negara” balas pegawai daerah tersebut

Tidak lama kemudian majlis tersebut bersurai. Pegawai daerah telah memanggil mesyuarat bersama dengan orang kuat daerah termasuklah dalam perbincangan ini ialah Bao Zheng dan juga anaknya Gongsu Ce.

“Baiklah... hari ini saya memanggil kamu semua datang mencari siapa pelaku perbuatan tersebut?” kata pegawai daerah tersebut.

“Menurut model tombak dan beratnya sama.Setiap tombak beratnya 5 kilogram,yang terkena walaupun tidak mati pasti akan terluka” kata pengawal Sem yang telah membunuh harimau di hutan Syaitan Perempuan.

“Tapi setiap tombak ini dipenuhi dengan racun,siapa yang terkena pasti akan terus mati,mereka ini pasti mengharapkan tengku Kao Li tersebut mati. Siapakah mereka itu?” tambah Bao Zheng lagi.

“Hanya hanya mahu kamu menangkapnya walaupun siapa dia,yang curiga terus tangkap sahaja,,Kalau terjadi sesuatu akan saya hukum..cepat pergi” perintah pegawai daerah tersebut.

“Baik” kata pengawal serentak.

Bao Zheng sememangnya dikenali sebagai seorang yang cerdas dalam menyelesaikan kes. Pegawai daerah telah meminta Bao Zheng untuk membantunya menyelesaikan kes ini. Keadaan dipekan tersebut semakin teruk. Ramai penduduk yang disyaki telah ditangkap oleh pihak kerajaan tempatan. Dalam pada itu,terdapat seorang penilik nasib yang hebat telah datang ke pekan tersebut lantas disoal siasat.

“Tuan datang dari mana” tanya Pengawal Sem kepada penilik nasib tersebut

“Saya datang dari kota dan sudah tujuh hari berada disini” kata penilik nasib tersebut dengan tidak acuh sambil menunjukkan kad merantau kepada Pengawal Sem.

“Perlukan kita tangkap dia” soal Bao Zheng

“Tidak perlu dia mempunyai bukti merantau” kata pengawal Sem.

Pada malamnya sambutan kedatangan utusan Kao Li tersebut berlansung dengan meriah.Tarian daripada budaya Song tidak putus-putus digayakan. Segala makanan yang enak-enak telah dihidangkan kepada semua yang hadir. Selepas persembahan diadakan maka Tengku Kao Li telah merendah-rendahkan negara Song

“Saya sungguh kecewa kerana persilatan negara ini sungguh rendah dan tidak sehebat negara Kao Li” kata Tengku Kao Li dengan angkuh. Tengku Kao Li terus mencabar orang Song untuk menunjukkan kehebatan negaranya. Cabaran yang dikemukan oleh Tengku Kao Li itu telah disambut oleh Gongsu Ce dengan yakin untuk menunjukkan bahawa orang Song mempunyai ilmu yang tinggi bukannya rendah sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Kao Li tersebut.

“oooo.. Baiklah saya akan mengemukan pepatah” kata Tengku Kao Li tersebut.

Sepuluh mulut bermakna hati,

memikirkan negara,rumah dan rakyat,

“Aksara 10 ditambah aksara mulut ditambah aksara hati adalah sebuah aksara niat... Ini memang susah kamu fikirlah perlahan-lahan”kata Tengku Kao Li dengan akngkuh kerana menyangka soalan tersebut tidak akan dapat dijawab. Namun sebelum habis katanya Gongsu Ce telah mengemukan jawapan.

“ Lapan mata menikmati,angin menikmati angin” jawab Gongsu Ce

“Bagus...bagus .... bagaimana dengan kamu pula Bao Zheng” kata pegawai daerah

“ Saya.... baiklah saya jawab... lapan mata ditambah kebahagian,tahun kebahagian,bulan kebahagian menjadi damai” jawab Bao Zheng

Dengan tidak semena-mena seorang pegawai Kao Li menyampuk

“ Bagus.. sangat bagus..jawapannya adalah pokok pinus yang besar”

Jawapan yang diberikan oleh Gongsu Ce dan Bao Cheng telah menyebabkan Tengku Negara Kao Li merasa geram kerana persoalan yang dijangkanya sukar dijawab telah dijawab dengan mudah oleh orang Song.

Orang Kao Li tidak puas hati kerana merasakan mereka telah diremehkan. Untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku, pengawal Sem telah mencabar orang Kao Li untuk berlawan pedang namun selepas lama bertarung pedang yang digunakan oleh pegawai Kao Li hampir mengenai Tengku Kao Li sehingga menyebabkan pertandingan tersebut terus dibatalkan.

Kejadian tersebut telah membingungkan Bao Zheng. Pelbagai andaian telah keluar dalam fikirannya. Adakah penyerang yang berbaju hitam tersebut merupakan salah seorang pegawai Kao Li atau adakah kejadian perlawanan pedang itu tidak disengajakan?.

“Saya berlawan dengannya dan saya dapati permainannya sungguh hebat” kata pengawal Sem.

“Ohhh..baru saya perasan. Semasa serangan tersebut saya dapati pengawal tersebut tidak segera melindungai Tengku Kao Li,dia hanya menjaga disamping tandu” kata Bao Zheng

“Aku juga tidak faham” kata pengawal Sem.

“Aihhhh...lima hari yang dijanjikan oleh Tengku Kao Li telah hampir tiba..bagaimana ni” keluh pengawal Sem.

Tiba-tiba mereka berdua melihat sekumpulan kanak-kanak memukul seorang perempuan yang menghuni Hutan Syaitan Perempuan. Pengawal Sem telah menghalang kanak-kanak tersebut daripada terus memukul perempuan tersebut.

“Pergi..pergi kalau tidak aku akan memukul kamu semua” kata pengawal Sem kepada kanak-kanak tersebut. Perempuan tersebut terus dibawa kerumah Bao Zheng untuk menerima rawatan hasil daripada luka kerana dipukul oleh kanak-kanak tersebut.

“ Waktu Siang Ai dalam kandungan,ibunya digigit serigala,ia telah jatuh sakit dan gila serta mengeluarkan air liur, beberapa orang desa telah digigitnya.. pada malam ibu Siang Ai digigit malamnya Siang Ai telah dilahirkan” terang ibu Bao Zheng kepada Bao Zheng dan pengawal Sem selepas merawat Siang Ai yang menghuni Hutan Syaitan itu. Setelah peristiwa tersebut,ayah Siang Ai telah membawa mereka sekeluarga ke hutan Syaitan. Disana penyakit ibu Siang Ai semakin teruk sehingga turut menggigit suaminya. Ayah Siang Ai yang telah digigit oleh ibunya turut menjadi gila dan sebulan kemudian ayahnya pula meninggal dunia meninggalkan Siang Ai seorang diri tinggal di hutan tersebut.

Suatu hari Tengku Kao Li dan rombongannya telah pergi berburu di kawasan hutan berdekatan. Tengku Kao Li seorang diri telah masuk ke hutan Syaitan untuk memburu disana. Tengku Kao Li secara tidak sengaja telah ternampak Siang Ai yang tengah mandi di sungai berdekatan hutan Syaitan. Disebabkan keinginannya kepada wanita amat kuat,Tengku Kao Li telah mengejar Siang Ai sehingga ke dalam sebuah tokong buruk.

“Banyak wanita ingin menjadi kekasihku,hari ini nasib kau baik akan menjadi kekasihku” kata Tengku Kao Li dengan perasaan yang penuh nafsu.

“Pergi...pergi ..aku tidak mahu menjadi kekasih kau” tempik Siang Ai dalam keadaan ketakutan.
( BERSAMBUNG )

Isnin, April 25, 2011

Apakah Kata Kerja Terbitan



Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja terbitan ialah kata sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi  yang boleh menjadi kata dasar untuk menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan bahawa terdapat tiga imbuhan yang membentuk kata kerja transitif,iaitu ‘per-‘.’-kan’,dan ‘-i’. Setiap daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
    Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151 ) medefinisikan sebagai kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
    Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan kata kerja terdiri daripada awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan akhiran –kan,-i dan –an.
    Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang imbuhan samada daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan kata-kata ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal bukan daripada kata kerja. Kebanyakan kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai kata kerja terbitan pasif.

.Kata kerja terbitan awalan

Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-,mempeR-,dan dipeR-.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja aktif,sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008:151 ).

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i.                    memasak - Ibu memasak nasi
ii.                   menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
         mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
              mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menuju sasaran, contohnya :
            mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
               membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
dan akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
( a ) hidup sebagai,contohnya:
             menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
( b ) menjadi,contohnya:
              membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk sembahyang.

 Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karim et al. 2008:161 ). Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
       ber + rantai = berantai
      ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna mengikut golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri sendiri,perbuatan bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku,membawa makna mempunyai,makna memakai,mengerjakan sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta bantuan,berada dalam keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,dan beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
                  berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

 Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak – ternampak
jatuh – terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
( a ) kata kerja transitif
         terlihat – Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitif
         terjatuh -  Ali terjatuh dari katil
Bagi kata kerja pasif pula ialah:
        terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan tersedia.

 Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
jahit – dijahit
    Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus untuk awalan di-.

 Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba – memperhamba
   Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar -  memperlebar.
    JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menjadikan,menjadikan lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.

 Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif. ( Nik Safiah Karim et al 2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper- contohnya:
halus – diperhalus
    Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu dijadikan,dijadikan lebih atau bertambah dan terdapat sesuatu

Akhiran kata kerja.

Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
i. -kan
ii. –i
2  Akhiran –kan.
Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis ayat sahaja,iaitu
( a )dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua contohnya:
tuliskan – saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
( b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan – pastikan lampu dipadam.
Akhiran –kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi dan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.

. Akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran –i wujud hanya dalam dua bentuk,iaitu
( a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai – Majlis itu akan saya sertai.
( b ) dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi – tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran – i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna menyebabkan jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

Apitan kata kerja

Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah Karim et al. 2008:190 ).
Kata kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-kan,beR-...-an,di-...-kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I,di-...-I,ke-...-an,diper-...-kan,diper-...-i.
( i ) Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...-kan,meng-...-kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-kan terdiri daripada dua jenis, iaitu;
( a ) yang menerima satu objek,contohnya:
         Abu melontarkan lembing kepada Ali.
( b ) yang menerima dua objek, contohnya:
         Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat sesuatu,menyebabkan jadi,dan manfaat.
( ii ) Pada dasarnya hanya satu sahaja imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan. Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
( a )  beratapkan – Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu sebagaimana contoh diatas,
beratapkan – memberi makna menjadikan atap.
( iii ) Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif,kata tugas dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i membentuk kata kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis,iaitu:
( a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
menjahiti -  Ibu menjahiti kami sepasang baju.
( b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi – Saya menolongi makcik membaiki motor.

 Sisipan kata kerja
Dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses pengimbuhan                                ( Nik Safiah Karim et al.2008:217 ). Mengikut Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang tersisip di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa ini,imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya amat jarang. Bahkan Abdullah Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan sisipan tidak lagi produktif kerana bilangannya yang sedikit.
Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata kerja terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan –em-. Contohnya,
guruh – gemuruh
sabut – serabut
getar – geletar
contoh ayat :
        Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan diadakan.

Apakah Imbuhan



Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar ,iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan,atau bentuk terbitan ,iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui pelbagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (  Safiah Karim et al. 2008:45 ).
    Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:10) menjelaskan kata terbitan ialah kata yang berasal daripada kata tunggal yang telah mengalami proses penambahan atau dengan kata lain menggunakan imbuhan.
    Dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:45 ) menjelaskan bahawa kata terbitan mempunyai empat bentuk,iaitu awalan,akhiran,sisipan,apitan,morfem kosong,dan bentuk fleksi. Namun Arbak Othman ( 1985:3 ) pula menyatakan imbuhan terbahagi kepada empat jenis berdasarkan lingkungan atau tempat yang didudukinya,iaitu awalan,sisipan,akhiran dan imbuhan terbahagi. Imbuhan berlaku dalam pelbagai jenis kata sama ada kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Kata-kata ini jika menerima imbuhan boleh menjadi makna yang berlainan daripada kata dasarnya. 

Sabtu, April 23, 2011

Kes Pembunuhan Isteri Saudagar


Bao Zheng/Bao Qingtian


Selepas menyelesaikan kes babi yang mencuri,Bao Zheng bergegas ke tempat ibunya membuat autopsy seorang mayat isteri lelaki yang kaya. Ibu Bao Cheng yang merupakan seorang tabib memeriksa mayat tersebut dan mendapati isteri saudagar tersebut dibunuh bukannya mati kerana penyakit jantung yang dialaminya.
“Saya mendapati mayat ini telah dicekik dan ia mati dalam keadaan yang terseksa” kata ibu Bao Zheng kepada penyiasat pegawai daerah. Dengan tidak semena-mena saudagar kaya tersebut telah meluru masuk ke kawasan pemeriksaan mayat seolah-olah tidak mengetahui punca kematian isterinya.
“Puan,Puan” saudagar tersebut menjerit.
Namun ibu Bao Zheng melarang saudagar tersebut daripada mendekati mayat kerana takut segala bukti berkenaan kejadian tersebut akan hilang. Ibu Bao Zheng lantas menepuk belakang mayat tersebut dan mendapati terdapat cecair yang keluar daripada mulut mangsa yang dipercayai sebagai ubat penyakit jantung.
Tidak lama kemudian Bao Zheng ampai dan terus menanyakan kepada ibunya hasil autopsy yang dilakukan. Bao Zheng telah menguatkan lagi hujah bahawa perempuan tersebut dibunuh. Buktinya leher mangsa tersebut mempunyai kesan digantung selepas dibunuh oleh pembunuhnya.
Soal siasat terus dijalankan oleh pegawai di pejabat daerah tersebut.
“Saya tidak tahu. Semalam saya telah pergi mengutip hutang,dan apabila pulang melihat isteri saya sudah meninggal” kata saudagar Kun.
“ Bagaimana dengan kamu pula” tanya pegawai terbabit kepada seorang pembantu rumah.
“ Sebelum kekuil,puan telah mnyuruh saya membeli cangkir untuk sembanhyang. Tetapi selepas itu saya telah melihat pua sudah meninggal” kata pembantu rumah tersebut.
Pegawai penyiasat tersebut buntu untuk mencari jawapan kerana semua pekerja termasuk saudagar tersebut mempunyai alasan dan alibi masing-masing. Tiba-tiba Bao Zheng telah melihat dua orang pembantu rumah perempuan dan terus bertanya
“ Berapa lama kamu bekerja di sini? “
“ Saya disini telah bekerja disini selama tujuh tahun” kata salah seorang pembantu tersebut.
“Kamu pula?”
“Saya telah bekerja disini selama setengah tahun” kata seorang pembantu lagi.
Bao Zheng lantas tersenyum dan berkata “ kalau begitu saya sudah tahu siapa pembunuhnya”.
Bao Zheng lantas menunjukkan tangan kepada saudagar tersebut. “ Kamulah pembunuh” katanya.
“Bukan saya,bukan saya” saudagar tersebut cuba menafikan tuduhan Bao Zheng.
“Tadi bukanlah kamu kata kamu mengutip hutang diluar dan baru sahaja sampai disini?” kata Bao Zheng.
“ Betul,betul” kata saudagar tersebut mengiakan kenyataan Bao Zheng.
“Tapi saya melihat kasut kamu bersih,bukan seperti orang yang berjalan jauh. Melainkan engkau telah balik malam tadi dan membunuh isteri engkau”.
“Bukan saya,bukan saya,saya betul-betul tidak melakukannya” kata saudagar tersebut tegas.
“Baik kamu masih tidak mahu mengaku ya,aku akan kemukakan bukti” kata Bao Zheng lantas menakutkan saudagar tersebut.
“Bukti apa?” kata saudagar tersebut dengan suara yang gementar.
“ Saya melihat cap jari kamu di leher isteri kamu. Lehernya ada lekukan yang dicekik oleh orang yang memakai cincin dan disini hanya kamu yang memakai cincin” kata Bao Zheng tegas.
“Jadi kamulah pembunuhnya,pengawal tangkap dia” tambah Bao Zheng.
“Jadi adakah kamu tahu kenapakah isterinya dibunuh” tanya ibu Bao Zheng.
Bao Zheng lantas menunjukkan tangan kearah seorang pembantu rumah yang baru bekerja selama setengah tahun tersebut jika ingin mengetahui sebab isteri saudagar tersebut dibunuh.
“Saya,saya,saya tiada urusan dengannya,kenapa harus saya bunuhnya,saya tidak tahu siapa pembunuhnya” kata pembantu rumah tersebut dengan nada yang takut bercampur gementar.
“Saya juga tidak tahu... Tapi kenapa yang sudah tujuh tahun bekerja tetapi masih memakai baju yang buruk tetapi kamu yang baru bekerja setengah tahun sudah memakai baju yang cantik” sindir Bao Zheng.
Ibu Bao Zheng terus pergi dekat dengan pembantu rumah tersebut dan mendapati pembantu rumah tersebut menyimpan sejenis ubat untuk menggugurkan janin dalam perut. Ibu Bao Zheng lantas memeriksa nadi pembantu rumah tersebut dan mendapati perempuan tersebut telah hamil angkara hubungan sulit yang dilakukan dengan saudagar tersebut. Selepas rahsianya tersingkap,pembantu rumah tersebut terus melutut dan mendedahkan rahsianya. Dalam nada kesal dan penuh tangisan pembantu rumah tersebut berkata
“Ini bukan urusan saya, tapi tuan besar berjanji jika puan mati saya akan menggantikan tempatnya,kamu tolonglah jangan tangkap saya,saya merayu” rayu perempuan tersebut.
Pengakuan yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut sudah cukup untuk merungkai kes tersebut. Kedua-dua penjenayah tersebut telah dihukum gantung oleh mahkamah atau Yamen. Pegawai penyiasat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng dan ibunya kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kerana dengan akal yang dimilikinya adalah mustahil kes tersebut diselesaikan olehnya.
Semasa pulang dari tempat kejadian penduduk pekan tersebut telah riuh dengan kehebatan seorang pengawal daerah tersebut yang berjaya membunuh seekor harimau di Hutan Syaitan Perempuan. Hutan Syaitan Perempuan adalah hutan yang paling ditakuti oleh penduduk kerana mereka mempercayai ada syaitan didalam hutan tersebut. Namun dalam hutan tersebut tinggal seorang perempuan yang disisihkan oleh masyarakat kerana ibu perempuan tersebut telah dijangkiti penyakit anjing gila dan memakan daging manusia.

Jumaat, April 22, 2011

Cara Mengelakkan Stress Exam

Bila musim exam pasti akan banyak berlaku kes histeria sehinggakan bekas pengetua Khar meminta untuk diwujudkan pasukan rawatan histeria. Sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan anda daripada tertekan menghadapi exam. Gunakan petua sahaja...

Tangan Kosong
1.Pergi Exam Dengan Tangan Kosong

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa bahan bacaan semasa pergi exam. Kalau boleh semua barang seperti dompet,ketik kuku,make up dilarang daripada membawanya. Jika anda melihat rakan anda memegang apa-apa bahan bacaan untuk exam pastikan anda menjauhinya kerana ia boleh mendatangkan kesan stress kepada anda. Sebolehnya semasa pergi exam cukuplah anda membawa kad matrik,pen,pensil,pemadam,gorek untuk menajamkan pensil dan juga slip exam. Pastikan semasa menuju ke tempat exam anda tidak membawa apa-apa dan berjalan melenggang....

Pastikan Target Anda
2. Pastikan Terget Anda

Bila menghadapi peperiksaan,pastikan anda meletakkan target untuk lulus bukan utnuk mendapatkan A. Apa ada pada A sehingga orang berebut untuknya. Anda perlu berfikir dengan waras, Jika anda tidak mendapat A adakah ada apa-apa kesan kepada anda?. Tetapi jika anda tidak lulus anda perlu repeat semula subjek tersebut dan jika tersilap haribulan boleh dibuang universiti. Jadi pastikan matlamat anda betul.. Letakkan target serendah mungkin. Dalam meletakkan target ini anda kena pastikan bahawa anda tidak akan kecewa/cemburu jika rakan anda mendapatkan A.....


Jangan Baca Saya
3. Jangan Membaca 

Petua mudah untuk mengelakkan stress ialah jangan membaca atau jika anda takut untuk tidak dapat menjawab soalan pastikan anda membaca dengan kadar jumlah yang sedikit. Rasionalnya, tidak semua soalan yang anda baca itu akan masuk dalam exam. Dan jika soalan  yang anda baca tidak masuk sekurangnya anda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia dengan membaca sesutau yang tidak keluar dalam exam maka secara tidak langsung anda akan senyum dan stress pun hilang.


Keluar Sekarang
4. Fikir untuk Keluar Awal  

Semasa masuk kedalam dewan pastikan perkara pertama dilakukan ialah melihat masa menjawab. Kemudian tengok soalan dan tentukan jangkamasa anda dapat menyiapkan jawapan anda. Pastikan anda menjawab dengan laju dan jangan sesekali melihat kembali jawapan anda melainkan hanya memeriksaan no matrik dan beberpa perkara yang perlu dikertas jawapan. Selepas siap,terus angkat kaki meninggalkan dewan. Pasti anda kagum dengan diri anda ...

Pastikan Anda Dalam kedudukan selamat
5. Jangan berada didepan Orang Yang Anda Cintai  

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berada sekelas dengan orang yang anda anggap bakal isteri anda ialah kemungkinan anda akan berada dekat dengan dia semasa berada didalam dewan. Jika anda tidak pemali x apa tapi bagaimana dengan mereka yang pemalu..... Saya tiada penyelesaian kepada masalah ini cuma pastikan anda siap awal dan pastikan orang yang anda anggap bakal pasangan anda itu tunduk tidak melihat anda terutamanya sekali bila anda keluar dewan .. Yang penting jangan difikir apa yang nak dikata... Hidup dengan diri kita sendiri jangan jadi orang lain.....

Gunalah petua ini bagi mengelakkan anda stress dalam menghadapi peperiksaan tetapi saya tidak berani jamin dengan pointer anda....
~ngee~ slmt mencuba


Khamis, April 21, 2011

Bao Zheng - Kisah Pencuri Wang Penjual Pau


Bao Zheng


Gongsu Ce merupakan seorang yang pintar. Sebagai seorang cendiakawan beliau sering sahaja dicabar oleh cendiakawan lain untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dari segi keilmuannya dalam bidang muzik,sastera,catur. Sedang asyik beliau bertanding tiba-tiba keadaan menjadi riuh apabila orang ramai dikeadai terbabit menjerit bahawa ada seorang yang bijak ingin mengadili seekor babi yang dikatakan mencuri. Lelaki yang bijak tersebut ialah Bao Zheng yang memiliki kulit yang hitam dan dan mempunyai bulan sabit di dahi sebagai tanda lahir. Beliau telah dipanggil oleh ibunya untuk menyiasat satu kejadian bunuh di rumah seorang kaya di pekan tersebut. Dalam perjalanan Bao Zheng telah melihat orang ramai di sebuah kedai di pekan tersebut sedang bergaduh mengenai kejadian kecurian tersebut.
Seorang pakcik yang menjual pau telah mendakwa seorang lelaki yang membawa babi tersebut mencuri wang perniagaannya namun lelaki tersebut menafikannya dan menuduh babinya yang mencuri. Ini telah menyebabkan kekecohan berlaku di pekan tersebut. Bao Zheng yang kebetulan lalu secara sukarela ingin menyelesaikan masalah tersebut.
Bao Zheng dengan selamba mengatakan bahawa babi itulah yang mencuri duit pakcik yang menjual pau tersebut. Perkara ini telah menyebabkan keriuhan dalam kalangan masyarakat pekan tersebut. Bao Zheng telah menggunakan kaedah psikologi untuk mengumpan pencuri tersebut.
Bao Zheng telah bertindak memukul babi tersebut supaya babi tersebut mengaku bahawa dialah mencuri wang terbabit. Pakcik yang mencuri wang tersebut terpedaya dengan helah yang digunakan oleh Bao Zheng.
“Kenapa kamu mencuri?” Tanya Bao Zheng kepada babi tersebut.
Bao Zheng telah merapatkan telinganya ke mulut babi untuk mendengar apakah sebabnya babi tersebut mencuri. Keadaan ini telah menambahkan lagi kepercayaan penduduk bahawa Bao Zheng boleh berkomunikasi dengan binatang.
“ooo.. kamu mencuri kerana miskin” kata Bao Zheng sendirian setelah mendengar apa yang dikatakan oleh babi tersebut.
“Tuan-tuan,mari kita menderma untuk diberikan kepada babi ini” tambah Bao Zheng lagi.
Orang ramai yang melihat aksi Bao Zheng tersebut telah serta merta dengan sukarela menghulurkan derma untuk babi tersebut tanpa banyak bertanya kerana orang ramai masih tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Bao Zheng seterusnya . Bao Zheng telah mengarahkan supaya derma tersebut diberikan dalam sebuah bekas yang berisi air. Gongsu Ce sudah lama berada ditempat kejadian telah menjadi orang pertama yang menghulurkan derma tersebut untuk melihat tindakan yang akan dilakukan oleh Bao Zheng tersebut. Mereka berdua adalah cendiakawan paling pintar dalam provinsi Anhui. Cuma Bao Zheng lebih sedikit pintar dalam merungkaikan kes yang sukar. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan Bao Zheng lebih diminati kerana bersifat merendah diri mungkin disebabkan keluarganya miskin berbanding dengan keluarga Gongsu Ce yang merupakan keluarga pegawai daerah.
Orang ramai telah menghulurkan derma masing-masing namun pemilik babi yang dikatakan mencuri tersebut teragak-agak untuk mengeluarkan derma namun selepas desakan orang ramai akhirnya pakcik tersebut menghulurkan derma tersebut. Apabila duit tersebut mencecah air sahaja maka Bao Zheng berkata
“Pakcik inilah yang mencuri”.
Orang ramai yang setia menunggu pada waktu itu menjadi hairan kerana dengan hanya memberi derma sudah boleh mengetahui siapa pencurinya. Bao Zheng pantas menjelaskan bahawa pakcik yang menjual pau tersebut menjual pau dan sering menerima wang hasil jualannya. Disebabkan pau memerlukan minyak untuk proses pembuatannya semestinya wang yang dipegang oleh pakcik penjual tersebut turut berminyak. Semua wang yang didermakan oleh orang ramai tidak berminyak sedangkan hanya wang pakcik tersebut sahaja yang berminyak sekaligus menandakan bahawa pakcik yang membawa babi tersebut yang mencurinya. Untuk mengukuhkan lagi dakwaannya,Bao Zheng telah mengarahkan supaya pakcik tersebut memasukkan semua wang yang ada padanya kedalam magkuk yang berisi air dan keadaan air tersebut semakin jelas ia berminyak. Pakcik penjual pau tersebut lantas mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng.
“Kamu pasti akan menjadi pegawai suatu hari nanti” kata pakcik tersebut.
Namun keadaan itu tidak disukai oleh Gongsu Ce kerana akan mengurangkan popularitinya sebagai seorang cendiakawan.







3 Katogeri Anak dalam Islam...

Mas Kahwin rm 1000

Dalam Islam terdapat 3 jenis anak yang dikatogorikan. Mungkin 2 daripadanya kita sudah sering mendengarnya dan satu lagi hanya orang-orang tertentu je yang tahu terutamanya mereka yang menuntut ilmu pada jalannya.

1. Anak Sah Taraf

Anak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan selepas berlakunya akad nikah. Katogeri ini paling banyak terdapat didunia umat Islam. Tetapi tahukah anda bahawa jima' selepas akad nikah adalah haram kerana pada masa itu masih ada imam yang tengok dan juga sanak saudara. Jadi kepada anda berhati-hatilah kepada anda. Pastikan tiada orang dulu baru on. Bagaimana pula jika perkahwinan kita ditentang oleh ayah. Dalam kes ini kita boleh mewakilkan wali hakim atau imam untuk meminta keizinan ayah untuk mengahwinkan anda dan jika si ayah tetap tidak mahu maka boleh diteruskan dengan wali yang lain seperti abang atau datuk. Tetapi sebaiknya jika sudah ada tentangan keluarga baik xpayah nak diteruskan ye.....


2. Anak ibu bapa Haram

Anak Ibu bapa haram merupakan kategori anak kedua paling banyak. Ia berlaku apabila melahirkan anak dalam keadaan belum akad nikah. Menurut rekod di Malaysia, setiap 17 minit akan ada bayi luar nikah ini yang dilahirkan. Semua ini berlaku atas beberapa faktor yang lebih suka saya sebut sebagai mangsa sistem. Tidak semua mereka yang terlibat dalam gejala haram ini kerana kurangnya kesedaran agama, dan saya yakin jika ia islam bukannya tidak tahu bahawa zina tu haram. Jadi antara faktor berlakunya zina ialah ...... Ibu bapa perempuan meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi ( kawe nok cari hok 1000 jah ),, dikatakan terlalu muda untuk kahwin,tentangan keluarga dan seribu sepuluh satu lagi alasan....

3. Anak Wati Syubhah

Anak wati syubhah merupakan bukan anak zina dan juga bukan anak kahwin.. Pelik kan kan kan... Tak payah nak pelik jom kita dengar cerita dahulu... Suatu hari, Abu berkahwin dengan si Mira. Sudah menjadi adat Melayu,malam pertama dan beberpa malam pengantin akan tido di rumah perempuan. Di rumah Mira pulak dia ada kakak dan adik yang sudah berkahwin yang duduk di rumah. Kisahnya bermula begini, pada malam pertama atau dua tama dan seterusnya pun,,, elektrik rumah mira telah terpadam. Dalam samar-samar gelap Abu telah masuk bilik kakak Mira kerana disangkanya sudah biliknya sendiri. Dalam suasana yang gelap gelita, Abu tanpa membuang masa telah melakukan aktiviti yang dilakukan oleh pengantin tanpa mengetahui yang dia lakukan dengan kakak mira bukannya mira. Kakak mira pun pada masa itu ingatkan dia melakukan perbuatan itu dengan suaminya ( walaupun kakaknya dah rasa sedikit pelik tapi x brani bersuara ) . Selepas selesai perbuatan tutttttt.... Tiba3 elektrik hidup semula dan mereka terkejut bahawa mereka bukan pasangan yang sah.. Dalam bab ini mereka bukannya berzina kerana mereka masing3 ingat bahawa ia pasangan masing3 semasa melakukannya. Dan jika hasil hubungan mereka itu melahirkan anak,maka anak itu dipanggil anak wati syubhah.... ( ia bukan dilakukan dengan sengaja ye.. jagan pandai3 nak buat sengaja plak.)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters