Pengikut

Khamis, April 21, 2011

Bao Zheng - Kisah Pencuri Wang Penjual Pau


Bao Zheng


Gongsu Ce merupakan seorang yang pintar. Sebagai seorang cendiakawan beliau sering sahaja dicabar oleh cendiakawan lain untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dari segi keilmuannya dalam bidang muzik,sastera,catur. Sedang asyik beliau bertanding tiba-tiba keadaan menjadi riuh apabila orang ramai dikeadai terbabit menjerit bahawa ada seorang yang bijak ingin mengadili seekor babi yang dikatakan mencuri. Lelaki yang bijak tersebut ialah Bao Zheng yang memiliki kulit yang hitam dan dan mempunyai bulan sabit di dahi sebagai tanda lahir. Beliau telah dipanggil oleh ibunya untuk menyiasat satu kejadian bunuh di rumah seorang kaya di pekan tersebut. Dalam perjalanan Bao Zheng telah melihat orang ramai di sebuah kedai di pekan tersebut sedang bergaduh mengenai kejadian kecurian tersebut.
Seorang pakcik yang menjual pau telah mendakwa seorang lelaki yang membawa babi tersebut mencuri wang perniagaannya namun lelaki tersebut menafikannya dan menuduh babinya yang mencuri. Ini telah menyebabkan kekecohan berlaku di pekan tersebut. Bao Zheng yang kebetulan lalu secara sukarela ingin menyelesaikan masalah tersebut.
Bao Zheng dengan selamba mengatakan bahawa babi itulah yang mencuri duit pakcik yang menjual pau tersebut. Perkara ini telah menyebabkan keriuhan dalam kalangan masyarakat pekan tersebut. Bao Zheng telah menggunakan kaedah psikologi untuk mengumpan pencuri tersebut.
Bao Zheng telah bertindak memukul babi tersebut supaya babi tersebut mengaku bahawa dialah mencuri wang terbabit. Pakcik yang mencuri wang tersebut terpedaya dengan helah yang digunakan oleh Bao Zheng.
“Kenapa kamu mencuri?” Tanya Bao Zheng kepada babi tersebut.
Bao Zheng telah merapatkan telinganya ke mulut babi untuk mendengar apakah sebabnya babi tersebut mencuri. Keadaan ini telah menambahkan lagi kepercayaan penduduk bahawa Bao Zheng boleh berkomunikasi dengan binatang.
“ooo.. kamu mencuri kerana miskin” kata Bao Zheng sendirian setelah mendengar apa yang dikatakan oleh babi tersebut.
“Tuan-tuan,mari kita menderma untuk diberikan kepada babi ini” tambah Bao Zheng lagi.
Orang ramai yang melihat aksi Bao Zheng tersebut telah serta merta dengan sukarela menghulurkan derma untuk babi tersebut tanpa banyak bertanya kerana orang ramai masih tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Bao Zheng seterusnya . Bao Zheng telah mengarahkan supaya derma tersebut diberikan dalam sebuah bekas yang berisi air. Gongsu Ce sudah lama berada ditempat kejadian telah menjadi orang pertama yang menghulurkan derma tersebut untuk melihat tindakan yang akan dilakukan oleh Bao Zheng tersebut. Mereka berdua adalah cendiakawan paling pintar dalam provinsi Anhui. Cuma Bao Zheng lebih sedikit pintar dalam merungkaikan kes yang sukar. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan Bao Zheng lebih diminati kerana bersifat merendah diri mungkin disebabkan keluarganya miskin berbanding dengan keluarga Gongsu Ce yang merupakan keluarga pegawai daerah.
Orang ramai telah menghulurkan derma masing-masing namun pemilik babi yang dikatakan mencuri tersebut teragak-agak untuk mengeluarkan derma namun selepas desakan orang ramai akhirnya pakcik tersebut menghulurkan derma tersebut. Apabila duit tersebut mencecah air sahaja maka Bao Zheng berkata
“Pakcik inilah yang mencuri”.
Orang ramai yang setia menunggu pada waktu itu menjadi hairan kerana dengan hanya memberi derma sudah boleh mengetahui siapa pencurinya. Bao Zheng pantas menjelaskan bahawa pakcik yang menjual pau tersebut menjual pau dan sering menerima wang hasil jualannya. Disebabkan pau memerlukan minyak untuk proses pembuatannya semestinya wang yang dipegang oleh pakcik penjual tersebut turut berminyak. Semua wang yang didermakan oleh orang ramai tidak berminyak sedangkan hanya wang pakcik tersebut sahaja yang berminyak sekaligus menandakan bahawa pakcik yang membawa babi tersebut yang mencurinya. Untuk mengukuhkan lagi dakwaannya,Bao Zheng telah mengarahkan supaya pakcik tersebut memasukkan semua wang yang ada padanya kedalam magkuk yang berisi air dan keadaan air tersebut semakin jelas ia berminyak. Pakcik penjual pau tersebut lantas mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng.
“Kamu pasti akan menjadi pegawai suatu hari nanti” kata pakcik tersebut.
Namun keadaan itu tidak disukai oleh Gongsu Ce kerana akan mengurangkan popularitinya sebagai seorang cendiakawan.







Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters