Pengikut

Selasa, September 01, 2009

Fadhilat puasa menurut Kitab Al jauhar Mauhubu wa Minhatil Qulub.

Bab yang ke-13 menyatakan tentang kelebihan berpuasa.Dan adalah puasa itu dari rukun islam yang lima.Riwayat daripada Anas r.a bahawasanya Nabi bersabda "Tiada seorang hamba melihat akan sehari dari bulan maka ia memuji akan Allah kemudian membaca Al-fatihah tujuh kali melainkan di jauhi oleh Allah akan sakit mata pada bulan tersebut".Dan kata Ali k.r.m bahawasanya Nabi S.A.W bersabda "jika kamu melihat sehari bulan maka mengucap engkau akan Takbir 3 kali".Daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi bersabda bahawasanya surga itu berlikang2 dan berhias ia daripada satu haul ke satu haul (tahun) kerana masuk bulan ramadhan dan apabila adalah dari awal malam bulan ramadhan bertiup anginnya daripada bawah arasy dikatakan baginya masiroh maka bertiup akan segala daun kayu surga dan akan pintunya maka didengarkan daripada demikian itu dengunya tiada mendengar orang yang mendengar terlebih elok daripadanya (tiada bunyi yang lebih elok daripadanya) maka berhiaslah segala bidadari hingga berdirilah mereka diatas setanggi-setanggi surga maka menyeru mereka itu adakah orang yang hendak meminang kepada Allah maka ialah yang mengkahwinkan dia akan kami kemudian berkata bidadari itu "Hai Ridwan apakah malam ini?'maka menjawab Ridwan inilah awal malam daripada bulan ramadhan.Maka berfirman Allah S.W.T hai Ridwan bukalah olehmu akan pintu surga bagi orang yang berpuasa dari umat Muhammad.Dan firmanNya lagi Hai Malik tutup olehmu akan segala pintu neraka dari umat Muhammad.Hai Jibril turun olehmu kebumi dan beratkan olehmu picitkan olehmu akan belenggu syaitan dan belenggukan mereka itu dengan belenggunya.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters