Bola
Baling antara permainan yang berasal daripada benua Eropah.Permainan ini
dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani Greek,di Harpaston di Rom
dan juga Fangballspiel di Jerman.Permainan ini merupakan permainan zaman silam
tetapi sebagaimana permainan lain ia mengalami proses tranformasi berdasarkan
kesesuaian massa.Sekitar abad ke 19 telah lahir permainan yang seakan-akan Bola
Baling di sekitar Negara Eropah seperti di Czeska Hasenka di
Czehoslovakia,Handbold di Denmark,Hazena di Bohemi,Gandbol di Ukraine dan di
Korball dan juga Raffbold di Negara Jerman.Walaupun permainan ini merupakan permainan
zaman lampau namun sekitar abad ke 19 ia menjadi semakin popular di
Negara-negara Eropah sebagaimana
yang
disebutkan diatas.Permainan Bola Baling moden pertama kalinya dimainkan di
Negara Denmark,Jerman,Norway,Scandinavia dan Sweden,itupun di sekitar
pengakhiran abad ke 19.Jika dilihat permainan bola baling ini lebih dikenali di
kawasan Scandinavia dan juga jiran Eropahnya.
Permainan akan mendapat pengiktirafan
antarabangsa jika mempunyai undang-undang permainan dan itulah juga yang
berlaku terhadap Bola Baling.Oleh itu,pada 1897,R.N.Ernst telah menggubal satu
undang-undang permainan Bola Baling.Namun begitu pada 1898 Holger Nielson juga
telah membuat undang-undang bagi permainan ini.Ini bermakna permainan ini
semakin meningkat naik,ini dibuktikan dengan wujud 2 undang-undang permainan
hanya digubal dalam masa lebih kurang setahun.Tidak hanya setakat
itu,undang-undang permainan bola baling terus berlaku perubahan.Pada 1917,Max
Heiser,Karl Schelenz dan juga Erich Konigh telah menggubal undang-undang
permainan ini bagi menjadikan ia lebih sesuai dimainkan oleh orang ramai. Pada
1919 Karl Helenz secara sendirian telah menggubal pula undang-undang permainan
ini bagi menambah baik undang-undang perlawanan.Permainan ini telah menjadi
permainan antarabangsa apabila pertama kalinya diadakan pertandingan antara
Negara iaitu antara Jerman dan Belgium sekitar tahun 1925 untuk pemain lelaki
sahaja.Bagi perlawanan wanita pula yang paling awal diadakan pada 1930 yang
mana menyaksikan perlawanan antara pasukan Jerman dan Australia.Berdasarkan
perlawanan antarabangsa tadi dapatlah disimpulkan bahawa permainan Bola Baling
semakin berkembang bukan sahaja diantara gender lelaki tetapi juga
wanita.Kedua-dua pertandingan yang dijalankan tersebut diadakan dibawah
undang-undang yang digubal oleh pakar tersebut.
Sekitar
tahun 1926,telah diadakan satu jawatankuasa khas yang diwujudkan oleh Kesatuan
Olahraga Amatur Antarabangsa bagi menggubal satu peraturan permainan Bola
Baling bagi kegunaan di peringkat antarabangsa.Hasilnya,terbentuklah satu
peraturan baru bagi permainan Bola Baling yang lebih bersifat antarabangsa
berbanding yang dibuat oleh tokoh yang sebelumnya ini.Permainan ini terus
berkembang,ini dibuktikan apabila pada 1928,Avery Brudge telah menubuhkan
Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa ( IAHF ) di Amsterdam sempena sukan
Olimpik di Negara tersebut.Pada peringkat awal ini,kesatuan ini hanya
dianggotai oleh hanya 11 buah Negara.Permainan ini terus berkembang apabila ia
dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik di Berlin Jerman pada
1936.Tetapi pertandingan pada tahun 1936 hanya melibatkan pasukan lelaki
sahaja.Sebanyak 6 buah Negara telah mengambil perhatian dan Jerman telah
mendapat gelaran juara.Jika diperhatikan,kita melihat dalam permainan Bola
Baling ini,Jerman merupakan Negara yang terlibat secara langsung dan ini
mungkin di Jerman bola baling sudah menjadi sukan popular dikalangan rakyat.
Pada tahun yang berikutnya,permainan Bola
Baling ini sudah dibuang daripada senarai permainan di sukan Olimpik. Namun
demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan
Olimpik.Pertandingan ini hanya dimasukkan dalam senarai pula pada sekitar tahun
1972 iaitu dalam sukan Olimpik yang diadakan di Munich.Pembuangan Bola Baling
diantara tahun berikut itu,mungkin disebabkan oleh Negara penganjur yang tidak
mempunyai kekuatan dalam sukan terbabit.Selain itu,mungkin sukan ini hanya
tertumpu di Negara tertentu sahaja. Perkembangan sukan Bola Baling ini,dapat
dilihat apabila pasukan perempuan dibenarkan bermain dalam sukan Olimpik tahun
1976.Walaupun ia dilihat agak lewat namun ia merupakan satu pencapaian yang
boleh dibanggakan dalam perkembangan permainan ini.Pada awal permainan ini,ia
dimainkan oleh 11 orang pemain di padang yang luas seakan akan padang bola
sepak.Namun disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah maka akhirnya menjadi
sukan Indoor yang dimainkan oleh 7 orang pemain sahaja.Sehingga tahun
1960,permainan Bola Baling menjadi salah satu permainan yang di gemari oleh
orang eropah samada ia dimainkan di luar ataupun secara indoor games.Pada
1965,Jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan bahawa permainan Bola Baling
melibatkan hanya 7 orang pemain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan