Pengikut

Khamis, Mac 03, 2011

Peristiwa Serangan Siam keatas Kedah


Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..
    Peristiwa penentangan terhadap Siam yang dilakukan oleh Pembesar Kedah.Siam dengan diwakili oleh wakilnya di Ligor telah bertindak menyerang Kedah:
“Pada Ahad 12 November 1821,perahu pasukan Siam telah berlepas dari Trang dan tiba di Kuala Kedah.Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah.Pasukan Siam yang mengandungi 7000 orang tentera dibawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan keatas Burma”.
Tindakan Siam yang membawa 7000 tentera dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan sepatutnya diketahui oleh Kedah akan motifnya.Dalam rujukan saya mengenai angka tentera Siam tersebut tiada satupun yang menyatakan yang member angka yang berlainan.Dalam serangan mengejut itu,pertahanan Kedah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berlaku pelawanan yang sedikit sahaja.Serangan Siam ini sebenarnya bertujuan untuk menangkap Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah 11 yang dikatakan mengingkari kehendak Siam:
“Diantara matlamat serangan itu ialah menangkap Sultan Kedah”.
Pada masa itu Sultan Kedah berada di Sungai Muda untuk menggali terusan sekaligus menyelamatkan baginda daripada menjadi tawanan Kedah.Banyak pembesar negeri Kedah telah ditangkap dan dibunuh.Diperkirakan seramai 1000 orang lelaki Kedah telah dibunuh dan banyak orang Kedah telah menjadi tawanan:
“Dianggarkan sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba….”.
Perbuatan Siam yang keji itu sememangnya tidak dapat dimaafkan oleh orang Kedah sehingga berlakunya peperangan.Sebenarnya Sultan Ahmad Tajudin 11 merupakan Sultan yang taat dan patuh kepada kepimpinan Siam.Baginda banyak membantu Siam dalam pelbagai peperangan seperti membantu Singgora menentang Patani,membantu Siam menyerang Kedah sehingga Sultan Ahmad Tajudin 11 mendapat gelaran Chao Phya daripada Siam.Namun sekitar tahun 1820,Siam telah mengesyaki Kedah membantu Burma dan Sultan Akmad Tajudin telah dipanggil mengadap Raja Rama 111 namun Sultan Ahmad Tajudin tidak berbuat demikian sehingga menimbulkan kemarahan Raja Rama 11 sehingga membawa kepada penaklukan Kedah.
    Kesalahan serangan ini mungkin tidak boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya keatas Siam kerana perkara utama disini ialah Sultan Ahmad Tajudin 11 tidak mengadap kepada Raja Siam.Kedegilan Sultan Ahmad Tajuddin 11 ini mungkin penyebab utama kepada Penaklukan tersebut.
    Dalam kertas kerja ini,penulis hanya membawakan secara agak lengkap mengenai peristiwa penaklukan itu namun perkara yang lebih penting telah ditinggalkan oleh penulis iaitu sebab Siam menyerang Kedah.Sebab serangan Siam ini adalah penting bagi memperjelaskan kepada pengkaji mengenai peristiwa terbabit.Kesan social turut dinyatakan dalam kertas kerja ini tetapi ia hanyalah perkara sampingan:
Dianggarkan sejumlah 1000 orang Kedah ditawan dan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba…”
Banyak lagi kesan sosial yang tidak dinyatakan sebagaimana dalam buku sejarah yang lainnya,seperti pemusnahan harta benda penduduk Kedah,perahu,sampan dan segala kelengkapan rakyat dan kerajaan Kedah telah dimusnahkan.Pembesar Kedah dan juga Sultan Kedah telah lari mendapatkan perlindungan British di Pulau Pinang.Dikirakan seramai kira-kira 70,000 penduduk Kedah melarikan diri ke Pulau Pinang bagi mengelakkan kekejaman pendudukan Siam.
    Dalam peperangan ini,menyaksikan campur tangan British yang ketara sehingga penentangan yang dilakukan oleh pembesar gagal walaupun penentangan oleh Muhammad Saad sampai ke Senggora atau sekarang dikenali sebagai Songkla.Selepas menawan Kedah,tindakan awal yang dilakukan oleh Nakhon Sri Tammarat ialah meletakkan kedua anaknya menjadi Gabenor dan juga timbalan gabenor.Phya Buri Saknuton mennjadi gabenor manakala Phya Sina Nunchit menjadi timbalan gabenor.Namun tindakan yang dilakukan oleh Raja Ligor ini masih tidak mendapat persetujuan daripada Raja Rama 111 sehinggalah 1826.
    Dalam kertas kerja ini ada menyatakan tentang perjanjian Burney secara sepintas lalu dan tidak diambil berat.Bagi menyelesaikan krisis yang berlaku di Kedah,British telah menghantar John Crawford untuk berunding namun gagal.Utusan kedua dihantar oleh British iaitu Henry Burney dan berjaya menandatangani perjanjian dengan Siam:
“……utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok pada tahun 1825,salah satu matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah keatas takhta kerajaan Kedah”.
Dalam menerangkan perjanjian yang penting ini dalam krisis ini,penulis hanya menyatakan sedikit sahaja daripada isi perjanjian Burney:
“Antara syaratnya,British mengakui kedaulatan Siam keatas Kedah dan British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah,keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah”.
Antara sebab British menghantar wakil dalam perundingan ini ialah bagi merisik kekuatan sebenar Siam dan British telah berhasil mengetahuinya dan mengakui Siam bukanlah sebuah negara yang kuat.Berbalik kepada isu isi kandungan yang tidak dinyatakan oleh penulis tadi,sebenarnya perjanjian Burney 1826 mengandungi beberapa perkara penting iaitu:
1) Kedah kekal sebagai jajahan takluk Siam.British bersetuju untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri Kedah atau membantu Sultann Kedah mendapatkan semula takhta kerajaan.
2) Sultan Kedah tidak dibenarkan menduduki Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak, Selangor dan mendapat perlindungan Burma.
3) British tidak akan membenarkan Sultan Kedah menyerang Kedah atau mana-mana jajahan Siam
4)  Siam mengiktiraf hak pemerintahan Perak dan Selangor.Negeri tersebut bebas menjalankan pentadbiran sendiri.
5) British tidak akan menyekat Sultan Perak menghantar bunga emas ke Bangkok jika Perak sudi berbuat demikian.
6) British dan Siam bebas menghantar perwakilan ke Perak atau Selangor namun tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negeri terbabit.
7) Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
8) Siam tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan dan Terengganu manakala British bebas mengadakan perdagangan dan hubungan dengan bebas tetapi tidak campur tangan dan menyerang negeri terbabit.British juga tidak boleh menghalang mereka menghantar bunga emas.
9) British bebas menjalankan perdagangan dengan Siam dan bersetuju cukai diturunkan oleh kedua-dua pihak.
Jika dilihat Perjanjian Burney atau Perjanjian Bangkok 1826 mempunyai 9 perkara yang dipersetujui 
    Dalam kertas kerja ini,Prof Dr.Abdullah Zakaria menerangkan dua siri penentangan penting yang berlaku pada masa itu iaitu yang dipimpin oleh Tunku Kudin yang berlaku pada 1826,1828 dan 1830 sehinggalah beliau syahid dan kepalanya dipancung dan dihantar ke Bangkok.Dalam siri peperangan ini tidak dapat dinafikan bahawa British dan orang Cina telah bertindak membantu Siam.British telah mematahkan segala percubaan yang dilakukan pihak Kedah untuk mengusir pihak Siam.Bahkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sendiri telah ditekan oleh British dan segala pergerakannya telah dikawal sama sekali.Bermula dengan tinggal di Pulau Pinang kemudian diusir ke Melaka.
    Pertempuran/penentangan kedua berlaku tidak lama selepas peperangan pertama tersebut,Penentangan kedua telah dilakukan oleh Tunku Muhammad Saad dan dibantu oleh kebanyakan rakyat dan pembesar Kedah.Perjuangan pada kali ini ditiup dengan semangat jihad bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat Kedah.
“…dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok”.
Semangat Jihad dan kebencian terhadap penjajah Siam kafir telah menyebabkan penduduk Kedah bangkit bersama penentangan ini.Namun penentangan ini akhirnya walaupun telah berjaya mendapatkan Senggora.Dalam penentangan terhadap Siam ini menyedarkan Siam bahawa mereka tepaksa menanggung banyak kerugian sehingga memaksa takhta Kedah dikembalikan dengan penghantaran Tengku Daie atau Tengku Zainal ke Bangkok.Bagi mengelakkan Kedah terus mengancam kekuasaan Siam,Siam telah membahagikan Kedah kepada 4 bahagian iaitu Kubang Pasu,Kedah,Setul dan Perlis.Peristiwa ini dilihat sebagai satu sebab kenapa Kedah pada hari ini tidaklah seluas sebagai mana yang dipelajari dalam sejarah negara.

Selasa, Mac 01, 2011

Isu Penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris


Penulisan ini berdasarkan ulasan pengarang kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..


    Isu pertama yang dikemukan oleh penulis/Abdullah Zakaria ialah isu berkenaan dengan penyerahan Pulau Pinang kepada Francis Light.Dalam menerangkan isu ini,Prof Dr Abdullah Zakaria  menerangkan secara ringkas yang mana memungkinkan pengkaji tidak faham mengenai peristiwa yang berlaku:
Penentangan terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand,dan memenuhi 30,000 peso Sepanyol setahun yang dituntut oleh Sultan Abdullah kerana melepaskan monopoli perdagangan baginda di Kedah”.
    Dalam menerangkan peristiwa terbabit,Abdullah Zakaria memulai peristiwa terbabit dengan perasaan tidak puas hati Sultan Abdullah kerana British tidak menunaikan janji..Francis Light merupakan pegawai Inggeris yang fasih berbahasa Melayu sehingga menyebabkan ia disenangi oleh pembesar dan bersahabat baik dengan Sultan Muhammad Jiwa.Bahkan semasa istana Kedah sedang bergolak,Francis Light cuba sedaya upaya untuk membantu Sultan Muhammad Jiwa dengan menghantar surat kepada pihak berkuasa Inggeris di Madras namun tidak mendapat jawapan.
    .Perundingan pengambilan Pulau Pinang telah bermula sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa lagi dimana Sultan Muhammad Jiwa telah menawarkan Kuala Kedah untuk pusat perdagangan British.Kemudian Sultan Muhammad Jiwa telah cuba menawarkan sepanjang pantai Kedah sehingga Pulau Pinang untuk diberikan kepada British namun tidak menjadi apabila British tidak dapat member jaminan keselamatan kepada Kedah sebagaimana yang terdapat dalam buku Alfred P.Rubien yang bertajuk Personaliti Antarabangsa Semenanjung Tanah Melayu.
    Rundingan semula hanya dilakukan oleh Sultan Abdullah sekitar Ogos 1785 melalui Francis Light.Antara syarat perjanjian ialah British hendaklah membayar 30,000 peso Sepanyol atas penamatan beberapa monopoli Sultan dan British menjamin keselamatan Kedah jika diserang.Namun mengikut sumber British iaitu M.Stubbs Brown melaui bukunya A History of Penang 1805-1819 menyatakan bahawa British sememangnya tidak dapat memberi bantuan pertahanan kepada Kedah kerana perlu mendapat kelulusan dari pejabat di Madras.Jika sumber ini benar,maka Sultan Abdullah sememangnya telah tahu bahawa Kedah tidak akan mendapat bantuan British.Ini bersalahan dengan pendapat daripada Abdullah Zakaria yang lebih banyak menggunakan sumber yang bias kepada Melayu:
Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah,Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786”.
Jika di teliti ayat yang digunakan maka jelaslah kita bahawa dalam petikan tersebut seolah-olah Sultan Abdullah tidak mengetahui bahawa British tidak dapat membantu Kedah sekiranya diserang.Francis Light menduduki Pulau Pinang sebenarnya tanpa kebenaran dari Pejabat Tanah Jajahan di London. Pada masa itu kita mengetahui bahawa British menghadapi ancaman paling besar di Asia Tenggara daripada Belanda yang berpusat di Betavi. Oleh itu,British sedaya mungkin untuk menjaga hubungan dengan Siam mahupun Burma.Adakah secara igonisnya British akan membantu Kedah jika mengatakan bagi menghadapi ancaman Siam?..Perbahasan ini sepatutnya diambil berat oleh Prof Dr.Abdullah Zakaria dalam membincangkan isu Kedah ini.Dalam menghantar surat permohonan mendapatkan Pulau Pinang daripada Pejabat Tanah Jajahan di London,Francis Light tidak pernah menyatakan melindungi Kedah dari ancaman Siam mahupun Burma.Ini bagi mengelakkan Pejabat Tanah Jajahan tidak meluluskan permohonan tersebut.Bahkan dalam soal bayaran kepada Sultan Abdullah,Francis Light hanya menyatakan bahawa Sultan Abdullah sanggup menerima 10,000 peso Sepanyol.
    .Kebanyakan sejarah negara yang dibicarakan adalah perkara yang sama berdasarkan rujukan tempatan dan sedikit sumber Inggeris.Dr Mohd Isa Othman dari Universiti Sains Malayisa dalam artikelnya bertajuk Sejarah Hubungan Kedah-Pulau Pinang banyak menjelaskan sejarah Kedah itu sendiri melalui sumber Inggeris.
    Dalam perbahasan kertas kerja ini,Prof Dr Abdullah Zakaria mendatangkan hanya 3 syarat perjanjian Kedah-Inggeris sahaja.Walaupun ketiga perjanjian ini merupakan perkara penting yang menyebabkan berlakunya krisis antara British dan Sultan Abdullah namun hakikatnya kesemua perjanjian yang termaktub dalam perjanjian Kedah-Inggeris memainkan peranan penting dalam mewujudkan krisis tersebut.Dalam kertas kerja Prod Dr.Abdullah Zakaria ini menyatakan tentang isi perjanjian secara tidak langsung:
Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari darat dan laut serta bayaran 30,000 peso Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah…..
Dan
Penentangan terhadap British telah dilakukan kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menduduki Pulau Pinang tidak memenuhi syarat yang dikemukan oleh Sultan Abdullah.Syarat yang tidak dipenuhi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah membantu Kedah jika diserang oleh Burma atau Thailand…..”.
.Antara isi kandungan penuh perjanjian Kedah-Inggeris tersebut ialah:
1) Kompeni Inggeris akan menjaga Pantai Laut negeri Kedah,sebarang musuh yang menyerang Sultan Kedah ialah musuh kepada Kompeni Inggeris dan perbelanjaan melawan musuh itu tertanggung kepada Kompeni Inggeris.
2) Semua kapal,tongkang,perahu besar-kecil dari Timur atau Barat yang dating ke pelabuhan negeri Kedah tidak boleh ditahan atau diganggu oleh Wakil Kompeni Inggeris,melainkan hendaklah dibiarkan sahaja ikut suka hati mereka sama ada hendak berjual beli dengan kami ( yakni pihak Kedah ) atau dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang sebagaimana mereka fikirkan patut.
3)Barang-barang seperti candu,timah dan rotan ialah sebahagian daripada hasil negeri Kedah.Oleh sebab Kuala Muda,Perai dan Kerian yang mengeluarkan hasil-hasil itu terletak dekat dengan Pulai Pinang tentulah larangan kepada hasil-hasil itu diberhentikan dan Gabenor Jenderal hendaklah membenarkan beta menerima wang daripada Kompeni Inggeris sebanyak 30,000 peso Sepanyol setiap tahun.
4) Sekiranya wakil Kompeni Inggeris member wang kepada sebarang keluarga Kedah,menteri-menteri,pegawai-pegawai atau rakyat Kedah maka tidaklah boleh wakil Inggeris itu membuat sebarang tuntutan kepada Sultan Kedah.
5) Sebarang orang calon negeri Kedah dengan tiada kecuali,samada ia putera atau saudara beta ( yakni Sultan Kedah ) yang menjadi musuh beta,menjadi juga musuh Kompeni Inggeris dan wakilnya Kompeni Inggeris tidak boleh melindungi mereka.
6) Jika ada sebarang musuh datang menyerang beta ikut jalan darat,beta minta pertolongan askar-askar,senjata-senjata atau peluru dan Kompeni Inggeris akan member benda itu atas perbelanjaan beta ( Sultan Kedah ).
Jika dilihat dari segi susunan perjanjian ini,pembayaran ganti rugi sebanyak 30,000 peso tersebut hanyalah berada pada perkara ketiga dan mengenai musuh yang dating menyerang dari laut mahupun darat itu berada pada perkara ke 6.Jika perjanjian ini disusun mengikut kepentingannya, maka kertas kerja ini telah meninggalkan perkara yang penting ini sama sekali.
     Krisis ini berakhir apabila Sultan Abdullah tewas dan terpaksa berundur apabila kalah dalam peperangan tersebut.Kelengkapan Kedah ada dinyatakan didalam kertas kerja ini:
“Pada 19 Mac 1791,kira-kira 20 buah perahu tiba di Perai dan 20 Mac 1791 pula kira-kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana bergabung disini.Tunututan dibuat supaya Francis Light membayar 10,000 peso sebagaimana yang dijanjikan.Francis Light pula hanya menhantar 5 000 Sepanyol dan baki 5 000 Sepanyol lagi akan dihantar sebaik sahaja pasukan di yang ada di Seberang Perai dibubarkan”.
Namun tanpa menerangkan secara lebih lanjut kertas kerja ini terus pergi kepada peristiwa penghantaran kapal perang oleh Inggeris bagi mengalahkan Kedah:
“……..Francis Light telah menghantar kapal Dolphin,Princess Augusta,Valliant dan empat buah perahu perang ( gun boat ) menyerang pasukan Kedah di Seberang Perai…..Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian dengan SHTI pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima bayaran 6000 peso setahun”.
   

Isnin, Februari 28, 2011

Konflik Kerajaan Kedah dengan Kuasa Luar Abad ke 19


    Penulisan ini berdasarkan sinopsis kepada sebuah Jurnal yang dihasilkan oleh Prof Dr. Abdullah Zakaria Ghazali pensyarah Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di email berikut.. azdha@um.edu.my..

Jurnal/artikel/kertas kerja yang ditulis oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali ini membincangkan sejarah perkembangan politik awal di Kedah sekitar tahun 1786-1923.Ia memaparkan tentang pergolakan,krisis yang berlaku dalam kalangan istana dan rakyat Kedah itu sendiri.Jurnal/artikel/kertas kerja ini menerangkan susur galur terhadap penentangan orang Kedah terhadap penjajah samada Siam ataupun British itu sendiri.
    Kedah merupakan sebuah negeri yang sering tersepit antara kuasa Siam dan Burma.Dalam perang yang berlaku di antara Burma dan Siam menjadikan Kedah tersepit antara dua kuasa besar di Asia Tenggara itu.Burma telah mengarahkan Kedah untuk memberikan bantuan kepadanya sebegitu juga Siam.Keadaan geografi Kedah yang berada dibawah daripada Siam dan Siam menganggap Kedah sebagai wilayah jajahannya menjadikannya terpaksa menurut kehendak Siam.Dalam pada itu,bagi melindungi negeri Kedah daripada kuasa Siam dan Kedah maka Sultan Kedah telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menyerahkan Pulau Pinang kepada British dengan syarat British melindungi Kedah dari ancaman musuh Kedah dan membayar 30,000 peso Sepanyol setahun kerana baginda melepaskan monopoli di Kedah.
    Namun British telah mungkir janji dalam perjanjian ini dimana pada tahun 1787,surat telah dihantar kepada Kedah yang menyatakan Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak akan melindungi Kedah sekiranya diserang.Wang 30,000 peso yang dijanjikan juga tidak ditunaikan oleh Francis Light.Ini menimbulkan kemarahan Sultan Abdullah Mukarram Syah dan baginda telah menyediakan tentera untuk menghalau Bitish daripada Pulau Pinang.Pada 20 Mac 1791,sebanyak 90 perahu daripada Kedah telah berkumpul untuk menyerang Pulau Pinang.British telah bersetuju membayar 10,000 peso dn menghantar 5000 peso pada awalnya dan akan membayar selebihnya jika tentera tersebut ditarik balik.Apabila British tidak membayar 5000 peso lagi Sultan Kedah telah menghantar wakil untuk berunding dengan British.Dalam pada itu,Francis Light telah menhantar kapal Dolphin,Princess Augusta,Valiant serta 4 buah kapal lainnya untuk menyerang Kedah.Disebabkan kurang bersedia,pasukan Kedah telah tewas dan terpaksa berundur ke Seberang Prai dan diserang lagi sehingga memaksa Sultan Kedah menandatangani perjanjian pada 1 Mei 1791 dan menerima bayaran 6000 peso setahun.
    Selain peristiwa diatas,jurnal/artikel/kertas kerja ini juga turut membawakan tentang peristiwa serangan Siam melalui Raja Ligor pada 1821.Pada 12 November 1821 seramai 7000 tentera Siam dibawah pimpinan Raja Ligor telah berlepas dari Trang dan mendarat di Kedah atas alasan mendapatkan bekalan makanan untuk menentang Burma.Namun serangan mengejut telah dilakukan sehingga menyebabkan Kedah berjaya ditawan.Pada masa itu,Sultan Ahmad Tajudin Kedah tidak berada di Istana tetapi berada di Kuala Muda bagi menggali terusan disana.Bendahara dan Laksamana cuba melawan tetapi disebabkan tiada persediaan mereka telah tewas dengan mudah.Baginda Sultan telah berundur ke Seberang Prai dan seterusnya ke Pulau Pinang.Serangan itu bertujuan untuk menangkap Sultan Kedah.Dalam serangan itu,ramai orang lelaki telah dibunuh dan wanita dan kanak-kanak lebih kurang 1000 orang telah dibawa ke Bangkok untuk menjadi hamba raja,wagna dan menteri Siam.
    Selepas serangan terbabit,Chao Phraya Ligor telah meletakkan 2 orang anaknya iaitu Phya Nuri Saknuton dan Phya Sina Nunchit untuk mentadbir Kedah dan disahkan jawatan oleh Rama 111 pada tahun 1826.British telah cuba menyelesaikan kes ini dengan mengahantar John Crawford ke Siam bagi membuat perjanjian namun gagal.Pada 1826,satu lagi utusan telah dihantar ke Siam iaitu Henry Burney yang mana telah berjaya menandatangani perjanjian yang berat sebelah dengan Siam.
    Namun begitu,penaklukan Siam keatas Kedahh telah menimbulkan beberapa siri penentangan oleh warga Kedah.Pada 1826,Tunku Kudin atau nama sebenarnya Syed Zainal Abidin iaitu anak saudara Sultan Tajudin Halim Syah bersama dengan Tunku Long Putih yang merupakan saudara ipar Sultan dan juga Tunku Sulaiman telah melancarkan serangan keatas Siam di Kuala Kedah namun gagal.
     Pada 1829,berlaku sekali lagi penentangan oleh orang Kedah yang diketuai oleh Tunku Kudin yang turut melibatkan kebanyakan pembesar Kedah pada masa itu.Namun serangan kali ini pun gagal.Sultan Ahmad Tajudin juga pernah merancang serangan keatas Siam namun terpaksa dibatalkan kerana surat tentang perkara tersebut telah diketahui oleh Siam.
    Pada 1930,berlaku sekali lagi serangan keatas Siam dimana turut diketuai oleh Tunku Kudin.Seramai 5000 orang menyertai perang ini termasuklah 80 orang tentera sepoi.Dalam serangan ini,Siam terpaksa mengundurkan tenteranya Namun mereka yang terlibat dalam serangan ini telah dianggap sebagai lanun.Chao Prhya Ligor yang menyetahui perkara ini telah mengahantar 7,500 tentera bersama 3000 ekor gajah berangkat ke Siam.Dalam serangan Siam keatas Kota Kuala ini seramai 50 orang Melayu telah mati termasuk Tunku Kudin.Mayat Tunku Kudin telah dipotong kepala dan dibawa ke Bangkok.Serangan Siam kali ini mendapat bantuan British.
    Walaupun berlaku beberapa siri penentangan di Kedah namun kebanyakan penentanagn itu bukanlah secara besar-besaran dan mudah untuk diatasi oleh pihak Siam.Penentangan yang paling hebat dalam waktu ini berlaku dibawah pimpinan Tunku Muhammad Saad.Semboyan jihad telah diseur dan penduduk Kedah digesa untuk berkumpul di Sungai Merbok.Antara yang membantu Tunku Muhammad Saad ialah Dato Muhammad Ali dari Langkawi,Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Arkid dari Setul,Syed Husin dan Wan Mohammad Arsyad dari Kayang,Tunku Abdullah,Tunku Sulaiman,Bomoh Idris dari Perupok,Dato Syahbandar Wan Daud dari Pulai,Dato Madi dari Bandar Baru dan turut disertai oleh ulama tasauf yang terkenal di Tanah Melayu iaitu Syeikh Abdul Samad al Palembangi.Dato Panglima Bukit Gantang turut menghantar 100 orang dan 5 buah perahu dan usaha membantu Kedah.
    Angkatan perang ini,berjaya menawan Kedah dan memukul mundur pasukan Siam.Serangan diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad berjaya menawan Setol.Dalam pada itu,Bangkok telah menuduh British membantu penentangan di Kedah ini.Serangan mereka ini berjaya sampai ke Hadyai.Namun apabila serangan balas dilakukan oleh Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora,mereka telah tewas dan Syeikh Abdul Samad al Palembangi telah terkorban.Sebagaimana penentangan sebelumnya,pada penentangan kali ini juga British telah membantu Siam.Namun penentangan yang berlaku ini telah menyebabkan Siam meletakkan Tengku Anum sebagai Gabenor di Kedah.Kedah telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Kedah,Perlis,Kubang Pasu dan Setul-Lingu.Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah dibenarkan kembali ke Kedah dan mentadbir Kedah pada 1842.
     Selain peristiwa diatas Abdullah Zakaria bin Ghazali turut membawakan peristiwa konflik yang berlaku antara Pembesar Melayu Kedah dengan Pegawai British.Krisis ini melibatkan sebelum dan selepas perjanjian Bangkok 1909.Sebelum perjanjian Bangkok 1909,Kedah telah berhutang dengan Siam dan seorang pegawai Siam yang berbangsa Inggeris telah diletakkan untuk memantau kewangan negeri Kedah.Keadaan kewangan Kedah yang sebelum itu telah kering selepas berlangsungnya perkahwinan 5 orang putera dan puteri Kedah yang berlangsung selama selama 3 bulan pada 1904.Krisis ini berlaku hanya disebabkan tafsiran mengenai tugas penasihat kewangan yang dihantar oleh Siam namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
    Konflik di Kedah berlaku apabila perjanjian Bangkok ditandatangani oleh Siam dan British tanpa penyetahuan Kedah.Kedah telah memfailkan bantahan melalui peguam Adam Athur dan Adam Athur telah menulis surat kepada Penang Gazzate mengenai perkara itu.Dalam pada itu,Sultan Abdul Halim Kedah telah menghantar surat kepada Putera Damrong mengenai jajahan Kedah yang dimasukkan kedalam wilayah Siam.Hubungan Goerge Maxwell dengan Pembesar Kedah tidaklah baik apabila Goerge Maxwell memotong elaun putera dan puteri Sultan yang berumur bawah 15 tahun.George Maxwell juga mengsyaratkan bahawa surat rasmi kerajaan mesti melalui Residen Jeneral.Goerge Maxwell juga tidak memasukkan nama Kedah dalam surat rasmi tanpa merujuk Majlis Musyuarat Negeri.Pembesar Kedah turut mempertikaikan Goerge Maxwell mengibar bendera British di kediamannya kerana undang-undang British tidak terpakai di Kedah.Pergeseran juga berlaku apabila Sultan Abdul Halim gering dan mengenai bidang kuasa Pemangku Raja yang disandang oleh Tunku Ibrahim.

Ahad, Februari 27, 2011

Mengenai Habib Salim Asy-Syathiri


                                                           
   Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholihah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.
    Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke Rahmatullah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-
1.     Habib Muhammad al-Mahdi;
2.     Habib Abu Bakar;
3.     Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri;
4.     Habib 'Alwi bin Syihabuddin;
5.     Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus;
6.     Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani;
7.     Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;
8.     Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;
9.     Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;
10. Syaikh Hasan bin Sa`id.
    Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim Bin Smith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.
~Biodata ini adalah yang dikutip oleh pengarang lama dulu dan pengarang sendiri tidak mengetahui dari blog mana ia dikutip~
    Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi s.a.w. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat. Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam.
Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin.


Salsilah Keturunan

 
    Bismillah wal Alhamdulillah..... Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis mengenai keturunan. Mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi tatapan untuk anak-anak atau sekurangnya waris-waros suatu hari nanti. Sudah menjadi satu tradisi orang melayu untuk tidak mengambil berat mengenai keturunanya bahkan raja-raja melayu pun masih tidak mempunyai satu asal usul yang jelas sehingga keturunan raja-raja disabitkan dengan iskandar zulkarnain dan sebelum itu keturunan dewa. Berbanding dengan orang arab dan cina kita adalah ketinggalan dalam perkara ini.
   Oleh itu saya secara peribadi terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak yang diketahui mengenai keturunan sya sendiri. Ayah saya telah meninggal sejak saya berumur 4 tahun dan secara peribadi saya sendiri tidak mengenali keluarga sebelah ayah dan hanya keluarga sebelah ibu sahaja yang lebih diingati.
    Ayah saya memiliki beberapa orang adik beradik,yang saya masih ingat ialah Cg Yahya dan Pokteh Latif  seorang lagi yang sudah tidak saya ingati namanya. Ayah saya berasal daripada kampung Tasik Pauh Pasir Puteh Kelantan. Beliau memiliki seramai 3 orang isteri yang saya tahu hanyalah nama samarannya iaitu Bedoh,Makdo Lumat dan eshah iaitu ibu saya sendiri. Dengan Makdo Lumat ayah saya tidak memiliki anak namun mempunyai seorang anak angkat yang bernama Azmi. Dengan Isteri keduanya ayah saya memiliki 2 orang anak iaitu Nik Leh dan Hasnah. Dengan isterinya yang ketiga iaitu eshah yang merupakan ibu saya memiliki 9 orang anak iaitu shaari,manan,abu hamdan,suriawati,othman,alias,fauzi,abdullah,dan seorang lagi pokyi yang saya sendiri tidak ingat nama sebenarnya. Mengenai keturunan ayah saya,saya sendiri tidak tahu yang diketahui oleh saya iailah nama datuk saya iaitu Awang. Ayah saya meninggal pada 18 okt 1993 kerana sakit tua. Saya secara peribadi tidak mengenali wajahnya dan hanya beberapa peristiwa sahaja yang masih ada bayangan pada saya. Kebanyakan cerita mengenainya adalah melalui penceritaan ibu saya. Menurut ibu saya ayah saya merupakan seorang yang tinggi namun masih tidak mampu menandingi ketinggian datuk sebelah ibu saya... Ayah saya merupakan peneroka asli kg Alor Bujuk bersama dengan seorang lagi adik beradiknya.
    Ibu saya hanya memiliki 3 orang adik beradik iaitu jaafar dan rokiah. Datuk sebelah ibu saya saya bernama mohd noor tapi lebih dikenali sebagai merah kerana wajahnya akan merah jika terkena panas. Datuk saya itu berkahwin 2 iaitu dengan nenek saya limah dan seorang lagi dikenali sebagai Mok Long. Dengan Mok Long beliau dikurniakan beberpa orang anak dan saya tidak pasti mengenainya. Datuk saya merupakan seorang bomoh kg dan disegani di kg tersebut. Ibu saya mula berkahwin semasa umur 13 tahun dengan Mustapha namun bercerai,kemudian berkahwin dengan Awang dan dikurniakan dengan 2 orang anak iaitu Yusuf dan Rokiah. Kemudian barulah berkahwin dengan ayah saya. Semasa darjah 3 .ibu saya berkahwin lagi dengan seorang yang bernama Jusoh bin Daud seorang imam di kg. 
   Sehingga silsalah ini ditulis saya tidak pasti berapa orang cucu saya tetapi ibu saya memiliki seorang cicit pada usia 64 tahun dan cucunya seorang lagi akan melangsungkan perkhwinan dalam masa yang terdekat. Seorang cucunya telah meninggal dunia ketika kecil kerana penyakit jantung.... Wallahu'alam...

Sabtu, Februari 26, 2011

Sejarah Ringkas Badminton


    
Badminton bukanlah sukan baru tetapi merupakan salah satu sukan terawal dalam sejarah tamadun manusia.Permainan ini dikatakan mula dimainkan di Yunani silam dan juga di Mesir.Namun begitu,sejarah telah mencatatkan bahawa permainan ini sudah dimainkan pada zaman China kuno dengan menggunakan raket kayu dan bulu tangkis.Permainan ini juga telah dimainkan di Istana England pada abad ke 12 dan juga di Poland pada abad ke 18.Namun permainan ini hanya popular di eropah sekitar abad ke 19.Di Jepun pula,sukan seakan-akan Badminton iaitu Hanetsuki telah dimainkan sejak abad ke 16 lagi.Sukan ini bukan sahaja bermula di Eropah namun ia telah bermula dikebanyakan tamadun manusia.Dikawasan Barat,Badminton berasal dari permainan yang dipanggil Battle and Shuttlecock.Permainan ini melibatkan 2 atau lebih pemain yang akan memukul bola di udara dengan menggunakan raket kecil.Di India pula ia dikenali sebagai Poona semasa abad ke 18.
    Sukan ini,mula berkembang di Eropah apabila tentera British yang pulang ke tanah airnya telah mengembangkan permainan ini di Britain sekitar tahun 1860.Pada awalnya sukan ini dimainkan oleh kelas atasan di rumah kediaman Kebangsaan.Pada 1860,seorang penjual anak patung telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Badminton Battledore-a new game namun tiada cetakan yang dilakukan terhadap karya tersebut.Sukan ini diperkenalkan pada 1873 di Gloucestershire yang dimiliki oleh Duka of Beaufort.Pada masa itu sukan ini dikenali sebagai The Game of Badminton yang akhirnya diringkaskan kepada badminton sahaja.Sehingga 1887,sukan ini dimainkan di Britain berdasarkan kepada undang-undang di India.Versi permainan Inggeris hanya berlaku apabila Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan sukan ini.Undang-undang permainan ini telah dicipta pada 1887 dan disemak semula pada 1895 dan 1905.Pada 1893 pula,Badminton Association of England telah menerbitkan set peraturan pertama mengikut ketetapan.Ia seakan-akan menyamai peraturan sekarang dan secara rasminya sebuah peraturan iaitu di ‘Dunbar’ di  Waveley Grove,Portsmouth,England pada 13 September tahun yang sama.Pada 1899.pertandingan badminton terbuka pertama dunia telah diadakan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka England atau juga dipanggil sebagai All England.Pada 1934,Pertubuhan Badminton Dunia telah ditubuhkan yang pada awalnya dianggotai oleh Kanada,Denmark,England,Perancis,Belanda,Ireland,New Zealand,Scotland dan Wales sebagai Negara pengasas.India hanya menyertinya pada 1936.Sekarang IBF dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia.

Khamis, Februari 24, 2011

Gambar Prk Upsi Kempen 20/02/2010





















Mpp 2010/2011 - Satu Pengajaran Panjang

Bismillah wal Alhamdulillah.... Pemilihan siapa yang sebeanrnya layak untuk menjadi Ydp telah selesai. Kita melihat banyak strategi dan tektik dimainkan untuk menguasai kerusi tertinggi itu. Dan sesuatu yang menyedihkan ialah apabila orang yang dijangka untuk menjadi Ydp Mpp telah tersingkir bahkan yang menjadi Ydp ialah seorang yang tidak dijangka langsung untuk menjadi Ydp bahkan yang menjadinya bukanlah seorang yang mencatatkan undi popular dalam kerusi umum. Rata-rata mahasiswa kecewa dengan keadaan yang berlaku bahkan ramai yang mempersoalkan apa yang terjadi.
    Walauapa pun yang diluahkan ,ia telah berlaku dan diharapkan Mahasiswa Pendidik pada masa akan datang dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Tindakan awal dan strategi perlu dirancang sebaiknya supaya kerusi yang penting itu dapat kepada Mahasiswa Pendidik. Tetapi persoalannya,adakah smile merupakan tajaan aspirasi?. Ini kerana bajet yang digunakan oleh smile bukanlah sedikit bahkan mampu untuk memberikan button badges percuma kepada pengundi. Jika diperhatikan dimana smile mendapat tajaan?. Adakah tajaan datangnya daripada Aspirasi?.Persoalan yang sukar dijawab . Walaubagaimanapun,diharapkan barisan pro-M mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan bersiap sedia dalam menghadapi situasi yang sama lain kali.Jika dilihat kepada pengundian ,dpat kita melihat bahawa ada daripada Mpp pro-M yang tidak menyokong pro M itu sendiri dan sesuatu pihak yang menyedihkan.

CALON YDP: Zahar (7), Afiq (17), Aman (3)Amirul (2)
CALON TYDP: Hazimah (14), Aman (7), Faizal (5), Azli (3)
CALON NYDP: Azli (15), Aman (4)Amirul (1), Zahar (9)


    Laman Kami Sokong Zahar jadi Ydp Mpp telah diwujudkan tanda tidak puas hati pelajar terhadap perkara ini. Dalam masa tidak sapai satu hari,lebih 200 orang telah like laman ini dan ia sesuatu yang amat menakjubkan bagi laman begini. Walau apapun yang berlaku ,semua telah terjadi,cuma kita sekarang ini berdoa supaya Mpp kali ini mampu menjalankan amanah yang baik. Pastikan perkara logistik pada kali ini tidak akan berlaku pada masa yang lain,... Tetapi mahu tidak mahu kali ini kebanyakan mahasiswa betul-betul tidak berpuas hati dengan kabinet Mpp.....
Mahasiswa Pendidik Harapan dan Perubahan
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters