Pengikut

Khamis, April 14, 2011

Konfusius di China


Ajaran Konfusius telah diasaskan oleh Kung Fu Tze atau nama sebenarnya Kung Chiu pada tahun 551 S.M semasa pemerintahan Wangsa Chou di Negeri Lu. Beliau anak kepada Shuh Liang Heih daripada keturunan Kung dan Chiang Tsai dan merupakan golongan bangsawan namun bukan golongan yang kaya. Konfusius merupakan salah seorang daripada sekalian banyak sarjana yang terkenal semasa dinasti Chou. Beliau hidup dalam kesusahan dengan ibunya kerana ayahnya telah meninggal semasa beliau berumur 3 tahun dan pernah bekerja sebagai pengembala kambing,pengembala lembu,kerani dan peyimpan kira-kira  namun pada umur 17 tahun beliau berjaya menjadi pegawai kerajaan. Beliau telah berjaya dalam bidangnya sehingga berjaya naik pangkat dan pernah menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri bagi Negeri Lu namun falsafah yang cuba dibawakannya tidak dapat diterima oleh pemerintah. Konfusius telah bertindak meletak jawatan dari kerajaan dan mengembara. Apabila tua,beliau telah kembali ke negeri Lu dan mewujudkan satu sekolah akademik untuk menyebarkan pengaruhnya. Dikatakan beliau memiliki 3000 orang murid dan 72 orang pengikut yang setia. Beliau banyak menulis mengenai kesusasteraan,sejarah ,moral dan falsafah. Ajarannya banyak ditulis oleh pengikutnya didalam buku analects yang merupakan tulisan klasik yang menggunakan nama Konfusius. Beliau telah meninggal pada tahun 479 S.M di Chii fu.  Semasa pertengahan terakhir dinasti Chou Timur ( 770 S.M- 221 M ) negara China telah berpecah kepada banyak negara dan saling berperang sehingga digelar zaman “Negara-Negara Berperang”. Pada zaman ini raja-raja amat memerlukan buah fikiran daripada pelbagai golongan masyarakat bagi mengamankan negara. Falsafah Konfusius pada masa itu tidak mendapat tempat berbanding pendapat yang lain. Tetapi falsafah “perundangan” telah mendapat pada masa itu dan telah berjaya mengamankan negara. Falsafah Fang atau undang-undang itu telah berjaya membantu kerajaan membentuk satu kerajaan yang kuat dengan angkatan tentera yang besar.
    Namun ajaran ini telah menjadi satu ajaran terpenting kepada China sehinggalah sekarang. Semasa pemerintahan dinasti Chin,pengikut falsafah Konfusius telah ditekan teruk termasuklah ada yang dibunuh,kitab-kitab Konfusius telah dibakar membuktikan bahawa falsafah Konfusius telah berkembang kerana masyarakat awam tidak bersetuju dengan dasar keras yang diamalkan oleh kerajaan. Namun ia sekali lagi berubah selepas zaman dinasti Han ( 206 S.M-220 M ). Liu Pang yang merampas kuasa daripada Wangsa Qin telah bertindak menitik beratkan sistem nilai dan falsafah Konfusius dan agenda membangunkan rakyat. Dinasti Han telah mengambil pendapat menentang dinasti Chin yang dianggap kejam dan mengangkat falsafah Konfusius untuk dijadikan panduan.  Pengikut Konfusius pada zaman ini telah berjaya mempengaruhi Maharaja Wu Ti untuk menjadikan Konfusius sebagai panduan negara bahkan cucunya telah membawa masuk guru-guru falsafah ini kedalam istana. Pada zaman Han,sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan perlu mahir dalam falsafah Konfusius dan lama-kelamaan ia menjadi wajib untuk mengambil peperiksaan kerajaan. Perkembangan falsafah Konfusius dalam bidang pendidikan tidak dapat diabaikan kerana falsafah ini telah diguna pakai dalam solibus peperiksaan. Liu Pang telah bertindak mengambil pegawai daripada golongan cerdik pandai untuk membangunkan negara. Aspek Pendidikan amat dititik beratkan sebagai bukti ialan perkembangan pelbagai disiplin ilmu seperti kesusasteraan,seni lukis,muzik,falsafah dan sebagainya.  Namun selepas kejatuhan kerajaan Han falsafah ini telah dipandang sepi dan hanya wujud pada nama sahaja apabila kemasukan agama Buddha dan juga serangan orang gasar dari utara.
    Ajaran Konfusius menekan lima aspek iaitu Jen ( kebaikan hati dan keperimanusiaan ), I ( kesetiaan dan kebaktian ),Li  ( adat tatacara ),Shih ( kecerdasan ),Chih ( kejujuran ). Sifat ini menekankan tentang hubungan sosial dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Anak-anak ditekankan untuk berbuat baik dan menghormati ibu bapa dan juga orang tua. Dengan menekankan lima aspek itu seseorang akan mencapai cita-cita seorang Chun-Tzu ( orang baik-baik ). Ajaran ini menekankan kesedarhanaan dalam setiap tindakan yang diambil. Selain itu,Konfusius menekankan aspek kesetiaan kepada negara dan juga ketaatan kepada ibubapa. Falsafah ini telah terbahagi kepada tiga zaman yang tersendiri iaitu zaman Konfusius sendiri,zaman Mencius dan juga Neo-Konfusius.
    Pengikut Konfusius yang terpenting ialah Mencius atau Mengzi yang hidup sekitar tahun 372 S.M-289 S.M . Sumbangan utama Mengzi ialah dalam pembangunan moral masyarakat. Bagi Mencius jika kerajaan berada dalam tangan lelaki yang budiman maka negara tersebut akan dapat memastikan kebajikan rakyat tercapai. Bagi Mencius,kejahatan yang dilakukan adalah daripada pengalaman malang kemudian dicorakkan oleh masyarakat dan kawan. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menjadi baik. Mencius melihat kerajaan harus dipimpin oleh jungzi atau lelaki budiman dan jika raja itu jahat maka menteri harus membantah dan jika tidak menjadi harus berhenti dan berkhidmat dengan kerajaan lain. Sumbangan Mencius terhadap pemikiran rakyat adalah besar. Mencius menyeru supaya kerajaan memerintah dengan adil dan pembahagian tanah mestilah sama rata dan jika kerajaan tidak bertanggungjawab maka perlu dijatuhkan sahaja.  Dalam ajaran Konfusius,raja yang zalim sepatutnya tidak mendapat mandat dari syurga untuk memerintah.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters