Pengikut

Untuk sebarang cadangan,persoalan dan sebagainya. Boleh hubungi saya di fb http://www.facebook.com/pages/Bongkar-Fakta-Sejarah-Malaysia/223404737734594

Sabtu, Disember 11, 2010

Konflik di Naning secara Ringkas

( Dol Said )

Naning merupakan sebuah kawasan kecil yang bersempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan.Naning juga antara kawasan yang terlibat dalam pembentukan persekutuan yang diwujudkan oleh orang Minangkabau sekitar abad ke 15.Oleh itu,Naning merupakan antara kawasan yang mengamalkan adat perpatih dan penduduknya hanya sekitar 5000 orang.Konflik di Naning bukan sahaja berlaku pada zaman British namun ia sudah berlaku sejak zaman Belanda lagi dimana ketua Naning pada masa itu tidak mengaku berada dibawah kekuasaan Belanda.Oleh itu,Belanda telah bertindak menyerang Naning dan memerintahkan supaya Naning membayar satu persepuluh dari hasilnya.Namun kutipan hasil di Naning agak sukar dan merugikan Belanda sehingga penduduk Naning hanya perlu membayar 400 gantang iaitu satu perseribu dari hasil Naning.Pada tahun 1801,Dol Said iaitu penghulu Naning telah menandatangani satu perjanjian dengan British dimana Naning hanya akan menjual hasilnya kepada Melaka sahaja.British sedaya upaya untuk meletakkan Naning dibawah kekuasaannya,ini kerana tiada bukti jelas yang menunjukkan Naning berada dibawah Melaka.Satu peluang terbuka untuk British terbuka apabila Penghulu Naning telah menghukum mati keluarga pembunuh bukannya pembunuh itu sendiri sedangkan Penghulu Naning telah dicabut kuasa dari menjatuhkan hukuman mati.
    Apabila Gabenor British melawat Melaka,Dol Said enggan untuk menemuinya bahkan Dol Said telah mula melakukan gangguan kepada Syarikat Hindia Timur yang menjalankan pembancian di Naning.Dalam usaha pembancian itu,tentera turut dihantar untuk melakukan tugas terbabit.Churh iaitu Penolong Residen Melaka telah memberitahu Dol Said bahawa “ Syarikat tidak pernah berniat untuk mengganggu kebebasan dirinya sendiri tetapi....Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan tertakluk pada peraturan yang sama”.Pada bulan Oktober 1829 sekali lagi Gabenor melawat Melaka namun Dol Said tidak juga mahu berjumpanya bahkan telah siap berperang.Gabenor memang hendak berperang namun Pengarah di London menghalang walaupun tidak mendapat cukai satu persepuluh.Pada Julai 1831,seramai 150 sepai dan 2 pucuk meriam enam paun dibawa untuk menyerang Naning.Serangan ini gagal kerana British tidak tahu akan keadaan kawasan Naning selain Naning turut menerima bantuan dari Rembau yang diketuai oleh Syed Syaaban.Selepas perang itu,British telah pergi ke Rembau dan memberi jaminan bahawa Rembau tidak akan diserang oleh British bahkan diberi kemerdekaan dan kedaulatan.Perang Naning kedua telah berlaku pada Mac 1832,dimana British pula dibantu oleh Rembau.Dalam peperangan ini,British berjaya mengalahkan Dol Said dan daerah Naning telah ditawarkan kepada Penghulu Rembau namun penghulu Rembau tidak mahu dan dijadikan wilayah Melaka.Dol Said diberi rumah di Melaka dan juga pencen sebanyak 100 rupee sebulan.





Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters